VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 16 August 2014

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;
 
1.      SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.
 
2.      Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.
 

3.      Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti
 

4.      Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu. Maka SAMM mendesak pihak istana memberi laluan ‘penstrukturan organisasi’ di Selangor demi untuk mengelak pentadbiran negeri menjadi lebih bermasaalah. Pihak istana perlu panggil mengadap kedua – dua pihak dan selesaikan segera krisis ini.
 
5.      Dengan perlantikkan Menteri Besar yang dipilih ahli dewan secara demokrasi (majoriti), Pakatan Rakyat harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya negeri Selangor dengan menghentikan londeh melondeh sesama sendiri. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah dicapai.
 

6.      SAMM juga menegaskan bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus undur dan beri ruang dan peluang kepada pemimpin muda.
 

7.      Kesepakatan dan keberanian perlu di dalam suatu gagasan. Kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan dalam satu Logo atau satu agenda yang jelas akan menjadikan penentuan demokrasi (seperti krisis Selangor ini) tidak mampu ditangani dengan baik pada masa hadapan. Setakat ini tidak kelihatan kesungguhhan menjadikan agenda mendaftarkan PR dibawah satu nama dan logo dijadikan keutamaan.
 

8.      Antara yang diberikan perhatian oleh SAMM ialah penglibatan untuk kekal berkuasa menggunakan sokongan Umno. Atas semangat Asalkan Bukan Umno (ABU) , mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh Umno ialah pengkianatan ke atas semangat PRU 13 dimana rakyat sudah menolak Umno / Bn di Selangor. Kekal kuasa dengan bergantung sokongan Umno yang minoriti hanya akan membuka ruang kepada Umno yang telah ditolak rakyat.

 

Sekian
 
Resolusi dibacakan oleh :
 
Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, 13 August 2014

Isu MB: Hutang 70 Juta Tukar Kepada 70 Ekar Tanah?


Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.


Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.


Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.


“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.


“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.


“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.


Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.


Azrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.


Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.


“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.


“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.


Azrul berkata, melalui kaedah itu kes hutang berkenaan selesai sepenuhnya pada 24 Julai lalu.


Mengulas dakwaan bahawa peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, beliau berkata, ia adalah normal bagi sebarang kes.


Katanya, adalah menjadi hak pihak terbabit untuk menyingkirkan peguam yang dilantik jika mereka berpendapat ia boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah.


“Ia adalah perkara normal bagi sebarang kes penyelesaian luar mahkamah tidak diketahui pihak peguam atau tidak dimaklumkan.


“Itu adalah hak kepada pihak berkenaan untuk singkirkan peguam mereka atau menggunakannya, jadi bukan sesuatu yang tidak normal untuk peguam tidak terbabit,” katanya.

Sunday, 10 August 2014

PETRONAS! Payung Mana Payung?


Payung PETRONAS Primax 5 Percuma!!

Miliki Payung edisi terhad PERCUMA apabila anda berbelanja di stesen PETRONAS.

Dapatkan 1 cop bagi setiap RM20.00 yang dibelanjakan
Kumpulkan sehingga 10 cop dengan APPROVED Resit untuk dapatkan payung.

Tempoh PENEBUSAN 20 Julai hingga 30 September 2014.

Tau tak Petronas ada buat promosi macam nie?

Semalam kecoh di Petronas Jalan Rozhan, Alma gara-gara sekaki payung. Pada mulanya aku tak faham apa yang sampai bertegang urat antara staff dengan pelanggan, yang aku dengar "payung mana payung?"..

Jika aku seorang staff Petronas, aku tak perlu sakit kepala, stress kerja, rasa nak berhenti dan sebagainya..

Bagi aku kepada yang kata nak announcement kat media dan buat report kpdnkk, sila kan kalau tak puas hati . Ataupun terus call mesralink. Maki la sepuas hati . Sebab selalunya Syarikat Besar mereka tidak akan ambil tindakan jika bos stesen minyak komplain contoh pasal kekurangan payung. Mereka hanya ambil tindakan jika pelanggan yang komplain. So apa lagi?

Jika aku seorang seorang pelanggan Petronas, aku akan kata...

1. Petronas buat promosi tipu pelanggan. Saya tak salahkan staff-staff dan dealer stesyen minyak. Mereka boleh hantar kad-kad sampai beribu keping ke setiap stesyen tapi payung hanya ada dalam 20 units saja setiap kali hantar. Ini promosi yang paling bodoh.

2. Saya ke stesyen minyak petrronas kerana ada promosi payung, sampai masa di maklumkan oleh staff. payung dah habis stok. Ramai yang kecewa. seolah rasa ditipu. Saya tidak marah pada staff tetapi petronas bukan sebarangan syarikat, sudah tentu sebelum mengadakan satu2 promosi, kajian dibuat secara teliti.

3. Itu free payung untuk redeem. dah check banyak outlet sejak awal Ogos, tak ada stock sedangkan tawaran sampai 15/9. sepatutnya stock banyakla. takkan PETRONAS tak tahu kira berapa paying perlu daripada anggaran jualan bulanan? tolong bagi tahu mana outlet ada stock free paying.

4. Kalau payung ada 50 kaki saja, kenapa petronas buat reedem kad tu banyak2. 1 kad untuk 1 payung kan? kalau 50 payung, buatla 50 kad. Ni tak, payung 50 kaki buat kad reedem sampai 500. Memang tipu la.

5. Masalahnya dah cukup cop pun tak boleh nak redeem dgn alasan stok habis?
6. Pasal payung ni idea tu bagus. tapi waktu perlaksanaan tu tak kena. tak buat market research ka. buat time raya. konpem laa orang isi minyak banyak nak balik kampung. lagi satu kalo buat promosi make sure payung tu dah get ready. Ini tak, seminggu dapat 20, 22, 35 payung jer... 2jam dah habis customer tebus. Lepas tu yang lain datang marah2. Bukan nak cakap kurang hajar. Tapi orang yang buat promosi ni memang tak layak dan betul2 bodoh.

~Ibarat menanam tebu dipinggir bibir
~Strategi pemasaran yang gagal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.