Demonstrasi jalanan bukan budaya kita, kata Sesiapa saja orang Umno. Katanya lagi, kita tidak boleh membiarkan demonstrasi jalanan menular di dalam masyarakat kita, terutama di kalangan anak muda. Jika mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan hantar memorandum bantahan sekalipun, ia boleh dilakukan mengikut saluran betul mengikut tata cara dan budaya kita, bukan mencetuskan suasana kecoh dan tegang.
Orang-orang UMNO ini juga sekarang tiba-tiba melalak pasal demonstrasi Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup dan Himpunan Bersih. Bagaimana hendak menyalahkannya kerana mungkin dia tidak tahu bagaimana rakyat termasuk UMNO menentang penubuhan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan dulu. Semua ini dilakukan melalui demontrasi jalanan. Gambar-gambar di bawah ini bukti bahawa demonstrasi jalanan sememang budaya kita,termasuk UMNO.
Bila segala tuntutan tidak dilayan oleh gomen, apa pilihan yang ada pada kita, selain daripada membuat demonstrasi bagi meluahkan perasaan tidak puas hati kita. Berdemonstrasi secara aman tidak bererti kita menentang atau menggugat gomen secara terbuka. UMNO pun pernah mengadakan beberapa demonstrasi kerana menentang beberapa amalan yang tidak adil dan tidak bersifat berperikemanusiaan,seperti masalah rakyat Palestine,Sudah dan sebagainya.
Demonstrasi UMNO dilayan oleh polis dan FRU macam orang dok arak pengantin, tetapi bila rakyat dan pembangkang membuat demonstrasi aman,mereka dilayan macam binatang yang perlu digodam,dipukul,dipancut air kimia dan gas pemedih mata. Walhal,rakyat yang turun padang itu bukan nak bergaduh dengan gomen dan tidak bersenjata. Zaman dulu polis mengawal agar demonstrasi ini tidak menggangu ketenteraman awam,tetapi sekarang polis bersama-sama FRU balun saja tidak kira siapa. -alditta
Adakah UMNO bapak segala Himpunan Jalanan di MALAYSIA?
No comments:
Post a Comment