VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 2 August 2014

5 Menteri Besar Terbaik Pilihan Prof. Mohammad Agus Yusoff


CERITA POLITIK HARI SABTU

i

Pagi ini saya bersarapan bersama kawan. Beliau menyatakan iklim politik negara kita kacau.

Katanya lagi, banyak isu sekarang. Antaranya Laporan RCI, keselamatan pantai Sabah, ketegangan agama dan kaum, semangat anti-Persekutuan dan lainnya.

Saya tanya apa yang harus dilakukan? Katanya, Menteri Dalam Negeri perlu dipegang oleh Perdana Menteri. Kemudian kami berhujah.

ii

Semalam saya terfikir akan kekalkah lagi UMNO selepas pilihan raya akan datang? Bagaimanakah caranya untuk menjadikan UMNO kuat?

Maka, otak saya membayangkan untuk UMNO kuat ke depan, pemimpin lain dalam UMNO hari ini perlu memberi laluan kepada pemimpin berikut untuk menjadi nakhodanya. Mereka ialah Dato Mukhriz Mahathir, Dato Seri Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Dato Dr Zambry Kadir.

Sebagai manusia, mereka tentu mempunyai kelemahan, tetapi pada saya, merekalah yang terbaik.

iii

Semasa menulis ini saya terbayangkan MB terbaik. Saya memilih lima menteri besar terbaik.

Mereka ialah Dato’ Ahmad Yaakob (Kelantan), Dato’ Seri Dr Zambry Kadir (Perak), Lim Guan Eng (Pulau Pinang), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Dato’ Seri Azlan Man (Perlis).

iv

Saya mempunyai alasan memilih nama-nama di atas, tetapi terlalu panjang untuk dihujahkan. Tidak setuju dengan pandangan saya tidak mengapa, tetapi berbincanglah dengan baik.

Kenaikan Kadar Bayaran TOL 400%, Najib Lupa Akujanji?


Kaji Semula Kenaikan Kadar EDL Atau Berhadapan Protes Kumpulan Berkepentingan

SAMM Johor menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula keputusan menaikkan kadar bayaran tol EDL di CIQ Tambak Johor. Kenaikan ini akan menambah beban pekerja-pekerja tempatan yang berulang alik ke Singapura bagi tujuan menambah pendapatan mereka.

SAMM Johor ingin mengingatkan Perdana Menteri untuk mengotakan akujanji bahawa tidak ada sebarang kenaikan kadar bayaran tol. Kenaikan 400% ini menunjukkan sama ada Perdana Menteri telah mengalami sindrom pelupa ataupun ketidakmampuan Perdana Menteri untuk mengawal tindak tanduk konglomerat swasta. Isu EDL ini menjadi satu lagi siri flip-flop Perdana Menteri yang merupakan "trademark" kepimpinan negara hari ini.

Kumpulan pekerja ini telahpun mengorbankan masa mereka mengharungi kesesakan jalanraya di Tambak Johor demi untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga dan memilih untuk mencari pekerjaan di negara jiran ekoran daripada kadar tukaran matawang yang berbeda nilainya.

Adalah sangat tidak adil apabila kita mensasarkan pulangan keuntungan segera kepada pihak konsesi dan juga rakyat Singapura yang memasuki negara ini namun hakikatnya kita turut menekan dan mengambil sedikit lebihan pendapatan rakyat kita yang mencari rezeki di negara jiran itu.

Tambahan pula, kelompok pekerja ini juga telah terbeban dengan pelbagai caj masuk kenderaan yang dikenakan oleh Singapura. Malah, Singapura telah berhasrat untuk menaikkan kadar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak SGD 15.

Dengan pengumuman kenaikan kadar bayaran tol EDL, ia secara tidak langsung menyebabkan kelompok pekerja tempatan yang berulang-alik ke Singapura terpaksa menampung kenaikan berganda perbelanjaan perjalanan mereka untuk bekerja.

Adakah caj berganda dengan kenaikan tol EDL dan pengenalan VEP nanti merupakan satu langkah untuk menggagalkan usaha Kerajaan Johor dalam mengukuhkan ekonomi tempatan terutamanya di Bandaraya Johor Bahru?

SAMM Johor berharap agar pihak Istana Johor segera melihat perkara ini agar rakyat Johor tidak terbeban dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak memikirkan kesejahteraan rakyat di Johor Bahru.

Dalam pada itu, SAMM Johor menyokong kewajaran pengenalan kadar bayaran masuk kenderaan asing ke Malaysia bagi tujuan menambah pendapatan dan juga untuk mengurangkan kesesakan di pintu-pintu masuk negara ini terutama kebanjiran kenderaan Singapura yang memasuki bandaraya Johor Bahru.

SAMM Johor menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan memberi kebenaran kepada konsesi untuk menaikkan kadar tol. Kerajaan Persekutuan seharusnya mengenakan kadar Permit Kemasukan Kenderaan Berpandaftaran Asing yang lebih tinggi daripada memilih untuk menaikkan kadar bayar tol EDL.

SAMM Johor juga menyeru operator-operator Kenderaan Awam yang terlibat, kelompok-kelompok pekerja dan mana-mana pihak berkepentingan untuk terus bangkit memprotes keputusan yang menekan dan tidak mesra ini agar menjadi pengajaran kepada pihak konsesi dan Kerajaan Pemerintah sehingga mereka mendengar suara dan rintihan rakyat terbanyak.

Mohd Azrol Ab. Rahani
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor ( SAMM Johor)

Umno Bahagian Arau Bergaduh Di Hari Raya Aidilfitri




Umum sudah tahu tentang pergolakan umno di Negeri Perlis. Sangat memalukan kejadian ini berlaku pada hari yang mulia ini.. yang sepatutnya bermaafan sesama manusia..

Dari perubutan kerusi MB sampai ke bahagian semua sudah tahu..

Friday 1 August 2014

Pandangan: Siapa Bersalah Dalam Isu MB Selangor?


KRISIS MB SELANGOR: APA PENGAJARANNYA?

Tanya ahli PAS, PKR, DAP dan UMNO, ramai yang mahukan MB Selangor kekal. Alasannya MB sekarang tidak rasuah, telus dan berjaya menyimpan wang negeri dengan banyak.

Apakah alasan di atas sahaja yang perlu kita nilai untuk melihat keberkesanan sesebuah pentadbiran? Mungkin bagi setengah orang, tetapi saya sebaliknya.

Saya mahu melihat juga dari aspek kebersihan, keselesaaan dan keselamatan hidup. Lebih dari itu, saya juga mahu melihat pembangunan dan masalah rakyat diselesaikan dengan baik dan cepat.

Apakah Baik di Bawah MB Sekarang?

Berbanding dengan kerajaan UMNO dahulu, saya lebih selesa dengan kerajaan dahulu. Waktu itu sampah dikutip tepat waktunya, rumput dipotong tepat waktunya, bandarnya lebih bersih, keceriaan bandar lebih menarik, longkang jarang tersumbat, lampu jalan lebih bercahaya dan jalan berlubang cepat ditampal.

Sekarang ini datanglah ke rumah saya. Tengok sampah, tengok rumput dan tengok jalan. Aduh!

Saya pernah meluahkan hal ini kepada pemimpin PKR dalam satu forum. Bukannya pertanyaan saya yang ditanggapi, tetapi saya yang ditegur. Katanya, soal sampah sarap, jalan berlubang, rumput panjang itu adalah hal kecil.

Hal besar ialah kita perlu tumbangkan UMNO kerana rasuah, kronisme, penyelewengan, ketidakadilan, kebebasan media, SPR, kecekapan pentadbiran, hak rakyat dan lainnya.

Tak mengapalah. Isunya apakah membiarkan sampah yang jarang dikutip, rumput panjang, jalan berlubang itu gambaran pentadbiran yang cekap? Apakah pertanyaan saya itu bukan pertanyaan tentang hak rakyat? Aduhai!

Maka, siapa MBnya tidak penting? Isunya ialah MB manakah yang dapat memahami dan menyantuni keperluan rakyat. Jika sekadar menjadi MB dan masalah rakyat tidak dapat selesai, maka tidak efektif MB itu.

Siapa Bersalah dalam Isu MB Ini?

Yang bersalah ialah pemimpin PKR yang membuat Kajang Move. Bagaimana boleh membuat satu Langkah Kajang tanpa terlebih dahulu berbincang dengan kawan dalam Pakatan. Ini jelas tidak ada semangat setiakawan.

PKR ingat partinya ada suara majoriti. Dan PKR juga ingat kerusi MB adalah milik mutlak partinya. Maka, atas alasan itu barangkali Langkah Kajang dibuat tanpa perbincangan. Hasilnya wajarlah apabila PAS marah.

Sekarang ini apabila MB tidak mahu turun dan PAS pula tidak bersetuju dengan Langkah Kajang ini, maka menggelabahlah PKR. Maka, muncullah krisis. Bilakah selesainya krisis ini? Bagaimanakah cara penyelesaiannya? Sama-samalah kita tunggu kesudahan episod drama ni.

Apa Pengajarannya?

Dalam kes isu MB ini, banyak pengajarannya. Pertama, pemimpin PKR janganlah memberi kenyataan yang tidak betul. Itu menipu namanya. Contohnya, kata Langkah Kajang bukan untuk menukar MB, tetapi akhirnya mencadangkan YB Wan Azizah untuk menggantikan MB sekarang.

Kedua, belajarlah untuk berunding dengan rakan lain dalam PR sebelum membuat sesuatu keputusan penting. Jika tidak boleh berunding, tunggulah sahaja saat jatuhnya PR.

Ketiga, cukuplah buat gerakan yang sekadar mengeruhkan politik negara. Sudah tiga kali gerakan besar dibuat oleh pemimpin PKR.

Satu dulu ialah langkah menjemput ADUN Perak untuk menyertai PKR, beberapa hari kemudian kerajaan PR jatuh di Perak. Kemudian buat gerakan 16 September, beberapa pemimpin PR ke Taiwan mengejar MP BN yang sedang bercuti sambil belajar di sana. Paling akhir sekali ialah Langkah Kajang ini yang membawa PR ke dalam krisis.

Melihat krisis MB ini, saya rindu untuk mempunyai sebuah kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan keselesaan rakyat. Apakah untuk mendapatkan kerajaan baru ini, kita perlu kepada pilihan raya baru di Selangor? Tunggu dan lihat.

Prof. Agus Yusoff

Kenaikan Harga TOL, Pekerja Berjalan Kaki Masuk Singapura




SEBAHAGIAN pekerja Malaysia terpaksa berjalan kaki di Tambak Johor untuk ke Singapura selepas hampir 200 bas kilang membantah kenaikan kadar baharu tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. - Foto NSTP

Pekerja terpaksa berjalan kaki di Tambak Johor menuju ke Singapura apabila kira-kira 200 bas kilang yang membawa pekerja Malaysia memberhentikan kenderaan mereka di sepanjang laluan masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dipercayai membantah kenaikan kadar tol baharu.

Berikutan itu, aliran trafik menuju Singapura sesak kira-kira jam 5 pagi tadi di KIK Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Bagaimanapun, aliran trafik di CIQ kembali lancar kira-kira jam 8 pagi tanpa sebarang masalah atau bantahan di atas jalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.