VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 30 December 2018

Apa Sebenarnya Agenda Azmin Ali?


Melalui kenyataan media terbaru jelas Azmin menuduh Presiden membuat lantikan sebagai 'imbuhan' atau 'sogokan politik (rasuah)'..

Sebab tue la Azmin jarang bersuara.. Sekali bersuara berhambur taik keluar dari mulut.. Sama seperti bila beliau hina 'mereka' yang berasal dari estet masa pemilihan.. Senyap bukan pasal 'tenang', tapi takut nampak perangai KARTEL dia..

Pesan kat Azmin, #KekalTenang..🤭

Monday 24 December 2018

Kerajaan Persekutuan Meluluskan 11 Projek Kerajaan Negeri Kedah


BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH!

KENYATAAN MEDIA

1. Kerajaan Persekutuan telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kedah dengan meluluskan 11 projek untuk dilaksanakan dengan segera. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan menyampaikan khabar gembira untuk rakyat Kedah ini melalui surat kepada saya minggu lepas.

2. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah meluluskan:
• Pembinaan Dewan Serbaguna di Pokok Sena
• Pembinaan semula Masjid Muadzam Shah dan dewan serta kerja-kerja berkaitan di Kuala Nerang
• Peruntukan tambahan khas bagi menyempurnakan sebuah dewan orang ramai di Taman Gurun Jaya, Gurun
• Pelaksanaan kerja-kerja tanah runtuh di Taman Selasih, Kulim
• Kerja baik pulih dan naik taraf masjid dan surau di Negeri Kedah
• Pembinaan sebuah masjid di Changlun
• Pembinaan semula Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu
• Pembinaan Kompleks Perniagaan / Bazar di Sungai Petani
• Kerja baik pulih Masjid Permatang Gedong di Kuala Muda

3. Kementerian Kewangan pula meluluskan :
• Projek “Off-River Storage” (ORS) Sungai Merbok, membina menara tangki dan mengganti paip air di Merbok dan Tanjung Dawai
• Kerja baik pulih Masjid Al-Fateh di Bandar Baharu

4. Projek-projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menggunakan peruntukan Projek Khas Unit Perancang Ekonomi yang akan disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Projek baik pulih Masjid Al- Fateh di Bandar Baharu pula diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

5. Kesemua 11 projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dalam memberikan nilai faedah terbaik dan penjimatan selaras dengan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa tanpa menjejaskan kualiti kerja.

6. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Kedah Darul Aman, saya merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khasnya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di atas perhatian dan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat dalam meluluskan projek-projek ini.

7. Semestinya, keputusan-keputusan tersebut mengambil kira pelbagai perkara, terutamanya memandangkan projek-projek tersebut bersifatkan peduli rakyat dan mensejahterakan masyarakat. Saya yakin kesemua projek ini dan projek-projek lain yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan memberi manfaat besar kepada rakyat dan menjamin kemakmuran Negeri Kedah.

DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 24hb Disember 2018

#KedahSerataRata
#KedahAmanMakmur

Saturday 22 December 2018

Rakyat Sudah Kecewa Dengan Kerajaan PH. Apa Yang Perlu Mahathir Perlu Buat?


Dr M perlu lakukan sesuatu

SUNGAI PETANI: Tiada perancangan dan hala tuju jelas ke arah Malaysia Baharu menyebabkan rakyat mula kecewa dengan kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Dato' Johari Abdul, berkata kegagalan memahami konsep Malaysia Baharu menyebabkan kerajaan mengulangi kesilapan lama yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Kalau tanya apa Malaysia Baharu dekat orang BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mereka pun tidak faham apa. Kalau niat hendak jatuhkan (Datuk Seri) Najib (Razak), Najib sudah jatuh. Sekarang kita hilang punca tidak tahu hendak pergi ke mana.

“Lepas itu, kita ulang balik perkara yang rakyat tidak suka. Ini tidak membantu. Apa yang dinyatakan Lim Kit Siang itu ada betulnya, apabila 20 tahun kita melawan Barisan Nasional (BN) kita perlu tahu apa hendak buat sekarang,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Kit Siang yang parti itu tidak akan teragak-agak meninggalkan PH jika tujuan Malaysia Baharu dikhianati.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, berkata selepas Najib jatuh, Dr Mahathir seperti tidak tahu untuk membuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara.

“Tun hanya mengulangi ucapan yang sama bahawa Najib mencuri. Cukuplah, dia pun sudah ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan.
“Cakaplah sesuatu yang lebih positif, tetapi tiada. Rakyat tertanya-tanya apa seterusnya? Rakyat pastinya mahu sesuatu yang progresif tetapi tidak nampak hala tuju yang jelas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak pasti sama ada Perdana Menteri terlupa, tidak peduli atau tiada siapa yang menasihatkannya.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak boleh masuk campur sebab dia orang luar. Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pula ada batasnya.

“Dalam hal ini Perdana Menteri kena buat keputusan. Lakukan sesuatu untuk tidak lagi mengecewakan rakyat,” katanya.

Thursday 20 December 2018

Masih Belum Cukup Laporan Disiplin Ke Atas Latheefa Koya


TERKINI

EMPAT CABANG BUAT LAPORAN DISIPLIN KE ATAS LATHEEFA KOYA

Akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat laporan disiplin rasmi ke atas bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Latheefa Koya.

Empat cabang yang membuat laporan bertulis berkenaan ialah Klang dan Kuala Langat di Selangor manakala dua lagi cabang ialah dari Pahang iaitu Indera Mahkota dan Paya Besar.

Sidang media laporan disiplin berkenaan sedang diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Jika sabit kesalahan, Latheefa boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat dari parti dan rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan dikeluarkan.

Wednesday 19 December 2018

PESANAN KEPADA PAKATAN HARAPAN - Rafizi Ramli



Selepas 61 tahun, berlaku perubahan kerajaan persekutuan secara demokratik di Malaysia. Apa pun hasil dari perubahan itu, kejayaan rakyat Malaysia mengusahakan satu perubahan tanpa kekecohan akan tersemat dalam sejarah.

Rakyat mengambil masa yang agak lama untuk kembali tenang hasil dari rasa teruja di awal pertukaran kerajaan. Dalam bulan-bulan pertama, setiap kali saya menyuarakan sesuatu yang dilihat tidak mengangkat PH, saya diserang hebat. Saya terima ia satu perkara yang dijangka kerana kerajaan tidak pernah berubah, tetapi lambat laun rakyat akan kembali tenang dan objektif.

Walau bagaimana pun, rasa teruja itu ada membawa kesannya kepada pentadbiran PH. Fokus pentadbiran PH tergelincir sedikit kerana masa bulan madu terlalu lama. Perubahan sikap rakyat terhadap PH, apabila mereka kembali tenang dan objektif, boleh membawa padah politik jika tidak diurus segera. Ada tanda-tanda bulan madu itu sudah hilang madunya, mungkin berganti pahit.

Populariti yang menjunam

Saya terus mengikuti sentimen rakyat di bawah melalui kaji selidik bulanan dan profailing pengundi yang banyak membantu kempen PH di dalam PRU14.

Komen netizen di portal berita utama secara terang-terang menunjukkan terasingnya rakyat Malaysia sesama sendiri. Setiap kumpulan kaum hidup di bawah tempurung sendiri. Kita tidak sedar perubahan ketara di dalam kumpulan kaum lain, kerana kita hanya bergaul sesama kaum sendiri.

Saya bukanlah gemar membawa berita buruk, tetapi kalau ia benar ia tetap perlu disampaikan.

Populariti kerajaan persekutuan sejak PH mengambil alih jatuh merudum, berbanding di awal pentadbiran.

Dalam bulan Jun 2018, 72% responden yang ditanya menyatakan mereka gembira dengan prestasi Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Responden Cina memberikan markah tertinggi iaitu 87 peratus, diikuti dengan responden India (84%). Malah, 66% responden Melayu turut berpuas hati dengan prestasi beliau (dikira tinggi memandangkan PH tidak memenangi undi Melayu dalam PRU14).

Dua minggu lalu, melalui kaji selidik serupa, populariti Tun Mahathir menjunam kepada 53 peratus sahaja. Ada penurunan mendadak sebanyak 20 peratus di kalangan responden dari ketiga-tiga kaum – Melayu (dari 66 peratus kepada 45 peratus), Cina (dari 87 peratus kepada 65 peratus) dan India (dari 84% kepada 64 peratus).

Di beberapa negeri, populariti Menteri Besar (yang sesetengah responden tidak boleh menamakan dengan tepat) adalah lebih tinggi dari populariti Perdana Menteri.

Defisit undi Melayu

Alasan biasa yang diberikan untuk menerangkan penurunan mendadak populariti itu adalah kegagalan PH memenangi undi Melayu dalam PRU14.

Mereka yang menjaja alasan ini berteori bahawa PH perlu mempercayai sepak terajang politik Perdana Menteri untuk membolehkan PH mendapat lebih banyak sokongan pengundi Melayu.

Sepak terajang ini termasuklah usaha membawa Ahli Parlimen UMNO yang melompat untuk menambah kerusi BERSATU di Parlimen. Hari ini, akhbar memetik hujah Perdana Menteri bahawa kemasukan Ahli Parlimen UMNO ini akan membawa bersama sokongan Melayu di kawasan desa kepada PH.

Sebenarnya, bagaimana keadaan sokongan pengundi Melayu dalam PRU14 lalu?

Jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PH berbeza dari satu negeri ke satu negeri.

Di peringkat nasional, PH mendapat kurang dari 30% undi Melayu. Jika dipecahkan mengikut parti, PKR mendapat undi Melayu tertinggi di kalangan parti-parti PH sebanyak 31 peratus (dikira dengan membandingkan undi Melayu kepada PKR di kerusi-kerusi yang ditandinginya), diikuti dengan AMANAH (26 peratus) dan BERSATU (21 peratus).

Jumlah sokongan Melayu kepada PH mengikut negeri boleh dipecahkan kepada empat kategori:

1. Peratusan undi Melayu kepada PH melebihi 40 peratus (Selangor, Wilayah Persekutuan and Penang)
2. Peratusan undi Melayu kepada PH antara 30 peratus ke 40 peratus (Johor, Melaka, Negeri Sembilan and Kedah)
3. Peratusan undi Melayu kepada PH antara 20 peratus ke 30 peratus (Perak, Pahang and Perlis)
4. Peratusan undi Melayu kepada PH kurang dari 20 peratus (Kelantan and Terengganu)

Daripada 97 kerusi parlimen yang dimenangi PH di Semenanjung, hanya 42 kerusi dari negeri-negeri yang undi Melayu kepada PH melepasi 40 peratus.

55 kerusi parlimen yang berbaki itu berada dalam bahaya di dalam PRU15 sekiranya ada perubahan undi ketara di kalangan pengundi Melayu.

PH menang atas platform ekonomi

Mungkin ada yang mula pening dengan angka-angka ini dan apa kena mengena dengan pesanan saya kepada PH.

Memahami angka-angka ini memberi konteks kepada masalah yang dihadapi PH sekarang. Memang benar PH tidak menang undi Melayu yang besar dalam PRU14.

Namun kita tetap menang majoriti di Parlimen kerana ada pengundi Melayu di kerusi-kerusi marginal yang beralih kepada PH. Mereka mengundi PH kerana tertarik dengan janji-janji ekonomi yang akan membantu kehidupan mereka, bukan kerana PH (dalam PRU14) berjaya meyakinkan mereka kita lebih “Melayu” dari UMNO dan PAS.

Saya sentiasa ingatkan bahawa dimensi perkauman dan keagamaan akan tetap wujud dalam masyarakat kita sampai bila-bila. Setiap perkara akan diwarnai dengan pemahaman berkonteks kaum dan agama, baik di kalangan orang Melayu, Cina atau India (mungkin kurang sedikit di Sabah dan Sarawak).

Sebagai parti politik, jalan terbaik ialah dengan memberi tumpuan kepada kesederhanaan fahaman perkauman dan dasar-dasar mesra rakyat, supaya perbincangan orang ramai tertumpu kepada cara-cara menambahbaik kebajikan rakyat.

Saya ulangi mesej yang sama sepanjang kempen PRU14, bahawa PH hanya akan menang sekiranya kita berjaya meyakinkan sejumlah pengundi Melayu bahawa hidup mereka akan bertambah baik jika menukar kerajaan kerana harga barang boleh turun, lebih peluang pekerjaan diwujudkan dan gaji yang lebih adil diberikan.

PH tidak akan berjaya menjadi lebih Melayu dari UMNO atau lebih berpolitik Islam dari PAS. Faham perkauman dan politik Islam itu adalah jenama UMNO dan PAS, sedangkan platform ekonomi itu adalah kekuatan kita.

Keputusan PRU14 membenarkan hujah saya ini.

Walaupun PH memberi ruang kepada BERSATU untuk menonjolkan dirinya sebagai jaguh Melayu (kerusi terbanyak diberikan kepada BERSATU, pengerusi negeri juga banyak diberikan kepada BERSATU walaupun parti itu paling muda dalam PH), strategi jaguh Melayu itu tidak membawa undi Melayu yang besar kepada PH.

Malah, BERSATU mendapat undi Melayu yang paling rendah di kalangan parti-parti PH.

Nasib baik PH masih menang cukup kerusi Parlimen kerana ada cukup pengundi Melayu yang berorientasikan ekonomi. Pengundi beginilah yang memberi peluang kepada PH untuk mentadbir Putrajaya.

Pengundi begini juga yang menjadi punca populariti Perdana Menteri dan PH jatuh menjunam sekarang.

Hilang fokus ekonomi

Saya bukanlah tidak faham bencana kewangan yang diwarisi dari pentadbiran dahulu. Sebab rakyat tahu kerosakan yang telah berlakulah yang mendorong mereka memberi kepercayaan kepada PH.
Kita tidak boleh abaikan kumpulan pengundi yang memenangkan PH, iaitu pengundi ekonomi yang datang dari semua kaum. Dari kaji selidik pertama yang saya jalankan sejurus PRU14 hingga dapatan dua minggu lalu, responden semua kaum menamakan beban sara hidup dan janji pilihanraya sebagai isu paling utama yang mereka mahu kerajaan persekutuan tangani.

Selepas bersabar beberapa bulan, rakyat mula hilang sabar dengan apa yang dilihat alasan demi alasan yang diberikan pentadbiran PH.

Kita memang tidak boleh melaksanakan semua janji dalam masa 100 hari (percayalah, tidak ada pun rakyat Malaysia yang berkira dengan tempoh 100 hari itu), tetapi paling kurang pentadbiran PH mestilah dilihat benar-benar fokus mengusahakan janji-janji itu ditunaikan (kalau pun di masa hadapan).

Saya tahu usaha itu sedang berjalan, tetapi perlulah juga ada sedikit kemajuan. Selepas beberapa bulan, rakyat tidak lagi berpuas hati dengan berita-berita bekas pimpinan kerajaan dahulu didakwa atas tuduhan rasuah, kerana selagi tiada perubahan ketara (dari segi mutu kehidupan rakyat), mereka akan merasa resah.

Dalam beberapa perkara, keadaannya makin teruk sejak kita mengambil alih kerajaan persekutuan.

Bayaran sara hidup kepada peneroka Felda lambat secara berterusan dan sudah menjadi sebati dengan pentadbiran PH. Kita bukan sahaja tidak boleh menghapuskan hutang mereka (yang ditimbunkan secara tidak adil oleh pentadbiran dahulu), kita juga lambat membantu mereka dalam keadaan harga sawit jatuh menjunam.

Sementara usaha mengawal harga barang mengambil masa, bila bantuan yang sebelum ini diberikan ditarik balik tanpa ada bantuan gantian yang lebih cekap, itu menjadi peluru pembangkang untuk melunturkan lagi harapan rakyat kepada kerajaan persekutuan.

Memang saya akui proses menstrukturkan kembali PTPTN akan mengambil masa, tetapi kenapa mengumumkan cara pembayaran baru yang bertentangan dengan janji pilihanraya (yang itu pun tidak mampu ditunaikan lagi)?

Sedangkan sehingga sekarang kita belum mendapat maklumat sebarang rancangan untuk menstrukturkan bon PTPTN berjumlah lebih RM40 bilion itu agar bayaran faedah tahunan lebih rendah. Kenapa kita tidak boleh menggunakan kesempatan adanya Perdana Menteri yang dihormati oleh negara Jepun, untuk mendapatkan pinjaman murah dan menstrukturkan kembali bon ini? Jika kadar faedah boleh dikurangkan dalam 2 ke 3 peratus, penjimatan bayaran faedah boleh mencecah RM1 bilion setahun.

Orang ramai tidak mengharapkan satu keajaiban segera; mereka mahu lihat usaha bersungguh-sungguh untuk membantu hidup mereka.

Setakat ini, mereka lebih banyak mendengar alasan dari kerajaan persekutuan.

Gangguan

Kita juga lebih laju terperangkap dengan babak-babak politik sendiri. Kita semua bersalah dan ada saham sendiri dalam perkara ini, namun orang ramai meneliti tingkah laku jemaah menteri untuk mendapatkan panduan dasar dalam masa-masa yang kecoh begini.

Kita tidak boleh ada terlalu banyak gangguan dalam keadaan kita perlu memenuhi janji-janji ekonomi yang meyakinkan pengundi memilih kita dahulu.

Malangnya, dalam banyak-banyak pencapaian sejak tujuh bulan lalu, pencapaian terbaik pentadbiran PH ialah terperangkap dengan pelbagai gangguan yang mengalihkan tumpuan dari fokus ekonomi rakyat.

Saya benar-benar bingung kenapa ada menteri-menteri yang pandai-pandai berjanji meratifikasikan ICERD, tanpa meneliti kesannya kepada sentimen pengundi Melayu terhadap PH.

Kita berjasa dengan lebih baik jika kita (secara senyap dan berterusan) berjaya memastikan rakyat Malaysia pelbagai kaum mendapat khidmat dan layanan yang seadilnya.

Tidak perlulah kita gebang apabila hendak memberikan biasiswa kepada pelajar bukan Melayu miskin yang cemerlang kerana memang mereka layak mendapat biasiswa. Juga tidak perlu dihebohkan dan dipolitikkan usaha membantu graduan Melayu meningkatkan kebolehpasaran kerana itu memang perkara wajar yang boleh membantu ekonomi negara keseluruhannya.
Gangguan-gangguan politik seperti ICERD bukan sahaja memerangkap PH, malah ia memberi senjara terbaik kepada pembangkang untuk berkempen dengan rakyat agar menolak PH. Lebih-lebih lagi dalam keadaan lebih ramai pengundi atas pagar yang pernah mengundi PH dahulu mula merasa terasing dengan alasan-alasan kenapa janji manifesto tidak dapat ditunaikan.

Seminggu sebelum perhimpunan anti-ICERD itu, ada seorang kawan bertanya kepada saya: agaknya jumlah kehadiran boleh mencecah 5,000 orang, kerana UMNO tiada lagi wang untuk menaja bas dan duit poket?

Jawab saya:

Jangan bagi api kepada mereka.

Kalau dahulu, ramai di kalangan kita yang turun ke demostrasi BERSIH kerana kita percaya kepada perjuangan membasmi rasuah, membantu yang miskin dan perubahan. Walau tidak dibayar, kita tetap turun.

Apabila pentadbiran PH memberi ruang kepada golongan yang fahaman perkauman dan keagamaan sempitnya tebal, mereka akan menggunakannya sepenuhnya menjadi api yang menyemarak. Api sebegini akan cepat menyambar orang ramai yang turut kecewa dengan prestasi PH setakat ini. Jangan terkejut lebih ramai akan menyertai demonstrasi anti-PH (walau tidak ditaja bas percuma atau wang poket) jika prestasi ekonomi dan mesra rakyat PH tidak berubah.

Fokus tunaikan janji

Sebab itu, saya ingin memberi pesanan kepada kepimpinan PH bahawa orang ramai loya melihatkan lompatan Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.

Bagi pengundi atas pagar, PH yang lebih sibuk mencari dan membela katak itu menjadi bukti bahawa pentadbiran PH tidak serius untuk menunaikan janji-janji ekonomi yang dibuat semasa kempen PRU14. Kita juga melunturkan keyakinan dan kepercayaan pengundi tegar PH kepada komitmen pentadbiran PH melaksanakan reformasi.

Ada yang memberi alasan lompatan katak dari kalangan Ahli Parlimen UMNO itu penting untuk mengukuhkan sokongan Melayu kepada PH. Tidak ada tanda-tanda perkara ini akan berlaku. Malah, tindakan menculik Ahli Parlimen UMNO ini menyemarakkan lagi kemarahan pengundi PAS-UMNO terhadap PH.

Sepatutnya kita mendampingi mereka supaya lebih ramai memilih untuk mengundi PH melalui program ekonomi yang membantu kehidupan mereka. Yang berlaku sekarang, kita semakin menjauhkan mereka.

Saya jangka yang akan berlaku adalah begini: lebih ramai Ahli Parlimen UMNO yang melompat, lebih lemah UMNO dan lebih kuat PAS, kerana PAS yang akan mendapat laba apabila pengundi Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi dan janji pilihanraya yang tidak ditunaikan sepenuhnya oleh PH.

Hanya ada satu cara yang bertanggungjawab ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu dan sederhana: pentadbiran PH mesti memberi tumpuan kepada platform ekonomi, bukannya terjebak ke dalam polemik perkauman dan keagamaan sempit.

PH mesti kembali berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janji-janji pilihanraya.

Kita mesti ada kesungguhan untuk memperbaiki mutu hidup rakyat seperti yang digambarkan semasa kempen PRU14, bukannya terus bermain dengan babak politik berpanjangan (tidak ubah seperti Malaysia di bawah BN).

Saya memberi pesan agar pimpinan PH meneliti perkara-perkara ini dan membetulkan fokus kerajaan persekutuan.

Dan ia mestilah juga bermula dengan keputusan di peringkat Majlis Presiden PH yang menghantar isyarat jelas kita tidak lagi boleh menerima rancangan membawa masuk Ahli Parlimen UMNO atau menyusun lompatan katak beramai-ramai dari sebelah sana.

Rafizi Ramli

Monday 17 December 2018

Ada Pihak Cuba Merenggangkan Hubungan Baik Antara Kami - Anwar Ibrahim


KENYATAAN MEDIA

Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti tersebut.

Pihak-pihak ini berniat untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan berniat untuk merenggangkan hubungan yang baik di antara kami.

Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit. Tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Saya terus menyokong usaha dan kepimpinan Tun Dr Mahathir, dan akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda Reformasi seperti yang telah dipersetujui.

ANWAR IBRAHIM
16 Disember 2018

Tuesday 11 December 2018

HARGA RM2.20 RON95 WAJAR DISEMAK SEMULA - Rafizi Ramli


(graf dan carta boleh didapati dicapaian https://rafiziramli.com/2018/12/harga-rm2-20-ron95-wajar-disemak-semula/)

Sejak 9 Mei 2018, Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan telah menetapkan harga RON95 pada RM2.20 seliter untuk menstabilkan harga minyak dan mengurangkan kesan turun naik harga minyak kepada kenaikan harga barang (seperti yang berlaku sebelum itu).

Ia bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan subsidi bersasar kepada golongan 40% terbawah (B40).

Oleh kerana harga minyak mentah naik melambung, terutamanya antara bulan Ogos 2018 ke Oktober 2018, Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang tinggi untuk mengekalkan harga RON95 pada RM2.20 seliter.

Saya sertakan Lampiran Kiraan untuk menunjukkan kiraan RON95 berdasarkan formula, menggunakan angka rasmi berikut:

- Harga MOPS95 (harga pasaran RON95 yang telah ditapis seperti yang didagangkan di Singapura) seperti yang diterbitkan setiap minggu oleh Australian Institute of Petroleum
- Harga purata Brent adalah seperti yang diterbitkan Bloomberg
- Kadar tukaran matawang adalah seperti yang diterbitkan Bank Negara Malaysia

Kiraan mengikut formula menunjukkan bagaimana harga RON95 mengikut formula mengikuti dengan dekat pergerakan harga minyak mentah Brent yang naik melambung melebihi USD80 se-tong menjelang Oktober 2018.

Kalau tidak kerana dasar pentadbiran Pakatan Harapan yang memperkenalkan kembali subsidi untuk menstabilkan harga RON95 pada RM2.20, harga mengikut formula mencecah RM2.70 seliter di dalam bulan Oktober 2018 (seperti yang ditunjukkan graf berikut).

Jika tidak kerana pertukaran pentadbiran di Putrajaya, penyokong UMNO dan PAS yang paling ralit mendesak harga RON95 diturunkan kepada RM1.50 (sebagai modal politik murahan) dengan senang hati terpaksa membayar RM2.70 seliter (jika Dato’ Seri Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri).

Subsidi Cecah RM3.4 Bilion

Kerajaan membelanjakan tanggungan subsidi mingguan di antara RM70 juta hingga RM220 juta seminggu untuk mengekalkan harga RON95 pada RM2.20, dalam keadaan harga minyak mentah dunia naik melambung.

Kiraan saya menunjukkan menjelang akhir November 2018, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM3.4 bilion subsidi yang membolehkan harga RON95 dikekalkan pada RM2.20 (lihat graf di bawah).

Harga Formula Bawah RM2.20

Walau bagaimana pun, sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah Brent telah jatuh mendadak ekoran dari lambakan minyak mentah dari Amerika Syarikat.

Mengikut kiraan saya (berdasarkan angka-angka rasmi yang diterbitkan yang dirujuk seperti di atas), harga RON95 mengikut formula yang digunakan kerajaan telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter sejak 3 minggu yang lepas, iaitu apabila harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras USD67 se-tong.

Mengambil kira keadaan pasaran minyak mentah dunia yang dijangkakan akan kekal sekitar USD60an se-tong (walaupun selepas OPEC mengurangkan pengeluaran), ini bermakna harga RON95 mengikut formula berkemungkinan akan terus kekal di bawah RM2.20 seliter.

Semak Kembali Harga RON95

Pada dasarnya, apabila harga RON95 mengikut formula (yang menggambarkan harga pasaran minyak mentah) adalah lebih rendah dari harga yang ditetapkan kerajaan, rakyat akan membayar cukai ke atas pembelian RON95.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sehingga RM3.4 bilion dalam bentuk subsidi semasa harga minyak mentah melonjak tinggi dahulu untuk mengekalkan harga, pada dasarnya harga yang ditetapkan mestilah sama atau kurang dari harga formula untuk mengelakkan rakyat dari membayar cukai di atas pembelian RON95.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan menyemak kembali harga RON95 yang ditetapkan dalam keadaan harga minyak mentah yang kekal sekitar USD60an se-tong.

Adalah lebih wajar jika harga RON95 diturunkan 10 sen supaya harga yang ditetapkan itu menggambarkan harga semasa minyak mentah dunia.

Rafizi Ramli
11 Disember 2018

Monday 10 December 2018

Bantah ICERD, Terima Kasih Kerana Menyokong Keputusan Kerajaan


ICERD | Bantah ICERD #perhimpunanaman812 #Icerd #BantahIcerd #TolakIcerd #AntiICERD #ICERDrally

i recieved hate comment and thumb up comment,For me i dont care what ever ur comment to me. if u praise me i take it as a compliment and if ur hate comment i just take it a pinch of salt and i will learn to improved.

Thursday 6 December 2018

Pimpinan PAS Cuba Elak Turun JIHAD 8 DISEMBER 2018


KENAPA ELAK UNTUK HADIR HIMPUNAN ?

Mohd Sayuti Omar II ( MSO )

Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Pas cuba mengelak untuk tidak hadir ke himpuan kesyukuran ICERD pada 8 Disember nanti. Apakah tindakan itu diambil apabila mengetahui mungkin himpunan itu akan turut sama bakal dihadiri oleh Dr Mahathir Mohamad.

Semalam Mohd Amar Nik Abdullah alias Nik Amar Nante, memberi tahu beliau tidak akan hadir kerana 7 Disember beliau akan menunaikan umrah. Begitu juga seorang Exco Kelantan pada masa sama akan berada di Makkah walahl dia sudah menyeru rakyat hadir ke himpunan itu bagi menjatuhkan kerajaan PH.

Terbaharu ada pula maklumat seorang pimpinan tertinggi Pas yang juga ahli Parlimen tidak mungkin hadir kerana pada hari sama, 8 Disember beliau mengadakan kenduri walimaturus perkahwinan anaknya.

Apa tidak boleh dipindakan ke tarikh lain ke, sebab himpunan ICERD itu satu jihad. Kepada penyokong dibawah dilaungkan menghadiri himpunan itu sebagai jihad tetapi pemimpin sendiri satu demi satu mengalami "musaqakah" yang dibuat-buat. Hayalah... talak faham ana. Trims.

Friday 30 November 2018

Leman Raja Lawan Bakal Keluarkan Filem 'POLITICIAN' Untuk Pasaran Antarabangsa xan Malaysia


Permulaan kerjasama bersama LRL Production dan Veedu Production..
Mr Vinesh Kumar dan team Krew dari Negara India bagi mengeluarkan filem pertama saya yang bertajuk 'Politician' dengan pasaran antarabangsa.
Doakan Filem pertama saya berkisarkan masyarakat dengan genre action politik yang pertama di Malaysia.

Kerjasama ini adalah bagi menaikkan kualiti filem Malaysia yang sudah ketinggalan jauh dari segi kualiti dan penerimaan filem Malaysia di Negara luar yang begitu lemah.

Filem2 india sudah menapak di Negara Eropah hampir puluhan tahun dengan pelaburan dan keuntungan mencecah berpuluh bilion..dan sudah tiba masanya Production malaysia memikirkan saingan yang hebat bagi meningkatkan kualiti filem dengan penceritaan yang lebih menyentuh hati masyarakat..

Selaku Penerbit Filem, saya cuba mencari keunikan, kualiti dan idea baru dalam sesebuah filem.
Doakan kerjasama ini mendapat kajayaan...

Wednesday 28 November 2018

Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia isu Rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ


Copy/Paste

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

*Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia isu Rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ*

*Bismilahirohmanirohim*

*KENYATAAN RASMI DARI PIHAK PERSATUAN KUCING MERAH MALAYSIA*

Persatuan Kucing Merah Malaysia tidak terlibat dengan mana-mana rusuhan seperti yang sedang viral di media sosial dimana terdapat kenyataan mengatakan terdapat penglibatan Persatuan Kucing Merah Malaysia dalam rusuhan di Kuil Sri Mariaman. Terdapat juga kenyataan mengatakan terdapat individu dengan gelaran 'Kanda' mengajak 'AHLI' untuk buat 'job'. Bukanlah arahan dari Persatuan.

Pihak Persatuan sekeras-kerasnya menyangkal terlibat didalam rusuhan tersebut.

Buat pengetahuan umum juga, Persatuan ini bukanlah sebuah organisasi Haram atau Gangster juga bukan seperti yang dimaklumkan pada media sosial. Ini terbukti dimana segala butiran perdaftaran Persatuan terdapat di simpanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan.

Persatuan Juga tidak pernah mengeluarkan Apa-apa arahan ataupun tidak sesekali membenarkan Ahli-Ahli melakukan Sesuatu Tindakan mewakili Persatuan yang menyalahi akta persatuan(NGO) atau Undang-Undang Negara.

Pihak Jawatan Kuasa Akan mengambil tindakan pada mana-mana individu yang Melakukan Sebarang Perkara yang boleh menjejaskan Nama baik Pertubuhan dan mereka harus Bertanggung jawab atas apa tindak tanduk mereka sendiri

Sekali lagi Kami Tegaskan. Persatuan Kucing Merah Malaysia tidak Terlibat dalam mana-mana kegiatan yang Menyalahi Undang-undang Malaysia .Kami juga dengan ini mendokong Pepaduan dan keamanan Tanah air yang kita cintai.

Persatuan ini juga berjanji akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi melicinkan siasatan.

Penggunaan pangkat seperti 'Ayahanda, Abang Long, Abang Kawasan, Ketua Kumpulan, Kanda' tidak diguna pakai didalam Pertubuhan ini kerana segala jawatan dalam pengurusan termaktub mengikut perlembagaan pertubuhan yang sah.

Oleh yang demikian, sebarang kenyataan yang tidak sohih dan boleh memberi impak buruk yang terpalit kepada Persatuan Kucing Merah Malaysia perlu diperbetulkan bagi menjaga nama baik Persatuan sekian lama

#KucingMerahPusat
#KucingMerahBukanGangster
#PenafianPersatuanTerlibat
#KeharmonianAntaraKaumHarusDijaga

*SETIAUSAHA PERSATUAN KUCING MERAH MALAYSIA*

Sunday 25 November 2018

Jangan Kita Abaikan Kawan-kawan Yang Kalah Dalam Pemilihan Keadilan, Kata Anwar Ibrahim


Assalamualaikum dan Salam Reformasi,

ANTARA AMANAT PRESIDEN KEPADA PKR PULAU PINANG:

1. Ketua Cabang perlu mengajak calon yang kalah semasa pilihanraya parti dalam barisan pimpinan cabang.

2. Presiden mahu satukan semua ahli parti selepas pilihanraya parti supaya parti kuat.

3. Sekiranya Ketua Cabang mengabaikan calon yang kalah, pimpinan cabang jangan kecil hati apabila Presiden sendiri melantik mereka sebagai Ahli Jawatankuasa.

4. Parti ini bukan untuk merebut kuasa dan membolot harta kekayaan.

5. Presiden akan bersikap tegas dalam memimpin parti dengan membuat teguran kepada pemimpin yang tidak mempunyai disiplin dalam parti.

6. Sekiranya kelakuan ahli keterlaluan, ahli tersebut akan diambil tindakan dengan pemecatan atau penggantungan sebagai ahli mengikut kriteria kesalahan.

7. PKR ialah sebuah parti REFORMASI, bukan sekadar pekikan sahaja tetapi melaksanakannya.

8. Pimpinan cabang perlu membantu rakyat yang dalam kesusahan.

9. Dalam data statistik yang diberi oleh Sdr. Rafizi Ramli mantan Naib Presiden, menunjukkan peratusan pengundi Melayu masih kurang iaitu 35% berbanding pengundi India yang jauh lebih tinggi peningkatan pengundi, manakala pengundi Cina pula masih sama seperti sebelum ini.

10. Dalam isu ICERD, pendirian Presiden ialah menangguh dahulu, akan tetapi tidak akan mengesahkan konvensyen tersebut kerana di dalam perlembagaan Malaysia sudah termaktub hak-hak semua kaum di negara ini.

11. Akhirnya kerajaan Malaysia membatalkan pengiktirafan ICERD di negara ini.

12. Pimpinan daripada semua peringkat perlu menyalakan obor yang benci rasuah, sombong dan benci perkauman.

13. Parti ini merupakan parti berbilang kaum untuk "New Malaysia".

14. PKR Pulau Pinang perlu menjadi nombor satu (1) dan contoh kepada PKR negeri yang lain.

15. Ahli parti perlu "stand together" walaupun proses pilihanraya parti sebelum ini menghadapi masalah.

Yang menjalankan amanah,

ZAMANI ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA
CABANG JELUTONG

Saturday 24 November 2018

DENGAN LIMA MENTERI, MAMPUKAH AMANAH BERTAHAN SETELAH PRU-15?


Menteri Amanah lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan DS Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan.

Seorang menteri Amanah, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.” Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa. Berterusan retorik.

Seorang menteri lagi, suka bercakap. Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Polisi baharu tidak ada. Klise sahaja.

Sebab terjadi begini kerana menteri tidak cekap dan pegawai serta penasihatnya pun sama. Maka, beginilah jadinya.

Tiga lagi menteri saya belum mahu komen.

Jika begini sikap menteri Amanah, jika PM nantinya DSAI, saya harap ganti sahajalah menteri sebegini. Saya fikir dahulunya menteri Umno sahaja yang terperangkap dengan gejala sindrom penafian, tetapi gejala ‘syok sendiri’ ini berjangkit juga kepada pemimpin Amanah.

Amanah jika mahu terus survive, perlu bertapak kukuh di Kelantan dan Terengganu. Malangnya, saya perhatikan Amanah di dua negeri ini seperti hidup segan mati tak mahu. Jika begini senarionya, selepas PRU-15 nanti, semakin hilanglah Amanah dari radar peta politik negara.

Selamat berehat di hujung minggu.

~Prof Agus

ANTARA 2 PERANAN AGAMAWAN UNTUK KERHARMONIAN MASYARAKAT



Nilaikan sendiri...anda boleh mengetahui yang mana betul dan yang mana salah.

Wednesday 21 November 2018

Pesanan Rafizi Ramli Kepada Budak Comel dan Tembam


Ke hadapan Adik Megat Muhamad Faris https://www.facebook.com/megat.aishoneil yang comel dan tembam,

Saya telah nyatakan secara terbuka hasrat saya untuk tidak memegang apa-apa jawatan awam sejak tahun 2016 lagi.

Saya telah menghabiskan usia 30an saya hampir sedekad berkempen untuk menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional. Keluar masuk lokap, turun naik mahkamah dan ceramah yang tidak berkesudahan selama hampir 10 tahun membongkarkan segala salah laku penguasa pada ketika itu.

Memang hasrat saya untuk menghabiskan masa dua tahun ini untuk keluarga, serta berlaku adil kepada 80 kakitangan saya yang meletakkan jawatan dari kerjaya mereka untuk membantu Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional.

Oleh itu, Adik jangan bimbang saya memang tidak berminat untuk bertanding di Rantau atau mana-mana kerusi. Kalau saya diberi hadiah RM50 juta pun, saya tidak berminat.

Saya telah nyatakan bahawa calon yang terbaik, pada pandangan saya, ialah Dr Streram yang bertungkus lumus berkempen sebelum pun PRU14. Beliau juga yang dinafikan hak untuk bertanding di situ. Malah, beliau juga yang berikhtiar mencabar kes ini di mahkamah sehingga satu PRK diarahkan.

Saya tidak tahu asal usul Adik atau parti mana datangnya Adik ini.

Saya hanya tertarik dengan tengkolok yang Adik pakai, sangat sesuai pada diri Adik yang comel dan tembam ini.

Saya nasihatkan Adik tidak perlulah bimbang banyak sangat mengenai siapa yang akan bertanding di Rantau. Kerusi itu telah ditandingi oleh KEADILAN sejak dari dahulu lagi dan In Sha Allah, pimpinan KEADILAN akan membuat keputusan yang terbaik mengenai calon Rantau.

Dari Abang yang meminati Adik
Rafizi Ramli.

Tuesday 20 November 2018

PERLANTIKAN JAWATAN-JAWATAN UNTUK ANGKATAN MUDA KEADILAN 2018 - 2021



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Reformasi,

Berikut adalah pengumuman lantikan jawatan-jawatan AMK 2018 - 2021.

Saya doakan mereka ini dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya dan terus mengangkat agenda serta suara anak muda.

Terima kasih.

Akmal

——

20 NOVEMBER 2018

PERLANTIKAN JAWATAN-JAWATAN UNTUK ANGKATAN MUDA KEADILAN 2018 - 2021

Pimpinan KEADILAN termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang dipilih telahpun diumumkan secara rasmi pada Kongres KEADILAN 2018 yang berakhir hujung minggu lepas.

Selaku Ketua AMK Malaysia, tumpuan seterusnya adalah untuk melengkapkan organisasi bagi memastikan sayap AMK dapat memberi komitmen yang sepenuhnya untuk mengangkat agenda dan perjuangan anak muda.

Berikut adalah lantikan jawatan-jawatan berdasarkan Perlembagaan parti, Peraturan AMK dan juga amalan Biro Politik diperingkat Pusat:

Naib Ketua: Syed Badli Shah Bin Syed Osman
Naib Ketua: Bryan Chua Chun Han
Setiausaha: Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Bendahari: YB Simon Ooi Tze Min
Timbalan Bendahari: Mohd Khairul Anuar Bin Azhan (ex-officio)

Setiausaha Pengelola: YB Chua Wei Kiat
Ketua Penerangan: Muhammad Affendy Bin Hasni
Pengarah Komunikasi: Wong Chun Yuan
Pengarah Strategi: Mohd Afiq Bin Mohd Tuniman
Pengarah JPRP 1: Fahmi Bin Zainol
Pengarah JPRP 2: Saifunnizam Bin Sam
Biro Displin: Arvindran A/L P. Patmanathan

Bagi jawatan Timbalan Bendahari, saudara Mohd Khairul Anuar Bin Azhan akan diberikan status ex-officio bagi membolehkan beliau menghadari Biro Politik AMK seperti yang disarankan oleh YB Hilman Idham.

Saudara Muhammad Naqib Bin Nasaruddin pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha bagi melancarkan proses pentadbiran manakala jawatan-jawatan lantikan lain seperti Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) AMK, Timbalan Ketua Penerangan, Timbalan Pengarah Komunikasi, Timbalan Pengarah Strategi, Ketua SKUAD dan juga jawatankuasa-jawatankuasa lain akan dibuat selepas saya mendapat maklum balas daripada pimpinan pusat dan juga keperluan gerak kerja AMK.

Bagi lantikan 5 orang Ahli Majlis Pimpinan (EXCO) AMK adalah seperti berikut:

EXCO AMK: Fasyarini Binti Azahari
EXCO AMK: Muhamad Alif Asyraf Bin Abdull Rahim
EXCO AMK: Mohd Umry Bin Abdul Khois
EXCO AMK: Rafain Bin Ahuar
EXCO AMK: Shariful Azmir Bin Hj Mustafa

Saya mengharapkan mereka yang dilantik yang berkuatkuasa hari ini dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya dan mengangkat suara anak muda diluar sana bagi kehidupan golongan muda yang lebih baik dan selesa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan HARAPAN.

Bagi lantikan Ketua AMK negeri-negeri, saya akan mendapatkan pandangan Ketua-Ketua AMK Cabang di dalam negeri terlibat dan nasihat daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri di negeri yang berkenaan seperti yang diperuntukkan oleh Peraturan AMK.

Mesyuarat Biro Politik AMK yang pertama bagi sesi baharu ini akan diadakan dalam tempoh 2 minggu bagi membincangkan halatuju dan perancangan AMK 2018 - 2021, isu-isu tumpuan anak muda, penetapan tarikh mesyuarat MPP AMK dan persiapan jentera AMK bagi Pilihanraya Kecil di DUN Rantau.

Sekian, terima kasih.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Monday 19 November 2018

RM5000 Sekali Turun Program, YB Lain Macam Mana?


MP Segamat, Santhara Kumar sentiasa turun naik kementerian dan jumpa menteri untuk pembangunan kawasan beliau....Bincang kearah penyelesaian masalah jalan ,hospital , perparitan dan saliran , naik taraf sekolah dan balai polis.

Setiap sekolah yg mengundang beliau diberi peruntukan segera diantara RM3000 - RM5000 untuk program.....Malah peruntukkan pembangunan sekolah bernilai 20k juga segera diluluskan.

Juga peruntukkan one off sebanyak diantara rm 500 hingga rm 1000 juga diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

MP ko orang macam mana ?

Sumber https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1174455446062816&id=100004951146841

PALSU! TIDAK BENAR KATA NURUL IZZAH ANWAR


Mohon agar semua tidak mempercayai berita palsu yang telah ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Semoga kita dijauhi fitnah dan sentiasa dilindungi oleh rahmatNya.

ICERD: PERLUKAH LAGI BANTAHAN PADA 8 DISEMBER?



1. Pemimpin Amanah, Bersatu, dan PKR telah pun menyatakan ketidaksetujuan mereka untuk ICERD dilaksanakan. DAP sendiri telah menyatakan mereka menyerahkan soal ICERD ini kepada keputusan PM. Dari Port Moresby, PM telah menyatakan mustahil ICERD dilaksanakan kerana pelaksanaan ICERD melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

2. Oleh itu, setelah perhimpunan di Pasir Salak, perlukah lagi pembangkang mengadakan perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember ini? Buat apa hendak mencetuskan keharmonian hubungan kaum dalam keadaan pemimpin kerajaan telah bersuara untuk tidak meratifikasikannya.

3. Jangan ditegangkan lagi suhu politik negara dengan ucapan seperti sanggup bermandi darah dan lainnya yang membahayakan negara. Jangan dijadikan isu ICERD ini sebagai modal politik untuk membangkitkan politik perkauman.

4. Jika hendak diadakan juga perhimpunan pada 8 Disember ini, tukarlah perhimpunan tersebut kepada perhimpunan mengangkat isu rakyat. Pekebun kecil menangis sekarang dengan harga kelapa sawit dan getah yang murah, peniaga terhimpit dengan kuasa beli rakyat yang rendah, anak muda resah dengan janji peluang 1 juta pekerjaan yang tidak ada, janji PTPTN yang tidak terlaksana, dan rakyat seluruhnya cukup gelisah dengan kos hidup yang tidak turun.

5. Tidakkah mengadakan perhimpunan memperjuangkan nasib hidup rakyat itu lebih baik daripada membangkitkan sentimen ICERD yang bukan pun isunya lagi?

-Prof Agus

Seorang Menteri Kabinet Pengkhianat Negara Perlu Dilucutkan Jawatan


VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY

Mr. P. Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Video clip ini adalah interview dengan Mr. Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di Eropah.

DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT

Mr. Waytha Moorthy mengatakan bahawa dia adalah generasi ke-4 orang India yang berhijrah ke Malaysia.

DIA JUGA MENYATAKAN BAHAWA:

1. Tiada kebebasan agama di Malaysia.

2. Banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama kalau mahu dilantik sebagai Penjawat Awam atau hendak biasiswa pendidikan.

3. Semenjak kemerdekaan tahun 1957, lebih 10,000 kuil dirobohkan. 23,000 lagi kuil berisiko akan dirobohkan.

4. Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan hak milik kekal (land title) kepada kuil-kuil ini.

5. Anak-anak India yang berjaya dalam pelajaran tidak mendapat biasiswa.

6. Anak-anak Melayu Islam mendapat 90 peratus tempat di universiti tempatan.

7. Berbillion Ringgit dibelanjakan setahun untuk menaik taraf Ekonomi bangsa Melayu sahaja.

ULASAN

Mr. P. Waytha Moorthy banyak berbohong dan mengelirukan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di seminar tersebut.

Di antaranya :

1. BERBOHONG. Adalah tidak benar tiada kebebasan beragama di Malaysia.

2. BERBOHONG. Dengan mengatakan anak-anak India dipaksa tukar agama (Islam) sekiranya hendak dapat kerja sebagai Penjawat Awam dan biasiswa kerajaan.

3. BERBOHONG. 10,000 kuil telah dirobohkan. Macam mana tak roboh, mereka membina kuil di atas tanah kerajaan dan tanah orang lain. Mereka membina kuil ikut suka hati mereka sahaja. Bila disuruh pindah, mereka meminta wang pampasan yang tinggi.

4. BERBOHONG. Anak-anak India banyak mendapat biasiswa pendidikan melalui MAIKA dan MIC.

5. BERBOHONG. Anak-anak Melayu Islam dapat 90% tempat di universiti tempatan. Ini angka yang bohong dan tidak tepat.

6. BERBOHONG. Bila menyatakan bahawa berbillion ringgit dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu setiap tahun. Kerajaan BN juga telah berbelanja berbillion untuk bangsa India di Malaysia. Di antaranya perbelanjaan untuk Sekolah Tamil. Pinjaman Tekun kepada bangsa India. Dan lain-lain.

KESIMPULANNYA

Mr. Moorthy dengan sengaja berbohong dan memburuk-burukkan negara Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen dari luar negara.

Beliau menceritakan perkara-perkara bohong. Kononnya bangsa India ditindas dan ditekan oleh Kerajaan BN terdahulu.

Hari ini Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) mengadakan Sidang Akhbar mengenai Presiden MIC, Tan Sri Viki (Presiden Dewan Negara) memasuki ruangan VVIP di KLIA Airport memakai slipper.

Wahai Anthony Loke, mana lebih memalukan pakai slipper di KLIA atau MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA?

Kita DEMAND, Dr. Mahathir PECAT MR. WAYTHA MOORTHY dengan segera dari menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MEMALUKAN NEGARA. Seorang Menteri Kabinet ?!?!?!?!

https://youtu.be/k_II7mh0XrY

Kenyataan Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1933403970068582&id=822217207853936

Sunday 18 November 2018

Usaha Rafizi Ramli Mengangkat Anwar Ibrahim Sebagai PM ke-8 Diperlekeh Oleh Pimpinan Kanan Parti


KONGRES PKR | Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usahanya mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.

Rafizi berkata, ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.

Jelasnya, walaupun parti itu meraikan perbezaan pendapat, namun dalam soal teras - iaitu mengangkat Anwar sebagai perdana menteri - seharusnya disepakati oleh semua anggota PKR.

"Ada pimpinan kanan yang memeperlekahkan usaha untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

"Ada yang kata (menulis di media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir, ada kata perlu kepada pilihan yang baru," katanya ketika menyampaikam ucapan penggulungan pada Kongres PKR Ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Kesilapan PH Melantik Seorang Extrimist Sebagai Menteri Perpaduan


Kesilaoan Tun Mahathir paling besar yang aku nampak dah dilakukannya ialah melantik seorang extrimist sebagai Menteri Perpaduan...

Bila dia bercakap tak guna otak, habis kecoh satu negara.. dan dimanipulasi sebaik mungkin oleh UMNO dan PAS..

PKR, PPBM dan Amanah tak setujupun dengan isu ICERD ni... yang sebelah sana dah bawa isu ni macamlah ICERD ni dah ditandatangani Kerajaan..

Perabih duit rakyat saja bayar gaji dia ni.. - Anak Sungai Derhaka

Saturday 17 November 2018

Membakar Lama-lama Boleh Berlaku Pertumpahan Darah



Selama hidup aku, amalan sebegini aku tidak pernah lihat kecuali semasa belajar di Pakistan.

Di sana, mula-mula amalan membakar patung yang dibuat sebagai simbol unjuk rasa kebencian. Tetapi, lama-lama kelamaan, ia menjadi pertumpahan darah. itu yang berlaku di Pakistan... -Wanji

Friday 16 November 2018

RAIKAN KEPIMPINAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PRESIDEN KEADILAN


Dari Rafizi Ramli
16 November 2018

RAIKAN KEPIMPINAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PRESIDEN KEADILAN

Sahabat-sahabat anggota KEADILAN yang saya kasihi,

Esok akan bermula Kongres Nasional KEADILAN yang melabuhkan tirai kepada pemilihan parti kali ini.

Keputusan untuk Majlis Pimpinan Pusat mungkin hanya akan diumumkan kemudiannya.

Saya dimaklumkan, secara tidak rasmi beza undi di antara saya dan Saudara Azmin Ali ialah ~2,500 undi, iaitu kurang 2% dari jumlah keseluruhan yang mengundi (sekitar 141,000 orang anggota parti). Saya fikir Saudara Azmin bakal diumumkan Timbalan Presiden dengan undi popular yang tidak melebihi 51%, berbanding dengan undi saya sekitar 49%.

Jumlah undi ini berlatar belakangkan persoalan mengenai integriti dan ketelusan proses pemilihan yang dipersoalkan oleh semua calon yang bertanding.

Ada beberapa isu yang menjadi kontroversi, termasuklah kebebasan pengawas-pengawas oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang daripada awal lagi dipersoalkan kerana aduan-aduan yang mereka berat sebelah.

Begitu juga dengan masalah sistem e-pengundian. Ada bukti yang kukuh bagaimana undi-undi telah hilang secara sistematik seperti yang dibentangkan oleh Saudara Akmal Nasir (Ketua AMK yang baru) melibatkan undi di cabang-cabang besar yang dilihat berpihak kepada saya.

Kita juga dikejutkan dengan peristiwa “penghadang isyarat” (jammer) di Kuala Selangor dan talian Celcom dipotong di Pensiangan.

Paling kontroversi ialah kejadian data dihapuskan di Julau dan kehadiran aplikasi Prey di dalam peranti tablet yang digunakan untuk undian. Pada hari kejadian, JPP mengakui peranti tablet telah dicerobohi dan mengumumkan menggantung keputusan di Julau. Selepas itu, JPP menukar pendirian dan bertegas tiada data yang terkesan walaupun kejadian itu benar-benar berlaku.

Dengan perbezaan undi sekitar 2,500 sahaja atau kurang dari 2% dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi, pengundian di Julau (yang mempunyai lebih 13,000 anggota) boleh mengubah keputusan untuk jawatan Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan lain.

Saya ada asas yang kukuh untuk berkeras supaya diadakan semula pemilihan. Tambahan pula JPP memang mengakui berlakunya pencerobohan dan Ketua Unit IT JPP, Alvin Teoh memang ditahan polis untuk siasatan berhubung kes ini.

Namun, saya juga sedar bahawa kepentingan perjuangan dan parti mengatasi segala-galanya. Kita menawarkan diri untuk memikul amanah dengan hasrat boleh membawa parti ke peringkat yang lebih baik dan meningkatkan khidmat parti kepada rakyat.

Jika dalam usaha kita mendapatkan amanah itu, parti dijerumuskan ke dalam ketidaktentuan dan persengketaan yang berpanjangan, itu bertentangan dengan niat asal kita untuk berkhidmat.

Saya mengambil kira kesan kekalahan kepada Saudara Azmin adalah lebih besar berbanding jika saya mengalah. Beliau seorang menteri kanan, penyandang jawatan sebagai dua penggal dan bekas menteri besar. Kekalahan beliau di tangan seorang penganggur akan dijadikan alasan untuk beliau berundur terus dari persada politik.

Sebab itu, saya menjangkakan penyokong-penyokong beliau lebih sukar menerima kekalahan berbanding dengan saya. Saya juga telah melihat bagaimana penyokong kuat beliau, Saudara Vernon Kedit telah bertalu-talu membuat laporan kepada SPRM mengenai keanggotaan di cabang Julau (yang sebelum itu tidak pun dibantah) sehingga menyebabkan kakitangan parti ditahan SPRM.

Saya yakin, jika pemilihan semula diadakan di Julau (dan besar kemungkinan saya akan menang), watak seperti Vernon Kedit ini akan mengheret parti ke peringkat Pendaftar Pertubuhan dan mahkamah.

Akhirnya, kita tidak ubah seperti pepatah Melayu “menang sorak, kampung tergadai”.

Apabila pergolakan dari pemilihan parti ini berpanjangan melangkaui Kongres Nasional hujung minggu ini, bebannya akan ditanggung oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, presiden kita.

Beliau akan dituduh tidak berkemampuan mengendalikan parti. Beliau akan dikritik kerana dilihat tidak mampu mendisiplinkan pimpinan parti di bawah.

Selari dengan tuduhan dan kritikan itu, akan ada suara sumbang dari luar dan dalam parti yang mempersoalkan kewibawaan beliau menjadi Perdana Menteri ke-8.

Saya tidak terjun ke persada reformasi sejak 20 tahun lalu dengan niat mahu merebut kuasa. Saya benar-benar mahu melihat keadaan yang lebih baik untuk rakyat biasa, kerana saya datang dari keluarga susah dari Terengganu.

Saya benar-benar yakin kalau kita bawa perubahan yang mengangkat idealisme reformasi yang kita perjuangkan, nasib rakyat akan menjadi lebih baik. Dan saya juga yakin orang yang paling baik untuk melaksanakan idealisme reformasi itu adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-8.

Oleh itu, saya membuat keputusan lebih awal untuk tidak mendesak melalui Biro Politik dan mengalah lebih awal.

Lagi pun, keputusan pemilihan kali ini adalah cukup jelas. Undi popular Saudara Azmin hanyalah 51%, berbeza 2% sahaja dengan undi popular saya yang melambangkan dua aliran berbeza yang sama kuat dan sama penting di dalam parti.

Isyarat yang dihantar melalui undi anggota yang memberi kemenangan kurang 2% kepada Saudara Azmin (dalam keadaan beliau menteri kanan, penyandang jawatan selama 8 tahun dan bekas menteri besar), adalah isyarat yang perlu diperhalusi oleh beliau sendiri.

Saya mendoakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Presiden parti dan bakal Perdana Menteri mendengar dan meneliti segala kemelut dan keluh kesah anggota di bawah.

Sejujurnya, tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah di dalam pemilihan ini.

Kita semua menang jika kita menginsafinya dan berazam untuk memperkukuhkan idealisme reformasi lantas kembali berkhidmat kepada rakyat, di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kita semua kalah jika yang memegang amanah itu hanya melihat jawatan dipegang sebagai loncatan untuk mencari laba mengikut puak masing-masing, sehingga bercanggah dengan teladan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada puluhan ribu pendokong kempen saya yang mengorbankan masa, wang dan tenaga sehingga ke peringkat ini. Saya tidak berjawatan dan tidak berwang untuk membayar saudara-saudari, tetapi saudara-saudari tetap setia berkhidmat sebagai relawan.

Sepanjang kempen selama 4 bulan, saya berjumpa ramai anak-anak muda, ibu-ibu dan abang-abang yang miskin tetapi kental daya juangnya. Saya disambut ikhlas oleh sahabat-sahabat pelbagai bangsa dan budaya: baik yang Melayu, Cina, India, sahabat-sahabat Kadazan Dusun Murut dari pedalaman Sabah dan pendokong parti dari seantero negeri Sarawak yang besar itu.

Saya hargai persahabatan saudara-saudari dan setiakawan yang tidak ternilai itu. Saya terhutang budi dengan saudara-saudari.

Makanya, saya kini kembali sebagai anggota biasa KEADILAN seperti mana ratusan ribu saudara-saudari di luar. Saya akan terus turun berjumpa anggota akar umbi untuk menyusun gerakan kita menjadi lebih baik.

Saya akan mengusahakan satu koperasi agar saya dapat membantu kedudukan ekonomi seberapa ramai anggota KEADILAN di seluruh negara, yang tidak mendapat apa-apa pun dari perjuangan ini.

Saya akan terus setia kepada perjuangan KEADILAN untuk rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sama-sama kita raikan beliau sebagai presiden baru KEADILAN, kita ketemu di Kongres Nasional esok.

Rafizi Ramli
16 November 2018

Perbuatan Ini Mengejutkan Ahli Yang Hadir


Oleh kerana malu yang teramat sangat sebab kalah kepada YB Akmal dalam perebutan jawatan ketua AMK...Afif mengoyakkan kertas 'Cai' kepunyaan #TeamRafizi selepas dia gagal mengawal emosinya.Perbuatan Afif itu sangat mengejutkan ahli yang hadir .....

Tahniah Akmal Nasir Dipilih Ketua AMK Malaysia 2018-2021


[TERIMA KASIH]

Tahniah Sdr. Akmal Nasir dipilih sebagai Ketua Angkata Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bagi sesi 2018-2021.

Terima kasih kepada seluruh anggota-anggota AMK dari Perlis ke Sabah yang menyokong dan mendokong pasukan #REFORMASIMUDA.

Tahniah juga kepada Sdr Thiban Subbramaniam sebagai Naib Ketua AMK Malaysia, Sdr. Aizuddin dan Sdr. Ariff untuk jawatan Exco AMK.

Terima kasih semua. Masa untum menjalankan tugas berbakti kepada parti, anggota KEADILAN dan juga masyarakat Malaysia.

Terima kasih!
#Reformasi

Thursday 15 November 2018

PEKERJA HANYA MENDAPAT 28% DARIPADA PENDAPATAN NEGARA


Dasar struktur dan strategi bagi menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif telah diperkenalkan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas.

Antara beberapa dasar makro yang telah dirangka ialah:
(i) menangani ketidaksamaan pertumbuhan antara negeri;
(ii) menangani pembahagian tidak serata antara pekerja dan pemilik modal.

Bagi tahun 2017 bahagian pampasan pekerja pada KDNK hanyalah 35.2 peratus sahaja. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan menyasarkan bahagian pampasan pekerja dapat ditingkatkan kepada 38 peratus.

Kerajaan sedar kestabilan pertumbuhan ekonomi mestilah seiring dengan pembangunan yang bersifat inklusif dan mampan supaya kesejahteraan dan kuasa beli rakyat meningkat setanding dengan peningkatan ekonomi.

Dalam buku Antara Dua Darjat yang ditulis oleh Muhammad Abdul Khalid yang kini dilantik sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri, terdapat angka-angka yang menunjukkan ketidakadilan pembahagiaan keuntungan antara majikan dan pekerja.

Contohnya, dalam sektor perkilangan Malaysia pada dekad lepas, produktiviti buruh bertumbuh pada purata 5% setiap tahun tetapi purata sebenar gaji perkilangan berkembang hanya pada 2.4%. Kesannya, nisbah gaji dengan nilai tambah dalam bidang pembuatan dianggarkan berkurang daripada 36% pada tahun 2000 kepada hanya 26% pada tahun 2010.

Munurut penulis, pesalah utama ialah bank dan syarikat telekomunikasi, Apabila memperhalusi kadar pendapatan negara, didapati pekerja mendapat 28%; kerajaan mendapat 5% dalam bentuk cukai, sementara pemilik korporat mendapat bahagian terbesar iaitu sebanyak 67%.

Perkara ini jelas menunjukkan ketikadilan pembahagian yang boleh membawa kepada masalah jurang kejayaan yang lebih serius. Oleh itu, kerajaan Pakatan Harapan harus komited dalam memastikan kuasa beli rakyat meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara!

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN


Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu peniaga kecil dan usahawan muda ialah:

(i) Skim PROSPER Usahawan Muda oleh PUNB. Program ini menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang-bidang perniagaan yang strategik;

(ii) program Going Export, dengan izin GoEx oleh SMECorp. Malaysia. Program GoEx ini disediakan bertujuan untuk membantu para PKS mengeksport produk mereka di pasaran sedia ada atau pasaran baharu;

(iii) INSKEN, satu agensi business consulting dipanggil IBS oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad iaitu INSKEN. Program ini menyediakan bimbingan terus kepada usahawan yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang masing-masing, merangkumi garis panduan memulakan perniagaan, strategi perniagaan, kos pelaksanaan, peluang dan cabaran dalam menceburi perniagaan dalam bidang yang berkaitan;

(iv) Global Accelerator Programme oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, dipanggil MaGIC. Program ini menawarkan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang diperlukan oleh usahawan untuk memastikan mereka mampu menarik pelaburan dalam tempoh empat bulan

(v) School of Entrepreneurship oleh MaGIC yang menawarkan Program Pembangunan Kapasiti dan Inovasi untuk start up dan usahawan, selain bertujuan untuk mewujudkan peralihan minda dan peningkatan teknologi selaras dengan perubahan revolusi industri 4.0.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan sesi dialog dan bengkel teknikal yang dipanggil TWG, dengan izin, pada 25 September yang lalu dalam usaha untuk mengenal pasti program dan inisiatif baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi memperkasakan usahawan-usahawan muda di Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan

Wednesday 14 November 2018

Aoa Keperluan Kita Kepada ICERD?


ICERD & Bumiputera
~~~~~~~~~~~~~~~

Pada saya ICERD ni bukan sahaja tidak wajar diterima , malah langsung Tak perlu diteliti dan diberikan pertimbangan . ICERD ni hanya membawa kepada ketegangan kaum yang sedia harmoni yang hanya membawa kerosakan besar dalam negara & akan mencetuskan huru-hara . Cakap jer takkan sentuh perlembangan , Memang pon. Tapi tu ‘kunci utama’ untuk membolehkan perlembangan tu untuk diusik.

Status Bumiputera ni hanya satu bentuk kelebihan dalam beberapa perkara bagi menjamin kestabilan kaum kerana ini adalah kelompok majoriti , bukan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain . Kalau asal lebih jer kira diskriminasi , itu dah Hukum komunis.

Kuota Bumiputera contohnya pemilikan Hartanah terutama di Bandar & tempat strategik, jika tiada kuota bumiputera , Jangan harap bumiputera ni dapat beli . Lagi-lagi semua developer besar 90% adalah bukan milik bumiputera. Silap-silap jualan pon tak dibuat secara terbuka sebab belum launching dah fully book . Jika kuota ini tak diletakkan jangan harap bumiputera akan berumah di Bandar , semua kena duduk kampung . Yang tertinggal di Bandar hanya kelompok kecil yang betul-betul kaya . Bila situasi ni berlaku , akan berlaku ketidakseimbangan yang menggarap ketidakpuashatian , kelompok dan permusuhan yang boleh mencetuskan huru-hara .

Tengok sekarang yang developer sibuk promo hebat sana sini tu adalah untuk tarik pembeli Bumiputera sebab adanya kuota tu . Kalau takde, Tak wujud pon Promo-promo tu , semua licin awal-awal . Mana Saya tahu ? Saya pernah jadi Speaker untuk 5 developer dalam program menarik pembeli Bumiputera sebab jualan unit Bumiputera memang perlahan dalam setiap development terutama di bahagian Bandar. Boleh tanya sendiri Speaker lain yang biasa jadi Speaker untuk program developer macam Ahyat Khalissabri Bin Ishak , Faizul Ridzuan , Azizul Azli Ahmad . Kalau tiada kuota tu , silap-silap Speaker macam kami pon takkan wujud. Sebab rumah dah licin awal-awal sebelum launching pon lagi .

Kembali pada ICERD , ICERD ni sesuai untuk negara Israel & Myanmar , Sebab jelas mereka bukan sahaja melakukan diskriminasi , malah pembantaian & pembunuhan . Diorang sendiri pon taknak sain kot . ICERD untuk Malaysia buat apa ? Tak lain hanya nak memporak-perandakan keamanan yang sedia ada antara kaum. Fikir baik-baik wahai pemimpin-pemimpin yang bijaksana .

-KEY-

Tuesday 13 November 2018

JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI


Kenyataan Media Rafizi Ramli
13 November 2018

JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI

Saya dipanjangkan satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dato’ Rashid Din pagi ini.

Kenyataan JPP itu mengumumkan keputusan JPP mengenai beberapa isu yang menimbulkan keraguan anggota parti mengenai ketelusan dan kredibiliti proses pemilihan, iaitu:

1. Pengesahan JPP sendiri pada hari Sabtu lalu (10 November 2018) bahawa tablet yang digunakan untuk pengundian di Cabang Julau telah dicerobohi pada jam 4 pagi hari itu dan aplikasi “Prey” (yang tidak sepatutnya ada di dalam tablet) telah dikesan.

2. Ada data yang bercampur aduk dengan pengundian di cabang lain dari minggu-minggu sebelumnya, lalu menyebabkan keputusan di Cabang Pensiangan dan Cabang Tawau mempunyai masalah data. JPP sendiri mengakui bahawa ini berpunca dari kegagalan JPP sendiri untuk mengemaskini aplikasi e-undi ke versi terkini (ver8.0(34)).

3. Undi ragu hanya akan dikira bagi cabang-cabang terpilih di peringkat cabang sahaja, sedangkan ada sekurang-kurangnya 5,000 undi ragu di seluruh negara yang belum dikira.

Ketiga-tiga keputusan JPP itu memangsakan ratusan ribu anggota KEADILAN yang bersusah payah keluar mengundi sedangkan ketiga-tiga masalah itu berpunca dari kelemahan JPP sendiri:

i. Individu yang ditangkap sedang memadamkan aplikasi “Prey” dari beberapa tablet di Cabang Julau adalah Alvin Teoh, Ketua Unit IT JPP yang diketahui umum penyokong kuat saingan saya Saudara Azmin Ali. Ada rakaman video yang jelas beliau bergerak dari satu tablet ke tablet yang lain untuk memadamkan aplikasi “Prey” sebelum ditangkap. Malah, ada juga rakaman video yang menunjukkan telefon beliau juga mempunyai aplikasi “Prey”. Semua bukti ini telah diserahkan kepada pihak polis yang menyiasat kes ini.

ii. JPP cuai sehingga tablet-tablet dicerobohi dan membolehkan beberapa tablet dipasang dengan aplikasi “Prey” tanpa pengetahuan dan spesifikasi dari pembangun aplikasi. Ketua Unit IT JPP yang turut sama bertanggungjawab memastikan tablet-tablet ini selamat dan bebas dari digodam adalah Alvin Teoh, yang sudah pasti telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya apabila tablet-tablet ini dicerobohi pada jam 4 pagi seperti yang diakui oleh JPP sendiri.

iii. Pengerusi JPP sendiri mengakui bahawa kewibawaan data (“data integrity”) bagi pemilihan di Cabang Julau sudah terjejas dan membuat keputusan menggantung keputusannya akibat cubaan menggodam sistem e-voting, seperti laporan media yang jelas memetik keterangan Dato’ Rashid Din sendiri (rujuk laporan Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/496797/serangan-sistem-e-undi-perbuatan-terancang-jpp):

Serangan sistem e-undi perbuatan terancang - JPP
Oleh Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mendakwa sistem e-undi pusat pemilihan di Julau, Sarawak yang gagal berfungsi adalah perbuatan terancang pihak tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya, Datuk Rashid Din, berkata perisian yang ‘menyerang’ sistem dan tujuh tablet e-undi sama seperti yang digunakan JPP pada pemilihan ini tetapi jenamanya berbeza.

Beliau tidak menolak perisian yang dimuat turun dalam tablet berkenaan boleh dikawal dari jauh yang mungkin berada di luar negara, namun masalah itu sedang disiasat pihaknya.

“Aplikasi itu semua orang boleh muat turun. Ia adalah aplikasi keselamatan. Kita (JPP) pun pakai tetapi kita pakai (guna) jenama lain. Kita pun guna untuk lindungi data dalam tablet.

“Kalau anda ada aplikasi dalam peranti, kita boleh kawal semua tablet berkenaan (disediakan dalam pemilihan). Kalau tablet itu hilang atau dicuri, kita boleh ‘bersihkan’ semua data dalam peranti berkenaan.

“Pusat kawalan boleh kawal di mana-mana, (jejak) muat turun di mana, atau (boleh tahu) duduk di mana London atau Sydney. Ini kira macam terancang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

*Sebab itu, keputusan JPP dalam kenyataan pagi ini bahawa kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-voting digodam di Cabang Julau, tidak mempunyai apa-apa kesan kepada kewibawaan data (“data integrity”) adalah tidak masuk akal.*

*Ia adalah kenyataan yang 100% bertentangan dengan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh JPP sendiri.*

*Kenyataan dan keputusan yang bertukar-tukar ini menyebabkan anggota parti semakin hilang keyakinan dengan kredibiliti keseluruhan proses pemilihan dan keputusannya.*

Saya tidak begitu kisah dengan keputusan pemilihan kerana ia satu proses dalaman, tetapi pengendalian pemilihan perlulah dibuat dengan setelus mungkin supaya anggota-anggota parti boleh menerima sepenuhnya keputusan.

Sepanjang pengendalian pemilihan, JPP bukan sahaja gagal menguruskan operasi dengan baik (yang dipertanggungjawabkan kepada Azman Hendra, Timbalan Pengerusi JPP dan Ismail Yusof, Setiausaha JPP) sehingga berlaku masalah-masalah yang disebutkan di atas, malah JPP juga gagal untuk menerangkan perkara-perkara yang diputar belitkan.

Contohnya, kontroversi mengenai keanggotaan di Cabang Julau telah dijadikan bahan mainan politik sehingga mencemarkan nama baik parti sedangkan fakta-faktanya telah dipersetujui berkali-kali di dalam Biro Politik dan turut melibatkan kehadiran JPP sendiri, iaitu:

i. Pimpinan yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudara Azmin Ali dan rakan-rakan beliau sendiri

ii. Pimpinan yang mengumumkan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iii. Pimpinan yang bertegas mahukan permohonan keanggotaan diterima dengan menggunakan “thumb-drive” tanpa menggunakan sistem keanggotaan atas talian adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iv. Ada banyak lagi cabang-cabang yang tidak mengisi borang keanggotaan (baik borang kertas atau atas talian) dan keanggotaan baru hanya dihantar melalui “thumb-drive”, termasuklah dari Cabang Batu (yang dibawa oleh Saudara Tian Chua) dan Cabang Kudat (yang dibawa oleh Saudari Zuraida Kamaruddin)

v. Jawatankuasa Keanggotaan yang telah menyemak dan meluluskan kembali semua permohonan keanggotaan ini (termasuk dari Cabang Julau yang kemudiannya mereka persoalkan apabila Cabang Julau memilih untuk tidak menyokong mereka) diketuai oleh Saudara Xavier Jeyakumar, orang kanan kepada Saudara Azmin

vi. JPP sendiri telah menyemak borang-borang keanggotaan dari Cabang Julau dan mendapati setakat semakan (satu dari tiga kotak borang keanggotaan), lebih 6,000 permohonan dari 13,000 permohonan mempunyai borang yang sah

vii. JPP sendiri mengakui bahawa sehingga kini, keanggotaan melalui “thumb-drive” yang dibawa oleh Saudara Tian Chua dan Saudari Zuraida masih belum disertakan dengan borang permohonan yang sah

viii. Permohonan keanggotaan Cabang Julau telah dihantar ke ibu pejabat KEADILAN sejak awal Jun 2018 lagi, tetapi disebabkan sistem yang tidak dapat menangani kemasukan terlalu ramai anggota dan ketiadaan kakitangan untuk memasukkan setiap permohonan ke dalam sistem, ada tunggakan borang-borang yang akhirnya dimasukkan sekaligus. Ini memberikan gambaran keseluruhan 13,000 anggota dari cabang Julau masuk pada satu hari, sedangkan hakikatnya ia berlaku kepada 43,000 permohonan dari seluruh negara (termasuk cabang-cabang yang rapat dengan Saudara Azmin) akibat lambakan permohonan yang dihantar sejak 9 Mei 2018

Apabila ada pihak-pihak yang secara berterusan memberi tumpuan kononnya ada penipuan di Julau tetapi tidak pula menimbulkan isu yang sama mengenai keanggotaan Cabang Batu atau Cabang Kudat (atau cabang-cabang lain yang rapat dengan Saudara Azmin), ia boleh diperbetulkan dengan mudah oleh JPP untuk memastikan anggota yakin dengan ketelusan proses pemilihan kali ini.

Sudah tentu saya berpendapat keputusan-keputusan JPP pada hari ini adalah tidak adil kepada saya dan rakan-rakan lain serta anggota parti keseluruhannya.

Apabila masalah data di Cabang Pensiangan diselesaikan, dijangkakan saya hanya ketinggalan sekitar 2,000 undi di belakang Saudara Azmin. Pengundian semula di Cabang Julau (kerana pengundian yang lepas telah hilang wibawa apabila tablet dicerobohi) akan memberi kelebihan secara keseluruhan kepada saya jika jumlah pengundi yang keluar melebihi 2,000 orang.

Saya tahu JPP didesak untuk tidak meneruskan dengan pengundian semula, walaupun sebelum itu JPP sendiri yang mengakui sistem e-voting di Julau telah digodam dan tablet-tablet telah dicerobohi.

Saya yakin perkara-perkara ini akan dibincangkan di Biro Politik malam ini yang perlu mempertimbangkan:

1. Dengan keputusan pemilihan yang begitu sengit (*jika pemilihan di Julau tidak diteruskan dan data pengundian yang telah digodam digunakan, Saudara Azmin dijangka menang dengan kelebihan ~1,500 undi dari sekitar 140,000 anggota yang mengundi, iaitu margin ~1% sahaja*), adakah adil dan telus menggunakan data yang digodam di Julau sedangkan pengundian semula boleh menghilangkan persoalan itu?

2. Sesiapa pun yang menang dengan kelebihan margin ~1% sahaja dengan berlatar belakangkan pelbagai masalah proses pengundian setakat ini (seperti dihurai di atas), akan mengundang pelbagai persoalan mengenai keabsahan (“legitimacy”) barisan kepimpinan KEADILAN bagi penggal akan datang;

3. JPP tidak boleh mencuci tangan mengenai segala masalah data (termasuk data yang hilang dengan banyak di Cabang Pensiangan) dan perlu menyelesaikannya dengan segera;

4. JPP tidak boleh menolak kesemua undi ragu seperti yang diumumkan dan membuka setiap undi ragu kerana jumlahnya yang banyak (dianggarkan melebihi 5,000 di seluruh negara) boleh mempengaruhi keputusan pemilihan;

5. Jika alasan JPP bahawa undi ragu hanya diteliti bagi cabang-cabang yang keputusannya sengit (melibatkan margin yang kecil), bagaimana pula dengan keputusan Timbalan Presiden dan MPP yang keputusannya hanya berbeza sekitar 1%?

6. Satu tindakan keras di dalam parti perlu diambil terhadap Alvin Teoh atas segala kelalaian dan kelemahan beliau sebagai Ketua Unit IT JPP sehingga menimbulkan keraguan terhadap sistem e-voting dan keputusan pemilihan 2018, sementara kes ini disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa; dan

7. JPP perlu meminta maaf kepada kesemua anggota KEADILAN atas semua kelalaian dan kelemahan yang mengundang pelbagai kontroversi dalam pemilihan 2018 ini.

Sebagai aktivis parti yang sayangkan parti, mewakili ribuan lagi pimpinan dan aktivis parti yang lain, saya percaya kami boleh menerima segala keputusan pemilihan, asalkan ia dikendalikan dengan adil dan saksama mengambil kira perkara-perkara di atas.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Leman Raja Lawan, Perjuangan Yang Belum Selesai





Sulaiman ibrahim,37 tahun dulunya dikenali pelawak musim ke-5 rancangan realiti televisyen Raja Lawak Astro pada 2010 bertukar arah sudah 9 tahun dari pelawak ke ahli politik dan sekarang beliau kembali sebagai pengeluar Filem dan drama tanah air.

Beliau sebelum ini dikenali sebagai “Leman Raja Lawak” tetapi selepas menceburi dan memberikan bepuluh puluh ucapan lantang dalam politik di luar televisyen, orang ramai mula merujuknya sebagai “Leman Raja Lawan dalam dunia politik dan beliau juga cukup terkenal dengan gerak kerja kebajikan membantu rakyat miskin dikawasan pedalaman dan juga merupakan penceramah khas politik di seluruh tanah air.Gayanya bersahaja dengan ceramah lantang tidak gentar mengkritik musuh musuh politiknya.

Sekarang beliau kembali ke arena hiburan dengan membawa misi yang lebih besar untuk mendidik masyarakat, pemimpin dan anak bangsa melalui filem dan drama.

Sulaiman Ibrahim sekarang ini menetap di Selangor dan masih lagi merupakan Pegawai Khas Kebajikan bagi Yb Dr Siti Mariah Mahmud Adun Seri Serdang.Kehadiran beliau ke arena perfileman dengan penampilan filem sulung yang akan dikeluarkan pada tahun depan.

Filem aksi politik yang berjudul 'POLITICIAN' adalah yang pertama kali akan memecahkan tradisi dunia perfileman melayu dengan kerjasama pengarah, pelakon dan penerbit Filem Malaysia dan India dengan kos RM6.7.

Leman RL kembali ke dunia seni selepas kemenangan PH dan membawa misi dan impiannya melalui filem.

Nantikan tayangan filem sulungnya pada hujung tahun 2019 ini.

Memboikot Filem Polis Evo 2 Adalah Satu Jalan Penyelesaian?


Saya melihat terdapat usaha dari beberapa pihak untuk memboikot filem Polis Evo 2 kerana ia seolah-olah menghina agamawan kerana menggambarkan bahawa agamawan itu jahat atau pengganas di mata awam. Pengganas dalam filem tersebut siap memakai serban lagi.

Saya kira jika ini saja alasannya untuk memboikot sesebuah filem, maka kita perlu sedar bahawa terdapat hadis Nabi sallallah alaih wasallam tentang khawarij yang sangat kuat beribadah. Bahkan baginda tidak hanya menyebutkan pakaian luaran seperti serban, tetapi baginda menyebutkan mereka bahawa kita akan rasa solat dan puasa kita lekeh jika dibandingkan dengan solat dan puasa mereka. Baginda bersabda:

يخرج فيكم قوم تحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم ويقرءون القرآن لا يجاوز حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية

Akan keluar pada kamu satu kaum yang kamu berasa lekeh solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka dan amalan kamu berbanding amalan mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka, mereka keluar dari agama sepertimana anak panah keluar dari busurnya. (HR Bukhari)

Adakah kita juga mahu boikot hadis ini? Tidak. Nabi sallallah alaih wasallam memperingatkan bahawa akan wujud golongan teroris agama yang suka mengkafirkan orang tanpa disiplin ilmu yang betul.

Filem ini pun belum ditayangkan lagi. Saya bimbang takut kita menuduh tanpa bukti. Jika selepas ditayangkan nanti memang benar ada ajaran Islam sebenar dianggap terorisme maka waktu itu kita sama-sama bantah.

Saya bukan mahu membela filem ini kerana ada kepentingan peribadi. Tetapi saya ingin kita semua berlaku adil kepada manusia. Jika mahu boikot filem ini atas dasar ada masalah aurat wanita yang ditayang maka seeloknya bukan hanya filem ini saja yang dikempen untuk diboikot tetapi semua filem yang mendedahkan aurat wanita.

Dr Rozaimi Ramle

Sunday 11 November 2018

Bagaimana Sabotaj Pemilihan Keadilan di Julau dijalankan?


Siapa yang ada akses pada tablet pengundian jam 4 pagi dan yang ada kuasa sentuh tablet bagi aktifkan perisian semasa pengundian selain pengundi?

Bagaimana sabotaj di Julau dijalankan?

1. Tiba-tiba sewaktu tempoh mengundi, ditukar kepada offline mode. Alasannya, network (rangkaian) problem (bermasalah). Padahal menara telekomunikasi terdekat hanyalah 170 meter dari kompleks sukan Julau dan sepanjang tempoh mengundi tiada kes rangkaian bermasalah atau terputus di dalam dan di luar pusat mengundi. Logik?

2. Kemudian login dan aktifkan prey. Installation apps boleh remote, tetapi setting kena buat manual. Jadi, sebelum tutup tablet kena aktifkan dalam laman web prey.

3. Kemudian sebelum pengiraan, wipe out (hapus) data dari tablet.

Free account hanya untuk tiga peranti sahaja (dalam kes Julau, peranti ialah tablet) tetapi tak boleh wipe out data atau save (simpan) data. Kena upgrade ke pro version dan bila pro version (berbayar) boleh add (tambah) sampai 10 peranti.

Kalau network problem, arahan untuk wipe out dari server prey tak akan sampai ke tablet. Bila kena wipe out, itu bukti line internet ok.

SIAPA YANG MENIPU??


Software Prey itu cubaan sabotaj pemilihan julau dengan wipe out data sebelum sync utk kiraan.

Cara sabotaj itu dijalankan:

1. Software itu ditanam (install) dalam tablet sebelum atau sewaktu pemilihan. Installation boleh dibuat remote, tetapi activation dgn server Prey kena buat manual. Jadi kena ada pelaku yg buatnya dikalangan JPP, kakitangan sekretariat, atau pengawas-pengawas.

2. Kemudian, sewaktu pengundian, kononnya atas masalah network, pengundian ditukar daripada online mode kpd offline mode. Jadi undian akan disimpan terlebih dahulu dalam tablet.

3. Sebelum undi dihantar ke server, pelaku akan beri arahan utk wipe out data tablet yg dipilihnya. Jadi undian akan hilang dan akan dilaporkan sebagai undi tidak dikembalikan.

Untuk activate software Prey, mmg perlu akses fizikal kepada tablet untuk masukkan password, dan beberapa step lagi. Software boleh ditanam dlm silence mode, utk tidak memudahkan dikesan dan susah untuk dibuang kerana tujuan asalnya utk anti-theft.

Nobody hack the system kecuali ada akses fizikal terhadap tablet2 berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.