VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 4 January 2014

UpTown PERDA Akan di Tutup Dua Bulan Sebelum Ramadhan

NASORUDDIN Shah Mat (berdiri) sedang memberi penjelasan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang tidak pernah mengamalkan perkauman. Isu Uptown Perda timbul kerana penganjur dan ahli politik berwajib tidak buat kerja.


RUJUK STATUS TUTUP UPTOWN PERDA KEPADA KETUA MENTERI: PENIAGA

Desas-desus mengenai penutupan operasi Uptown Perda dekat Bukit Mertajam yang dirancang dua bulan sebelum Ramadhan tahun ini mahu dirujuk kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Pengerusi Penaja Koperasi Peniaga Kecil Uptown Perda Bukit Mertajam Berhad, Nasoruddin Shah Mat mendakwa, penganjur yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan wakil rakyat setempat seakan tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sungguhpun usaha mengekalkan tapak komersial itu pernah beberapa kali dirujuk kepada mereka.

"Kalau aku tak sayang Pakatan Rakyat, aku tak panggil semua 75 peniaga untuk berunding nak bawa isu sebenar iaitu penganjur dan ahli politik tak buat kerja untuk kekal Uptown Perda di sini kepada Ketua Menteri, Lim Gian Eng," tegas Nasoruddin pada petang semalam di Bandar Perda dalam kawasan DUN (KADUN) Seberang Jaya.

Hampir kesemua 75 peniaga kecil yang mendapat lesen daripada MPSP hadir dalam pertemuan tersebut.

Itu, tidak termasuk peniaga tanpa lesen yang selama ini mencari rezeki di tapak parkir pada saban malam di sini.

Hasil perbincangan itu, mereka sebulat suara melantik fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang merangkap Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh) sebagai wakil bagi mengatur pertemuan dengan Guan Eng dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasoruddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak ketiga mahu menjadi 'tuan' di sebalik desas-desus rancangan menutup Uptown Perda Bukit Mertajam itu.

***
Uptown Perda ini terletak di kawasan DUN Seberang Jaya. 75 peniaga mendapat lesen MPSP. Kini, ia menjadi salah satu ikon pelancongan Pulau Pinang.

Sejarah UpTown PERDA
Pada awal perniagaan dikawasan ini bermula iaitu pada hujung tahun 2003 ianya telah dimulakan oleh peniaga bunddle secara kecil-kecilan di atas tapak rumput dan sekitar tapak parking dan tiada penganjur.

Dari tahun 2004 hingga ke tahun 2007 peniaga makanan mula beroperasi dengan sekitar 23 orang peniaga pada hari-hari biasa dan jumlah peniaga pada malam minggu mencecah ke 35 orang peniaga.

Apabila PR berkuasa pada tahun 2008,kehadiran pengunjung dan peniaga makin ramai dan pd tahun tersebut operasi di bulan ramadhan mengamit seramai 55 peniaga beroperasi di dpn Nasmir.

2009 pihak MPSP memberi kebenaran kpd peniaga beroperasi secara sah dan lokasi tersebut di sesuaikan dengan keadaan dengan sedikit perubahan yang melibatkan kawasan landskap.

Jumlah peniaga yang dibenarkan dan didaftarkan pada tahun 2010 ialah seramai 75 peniaga yg sah di uptown bandar perda,mereka beroperasi dengan aman dan mematuhi segala syarat yg MPSP tetapkan bersama di bawah pengurusan JKKK Permatang Rawa dan Simpang Empat.

Tiada penguatkuasaan oleh MPSP selama 2 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga April 2013 terhadap kira-kira 150 orang peniaga yg berada di lokasi yg tidak sah.

Oleh kerana terdapat banyak bantahan dari komuniti premis dan pelangan yang berurusan di kawasan tersebut maka pada Jun 2013 pihak MPSP telah melaksanakan tindakan bersepadu antara Jabatan 
Perlesenan, Kesihatan dan Diraktorat.

Matlamatnya adalah penyusunan semula tempat berniaga bagi mengawal kebersihan serta mencari penyelesaian bagi mengatasi batahan pemilik-pemilik premis kedai yang harus diutamakan kerena mereka ini adalah pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.