VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 24 August 2014

#Merdeka: Di Sini Lahirnya Penipuan Sejarah???


31 OGOS 1957 TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA?

Kalau ditanya berkenaan HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA, semua orang akan kata 31 OGOS 1957. Tapi cuba kita kaji semula, Pada tahun 1957, adakah Nama MALAYSIA itu sudah wujud?. Semestinya tidak, kerana pada masa itu Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura Masih belum lagi bergabung untuk membentuk persekutuan yang diberi nama Persekutuan Malaysia.

Jadi kita, Buku sejarah yang di ajar di sekolah, dan kebanyakan orang menyebut 31 Ogos 1957 sebagai Hari kemerdekaan Malaysia?. Ini adalah satu kesilapan fakta, dan boleh dikatakan satu penipuan sejarah. kenapa Admin berkata begini, kerana Merdeka 31 Ogos 1957 itu adalah TANAH MELAYU dan bukan MALAYSIA. kenapa penipuan sejarah?, kerana hal ini telah berlarutan selama 56 Tahun, tanpa ada sebarang pembetulan.

Hari yang sepatutnya disambut oleh rakyat malaysia adalah HARI MALAYSIA, tarikh dimana Persekutuan Malaysia dibentuk iaitu 16 SEPTEMBER 1963. Persoalanya, Kenapa ianya dibiarkan berterusan SALAH, sedangkan kita semua tahu realiti sebenar. Dan sampai ke hari ini tidak diperbetulkan.

FAKTA SEBENAR

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
31 OGOS 1957

KEMERDEKAAN BORNEO UTARA / SABAH
31 OGOS 1963

KEMERDEKAAN SARAWAK
22 JULAI 1963

HARI PEMBENTUKAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963

Adakah hari Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 sama dgn hari Pembentukan Malaysia???

DARI MANA WUJUDNYA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ???

3 comments:

  1. Apa yang ko cuba cadangkan ni? Tukar nama Hari Kemerdekaan Malaysia kepada Hari Kemerdekaan Tanah Melayu??

    ReplyDelete
  2. salam utk semua.

    macam ni lah ya. Tanah melayu tu dah dikenali sebagai Malaysia la ni. so hang tak payah le nak memberatkan hal2 dunia ni. apalah salahnya kalau di panggil hari kemerdekaan Malaysia. sedangkan Tanah melayu & Malaysia adalah Negara yang sama. cukup2lah memberatkan hal duniawi ni. patutnya kita ni kena berat2kan hal akhirat, yang dunia ni permudahkan aje.

    sekian. wassalam....

    ReplyDelete
  3. Maaf andai terkasar.
    Betul tu semua tahu. Akan tetapi kemerdekaan ini yang perlu kita raikan bersama pasal tarikh dan nama janganlah kita bersifat asabiah. Merdeka ini adalah usaha kita nak ingatkan anak.muda akan apa yang perlu dilalui oleh pahlawan sebelum ini demi mencapai keamanan kita ini. Betul tu sarawak merdeka nya asing. Tapi apa salahnya.

    Demi masa depan MALAYSIA. bersatu hati dan lupakan sengketa lama

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.