VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 30 August 2014

Gendang Pilihanraya Kecil Dun Pengkalan Kubur Bermula




Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur ialah pada 25 September 2014.

Pengerusi SPR berkata hari penamaan calon untuk PRK ditetapkan pada 13 September 2014 manakala pengundian awalnya pada 21 September 2014.

Solidariti Anak Muda (SAMM) melihat pilihanraya kecil kali ini merupakan waktu terbaik untuk Pakatan Rakyat kembali bersatu setelah berlaku sedikit goncangan kepada kapal Pakatan Rakyat sebelum ini.

SAMM memandang serius goncangan itu kerana untuk melawan rejim yang zalim kesepakatan yang jitu amatlah diperlukan. SAMM yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya secepat mungkin.

SAMM akan menyokong mana-mana calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada kali ini. Ini adalah pendirian SAMM dalam menentang kezaliman rejim BN.

SAMM juga akan membuka bilik gerakan di Pengkalan Kubur. Kami akan membantu sedaya mungkin dalam memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat. SAMM sendiri akan mula turun padang seawal mungkin.

SAMM melihat pilihanraya kecil ini satu kesempatan yang sangat baik untuk menghantar signal kepada regim zalim yang menafikan hak royalti Kelantan, lebuhraya rakyat yang tertangguh walau sudah dua kali tersenarai dalam pelan Rancangan Malaysia.

SAMM juga memandang serius bilamana segala janji-janji manis regim dan Perdana Menteri terhadap rakyat. Kos kehidupan yang semakin meningkat di kala pendapatan rakyat masih statik ditakuk yang lama.

Golongan marhaen seperti penoreh terkial kial mencari sesuap nasi dikala harga getah yang menurun ditahap terendah sehingga RM 1.50 sekilogram.

SAMM juga melihat kemenangan PRK ini mampu membuatkan rejim berfikir sekali lagi untuk melaksanakan GST pada tahun hadapan.

SAMM menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat yang mengundi di PRK kali ini mengambil peluang keemasan ini untuk menyedarkan regim.

SAMM juga mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat kali ini akan kembali menyatukan Pakatan Rakyat lantas memberi isyarat kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan regim Barisan Nasional di Putrajaya.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Friday 29 August 2014

Polis Halang Demo Desak Hentikan Hubungan Dagang Malaysia-Israel?






1.1994 Parlimen Malaysia meluluskan pindaan terhadap akta larangan perdagangan yg membenarkan Malaysia berdagang dgn Israel

2.1996 Kabinet Malaysia memuktamadkan arahan buka pintu berdagang dgn Israel

3.2014 Jumlah dagangan Malaysia membantu ekonomi Israel menjangkau USD 1b dan menjadikan negara ini antara rakan dagang utama.

Malaysia munafiq....simpati untuk Palestin ttp berdagang bantu ekonomi Israel.

SAMM bersama beberapa organisasi (ngo / parti politik) berarak ke MiTi untuk mendesak Malaysia hentikan berdagang bantu ekonomi Israel. Regim ini menjadikan Malaysia munafik...
Demi perjuangan kemanusiaan sejagat mereka telah berkumpul
29 Ogos, 2.30 ptg (mula berkumpul selepas solat Jumaat. Berkumpul dan berarak dari Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.)

Tahan Peguam DSAI, AMK Pulau Pinang Buat Laporan Polis


LAPORAN POLIS
Saya ingin membuat laporan atas tindakan menggugat hak ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dalam rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan No: 05-46-03/2014 (W), 05-47-03/2014 (W) dan 05-48-03/2014 (W) (Mahkamah Rayuan Jenayah No W-05-19-01/2012) (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No 45-9-2009) Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Pendakwa Raya.

Rayuan ini adalah ditetapkan untuk bicara pada 28 & 29 Oktober 2014.

Pada 18 & 19 Ogos peguambela DSAI, N.Surendran telah ditahan dan dituduh  di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan semata-mata kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan pembelaan DSAI di Mahkamah Persekutuan dan merupakan hujah-hujah sama yang bakal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan ketika pendengaran nanti. Kenyataan ini adalah dalam bentuk kritikan terhadap Penghakiman Mahkamah Rayuan yang mensabitkan DSAI.

Pada hari-hari sebelum beliau dikenakan tuduhan, laporan-laporan  polis telah dibuat oleh pihak seteru DSAI dari UMNO di seluruh negara secara terancang terhadap peguam DSAI tersebut.

Jelas tindakan terhadap peguam DSAI ini adalah berniat jahat untuk membawa tekanan dan intimidasi terhadap pasukan peguam pembela DSAI dan secara langsung menghalang DSAI dari mendapatkan satu pembelaan serta pendengaran yang sempurna di Mahkamah Persekutuan nanti.

Tindakan membawa tuduhan di bawah Akta Hasutan tersebut terhadap peguam bela DSAi ini adalah satu penghinaan Mahkamah Persekutuan dan merupakan satu gangguan serius terhadap prosiding mahkamah dan sistem keadilan Negara.

Kami menuntut supaya tindakan menghalang DSAI daripada mendapat perbicaraan adil dihentikan segera dan  tidak ada apa-apa intimidasi seterusnya terhadap mana-mana peguambela DSAI.

Kami memohon satu siasatan yang bebas dan segera dilakukan atas perkara yang serius ini yang melibatkan integriti system keadilan Negara dan tindakan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan mana-mana pihak yang terlibat.

Sekian laporan kami.

Thursday 28 August 2014

AYUH SELAMATKAN ANAK-ANAK PALESTINE


Saya mempunyai 3 orang anak lelaki. Adam, Edris dan Nouh. Ketiga-tiganya membesar dengan baik. Saya akan berusaha sekuat tenaga saya untuk mengembirakan mereka. Saya cuba sepenuhnya untuk memenuhi keperluan pengajian mereka.

Mereka membesar dan belajar. Saya mengharapkan mereka menjadi insan-insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Seringkali bila saya melihat anak-anak Palestine yang mati diusia anak-anak saya didada tv dan dunia internet, hati saya menjadi sayu. Saya membayangkan jika itulah anak-anak saya, pasti saya menuntut bela di atas kematian mereka.

Ada yang tercedera di mata, putus tangan malah ramai yang mati dalam keadaan yang sungguh ngeri. Sungguh sayu dan geram rasa hati. Anak-anak itu tidak berdosa.

Ada dalam kalangan mereka semestinya sudah hilang ibu bapa, datuk nenek malah hilang rakan sepermainan. Bagaimana mereka mahu membesar dan bersekolah seperti anak-anak saya. Sungguh malang nasibmu anak.

Israel merupakan kuasa yang sungguh celaka. Kezaliman mereka membunuh anak-anak Palestine bukan untuk dimaafkan. Mereka seharusnya dilaknat dan diberikan pengajaran yang setimpal.

Dalam keadaan darah dan tubuh mongel itu bergelimpangan, kita dikejutkan dengan satu pendedahan bagaimana kerajaan kita pada hari ini merupakan penyumbang kepada nafas dan dentuman bom yang meragut nyawa anak-anak kecil Palestine.

Saya kaget dan terkejut. Bagaimana negara ini yang dianggap sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam tergamak menjadi talibarut kepada rejim yang celaka itu.

Sudahlah, hentikan lakonan wira kamu. Kononnya ke Palestine menghantar bantuan. Kamu sebenarnya punca nafas Yahudi Laknatullah itu. Hentikan perdagangan, pengimportan dan pengeksportan nafas kepada Israel itu.

Sebagai tanda marah dan solidariti kita, ayuh kita turun beramai-ramai esok di hadapan pagar MITI. Nyatakan bahawa kita tidak rela anak-anak kecil Palestine dizalimi dan di bunuh.

#PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298 #PagarMiTi298

Tarikh : 29.8.2014 ( Jumaat)
Tempat : Masjid Wilayah Jalan Duta
Masa : Bermula sembahyang Jumaat kemudian berarak ke MITI.

Ayuh selamatkan anak anak Palestine!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.

PAS Pulau Pinang Berkeras Tolak Wan Azizah Calon MB Selangor


Tindakan beberapa pemimpin tertinggi di dalam Pakatan Rakyat yang mengkritik PAS dalam kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor dimana DAP dan PKR berkeras mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon tunggal telah mengundang rasa kecewa pemimpin PAS Pulau Pinang.

Melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man dalam satu kenyataan kepada media berkata bahawa tindakan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PR yang terus menerus menyalahkan PAS adalah satu tindakan yang tidak wajar selaku rakan di dalam satu gabungan di mana asas perjuangan adalah sama untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan dari Barisan Nasional.

Salleh Man dalam kenyataannya itu bertegas mahu pemimpin PKR dan DAP berhenti dari menuduh PAS cuba menikam dari belakang dua parti tersebut hanya kerana tidak bersetuju Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dilantik menjadi MB yang baru di Selangor dan berharap dua parti tersebut memikirkan semula komitmen yang diberi PAS sebelum ini sehingga gabungan PR berjaya menang besar pada Pilihanraya Umum yang lalu.

"Tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin DAP dan PKR kononnya Pas cuba menikam pakatan pembangkang adalah tidak tepat, sebaliknya kami selama ini telah membuktikan komitmennya dengan memberi kerjasama yang baik dalam pakatan sepertimana yang ditunjukkan pada PRU yang lalu." ujar Salleh Man disini semalam. -utaranews

Perlu Diingat!!!
Satu-satunya adun yang dimenangi PAS dalam negeri Pulau Pinang ialah kerusi yang Salleh Man tandingi Dun Permatang Pasir..

Salleh Man juga dibawah kerusi parlimen Permatang Pauh yang suatu ketika dahulu kak wan pernah bertanding di situ, dan pernah berkerja sama antara PKR dan PAS.. Untuk memenangkan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh dan adun Permatang Pasir..

Kenapa Salleh Man berpendirian begini? Apa bezanya dulu berkerja bersama kak wan dan sekarang kak wan calon kerusi MB Selangor?

Usah Berdalih Lagi, Hentikan Segera Bantuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-Israel


Selesai sahaja sidang media aksi #PagarMiTi298 “Hentikan Perdagangan Malaysia dengan Israel” yang dikelola oleh SAMM dan sekutu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil memberikan penjelasan separa masak dalam isu ini.
 
Sehubungan itu, SAMM sekali lagi tampil meminta Menteri MITI untuk menjawab penjelasan yang telah beliau berikan tersebut :
 
Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel
 
Dunia mengetahui bahawa serangan rejim Zionis terhadap Gaza Humanitarian Aid Flotilla – Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 sehingga menyebabkan Perdana Menteri Turki ketika itu Tayyip Erdogan telah menghalau keluar kedutaan Israel daripada Turki. Malah, 6 hari lepas, regim Zionis Israel telah pun melancarkan serangan udara menggunakan pesawat F-16 terhadap rombongan misi kemanusiaan Venezuela ke Gaza.
 
Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan bahawa regim Israel ini begitu suci dan murah hati mereka untuk melepaskan bantuan kemanusiaan masuk dengan mudah ke Palestin ataupun produk-produk yang boleh membantu urusan pembangunan ekonomi di wilayah Palestin? Jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya tidak perlu warga Palestin bermurah hati untuk menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka.
 
SAMM telah mendedahkan isu perdagangan Malaysia dengan Israel ini semenjak tahun 2010 lagi. MITI sering membisu dalam isu ini dan mengelak untuk menjawap. Dalam Perbahasan Belanjawan 2012, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri telah membawakan isu ini dan Menteri MITI hanya memberikan jawapan bahawa perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain).
 
Namun, apabila SAMM terus membongkarkan dokumen demi dokumen, Menteri berubah nada dan menyatakan bahawa perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan Palestin. Mengapa Menteri sering berdolak dalik? Apakah yang sedang dipertahankan oleh MITI dan keseluruhan Kabinet? Adakah MITI sedang mempertahankan kepentingan regim Zionis ataupun Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel?
 
SAMM dengan ini mendesak Kementerian untuk menjelaskan apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.
 
Menteri tidak harus sekadar memberikan jawapan rambang sebaliknya mesti diiringi dengan fakta-fakta sahih. Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?
 
Jika tidak, Menteri sekali lagi seperti kebiasaan terus kekal berbohong dan memanipulasi fakta untuk berselindung dan menyelamatkan diri semata-mata. Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?
 
Hubungan Eksport Israel ke Malaysia dan Penglibatan Syarikat Tempatan Dengan Syarikat Berpengkalan di Israel
 
Dalam isu hubungan perdagangan ini, SAMM tidak sekadar menyebut mengenai produk tempatan yang dieksport ke Israel tetapi juga melibatkan statistik eksport Israel ke Malaysia. Produk-produk yang dikeluarkan di Israel atau Made In Israel dan kita membantu untuk membelinya melalui syarikat-syarikat MNC.
 
Adakah MITI juga ingin mengatakan bahawa produk-produk ini berasal atau Country of Origin adalah dari Palestin yang hanya menggunakan pelabuhan-pelabuhan di sekitar Ashdod atau Haifa, Israel? Sejak bila Palestin mempunyai kilang-kilang industri membuat material-material atau komponen produk?
 
Menteri tidak sepatutnya mengecilkan skop seolah-olah hanya barang-barang bantuan kemanusiaan ke Palestin sahaja yang kita hantar selama ini. Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada konglomerat asing oleh Pemerintah ini dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.
 
Apakah Malaysia tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga mudah mengikut telunjuk pelabur asing? Mengapa Pemerintah tidak mempunyai keberanian seperti Turki, Chile, dan kebanyakkan negara Kesatuan Eropah yang begitu tegas menghalang perdagangan dengan Israel? Seperti mana ketegasan dan keberanian kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa menghentikan dagangan minyak dengan Iran pada tahun 2012 dahulu.
 
Keadaan ini samalah juga dengan sikap kita yang mengagungkan dan menyanjung tinggi Henry Gurney sehingga kini walaupun Henry Gurney ini merupakan watak belakang tabir yang mewujudkan negara Israel dan merampas tanah dan hak warga Palestin sebagai manusia yang bebas dan merdeka di dunia ini.
 
Bagaimana pula dengan syarikat perkapalan Zim yang bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita, Syarikat AMDOCS yang digunapakai oleh ASTRO, APCO Worldwide yang menjadi penasihat Kerajaan dan lain-lain, apakah semua syarikat ini tidak berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan. Siapakah pula yang memberikan syarikat-syarikat yang berlatarbelakangkan Zionis Israel ini diberikan lesen perniagaan di Malaysia?
 
Syarikat-syarikat yang diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel. Tidak mungkin Mak Timah di Ulu Choh, Ah Seng di Kuala Kurau, Maniam di Telok Kemang dan jutaan lagi rakyat Malaysia akan menerima laba keuntungan syarikat ini apatah pula rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun menjadi mangsa penghapusan etnik regim zalim Zionis Israel ini.  
 
Alasan bahawa syarikat-syarikat ini didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) juga hanya satu alasan untuk mengaburi pandangan khalayak dan mengelakkan sentimen kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang banyak dilakukan di negara-negara luar terutamanya dalam Kesatuan Eropah.
 
Penutup
 
Melihat kepada respons yang diberikan Menteri adalah merupakan satu cubaan untuk membela diri dengan penjelasan serba kemungkinan tanpa ada sebarang hujah-hujah atau statistik-statistik atau fakta-fakta iringan yang lebih konkrit untuk mewajarkan penjelasan beliau.
 
Beberapa perkara yang sering SAMM bangkitkan dalam isu perdagangan dengan Israel ini masih tidak dapat dijawab dengan tuntas oleh Kementerian. Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang telah memberikan kelulusan untuk perdagangan dengan Israel.
 
Ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan terhadap manusia sejagat. Tetapi malangnya sifat munafiq itu tidak mampu disorok lagi.
 
Ayuh kita bersama Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 : Malaysia STOP Arming Israel pada 29 Ogos 2014 di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur bermula dengan solat jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 
Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza yang mendapat perhatian antarabangsa.

sekian,

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Tiada Calon PAS, MB Selangor milik PKR


AS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ditanya siapakah yang akan dicalonkan PAS, Mustafa berkata: "Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan, tunggulah nanti."

Mustafa juga berkata, mesyuarat itu tidak menyentuh isu Menteri Besar Selangor.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan Menteri Besar kepada ahli PAS Selangor," katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan PAS, DAP dan PKR, masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

Namun, PKR dan DAP tetap mahu mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar itu.

Wednesday 27 August 2014

Sampai Bila Benjamin Netanyahu Mahu Tipu Kita?


Sifir atau kira-kiranya cenggini :-

Sebelum PRU...
-Rakyat ditindas...
-Rumah diroboh...
-Barang Naik rakyat kena...
-Minyak naik rakyat kene...
-Tol naik rakyat kena...
-Cukai bertambah...
-Hutang negara naik, rakyat makin susah...

Rakyat marah...Rakyat bangkit...Makin benci kat Benjamin Netanyahu (BN)...Terasa nak TUKAR...

Dekat PRU...
Benjamin Netanyahu (BN) bagi BR1M RM650...

Rakyat terus sujud menyembah Benjamin Nathanyahu (BN)...Mood kembali kepada mengundi BN...

Lepas PRU...Baca balik semula yang atas...kahkahkah

Tapi sampai bila?...

Pasangan Bogel Di Ipoh Didenda RM400.. Ha.. Ha.. Ha..


Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman denda RM400 terhadap sepasang model, gara-gara beraksi separuh bogel di khalayak ramai pada Isnin lalu, selepas kedua-duanya mengaku salah atas perbuatan mereka.

Denda RM400? Hahahahaha.. Negara Islam?

Cuba fikir.. Kalau lah bogel nie jadi di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan?

Jawapan Menteri MiTi 'Ke Laut', SAMM Akan Teruskan Protes #PagarMiTi298 Jumaat Ini


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama rakan sekutu tetap akan meneruskan Himpunan "Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel" pada Jumaat ini walaupun telah dijawab oleh menteri bertanggungjawab.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) telah memberi respon dari sidang media SAMM pagi semalam namun jawapan yang diberi menggambarkan sikap terdesak regim. Jawapan yang berlandaskan 'kemungkinan itu dan kemungkinan ini' seharusnya tidak cukup tanpa fakta sokongan.

SAMM terpanggil mencabar pihak MiTi menjawab persoalan berikut;

1. Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan kononnya regim Israel ini begitu suci dan murah hati 'meminjamkan' pelabuhan Ashdod dijadikan transit barangan/produk ke Palestine?

2. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin? 

3. Di manakah bukti produk-produk ini diterima oleh syarikat atau perusahaan milik rakyat Palestin yang beralamat di wilayah Palestin?

4. Apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin?

5. Berapakah pula nilai dagangan bagi produk Malaysia yang kononnya masuk ke Israel melalui negara pihak ketiga? Berapa pula nilai dagangan produk yang terus dari Malaysia?

6. Adakah negara pihak ketiga juga berperanan menjual sumber asli mentah Malaysia seperti minyak sawit, getah, koko, dan minyak sayur ke negara haram Israel? Atau sebenarnya ia dari pelabuhan Tanjung Pelepas?

Rakyat Malaysia tidak mudah diperbodoh dengan pelbagai alasan dan jawapan 'membela diri' yang dikemukakan.
 
Harus diingat, bantuan makanan dan ubatan sering dihalang dan peristiwa berdarah kematian warga turki dalam misi bantuan Freedom Flotilla tidak harus dilupakan. 

Malah jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya mengapa perlu warga Palestin menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka?
 
Dalam isu berkaitan, SAMM turut mempersoal bagaimana syarikat perkapalan Zim syarikat yang juga GLC Israel bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita? 

SAMM juga ingin bertanya apakah polisi negara yang membenarkan syarikat israel seperti AMDOCS digunapakai oleh ASTRO dan APCO Worldwide yang menjadi penasihat kerajaan persekutuan?
 
Jelaslah bahawa jawapan Menteri MITI ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang semakin celik. Sifat munafiq pemerintah yang begitu menebal tidak mampu disorok lagi.
 
Ayuh kita bersama Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 pada 29 Ogos 2014 di kompleks kementerian Jalan Duta, bermula dengan solat jumaat di Masjid Wilayah. Sebuah aksi bertaraf dunia yang bakal mendapat liputan antarabangsa.
 
Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday 26 August 2014

Posting Palsu Dr.MAZA.com, Fitnah Anwar Ibrahim Berkelakuan Luar Tabii




Apa kaitan politik dengan DR MAZA dalam hal ini??? dia yang di fitnah oleh macai umno lepas tu salahkan Ustaz Asri pula.. apa jenis akal korang yang duk kaitankan DR MAZA dengan fitnah ini.. sesiapa pun yang buat memang tak bermoral apatah lagi beriman

Macai Umno Kantoi Fitnah DSAI Ke Tel Aviv, Israel



EDISI MACAI UMNO KANTOI MALU LUMAT LUNYAI !!!!

Allah Maha Berkuasa...
Kerja fitnah-JAHAT UMNO tak kan bertahan lama. Sekejap jer dah DIKANTOI kan...

Admin terima fitnah tersebut dlm Inbox SR. Akhirnya Admin dapat bongkar Fitnah yg mana 'boarding ticket' asal telah di'superimposed' ditukar namanya kpd Anwar Ibrahim ke destinasi Tel Aviv, Israel...

SEDIA MAKLUM siapa yg kerap flight mereka akan tahu setiap kali kita beli tiket, pd 'boarding ticket' akan tertera no. E-Ticket masing2.. TETAPI KENAPA NO. E-TICKET 'DI ATAS' KEDUA2NYA SAMA??? kan dah kantoi.. KAH! KAH! KAH!

Harap DS Anwar Ibrahim dapat ambil tindakan saman & repot polis dgn kadar segera terhadap fitnah jahat Admin facrbook & blogger yang memfitnah

Peneroka Tau Tak Saham FELDA Menjunam Lagi?


JANGAN BOHONGLAH NAJIB !!!
DEPAN PENEROKA YANG KURANG CELIK IT BOLEHLAH KAMU BOHONG....

HAKIKATNYA... Ada keluar kat tv & berita2 di M'sia ke tak berita saham FGVH semakin MENJUNAM JATUH 2 TAHUN BERTURUT-TURUT !!!! Harga saham FGVH dibuka RM5.39 (28/6/2012) dan TERKINI tinggal RM3.87 (25/8/2014).. APA DAH JADI NAJIB !!!!

Monday 25 August 2014

Warkah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Buat Perdana Menteri


Kehadapan YAB Perdana Menteri,

Negara kita sedang dihias indah untuk merayakan hari Kemerdekaan ke 57. Bertemakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Cinta itu subjektif dan universal. Cinta itu boleh diklasifikasikan sebagai rasa kasih sesama kita dan juga rasa kasih dan sayang umat sejagat.

Tetapi jauh di satu sudut dunia ini, terpahat sekelompok umat yang sedang menderita. Tidak lagi mengecapi nikmat manusia bebas dan merdeka. Ya, kemerdekaan mereka telah dirampas. Bukan untuk setahun tetapi telah lebih 60 tahun oleh seorang arkitek kolonial Inggeris yang kita angkat namanya dalam kitab sejarah kita, Henry Gurney.

Henry Gurney, si penjajah pecah dan perintah ini merupakan watak belakang tabir di Tebing Barat. Berkedudukan sebagai Chief Secretary, Palestine Mandate Government yang berjaya mewujudkan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948. Atas kejayaan ini, Henry Gurney diangkat pula sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya pada 13 September 1948. Henry Gurney datang dengan tangan yang berlumuran darah dan airmata rakyat Palestin dan kemudian kita mengabadikan namanya di papan tanda sekolah dan jalan sehingga kini.

YAB Perdana Menteri,

22 Ogos, kita semua menangis. Luluh hati kita melihat jenazah-jenazah saudara-saudara kita yang gugur bersama penerbangan MH17 kembali ke tanahair ini. Semoga Tuhan merahmati mereka yang terkorban ini. Di sudut itu, selama lebih 60 tahun ini setiap hari akan ada jenazah yang dipaksa mati ekoran daripada kekejaman penghapusan etnik rejim Zionis. Tidakkah ia juga menyentuh nilai kemanusiaan dan kasih sayang persaudaraan kita?

Semenjak 9 April 1948 dalam tragedi Deir Yassin, warga Palestin ini telah dimalukan, dipijak maruah mereka dan dibunuh sekejamnya oleh sebuah regim Zionis. Cukup lama mereka telah menderita dan ditindas. Tiada lagi waktu bergembira dalam kamus hidup mereka sebaliknya hanya memikirkan selepas ini giliran siapa pula yang akan menjadi mangsa penghapusan etnik zalim ini.

YAB Perdana Menteri,

Saya punya keyakinan YAB merupakan seorang pemimpin yang luhur jiwa, penuh sifat kasih dan sayang serta seorang yang berwasatiyyah. Apakah tidak boleh YAB dan kabinet pimpinan YAB untuk membatalkan kebenaran perdagangan dengan Israel semenjak tahun 1996 dahulu? Mengapa YAB tidak membetulkan kesilapan kabinet terdahulu dan kembali semula mengikut Dasar Luar Negara kita yang tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan negara rejim Zionis Israel.

Saban tahun jumlah perdagangan kita dengan Israel terus meningkat. Kerajaan Pemerintah sejak 18 tahun dahulu sehingga zaman YAB tidak pernah mendedahkan angka tetapi zaman telah berubah. Kerajaan YAB tidak lagi boleh menyorokkan hakikat. Bangkai kalaupun disorok tetap akan berbau juga. Dunia internet telah mendedahkan begitu banyak data dan angka betapa kita juga sebenarnya merupakan antara rakan dagang Israel yang besar. Kita turut sama mengukuhkan ekonomi dan menjana ekonomi Israel yang mana mungkin keuntungan dan kekukuhan ekonomi Israel itu turut mengukuhkan dana persenjataan mereka untuk terus membuli Palestin.

YAB Perdana Menteri,

Mengapa Kerajaan pimpinan YAB tidak mempunyai keberanian seperti Turki untuk menggantung hubungan perdagangan dengan Israel pada 2011? Mengapa YAB tidak mencontohi rakan sejawatan YAB di Chile yang menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Israel?

Mengapa YAB tidak mempunyai keberanian seperti negara-negara Kesatuan Eropah yang begitu komited dalam melaksanakan kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS)?  Mereka ini bukanlah negara yang teguh amalan Islamnya seperti Kerajaan Pimpinan YAB disini yang handal berpencak mempertahankan Islam tetapi nampaknya terkulai di tangan rejim Zionis. Adakah kita begitu takut dengan tekanan Zionis Israel dan Amerika Syarikat?

Mengapa YAB tidak menjadi sebegitu berani seperti keberanian dan keperwiraan YAB dalam mengikut telunjuk Amerika Syarikat dengan menghentikan dagangan minyak kepada Iran pada tahun 2012 dahulu? 57 tahun kita telah merdeka, kita juga perlu sentiasa bertanya kepada diri kita, What Should A Free Man Do?

YAB Perdana Menteri,

Saya menginsafi semangat tema Hari Kemerdekaan, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ya, disini lahirnya sebuah cinta kepada keamanan sejagat. Dengan penuh rendah diri, sebagai anak muda Malaysia, saya menjemput YAB untuk hadir bertemu dengan rakyat Malaysia di perkarangan kompleks MITI, Jalan Duta, 29 Ogos nanti. Saya berjanji akan membawa ribuan rakyat untuk hadir dan jutaan sokongan lagi kepada YAB untuk bangkit berani melawan dasar apartheid Zionis Israel dengan menghentikan hubungan perdagangan Malaysia dengan Israel.

Dan kepada teman-teman seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan keamanan, saya mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput anda semua untuk bersama-sama dalam satu himpunan hentikan hubungan perdagangan Malaysia dengan Israel pada 29 Ogos 2014 di perkarangan kompleks MITI, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Acara akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Disini Lahirnya Sebuah Cinta harus kita mulakan dengan menzahirkan kecintaan kita pada keamanan sejagat 29 Ogos 2014, MITI KL.

#PagarMITI298

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Isu GST, Kenyataan Menteri Bodohkan Rakyat


APA LAGI UMNO & BN MAU PUTAR BELIT...
Standard menteri-menteri kangkung ayam satu ringgit !!!

NAK PERCAYA kata Menteri CGPA 3.85 UMNO ka!!

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT seperi mana kamu BOLEH PERBODOHKAN penyokong & pengampu BN...

Sunday 24 August 2014

Bantah Hari Berkabung, Shahidan Kassim Marah Timbalan Mufti Perlis?


Manusia di akhir zaman...

Adakah golongan veteran UMNO skrg kebanyakannya sudah NYANYUK atau sememangnya jahil ilmu agama??? ANDA nilaikanlah sendiri...

Sebelum kamu nak persoalkan org lain, kamu tanya dulu Kerajaan Perlis kamu sendiri yg tidak bersama2 dgn KERAjaan Pusat dlm menjayakan Hari Malaysia Berkabung itu !!!

Kalau rasa diri kamu hebat ilmu agamanya drpd Mufti adalah lebih baik kamu mencalonkan diri sendiri jadi Mufti...

#Merdeka: Di Sini Lahirnya Penipuan Sejarah???


31 OGOS 1957 TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA?

Kalau ditanya berkenaan HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA, semua orang akan kata 31 OGOS 1957. Tapi cuba kita kaji semula, Pada tahun 1957, adakah Nama MALAYSIA itu sudah wujud?. Semestinya tidak, kerana pada masa itu Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura Masih belum lagi bergabung untuk membentuk persekutuan yang diberi nama Persekutuan Malaysia.

Jadi kita, Buku sejarah yang di ajar di sekolah, dan kebanyakan orang menyebut 31 Ogos 1957 sebagai Hari kemerdekaan Malaysia?. Ini adalah satu kesilapan fakta, dan boleh dikatakan satu penipuan sejarah. kenapa Admin berkata begini, kerana Merdeka 31 Ogos 1957 itu adalah TANAH MELAYU dan bukan MALAYSIA. kenapa penipuan sejarah?, kerana hal ini telah berlarutan selama 56 Tahun, tanpa ada sebarang pembetulan.

Hari yang sepatutnya disambut oleh rakyat malaysia adalah HARI MALAYSIA, tarikh dimana Persekutuan Malaysia dibentuk iaitu 16 SEPTEMBER 1963. Persoalanya, Kenapa ianya dibiarkan berterusan SALAH, sedangkan kita semua tahu realiti sebenar. Dan sampai ke hari ini tidak diperbetulkan.

FAKTA SEBENAR

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
31 OGOS 1957

KEMERDEKAAN BORNEO UTARA / SABAH
31 OGOS 1963

KEMERDEKAAN SARAWAK
22 JULAI 1963

HARI PEMBENTUKAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

Adakah hari Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 sama dgn hari Pembentukan Malaysia???

DARI MANA WUJUDNYA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ???

RM5 Bersama Notis "Karpet Bau Macam Kandang Babi"


Karpet Masjid bau macam dalam kandang babi.. mungkin bau boleh hilang fokus orang yang sedekah duit RM5 dengan perkataan yang menyindir ini..

Sedekah itu dah betul, lebih elok dia bagi notis atau surat kepada AJK masjid dan boleh jadi tak betul pulak dia tulis atas duit, laku lagi ka duit ini..?

Mungkin ini pendekatan terbaru untuk menyedarkan pihak masjid supaya dapat bertindak segera..

Banyak persoalan juga dalam pemikiran aku.. dimana duit peruntukan untuk masjid? Belum cukup duit derma dari orang ramai untuk masjid? Tabung masjid kena pecah? AJK Masjid kurang peka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.