VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 29 December 2013

Laporan Polis: JINGGA 13 Saman PDRM, TV3 dan Utusan



Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

29 Disember 2013

JINGGA 13 SANGKAL DAKWAAN FITNAH POLIS AKAN TIMBULKAN KEKACAUN,
SENJATA DAN BOM TANGAN

JINGGA 13 Malaysia menyangkal dan membantah serta menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala
Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bahawa JINGGA 13 bersama Gerakan
Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Solidariti Anak Muda Malaysia serta
Solidariti Mahasiswa Malaysia akan menimbulkan kekacauan serta membawa
pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di
Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.

JINGGA 13 mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13
terlibat dengan segala pertuduhan tersebut dan bukannya berdasarkan
daripada risikan yang ternyata dangkal, berniat jahat dan berunsur
fitnah yang melampau serta tidak masuk akal.

JINGGA 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan
atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instrumen
merancang untuk mengadakan kekacauan , apa lagi bersabit penggunaan
senjata dan bom tangan bagi tujuan melakukan kekacauan dan keganasan
bagi tujuan mengulingkan kerajaan.

JINGGA 13 menganggap dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan isu
besar mengenai 'kenaikan berantai' harga barang yang ternyata
membebankan rakyat dan JINGGA 13 akan terus komited membantah isu
'kenaikan berantai' harga barang tersebut.

JINGGA 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan
dengan JINGGA 13 adalah merupakan fitnah serta bertujuan memburukkan
imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu
kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan.

JINGGA 13 juga mendesak agar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menarik
balik dakwaan tersebut dan jika tidak, pihak JINGGA 13 juga telah
melantik peguam dan tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman
fitnah terhadap PDRM, TV3 dan Utusan.

MUAFAKAt*PRIHATIN*BERANI

Amizudin Bin Ahmat
Timbalan Koordinator
Jingga 13 Malaysia






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.