VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 1 January 2014

Koleksi-Koleksi Kenyataan Bangang Ahli Politik Sepanjang Tahun 2013


Susunan 1,2 3 dan blablabla itu bukan bermaksud 1 paling bangang dan nombor terakhir ialah kenyataan yang paling tak berapa bangang. Semua kenyataan2 itu bangang2 belaka. Susunan itu sekadar memudahkan pembacaan. Tak lebih dan tak kurang. Yang pasti kenyataan bangang tetap la bangang. Itu saja.



KAH KAH KAH


Kita mula kan sekarang.




1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek



** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.



2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz


** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 


3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien


** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu. 


4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar


** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 


5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.


** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.


6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.


** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.


7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara


** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.


8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari


** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..


9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.


** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.


10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak


** Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.


11. Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal - Shahidan Kassim.



** Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan.



12. Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu.. - Shahrizat Jalil.



** Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir.





13. Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun) - Shabery Cheek.


** Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan.


14. Israel ciplak slogan dari Malaysia - Shahidan Kassim.



** Mengulas isu slogan Endless Possibilities.



15. Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan - Najib Razak.


** Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.


16. Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh - Zahid Hamidi


** Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.



17. Jangan makan gula, hidup lebih lama - Dr. Subramaniam.


** Mengulas pendirian kerajaan yang ber-ura2 memansuhkan subsidi gula ketika itu.



18.  Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda - Najib



** Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.





19.  Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan - Hasan Malek.



** Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.



BTW, aku rasa inila statement menteri paling bangang untuk tahun 2013. Dia berjaya pintas kedudukan Shahidan Kasim yang sepatutnya no 1 dalam senarai menteri bangang, tahniah. Last2 minit buat kenyataan yang bersesuai untuk meletakkan dia di kedudukan no 1. Artikel itu akan keluar soon. 




20. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan



** Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.




21. Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan. - Ahmad Maslan.



** Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.



22. BN kerajaan terbaik di dunia - Ahmad Maslan



** Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh.



23. Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal - Ku Nan



** Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal.



24. Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas. - Cadangan oleh Khairiah Mohd Talha.



** Memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.




25. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur - Shahidan Kassim



** Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.





26. Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012 - Shabery Cheek.



** Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta




27. Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang - Perwakilan UMNO.




** Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan.




28. Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia - Wanita UMNO Kuantan.




** Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang.





29. Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta- Bung Moktar Radin.



** Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.




30. Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah - Haji Sairin Karno



** Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.



31. Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. Yeay. - Hishammuddin Hussein


** Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimahsuhkan oleh kerajaan juga... errr?


32. BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya - PERKASA.


** Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat..


33. Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO - Isa Samad


** Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup. 

Errr pemimpin negara bukan dari parti UMNO ke? Hehe.. 

Sebenarnya. Ada banyak lagi statement2 yang tak dapat dimasukkan dalam list neh. Ini berlaku kerana terlalu banyaknya kenyataan2 bodoh yang dikeluarkan oleh mereka semata2 tak mampu menjawab persoalan2 rakyat. Masih ingat kenyataan bertukar la kepada kereta yang lebih kecil? UMNO pilihan Allah? Dan banyak lagi. Itu sepanjang tahun 2013 aje. Tak masuk tahun 2012, 2011 atau tahun2 sebelumnya. Takpela. Cukupla setakat neh yang aku rajin nak tulis. Selebihnya pandai2 la lue tambah sendiri.


KAH KAH KAH



Apa pun kenyaan epik sepanjang zaman ialah tiap2 tahun kerajaan kita memang ada pelbagai jenis formula untuk selesaikan masalah rakyat namun masalah2 rakyat tetap tak dapat diselesaikan walaupun formula demi formula diperkatakan oleh pemimpin2 negara kita. Apa kes?


Kepada bloggers BN boleh la korang tulis pula kenyataan2 bangang pemimpin politik PR. Lepas tue paste sini aku nak baca. Kot2 ada la. Kalau takde takpe la. Tapi kalau aku yang tulis confirm ada. Cuma aku malas nak campur aduk kat thread neh aje.

KAH KAH KAH 

Dan kenyataan paling bijak untuk tahun ini pula ialah kenyataan Mahathir seperti di bawah ini. Ia bijak sepanjang zaman. Kekal relevant selagi UMNO wujud.


KAH KAH KAH




Rajin Acik.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.