VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 24 December 2018

Kerajaan Persekutuan Meluluskan 11 Projek Kerajaan Negeri Kedah


BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH!

KENYATAAN MEDIA

1. Kerajaan Persekutuan telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kedah dengan meluluskan 11 projek untuk dilaksanakan dengan segera. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan menyampaikan khabar gembira untuk rakyat Kedah ini melalui surat kepada saya minggu lepas.

2. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah meluluskan:
• Pembinaan Dewan Serbaguna di Pokok Sena
• Pembinaan semula Masjid Muadzam Shah dan dewan serta kerja-kerja berkaitan di Kuala Nerang
• Peruntukan tambahan khas bagi menyempurnakan sebuah dewan orang ramai di Taman Gurun Jaya, Gurun
• Pelaksanaan kerja-kerja tanah runtuh di Taman Selasih, Kulim
• Kerja baik pulih dan naik taraf masjid dan surau di Negeri Kedah
• Pembinaan sebuah masjid di Changlun
• Pembinaan semula Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu
• Pembinaan Kompleks Perniagaan / Bazar di Sungai Petani
• Kerja baik pulih Masjid Permatang Gedong di Kuala Muda

3. Kementerian Kewangan pula meluluskan :
• Projek “Off-River Storage” (ORS) Sungai Merbok, membina menara tangki dan mengganti paip air di Merbok dan Tanjung Dawai
• Kerja baik pulih Masjid Al-Fateh di Bandar Baharu

4. Projek-projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menggunakan peruntukan Projek Khas Unit Perancang Ekonomi yang akan disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Projek baik pulih Masjid Al- Fateh di Bandar Baharu pula diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

5. Kesemua 11 projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dalam memberikan nilai faedah terbaik dan penjimatan selaras dengan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa tanpa menjejaskan kualiti kerja.

6. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Kedah Darul Aman, saya merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khasnya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di atas perhatian dan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat dalam meluluskan projek-projek ini.

7. Semestinya, keputusan-keputusan tersebut mengambil kira pelbagai perkara, terutamanya memandangkan projek-projek tersebut bersifatkan peduli rakyat dan mensejahterakan masyarakat. Saya yakin kesemua projek ini dan projek-projek lain yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan memberi manfaat besar kepada rakyat dan menjamin kemakmuran Negeri Kedah.

DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 24hb Disember 2018

#KedahSerataRata
#KedahAmanMakmur

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.