VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 2 August 2014

Kenaikan Kadar Bayaran TOL 400%, Najib Lupa Akujanji?


Kaji Semula Kenaikan Kadar EDL Atau Berhadapan Protes Kumpulan Berkepentingan

SAMM Johor menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula keputusan menaikkan kadar bayaran tol EDL di CIQ Tambak Johor. Kenaikan ini akan menambah beban pekerja-pekerja tempatan yang berulang alik ke Singapura bagi tujuan menambah pendapatan mereka.

SAMM Johor ingin mengingatkan Perdana Menteri untuk mengotakan akujanji bahawa tidak ada sebarang kenaikan kadar bayaran tol. Kenaikan 400% ini menunjukkan sama ada Perdana Menteri telah mengalami sindrom pelupa ataupun ketidakmampuan Perdana Menteri untuk mengawal tindak tanduk konglomerat swasta. Isu EDL ini menjadi satu lagi siri flip-flop Perdana Menteri yang merupakan "trademark" kepimpinan negara hari ini.

Kumpulan pekerja ini telahpun mengorbankan masa mereka mengharungi kesesakan jalanraya di Tambak Johor demi untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga dan memilih untuk mencari pekerjaan di negara jiran ekoran daripada kadar tukaran matawang yang berbeda nilainya.

Adalah sangat tidak adil apabila kita mensasarkan pulangan keuntungan segera kepada pihak konsesi dan juga rakyat Singapura yang memasuki negara ini namun hakikatnya kita turut menekan dan mengambil sedikit lebihan pendapatan rakyat kita yang mencari rezeki di negara jiran itu.

Tambahan pula, kelompok pekerja ini juga telah terbeban dengan pelbagai caj masuk kenderaan yang dikenakan oleh Singapura. Malah, Singapura telah berhasrat untuk menaikkan kadar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak SGD 15.

Dengan pengumuman kenaikan kadar bayaran tol EDL, ia secara tidak langsung menyebabkan kelompok pekerja tempatan yang berulang-alik ke Singapura terpaksa menampung kenaikan berganda perbelanjaan perjalanan mereka untuk bekerja.

Adakah caj berganda dengan kenaikan tol EDL dan pengenalan VEP nanti merupakan satu langkah untuk menggagalkan usaha Kerajaan Johor dalam mengukuhkan ekonomi tempatan terutamanya di Bandaraya Johor Bahru?

SAMM Johor berharap agar pihak Istana Johor segera melihat perkara ini agar rakyat Johor tidak terbeban dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak memikirkan kesejahteraan rakyat di Johor Bahru.

Dalam pada itu, SAMM Johor menyokong kewajaran pengenalan kadar bayaran masuk kenderaan asing ke Malaysia bagi tujuan menambah pendapatan dan juga untuk mengurangkan kesesakan di pintu-pintu masuk negara ini terutama kebanjiran kenderaan Singapura yang memasuki bandaraya Johor Bahru.

SAMM Johor menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan memberi kebenaran kepada konsesi untuk menaikkan kadar tol. Kerajaan Persekutuan seharusnya mengenakan kadar Permit Kemasukan Kenderaan Berpandaftaran Asing yang lebih tinggi daripada memilih untuk menaikkan kadar bayar tol EDL.

SAMM Johor juga menyeru operator-operator Kenderaan Awam yang terlibat, kelompok-kelompok pekerja dan mana-mana pihak berkepentingan untuk terus bangkit memprotes keputusan yang menekan dan tidak mesra ini agar menjadi pengajaran kepada pihak konsesi dan Kerajaan Pemerintah sehingga mereka mendengar suara dan rintihan rakyat terbanyak.

Mohd Azrol Ab. Rahani
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor ( SAMM Johor)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.