VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 23 August 2014

Krisis MB, PKR Dan Nepotisma


Mungkin pendapat peribadi saya ini akan dipandang serong, sedangkan ini sekadar pendapat peribadi yang telah terbuku di benak. Timbul sedikit keberanian malam ini untuk pendapat ini dikongsi bersama.

Menabalkan/melantik/memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, atau adun atau presiden parti bukan bersifat NEPOTISMA sepertimana pendapat segelintir. Beliau seorang pemimpin yang muncul ketika negara berdepan satu detik hitam yang mengubah landskap politik tanahair. Tanpa mengambil kira walaupun sebelumnya beliau hanya seorang surirumah atau doktor mata atau sesiapa pun, beliau muncul dengan keberanian.

Bukan nak bermadah dengan modal 'tangan yang menghayun buaian', hakikatnya beliau seorang pemimpin, yang telah dan sedang memimpin. Wan Azizah juga telah meninggalkan tanggungjawab kecil (dalam soal kekeluargaan) untuk menggalas tanggungjawab lebih besar, bukan sekadar membela si suami semata-mata tetapi membela seorang pemimpin yang ketika itu turut dibela oleh sebilangan besar masyarakat termasuklah parti pas dan dap.

Sepengetahuan saya, NEPOTISMA itu lebih kepada memberi suatu kelebihan/jawatan kepada ahli keluarga ketika sedang berkuasa, yang boleh ditakrif sebagai 'conflick of interest' - menggunakan kuasa yang ada untuk melantik ahli keluarga ke suatu jawatan.

Beza memang berbeza, Azizah tidak dilantik (ke suatu jawatan) ketika Anwar berkuasa. Azizah lahir dari sebuah krisis pada tahun 1998, pusing ke seluruh dunia mohon bantuan di atas isu penindasan dan ketidak-adilan. Beliau memilih untuk bersama gerakan, bukan memilih untuk berdiam ketika itu. Boleh saja Azizah berdiam hingga Anwar dibebaskan, itupun jika dibebaskan.

Kini, Azizah yang sama diangkat menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor. Inilah Azizah yang telah harung kesukaran sebuah perlawanan belasan tahun lamanya, diangkat atas pengalaman, kapasiti presiden parti dan adun selayaknya, bukan diangkat dari celah dapur atau dari celah bilik pembedahan.

Atas kefahaman ini, saya yakin perlantikan beliau atas apa juga jawatan yang relevan bukan bersifat NEPOTISMA. Ini pendapat saya, dan saya yakin ramai yang akan sependapat jika memahami erti sebenar NEPOTISMA.

Nurul Izzah? Ya, sama lah.

Ustaz Nakhaie Keluar Umno Kerana Wahabi?




Umum sudah boleh meneka siapakah mereka.. Tetapi sekarang sudah di akui oleh orang tua dalam umno sendiri ulama muda itu cenderung kepada fahaman wahabi..

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu awal penyertaan mereka tetapi dinafikan.

Sekarang ustaz nakhaie bekas ahli PAS masuk umno sudah berasa menyesal akan tindakan beliau yang lepas..

Beliau sudah tiada ruang dan terpaksa bersiang kuat bersama ulamak muda yang cenderung kepada wahabi..

Pesan seseorang kepada Ustaz nakhaie sebelum ini..:

"Ustaz Nakhaie terus dirundung malang apabila kalah untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Baling dan seterusnya terpaksa melupakan niat untuk menjadi calon Ahli Parlimen Baling walaupun telah turun berkempen sebelum senarai nama-nama calon diumumkan, apabila ternyata kemudiannya Dr Mashitah calon yang dipilih partinya. Lebih mengecewakan lagi perasaan Nakhaie apabila dia hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000. Semenjak itu nama Nakhaie terus dilupakan oleh UMNO tetapi Nakhaie terus menjiwai UMNO untuk perpaduan Melayu, kononnya."

Demi melawan kezaliman regim zionis, apakah anda bersedia untuk beraksi?


Demi Palestine, ayuh buktikan kita bukan sahaja berani piket depan McD, tetapi kita juga berani memberi tekanan di depan pejabat MITI agar dihentikan hubungan dagang M'sia-Israel!

Kita tidak harus menjadi penyambung nyawa zionis dengan dagangan dan bahan mentah dari bumi bertuah ini yang dihantar ke Israel!!!

Kini SAMM bersama sekutu anak muda melunaskan kata laungan sebelum ini menghadirkan satu demonstrasi di depan pejabat MITI Jalan Duta, dengan matlamat beri tekanan agar dihentikan segera hubungan perdagangan M'sia-Israel.

#PagarMiTi298

Tarikh: 29hb Ogos 2014
Masa: 2.30pm (lepas solat jumaat)
Lokasi: dari Masjid Wilayah Jalan Duta hingga ke pagar pejabat MITI

SAMM juga menjemput semua NGO sekutu untuk satu mesyuarat pada 26 Ogos 2014 pada jam 10 pagi di tingkat bawah KLSCAH. Satu sidang media juga akan diadakan pada hari yang sama (selasa) jam 11pagi.

Ayuh, SAMM menjemput semua... Ini aksi bertaraf dunia!!!


Edyes SAMM
Pengarah Propaganda

Friday 22 August 2014

Tekan MITI Hentikan Hubungan Dagang Malaysia-Israel!


Demi Palestine, ayuh buktikan kita bukan sahaja berani piket depan McD, tetapi kita juga berani memberi tekanan di depan pejabat MITI agar dihentikan hubungan dagang M'sia-Israel!

Kita tidak harus menjadi penyambung nyawa zionis dengan dagangan dan bahan mentah dari bumi bertuah ini yang dihantar ke Israel!!! Ayuh!!!

#PagarMiTi298

Tarikh: 29 Ogos
Masa: 2.45pm (lepas solat jumaat)
Lokasi: Pejabat MITI Jalan Duta (bermula di Masjid Jalan Duta)
Aksi: Pelbagai

https://www.facebook.com/events/1455068788095550/

Nyatakan kehadiran anda dalam link di atas, sebar dan invite sahabat yang lain. Isu Palestin adalah merentasi batasan kaum dan agama, ia isu kemanusiaan sebenar. Sebarkan...

Wednesday 20 August 2014

Punca Sebenar Mahathir Tidak Puas Hati Dengan Najib Razak


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan supaya tidak memandang remeh sebarang nasihat bernas yang diberikan untuk manfaat rakyat dan negara.

"Saya menegur kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya," katanya.

Katanya, budaya Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan seperti 'Sayangkan anak tangan-tangankan', 'Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' dan ingin ditambah sedikit 'Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan'.

"Saya lihat Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

"Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara," katanya mengimbas tegurannya terhadap beberapa dasar dan tindakan Tunku Abdul Rahman yang tidak disenangi ramai sehingga Perdana Menteri pertama negara itu mengundur diri.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas ditegur Dr Mahathir, selain prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga beliau meletak jawatan.

"Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi” dan saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan," katanya.

Dr Mahathir berkata, bagaimanapun dilihat dasar dan tindakan Najib yang menjadi pilihan untuk menggantikan Abdullah tidak lebih berkesan.

"Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya," katanya.

Oleh itu, Dr Mahathir mengakui beliau tidak ada pilihan, selain menarik balik sokongannya terhadap Najib.

"Tetapi, ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," katanya.

Beliau juga menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap langkah kerajaan mendapatkan pandangan negara jiran berhubung isu domestik.

"Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama," katanya.

Seterusnya beliau mengkritik dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna, menaikkan import dan mengabaikan industri tempatan, manakala tindakan menaikkan gaji minimum menggugat daya saing indusri tempatan.

"Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Beliau juga mendakwa, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

"Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur," katanya

Tuesday 19 August 2014

Henti Segera Projek MRT Sehingga Penilaian Prosedur Keselamatan Yang Lebih Ketat Dijalankan


Projek MRT sekali lagi dilanda kemalangan hingga mengakibatkan 3 pekerja terperangkap di bawah timbunan konkrit di Kota Damansara. Ini merupakan kejadian kemalangan yang kedua di tapak pembinaan MRT setelah kemalangan pertama pada bulan Jun lepas selain daripada runtuhan tanah di kawasan sekitar tapak pembinaan MRT di Jalan Imbi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan melihat insiden-insiden kemalangan ini berpunca daripada sikap tergesa-gesa Kerajaan Persekutuan dalam memulakan dan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek ini.

Malah, Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak mengambil iktibar kemalangan yang berlaku pada bulan Jun yang lepas dengan membiarkan kontraktor utama GAMUDA-MMC mengambil tindakan yang agak lembut apabila sekadar memberhentikan sub-kontraktor yang terlibat sahaja.

SAMM Wilayah Persekutuan dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan projek ini dan memberi laluan kepada pasukan pakar-pakar prosedur keselamatan dan alam sekitar untuk menilai semula semua aspek keselamatan sama ada di permukaan dan juga di bawah tanah di sepanjang laluan projek ini. Ini adalah langkah yang penting dan utama untuk memastikan projek ini tidak akan mengalami sebarang kemalangan lagi yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja dan orang ramai dengan lebih banyak lagi.

Adalah amat dikesali apabila Kerajaan Persekutuan terus berlembut dengan konglomerat GAMUDA-MMC walapun telah beberapa kali insiden-insiden malang berlaku di kawasan pembinaan MRT. Adakah hal ini kerana kontraktor utama projek ini mempunyai pertalian rapat dengan Putrajaya hingga segala kelemahan dan insiden ini hanya dipandang sebelah mata oleh Putrajaya.

Kegagalan dan siri kemalangan ini juga menunjukkan Menteri Kerja Raya sekarang ini begitu lemah dalam memastikan keselamatan projek-projek prasarana yang sedang dibina di ibu kota ketika ini.

Justeru, SAMM Wilayah Persekutuan menyeru Perdana Menteri untuk menggantikan Menteri Kerja Raya dengan seorang individu yang mempunyai ketegasan dan kemampuan dalam memastikan projek-projek prasarana yang sedang dibina tidak menjadi mesin mencabut nyawa pekerja dan orang ramai.

Azmir Hj. Mustafa
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Wilayah Persekutuan

Iklan Bogel Promosi Muay Thai Piala MB Kedah




Apa sudah jadi selepas Mukhriz Mahathir ambil alih pemerintahan dari kerajaan PAS Kedah?

Tayang iklan separuh bogel kepada Rakyat Negeri Kedah..

Pakai lebai hanya untuk memujuk rakyat?

Chief Minister's Cup: Kejohanan Muay Thai

7 fights / night

5 & 6 September 2014, 8.30 pm
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.