VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 28 August 2014

Tiada Calon PAS, MB Selangor milik PKR


AS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ditanya siapakah yang akan dicalonkan PAS, Mustafa berkata: "Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan, tunggulah nanti."

Mustafa juga berkata, mesyuarat itu tidak menyentuh isu Menteri Besar Selangor.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan Menteri Besar kepada ahli PAS Selangor," katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan PAS, DAP dan PKR, masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

Namun, PKR dan DAP tetap mahu mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.