VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 9 August 2014

Ngeri! 'Divider' Ibarat Pisau di Tepi Jalan






Baca & share, harap-harap dapat sampai idea saya ni kepada pihak bertanggungjawab..

Sekarang ni dah bnyak kes putus dua & kemalangan maut dgn divider jalan jnis besi mcm ni, terutama skali melibatkan penunggang motosikal..setiap kali nmpak divider mcm ni, rasa seram sbb terbayang mcm pisau siap sedia kt tepi jalanraya atau lebuhraya tu..

Jadi, kami sbgai pengguna kalo boleh nk minta pihak "bertanggungjawab" dgn projek jlan raya atau lebuh raya utk kluarkan satu USUL baru utk modified penggunaan divider jnis besi mcm ni..kalo boleh buat sejenis penutup khas atau penghadang utk kaki atau tapak divider tu..sbbnya rata2 kes putus dua dgn penunggang motosikal ni sbb impak bdan tertempuh dgn kaki atau tapak divider tu.. kalo boleh, buang terus penggunaan divider besi mcm ni, mna2 tmpat pun jgn pkai dh jnis mcm ni..elok pkai divider jnis batu...skurg2nya kita dpt kurangkan risiko kematian kt jlan raya yg disebabkan divider, terutamanya kami penunggang motosikal..

Sekurang2nya kalo nk elak eksiden berlanggar dgn knderaan lain, lebih baik lggar divider..tapi divider pulak berfungsi utk mmbunuh, mcm mna tu?..tlong pertimbangkan wahai pihak bertanggungjawab...Biar gmbar berbicara
Nursyahmi Mohammad Yudin‎
Kawasaki Owner Club Malaysia

Thursday 7 August 2014

AWAS! Cermin Kereta Retak Kerana Sticker Produk Israel


Peringatan dari kawan-kawan:
Mana-mana kereta yang tampal sticker
product israel.. Seperti Mc D, Starbuck dan sebagainya mohon tanggalkan sticker tu.. Ada group yang extreme sampai sanggup pecahkan cermin kereta..

Menurut sumber berlaku di Ipoh

#SaveGaza: Perdagangan Israel-Malaysia mencecah lebih USD 1 Billion : Ayuh Anak Muda Gegarkan MITI








Selama 5 tahun ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah dengan konsisten mendedahkan sikap talam dua muka Kerajaan Persekutuan berhubung hubungan Malaysia-Israel. Dari sisi diplomasi, Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan dengan Israel namun, Jemaah Kabinet pada tahun 1996 telah pun memberikan kebenaran kepada syarikat multinasional untuk membuat transaksi perdagangan dengan negara rejim Zionis itu.

Kepimpinan negara terus dengan hipokrasi mereka menziarahi Palestin, bersolidariti dengan Palestin dan misi bantuan kemanusiaan sedang hakikat yang ingin disembunyikan adalah sebelah lagi tangan mereka berlumuran darah warga Palestin. Pintu-pintu pelabuhan negara antaranya Pelabuhan Tanjung Pelepas terus menjadi penghubung barang dagangan sama ada daripada atau ke Ashdod atau Haifa di Israel.

Biro Statistik Israel merekodkan transaksi berjumlah USD 19.41 juta bagi hasil minyak mentah sawit atau CPO, USD 8.67 juta bagi hasil getah dan USD 11.54 juta bagi hasil ke koko telah dihantar dari Malaysia ke Israel pada tahun 2011.

The Israel Export & International Cooperation Institute dalam laporan mereka yang bertajuk Developments and Trends In Israeli Export – Summary of First Half 2013 yang memetik data daripada Biro Statistik Israel dan analisis oleh Israel Export Institute pula telah mendedahkan lebih banyak angka-angka yang mengejutkan. Bagi tahun 2012, jumlah eksport Israel ke Malaysia telah meningkat kepada 7% berbanding tahun 2011 dengan nilai USD 765 juta berada dalam kedudukan ke 16 dalam senarai negara-negara rakan eksport Israel.

Lebih mengejutkan, bagi tempoh Januari sehingga Jun 2013, disaat Negara China, Korea Selatan, Jepun dan Thailand mencatatkan penurunan yang signifikan jumlah eksport mereka dari Israel hingga menyebabkan pertumbuhan eksport Israel ke Asia hampir lumpuh, tetapi Malaysia telah mencatatkan peningkatan drastik sehingga 124% berbanding tempoh yang sama 2012 dengan nilai USD 590 juta dan berada di kedudukan ke 11 dalam senarai rakan eksport Israel. Tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diatas kejayaan membantu menyelamatkan pertumbuhan eksport Israel ke Asia.

Malaysia juga merupakan negara kedua terbesar selepas Amerika Syarikat yang menerima peralatan elektronik yang dieksport oleh Israel iaitu pada kadar 16.1% dengan nilai USD 1.4 billion. Hanya kurang USD 0.1 billion daripada Amerika Syarikat.

Disaat seluruh dunia, merasa bersedih diatas penderitaan rakyat Palestin terhadap kekejaman penghapusan etnik oleh rejim Zionis Israel, Malaysia dengan kebenaran Jemaah Kabinet tanpa segan silu terus menjadi mesin penyambung hayat Perbendaharaan Israel yang sedikit sebanyak akan pasti digunakan dalam perbelanjaan persenjataan dan ketenteraan rejim Zionis itu.

Kemunafikan rejim Pemerintah Barisan Nasional yang menunggang sentimen orang Islam Malaysia dengan menghalakan bantahan dan tunjuk rasa hanya kepada sayap-sayap franchais milik Amerika Syarikat di negara ini sedangkan dalam masa yang sama terus membantu ekonomi Israel dengan nilai berbilion dolar Amerika dalam senyap.

SAMM meraikan setiap aksi bantahan dan protes jalanan yang dibuat oleh semua kelompok masyarakat dan menyeru agar semua anak bangsa Malaysia untuk terus melahirkan tunjuk rasa melalui apa juga medium yang ada. Isu Kekejaman Zionis Israel ini tidak lagi terfokus kepada sentimen orang Islam semata-mata tetapi telah melangkaui garis kemanusiaan dengan agenda keganasan pembersihan etnik yang dikutuk oleh setiap manusia yang bertamadun.

Namun begitu, SAMM menyeru setiap rakyat Malaysia untuk tampil bangkit diatas keprihatinan dan sifat kemanusiaan dalam diri kita untuk bersama-sama mengegarkan  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pejabat Perdana Menteri dengan aksi protes dan flashmob ekoran kelulusan perdagangan yang telah diberikan pada tahun 1996 dahulu dan juga sikap hipokrasi selama bertahun-tahun ini.

SAMM juga akan menerbitkan sebuah buku yang menyorot kembali semua pendedahan selama ini termasuklah pembekalan sawit ke Israel semasa bulan Ramadhan baru-baru ini. Buku yang mengandungi 6 bab ini akan merungkai secara menyeluruh sikap bermuka-muka Malaysia yang dinaungi rejim Barisan Nasional selama ini dalam krisis kemanusiaan Israel-Palestin.


Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Wednesday 6 August 2014

#SaveGaza: Serupa Tapi Tak Sama, Dulu Cadbury Sekarang Mc Donald


SERUPA TAPI TAK SAMA... nampaknya McDonald's M'sia semakin bijak & licik memujuk hati rakyat M'sia dgn kenyataan2 di akhbar utk menggambarkan betapa 'baiknya' McD M'sia...

ADAKAH ANDA teruja ???
Dulu CADBURY pon camni gak.. Siapa tiru siapa ni !!!

#SaveGaza: Cabar NGO Dan Anak Muda Desak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


SAMM Gesa Flashmob 'Boikot McD' Dengan Aksi Tenang dan Berhemah

Minggu ini memperlihatkan sokongan terhadap nasib rakyat Palestine kian memuncak diterjemah dalam aksi memboikot produk Israel. 

Restoran makanan segera McDonalds menjadi sasaran utama dengan kempen boikot besar-besaran Jumaat ini - satu hari tanpa McD. Antara aksi lain termasuklah mengadakan aksi 'flashmob' berhampiran restoran McDonalds yang akan berlangsung di beberapa lokasi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara amnya mengalu-alukan usaha mengekang sebarang urusniaga yang menguntungkan zionis Israel, menyedari keuntungan tersebut menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine. 

Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menggesa supaya keghairahan memboikot dan aksi flashmob ini berlangsung dengan tenang dan terkawal. Menggunakan kekerasan terhadap pelanggan yang hadir makan dan juga terhadap pekerja restoran tidak sepatutnya berlaku. Menaikkan plakad di sekitar restoran sudah memadai, tidak perlu hingga merosakkan premis tersebut. Kempen kesedaran ini harus berhemah maka barulah menjadi ikutan ramai dan matlamat tercapai.

Bagi SAMM, tidak salah menjadikan restoran McDonalds dan produk-produk Israel yang lain sebagai sasaran, tetapi apakah kita sedar bahawa sasaran kita adalah kurang tepat? 

SAMM sejak lebih 5 tahun lalu telah mengajak rakyat khususnya anak muda untuk teliti apakah faktor sebenar menjadikan kelompok Israel itu terus hidup dan berkuasa. Tidakkah kita tahu bahawa negara ini sebenarnya bukan sahaja telah membekalkan keperluan asas industri negara Israel, malah kita juga telah membantu dan menjana ekonomi Israel hasil dari hubungan dagang sejak berbelas tahun lalu. 

Tidakkah kita tahu bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel yang sangat konsisten?

SAMM dengan ini mencabar semua NGO berkaitan dan anak muda agar memilih pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai sasaran flashmob lantas mendesak kerajaan secara serius menghentikan perdagangan dengan negara haram Israel.

SAMM kini dalam fasa terakhir percetakan sebuah buku yang menyorot kembali pendedahan lalu yang merangkumi semua faktor Malaysia memperkasa ekonomi Israel, termasuklah pendedahan terbaru pembekalan sawit ke Israel ketika Ramadhan baru-baru ini. 

Buku yang mengandungi 6 chapter yang mendedahkan sebuah negara islam munafiq ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Senjata Makan Tuan, Media Umno Kantoi Isu Pesta Bogel Pulau Pinang


TAYANGLAH VIDEO LUCAH sekalipun bau busuk kamu juak2 UMNO tidak akan pernah hilang. Porno dan seks ni 'makanan' harian mereka.. MACAI UMNO BELUM JAWAB PERSOALAN NI!!!

Bukankah lokasi yg disiarkan itu adalah tempat yang telah diwartakan oleh Kerajaan Pusat / Persekutuan hanya untuk pegawai2 awam sahaja? Persoalannya bagaimana orang luar boleh masuk? Siapa yg izinkan sedangkan ianya telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan?

Media paling awal yg keluarkan pun media UMNO.. So?? Atau sebenarnya ada orang UMNO tumpang sekaki event tu??

Surat mana? Mana surat??

Isu Pesta Bogel, Siapa Yang Harus Bertanggungjawab?


Berhubung dengan isu 'bogel' yang hangat diperkatakan kelmarin , bagi pihak Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang , saya ingin menyatakan dan menegaskan seperti beriku :

1) Satu pasukan telah dihantar ke lokasi pada 5/8/14 hari selasa, jam 2 petang dengan menaiki bot, yang terdiri daripada wakil penerangan PAS Negeri, Ranjer, Perhilitan, Perhutanan, Pegawai2 Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Teluk Bahang, JKKK Telok Bahang dan juga pihak PDRM .

2) Lokasi tersebut yang dikatakan berlaku perbuatan tidak senonoh itu dikenali dengan nama Teluk 'Kampi' yang berada dalam 'reserved' Taman Negara . Kawasan yang terpencil dan terlindung .

3) Maklumat yang diterima mereka yg datang dengan perangai tidak senonoh itu adalah pelancong luar negara.

4) Penganjuran aktiviti tidak beradab ini tiada kaitan langsung dengan mana mana agensi kerajaan .

5) Pihak Penerangan PAS PP telah membuat satu repot polis jam 5 ptg td dan selesai hampir maghrib .

6) Sebagai Ketua Penerangan PAS PP, saya berasa teramat kesal dengan kejadian dan aktiviti tidak senonoh dan tidak bermoral seperti ini berlaku pada masa ini di negeri Pulau Pinang .

7) Saya amat berharap pihak yang berautoriti seperti Pengarah / Penguasa yang menjaga dan menguruskan Taman Negara supaya lebih prihatin dengan gejala seperti ini dan mesti bertindak mengikut lunas undang2 supaya peristiwa memalukan negara dan negeri ini tidak berlaku pada masa masa akan datang ..

8) Taman Negara tentulah ada pemiliknya , penjaganya, mereka yang diberi amanah untuk menjaga khazanah negara yang bernilai ini. Saya khuatir dan bimbang terdapat 'cerita dalam cerita' dan mungkin juga berlaku sekian lama sebelum ini tanpa pengetahuan awam .

9) Oleh itu, Saya bertegas di sini supaya pihak PDRM dan SPRM menjalankan siasatan terperinci berdasarkan beberapa laporan polis daripada orang awam supaya pihak2 yang mengetahui, mengizinkan, yang tidak menghalang, yang bersekongkol dalam kes ini dan yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan .

10) Pulau Pinang TIADA tempat untuk segala bentuk penganjuran aktiviti TiDAK bertamadun, TIDAK beradab, TIDAK bermoral, TIDAK prihatin seperti yang telah belaku ini .. Amatlah diharapkan pelancong pelancong luar dan sesiapa sahaja rakyat Malaysia supaya menghormati undang2 negara dan sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga sensitiviti rakyat pelbagai agama dan etnik yang berada di Pulau Pinang ini serta menjunjung Perkara 3 Perlembagan Persekutuan .. iaitu ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN .

Sekian.

ROSIDI HUSSAIN

KETUA PENERANGAN PAS PULAU PINANG
LAJNAH PENERANGAN DAN HUBUNGAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS PULAU PINANG
6/8/14 @ 2.05 am
(mungkin terlewat sedikit dalam mengeluarkan kenyataan ini adalah disebabkan menunggu laporan penuh kejadian tersebut)

Tuesday 5 August 2014

#SaveGaza: Sertai FlashMob di Hadapan McD Bandar Perda




Pada Ahad 10 Ogos 2014 jam 5 pm selepas solat asar SAMM Pulau Pinang akan menganjurkan Flashmob di hadapan McD Bandar Perda kempen kesedaran memboikot produk Yahudi.

Semua lapisan masyarakat tak kira agama, bangsa dan parti politik serta NGO-NGO di jemput hadir bawa playcard atau banner masing-masing.

Mohon Briged Keadilan Permatang Pauh, Unit Amal, Pasukan Peronda Sukarela berganding tenaga mengawal lalu lintas.

Semua negeri, daerah, cawangan, cabang, kawasan dan ranting mohon kerahan ahli masing2.

#Save Gaza,Save Palestin

Bagi perserta FLASHMOB pada 10hb ni di hadapan McD Bandar Perda jangan mengganggu perniagaan mereka,jangan memasuki premis mereka jangan menghalang laluan ke premis mereka.

Himpunan kita di jalan hadapan mereka,ikut arahan penganjur.Tunjuk akhlak Islam kita.KIta bukan bermusuh dengan staff mereka kita hanya menyeru kepada kesedaran memboikot produk yang menyumbangkan kepada Israel membunuh saudara kita.

Monday 4 August 2014

Apa Kaitan Mereka Dengan Kerajaan Haram Israel?


Terima kasih kepada anda semua yg terus menyokong & mengundi mereka. TANPA ANDA SIAPALAH MEREKA INI YANG MASIH BERKUASA !!!

JANGAN LUPA KEPADA 'MEREKA' YANG BERSEKONGKOL DENGAN GOLONGAN YANG DILAKNATI ALLAH S.W.T....

Akibatnya, bala/ balasan/ musibah yang berterusan terhadap umatnya wpon yg melakukan kemungkaran itu dari kemungkaran pemimpin/ kerajaan itu sendiri... Wallahualam~

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)

Mahathir Jalin Hubungan Diplomatik Malaysia-Israel Sejak 1999?


WAHAI MACAI & PENJILAT2 UMNO SEKALIAN !!! Bukalah mata & hati anda... Masih lagi nak menyokong & mengampu pemimpin2 UMNO-MUNAFIKIN yg bersekongkol dengan ISRAEL...

APA LAGI UMNO MAHU !!!
Rupa2nya sudah berzaman KERAjaan M'sia jalinkan hubungan diplomatik bersama ISRAEL.. Tu pon masih lagi nak menafikan... Patutler KERAjaan UMNO ni liat nak ditumbangkan.. Lagi2 KERAjaan BN bawah Najib pula bersekongkol dgn APCO.. NAJIB memang TERBAEK ..

Banggakah Kita Malaysia-Amerika Jalin Hubungan Diplomatik?


ANDA 'WAJIB' BERBANGGA & BERSYUKUR KERANA UNDI ANDALAH KITA MASIH BERSATU & BERSAMA2 DGN AMERIKA SYARIKAT KUNCU & PENDOKONG TERKUAT ISRAEL..

Tanpa UMNO-BN siapalah ISRAEL...
Tanpa UMNO-BN tiadalah UMNO-APCO

Apa bezanya tiada hubungan diplomatik TETAPI ADA HUBUNGAN DAGANG !!! Hanya MACAI saja yg sanggup jilat & makan rumput sampai mati..

Sunday 3 August 2014

SAHIH! Tok Pa Sahkan Israel-Malaysia Jalin Hubungan Dagang


Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.

"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.

"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.

Jelasnya, Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan hampir kesemua negara namun kaedah perdagangan pada masa kini menjadikan sestau komponen tidak dibuat di satu tempat sahaja termasuk di Israel.

"Sebab itu kita akan buat perbincangan sebelum keluarkan kenyataan yang tepat. Perbincangan sedang berlangsung dan memang ada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia yang memerlukan kompenen yang di buat di israel selain ada juga kompenen Malaysia yang di hantar ke Israel.

"Ia disebabkan komponen berkenaan merupakan kritikal. Jadi saya kira kita akan adakan pertemuan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Semuanya sedang diperhalusi kerana sebarang kenyataan yang akan dibuat perlu tepat," jelasnya.

Ujar Mustapha, masyarakat juga harus memahami rantaian barangan ini berada di pelbagai negara sebelum sesuatu produk disiapkan sepenuhnya.

Jadi jelasnya, proses mengimport atau mengeksport kompenen termasuk melibatkan Israel dilihat sesuatu yang diperlukan bagi menyiapkan produk berkenaan.

Penyelewengan Wang Anak Syarikat PKNK Kepada Kroni Umno


Seri Temin Development Corporation (M) Sdn.Bhd. (STDC) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, telah ditubuhkan pada 15 Mac 1979. Syarikat telah berdaftar dengan CIDB Malaysia dan mempunyai Sijil Pusat Khidmat Kontraktor Kelas A. Aktiviti utama ialah sebagai pemaju hartanah dan kontraktor binaan. Antara projek semasa syarikat ialah pembangunan projek perumahan Bandar Sejahtera di Pokok Sena, Projek Taman Tunku Haminah, dan Projek Perumahan Darulaman Perdana, di Sungai Petani dan lain-lain.

Sapa-sapa nak report apa-apa esok ka lusa ka, jangan lupa kepilkan sekali dgn kertas ni... Kot hampa report depa kerja pantas sikit kot. Kami report berzaman dah tak jadi apa pun lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.