VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Sunday, 29 December 2013

Jingga 13 Mengamuk di IPD Dang Wangi Ekoran Satu Fitnah Terancang Memburukkan Imej Mereka



JINGGA 13 SANGKAL KENYATAAN POLIS : LAPORAN POLIS DAN AKAN SAMAN PDRM
Saya selaku Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan dan dakwaan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa Jingga 13 terlibat sebagai penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan dalam Sidang Media 27 Disember 2013 .

Satu FITNAH yang terancang dilakukan bagi memburukkan imej Jingga 13 di mata rakyat dengan tuduhan "bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan ".

Malah kenyataan beliau yang tidak masuk akal dan dilihat tidak waras apabila mengaitkan Jingga 13 turut "dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan".

Saya MENAFIKAN segala tuduhan dan dakwaan yang telah dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur tersebut yang ternyata berniat jahat dan bertujuan mengaibkan Jingga 13 dengan sesuatu yang tidak melibatkan kami.

Justeru memandangkan saya sekarang berada di Malaysia Barat , satu laporan polis akan dibuat oleh Timbalan Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Sdr. Amizudin Ahmad diiringi peguam kami YB Surendran terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sepertimana di bawah :

Laporan Polis terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 11 pagi
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur

Sidang Media Jingga 13 Untuk Saman PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur

Tuduhan dan dakwaan pihak PDRM terhadap Jingga 13 sedikit pun tidak melemah dan menggentarkan kami dalam gerakan membantah "kenaikan berantai' oleh Kerajaan UMNOBN yang dijangka bakal dilaksanakan pada tahun 2014 demi kepentingan rakyat marhean .

Saya mendapat maklumat bakal ditahan bila-bila masa sahaja . Saya tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa tindakan mengaitkan Jingga 13 dengan perhimpunan Guling Kerajaan adalah merupakan FITNAH dan akan melawan habis-habisan .

Tindakan mengaitkan Jingga 13 dan beberapa NGO lain adalah satu usaha yang bertujuan mengekang demokrasi dan membuktikan PDRM menjadi 'boneka' kepada pimpinan Kerajaan UMNOBN yang gentar dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap siri kenaikan yang bakal membuat rakyat sengsara daripada peningkatan kos sara hidup melibatkan kenaikan perkhidmatan dan harga barang makanan serta keperluan hidup ,

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

GAMBAR SEKITAR IPD DANG WANGI





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.