VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 4 January 2014

Hanya di Malaysia SPRM Siasat Pembelian Yang Menjimatkan

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 4.1.2014.



Hanya di Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan rasa harus menyiasat mengapa sebuah kereta boleh dibeli dengan diskaun 55% yang menjimatkan wang rakyat tetapi tidaknya apabila membeli melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.

Saya mengalu-alukan sebarang siasatan yang dicadangkan oleh SPRM seperti yang dilaporkan oleh portal berita Fz.com atas pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kegunaan rasmi saya. Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Saya tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55%. Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah.

Saya telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM 245,000 seunit yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM 3.43 juta kerana tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’. Mereka tidak mendapat diskaun 55% untuk 14 buah kereta Mercedes, tidak seperti diskaun 55% yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz.

Hanya di Malaysia akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membeli kereta dengan diskaun 55% dan menjimatkan wang rakyat tetapi SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat. Kerajaan negeri telah membeli Mercedes Benz S300L pada harga RM298, 263,75, dengan diskaun sebanyak 55% atau RM358, 954,25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbading dengan harga asal RM657, 218.00.

Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku yang berjumlah RM6.5 bilion termasuk:

· Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 buah gari, 44 pucuk senjata, dan 29 buah kenderaan.

· Jabatan Penyiaran membeli 20 jam dinding pada harga RM 3,810, iaitu 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran, RM100, dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 setiap satu unit, lebih 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran, RM200;

· Jabatan Kastam telah menghapuskan kasut yang bernilai RM600,000 yang dibeli kerana tidak sesuai dengan pegawai mereka;

· Bangunan haram Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen kerajaan negeri Melaka yang dibina atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, ditambah lagi kos tambahan lagi RM40 juta pada kos bangunan yang telah melonjak kerana kelewatan;

· Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara mewah untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea;

· Kos tambahan RM1.3 bilion ke atas projek Empangan Bakun yang bernilai USD 2.3 bilon dan membayar USD 133 juta (RM430 juta) sebagai ganti rugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.

Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan PR. Ini benar-benar Malaysia Boleh!



LIM GUAN ENG

POLITIK BOLA SEPAK KEDAH: APA SEBAB PEMIMPIN UMNO MAHU KENARI MAU JADI HELANG?



1) Pengurusan Skuad Kenari mahu tukar logo, mahu ada gambar helang, dengan itu dipercayai pretasi skuad bola sepak negeri Kedah yang merosot dua tiga musin kebelakangan ini akan kembali garang setelah bertukar logo.

2) Persoalannya, apakah kepercayaan ini terbukti oleh kajian saintifik atau secara falsafahnya, atau hanya sekadar khurafat yang cuba ditanam dalam minda penyokong?

3) Zaman ini zaman orang celik maklumat. Jangan menipu dan memperbodohkan minda orang ramai. Kami tahu apa sebenarnya tujuan hangpa nak tukar logo.

4) Kami tau siapa yang akan dapat kontrak-kontrak baru selepas logo ditukar. Kroni percetakan logo baru dah bersedia dengan quotation dan mark-up nya sekali. Tunggu P.O keluar saja. Banyak mulut dok nganga lapar duit/tender oiii....

Sekian

Disediakan Oleh; Dr Tanaka Mustafa

UpTown PERDA Akan di Tutup Dua Bulan Sebelum Ramadhan

NASORUDDIN Shah Mat (berdiri) sedang memberi penjelasan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan perkauman. Isu Uptown Perda timbul kerana penganjur dan ahli politik berwajib tidak buat kerja.


RUJUK STATUS TUTUP UPTOWN PERDA KEPADA KETUA MENTERI: PENIAGA

Desas-desus mengenai penutupan operasi Uptown Perda dekat Bukit Mertajam yang dirancang dua bulan sebelum Ramadhan tahun ini mahu dirujuk kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Pengerusi Penaja Koperasi Peniaga Kecil Uptown Perda Bukit Mertajam Berhad, Nasoruddin Shah Mat mendakwa, penganjur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan wakil rakyat setempat seakan tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sungguhpun usaha mengekalkan tapak komersial itu pernah beberapa kali dirujuk kepada mereka.

Wajah-wajah Anak Muda Yang Bersemangat di Malam Ambang Tahun Baru 2014

Tanggal 31 December 2013, malam ambang tahun baru 2014.. Anak Muda bersama seluruh rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan mereka kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan..

Bersama dengan tulis aku hari ini aku kepilkan sekali wajah-wajah anak muda yang bersemangat kental mewakili Anak Muda Mainland, Pulau Pinang dan seluruh Malaysia..















Walaupon ada sesetengah kawan-kawan aku dalam gambar nie di Fitnah kawan mahu pon lawan.. Aku tetap hargai pengorbanan kawan-kawan semua..

Sewajarnya hari itu tidak dikenang sebagai satu sambutan malam tahun baru yang membazir. Ianya adalah satu manifestasi kesepaduan rakyat pelbagai kaum, dan generasi muda pastinya, untuk membantah dan membangkitkan amarah rakyat tentang bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.

“..sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”

Dataran Merdeka ini sendiri mencatatkan sejarah yang unik, apabila menjadi medan muafakat pelbagai generasi untuk menentang dan menyatakan bantahan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Aku ucapkan tahniah kepada semua Anak Muda yang menjayakan Bantahan ini..

Kepada Anak Muda di luar sana teruskan berjuang demi masa depan Malaysia tercinta..

INGAT: Asalkan Kita Berjuang Untuk Kepentingan Rakyat, Kita Menuju Ke Landasan Yang Tepat

Friday 3 January 2014

Penjelasan Terakhir Isu Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Gariskan 5 Fakta Berkaitan Dengan Tuduhan Tidak Berasas


KENYATAAN AKHBAR OLEH Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mokhtar bin Mohd Jait pada 03.01.2014.

PEMBELIAN KERETA MERCEDES-BENZ S300L UNTUK YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG

Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan Negeri ingin menggariskan 5 fakta berkaitan dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertama, kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00. Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Ustaz Maktar Shapee.



Kedua, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes-Benz dan tawaran ini diberikan kepada semua yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012.

Ketiga, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli EXCO (termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta. Ini tidak tercapai kerana kos cukai (sales tax & excise duti) yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperolehi.

Tambah pula pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak dapat diperolehi. YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli EXCO enggan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa “fleet discount” sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri-negeri lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh Kerajaan Negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Oleh itu, pembelian 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah kereta Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L. Selepas itu, barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L pada 20 November 2013.

Keempat, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai dan diskaun RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 04 September 1995 iaitu sebanyak RM271,331.22.

Tambah pula kereta jenama Mercedes-Benz sememangnya diketahui umum dan terkenal dengan daya tahan lama dan penggunaan kereta Mercedes-Benz S320L yang lama boleh diguna dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan Kerajaan Negeri.

Bagi Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 04 September 1995 dengan harga RM271,331.22, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik.

Kelima, kereta baru Mercedes-Benz S300L ini dibeli semata-mata adalah kerana pengecualian cukai serta diskaun sebanyak 56% yang diperolehi. Tanpa diskaun 55% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedes-Benz S300L akan menjadi milikan Kerajaan Negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.


Dato' Haji Mokhtar bin Mohd. Jait
Pegawai kewangan Negeri
Pulau Pinang

Ulasan aku:
Pembelian ini berkaitan kualiti dengan kos baik pulih..

Beli murah pon ada orang pertikai..

Dah terbukti pemerintahan Kerajaan Negeri yang di pimpin DAP, PAS & PKR bagus..

Apa salahnya pihak Mercedes-Benz Malaysia bagi potongan harga..

Kalau ada yang meragukan aku mohon SPRM siasat..

Beli dengan harga murah pon salah.. Kalau beli dengan harga mahal tak tau apa nak jadi pulak..
Penuh depan komtar rakyat turun berdemo.. Aku pon turun sekali..

Yang Laporan Ketua Audit Negara laporkan tu hangpa tak pernah nak ambik tau pon.. Beli benda murah cas mahai-mahai.. Apa tindakan SPRM?

Jangan hentam membabi buta, jangan sokong membabi buta..

Turun Semula ke Dataran Merdeka Sabtu Nie



TURUN RETURN~
Bukan nak Protes...
cuma pergi enjoy Program FREE saja
Barang Semua Naik....
kena pandai jimat ~

Jom.... RAKYAT TURUN DATARAN some FUN for FREE!
04-01-2014 (SABTU), 5pm to 11.30pm, Dataran Merdeka!

Datang, pakai baju hitam. Mesti HITAM!!

Turun dataran, tengok sendiri program pembaziran kerajaan ini dikala rakyat dibawah ini kesempitan.

Thursday 2 January 2014

Koleksi Parang Setiap Kali Himpunan Bantah Kerajaan

Seperti yang dijangkakan, letupan bom, rusuhan bersenjata dan berbagai lagi kekecohan yang diwar-warkan akan berlaku di Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan tidak berlaku.

Ini taktik sama yang digunakan seperti masa lalu untuk memburukkan himpunan rakyat

Tindakan ini menunjukkan kerajaan cuba mengelak dari menjelaskan justifikasi kenaikan harga barang.

Perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tetapi sedikit khuatir sekiranya pihak yang menentang acara tersebut akan melakukan sabotaj.

Adakah Kenyataan Harussani Ada Kaitan Dengan Syiah?

Ini ada komen dari Dr. Asri untuk Agamawan..


Klik imej untuk besarkan

Ini persoalan yang bermain di dalam fikiran aku.. Bukan satu tuduhan.. Mohon kita sama-sama fikir-fikirkan.

Dan ini antara kenyataan yang Syiah menghalalkan darah Ahlus Sunnah..

“Daripada Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah?

Jawabnya: Halal darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang hartanya.

Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.” (`Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf)

Dan

“Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal.” (al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307)

Adakah kenyataan Harussani mirip Syiah?

Bekas Mufti Perlis: Tolak Apa Yang Salah, Kita Tetap Santun Harussani


Ini adalah nyataan Dr. Asri dalam facebook beliau.. Selepas respon rakyat yang marah dengan Harussani
..kenyataan Ybhgia S.S Tan Sri Harussani Zakaria tentang halal darah anak-anak muda yang menyertai TURUN tidak dapat kita setujui..ia berbahaya dan agak tersasar jauh..pun begitu tidak perlulah sesiapa menggunakan bahasa yang biadap terhadap beliau..hormatilah beliau sebagai seorang yang jauh lebih tua pada usianya..sebagai insan yang lama hidup pastinya ada jasanya di sana sini..kita tolak yang salah, tapi kita tetap santun ataupun sekurang-kurang menggunakan bahasa yang terhormat dan terpilih dalam menjawab beliau sebagai tanda kita insan bertamadun..masih ada ruang untuk beliau membetulkan kenyataan itu jika benar sedemikian rupa..ataupun membetulkan salahfaham yang barangkali dibuat oleh pihak yang melaporkan..kita doakan kebaikan untuk semua rakyat..kepada Allah kita serahkan segala urusan.

Berapa harga kenyataan Harussani?

Halal Darah Golongan Yang Turun Berhimpun di Dataran Merdeka - Harussani Mutfi Perak
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/halal-darah-golongan-yang-turun.html

Bekas Mufti Perlis Dr. Asri Jawab Harussani Isu Rakyat Turun Himpunan Bantah di Dataran Merdeka



Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Halal Darah Golongan Yang Turun Berhimpun di Dataran Merdeka - Harussani Mutfi Perak
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/halal-darah-golongan-yang-turun.html

Halal Darah Golongan Yang Turun Berhimpun di Dataran Merdeka - Harussani Mutfi Perak


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Pengumuman 11 langkah oleh PM Mendapat Kritikan Dari Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM)


Pengurangan perbelanjaan sektor awam disambut baik namun pelaksanaanya harus menyeluruh dan tidak membabitkan pihak tertentu sahaja.

Wednesday 1 January 2014

Kisah Sebenar: Najwa Latif Kesal Dengan Tindakan Segelintir Manusia Yang Memfitnah Beliau


‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Di Manakah Najib dan Rosmah Pergi Sedang Rakyat Buat Himpunan Bantahan di Dataran Merdeka?


Gosip atau cakap-cakap politik, barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli politik.
Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.

Edisi Kantoi: Fitnah Macai Umno Konon Perserta Perhimpunan di Dataran Merdeka Cerderakan Anggota PGA atau DBKL Semalam


Seperti sebelum ini apabila rakyat mula bangkit nyatakan ketidak puasan hati meraka kepada rejim Najib mesti akan membuat satu fitnah yang amat dasyat untuk menyakin rakyat jelata bahawa perhimpunan ini ganas.. Untuk membela dan mempertahan Najib dan BN.. Gambar di atas ada pengakuan sendiri dari adik mangsa bahawa abangnya tidak terlibat dalam himpunan itu.. 

Koleksi-Koleksi Kenyataan Bangang Ahli Politik Sepanjang Tahun 2013


Susunan 1,2 3 dan blablabla itu bukan bermaksud 1 paling bangang dan nombor terakhir ialah kenyataan yang paling tak berapa bangang. Semua kenyataan2 itu bangang2 belaka. Susunan itu sekadar memudahkan pembacaan. Tak lebih dan tak kurang. Yang pasti kenyataan bangang tetap la bangang. Itu saja.

Kisah Sebenar Kejadian Provokasi Yang Cuba di Cetuskan Semasa Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan di Dataran Merdeka





Ulasan dari Peserta demostrasi TURUN@Dataran Merdeka

Aku yakin paparan akhbar tempatan esok hari memaparkan botol mineral yang melayang ke atas stage konsert di Dataran Merdeka. Mereka akan mengulas lihatlah himpunan 'guling' ini ganas, merbahaya & nak jatuhkan kerajaan. Namun sebagai saksi di tempat kejadian ingin aku ceritakan serba ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, aku tiba ke dataran jam 1015 malam. Masa aku sampai orang dah ramai. Mungkin dalam 20 ribu orang. Peserta himpunan Turun ini tidak dapat masuk ke padang kerana ramai polis menghalang. Tapi aku pelik, apa yang pelik sangat dorg ni. Sah2 nak masuk padang dataran banyak laluan lain.

Jadi aku malas bersesak2 di situ dan terus menyeberangi 'jambatan' untuk ke padang.

Sampai je kat padang, konsert dbkl berjalan seperti biasa. Adalah dalam 5 ribu orang yang menonton. Yang ramai aku nampak mat2 bangla & indo. Ye lah, inikan Negara Banglasia.

Dari seorang artis ke seorang artis. Peserta himpunan masih dihadang oleh pihak polis. Dalam jam 1115 malam aku nampak peserta himpunan berpusu2 ke padang dataran merdeka. Mereka hanya berkumpul di jalan raya. Ada yang duduk, berdiri, melaungkan Turun2 dan sebagainya.

Jay jay yang buat persembahan rasa tak senang sebab nampak dari atas stage ramai berhimpun di sebelah padang. Dia tanya tu yang kat sebelah tu buat apa? Peserta himpunan jawab turun.. Turun.. Turun.. Haha.. Jay jay speechless dan kata harap malam ni semuanya selamat. Kemudian jay jay nyanyi lagu putih2 melati. Audien di padang banyak yg berdiri, menyanyi bersama dan berjoget.

Then Najwa Latif nyanyi. 2 lagu.. Ceh aku dah macam laporkan konsert Dbkl plak kan.. Kah3..

Lepas Najwa ni lah segalanya berubah. Naik seorang penyanyi perempuan. Nyanyi dalam beberapa rangkap lagu sedang di sisi padang sedikit demi sedikit peserta himpunan masuk ke dalm padang. Makin lama makin ramai. Masa ni aku dah nampak bbrp orang anggota polis ke stage dan berbincang sst dgn pihak DBKL.

Aku dah rasa lain macam.

Dalam beberapa saat kemudian aku nampak balingan botol2 mineral dari tempat audien melayang ke atas stage. 1 botol, 2, 3, 4 dan seterusnya. Emcee umumkan sampai sini saja. Kita terpaksa berhenti. Selepas itu lampu di stage semuanya padam. Pemain muzik orkestra juga berhenti serta merta.

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah bayangkan laporan media macai esok hari. Namun aku ada beberapa soalan :

1. Botol mineral dibaling dari tempat audien. Maksudnya tempat di mana mereka yang telah awal masuk dan duduk di atas padang. Peserta himpunan masih belum sampai ke situ. Siapa yang baling?

2. Yang aku pelik, air mineral tu bila baling sampai pula sampai atas stage. Maksudnya air masih banyak. Masih berat Barangkali botol mineral ini masih belum dibuka. Kepala bana apa beli air mineral x minum dan pakat2 baling sampai stage?

3. Kenapa balingan botol mineral ini mirip2 kejadian di depan sogo semasa bersih 3.0? Ada yg baling ke kereta polis dan sampai skrg tidak tahu siapa yang baling.

Aku tinggalkan 3 persoalan ni pada korang semua. Siapa yang faham tu, tahu sangat siapa punya kerja yg baling botol dan cetuskan provokasi.

Now aku dah on the way balik. Aku malas nak lama2 kat sana dan aku tak tahu apa terus berlaku kat sana.

Yang pasti, tahun 2014 ini bersedialah semua hamba rakyat menanggung kebangangan peminpin yang tdk pandai mengurus ekonomi. Yang jadi mangsa, kitalah rakyat Malaysia.

Selamat malam Malaysia.. Selamat tahun baru..""

Lagi Laman Web Malaysia Digodam ‪#‎Bantah‬ Kerajaan Pada Sambutan Tahun Baru 2014!


Seperti biasa, ketika hampirnya detik  Tahun baru, Peperangan seni tempur siber,   masing masing akan menunjukan kehebatan mereka dialam maya dengan pertempuran defacement sesama sendiri.
Laman sesawang yang terdedah kepada bahaya sering menjadi mangsa kepada "Pesta" mereka.

Gempar!!! Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di GODAM


Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Gulingkan

Lembaran 2014 dibuka dan laman web rasmi Kementerian Pendidikan digodam? Erkkk .. terkejut gak tengok gambar 'setan' kepala merah muncul bila saya buka laman web kementerian berkenaan.Mulanya aku di beritahu oleh seorang kawan yang mana KPM di godam langsung aku terus cari.. Dan hasilnya ini lah..

Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam Awal 2014?

Himpunan Gagal!!! Perhimpunan Rakyat Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan













Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.

Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05

Sebelum itu.. Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas.

Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada perserta perhimpunan.

Ok sekarang berapa jumlah orang yang menghadiri perhimpunan ini?

Aku anggap perhimpunan ini tidak berjaya kerana tidak sama dengan apa yang di gembar gemburkan di kaca tv dan akhbar arus kerajaan

Adakah ada rasa tertipu?

Aksi Freeze Mob Oleh Jingga 13 Membuat Pengunjung Dataran MBSA Teruja

















Jingga 13 telah berjaya mengadakan satu acara Freeze Mob sekitar Dataran MBSA tepat pada Jam 10:10 pada malam ambang tahun 2014.

Tujuan utama ialah tanda bantahan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat Malaysia..

Para perserta memakai topeng muka V untuk VENDETTA dan Freeze Mob berlangsung selama 5 minit..

Tuesday 31 December 2013

Gambar Sekitar Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan di Dataran Merdeka





















Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.