VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 20 July 2017

KETUA AMANAH KAWASAN SIK MENGAMUK



Selepas diserang oleh musuhnya disini ,Ketua Amanah Sik Sdr Leman atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan dalam Facebooknya telah meningkatkan lagi gerak kerja dan pengaruh di Kawasan Sik. Musuh musuh politiknya memainkan isu bahawa Sdr Leman bukanlah anak tempatan Sik dengan tujuan mengurangkan sokongan pengaruh terhadapnya dan Amanah Sik diviralkan melalui media whatsapp semenjak Amanah Sik ditubuhkan.

Bagi menghadapi musuh musuhnya yang cuba memainkan isu tersebut , Sdr Leman yang juga merupakan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik telah menyusun penubuhan PDM bermula dari tempat kelahirannya Kg Seri Dacing bermula 5 ogos 2017. Adik beradik dan sanak sedara serta sepupu sepapat beliau bermula dari kampung Seri Dacing ,Kg Batu Besar dan Kg Tupai hampir keseluruhan memasuki Parti Amanah Negara Kawasan Sik. Hanya bapa saudaranya yang merupakan Ketua Cawangan PAS Kg Baru Seri Dacing belum memasuki Amanah dimana cawangan PAS disitu lumpuh keseluruhannya selepas ramai beralih arah sokongan.Sdr Leman juga yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Chegu Uda yang merupakan mantan Ahli Parlimen Sik tahun 2008 dizaman kegemilangan PAS suatu masa dulu juga telah mengangkat Che Uda sebagai penasihat Parti Amanah Sik memandangkan bekas Ahli Parlimen Sik itu mempunyai pengalaman politik yang luas .

Mengikut jadual yang diterima, Amanah Sik akan menubuhkan PDM Tupai pada 5 Ogos 2017 serentak dengan perasmian 3 cawangan iaitu Cawangan Batu Besar ,Cawangan Seri Dacing dan Cawangan Tupai Manakala pada 11 Ogos 2017 dikuti dengan dengan Penubuhan PDM Kg Bandar serentak dengan perasmian 3 Cawangan Amanah iaitu Kg Kerawai ,Kg Bandar Hilir dan Cawangan Kg Sok.

Sdr Leman ketika dihubungi selepas status Fbnya dinaikan berkenaan program tersebut berkata, " Kita tidak akan beri muka kepada musuh yang jahat dengan membawa cerita fitnah untuk menjatuhkan Amanah Sik dan saya sendiri bagi mengurangkan sokongan dan pengaruh dengan mengatakan saya bukan anak kelahiran Sik dan kali ini saya akan buktikan dengan kebangkitan dari adik beradik saya disini bersama dengan penyokong Amanah Sik ,golongan golongan ini hanyalah diibaratkan sebagai anai anai perosak dikawasan ini ,jadi kami ada racunnya untuk menghapuskan anai anai tersebut "

Amanah Sik juga giat menyusun jentera jentera pilihanraya dengan bermulanya penubuhan Unit ARiF Kawasan Sik pada 25 Julai 2017 ini dan seterusnya akan menubuhkan Sayap Team Pacak Bendera dikesemua cawangan bagi melancarkan perjalanan jentera parti .Sehubungan dengan itu juga , Ketua Amanah Sik juga mengingatkan mana mana pihak yang menjaja fitnah untuk merosakkan Amanah Sik dan cuba memburukan namanya dengan bertujuan mendapat kemenangan cara kotor akan berhadapan dengan tindakan undang undang tanpa memberikan simpati terutamanya menjelang PRU14 akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.