VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 17 May 2014

Bekas Mufti Perlis Hentam Kumpulan Pendesak Islam ISMA Kaw-Kaw Isu Agama dan Bangsa


Islam tidak ditindas di Malaysia dan kumpulan pendesak Islam yang berterusan memberi amaran tentang usaha Kristianisasi di negara ini hanya memalukan agama, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis itu berkata bukanlah sesuatu yang janggal jika seseorang pemimpin agama itu mahu berdakwah terhadap kepercayaan yang dianutinya kerana berasa apa yang diamalkannya tidak bercanggah sama sekali. 

"Saya nak ingatkan orang Islam. Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian. Sudah tentu pemimpin agama akan berasa agama dia betul dan mengajak orang lain masuk agamanya.

“Sesetengah orang Islam terperanjat macam nak kiamat dunia ini. Setiap hari macam-macam program Islam kita ada. Bermakna orang Islam gagal untuk kempen (kepada) Islam.

“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian," katanya kepada The Malaysian Insider.

Asri diminta mengulas seminar kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada minggu lalu.

Beberapa penceramah mengingatkan umat Islam terhadap ancaman Kristianisasi selain mendakwa Bible sebagai kisah dongeng. Di majlis itu juga, buku bertajuk “Pendedahan Agenda Kristian” diedarkan di kalangan pelajar universiti.

Pelbagai ancaman yang dilontarkan kepada Kristian menjadikan hubungan dua hubungan agama terbesar di Malaysia itu semakin longgar setelah pertikaian kalimah Allah semakin memuncak.

Populasi Kristian di Malaysia sebanyak 2.9 juta orang dengan dua pertiga daripada jumlah itu berada di Sabah dan Sarawak.

Asri berkata dalam keadaan hari ini tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana penganut agama lain tidak melancarkan serangan untuk memusnahkan Islam.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus membibitkan api provokasi agama apabila menggelar kaum Cina yang datang dari tanah besar itu sebagai pendatang selain menyifatkan “bangsa asing” dan Zionis berniat mahu menghancurkan Islam.

Kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) itu mendapat kecaman pelbagai lapisan masyarakat namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum memberikan kenyataan terhadap kebiadapan Isma itu.

Sehubungan itu, Asri menyelar NGO Muslim yang tampil secara ekstremis melindungi Islam kerana perbuatan itulah yang mencemarkan imej Islam dan menjadikan umat Islam ragu terhadap ajaran agama Islam sebenar.

“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.

“Nampak macam Islam pula yang lemah. Islam ada hujah yang kuat membuktikannya agama yang benar. Jangan risau sangat. Kita risau sebab kita tak buat kerja,” katanya.

Asri berkata Islam tidak menghalang kritikan terhadap agama lain namun ia perlu dilakukan secara ilmiah dan tidak sesekali berlandaskan kepada emosi dan permuduhan.

"Jika kita mencetuskan permusuhan dalam keadaan yang tenang akhirnya manusia akan berbalah sedangkan sebelum ini mereka (dalam keadaan) harmoni.

“Ini satu perkara yang tidak dibenarkan agama melainkan ada yang melancarkan peperangan,” katanya. – 17 Mei, 2014.

EDISI KANTOI! Artikel Najib Razak Umum Kenaikan Tariff Elektrik DIPADAMKAN


EDISI KANTOI !!! Setelah Najib kantoi MENIPU alasan tarif elektrik dinaikkan kerana lindungi TNB dari 'KERUGIAN' artikel pada Berita Harian telah DIPADAMKAN !!! Kenapa???

PM NAJIB 'BUTA FAKTA'.. Kaji Dulu Baru Cakap, FAHAM!!

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH !!!
Kamu tipu rakyat, kamu belasah subsidi rakyat,
Akan kami tuntut di akhirat kelak !!!

Klik sini:
http://www.bharian.com.my/articles/TarifelektrikterpaksadinaikkanbagilindungiTNBdaripadakerugian-Najib/Article/

SEBARKAN FAKTA! TNB Untung, Tariff Elektrik NAIK


NAJIB 'KENCING' KUAT PADA RAKYAT !!!

Bil lektrik naik lagi!!!! syukur!!!! mari ucap terima kasih pada Najib!!!

- Apa masalah Najib ngan IPP?
- Nak jadi hero TNB ?
- Nampak jadi HERO IPP ada lah!!
- Terhutang budi dengan cina YTL?
- Tak cukop lagi subsidi 15 bilion?

TAHUKAH ANDA!!!
Pendapatan bagi tahun 2013 melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas. -Utusan, 31/10/2013

MOHON #‎SHARE - SEBARKAN FAKTA!!!

Friday 16 May 2014

Kisah Sebenar Sebalik Najib Razak Umum Kenaikan Tariff Elektrik


Rakyat tak tahu..tapi perlu ingat,bekas pengerusi TNB Tan Sri Ani Arope terpaksa letak jawatan pernah menceritakannya.

- Beliau bantah perjanjian IPP dan letak jawatan.
- Najib yang gagal urus negara ni bila nak letak jawatan?
- Kenapa mau menyusahkan kami rakyat Malaysia?

Kejadian blackout di 5 negeri kini dijadikan alasan utk Najib bagi project atas dasar direct nego pd pemodal yang suntik DANA pada BN untuk menang PRU iaitu YTL..

Apakah benar kejadian blacout itu satu kebetulan atau yg dirancang?

6.5.2014 - Kejdian blackout 5 negeri dikatakan berpunca dari kegagalan 3 turbine di Manjung Power beroperasi. .ianya sesuatu yg luarbiasa telah berlaku.

7.5.2014 - Mesyuarat kabinet ambil keputusan luluskan project utk YTL atas dasar direct nego tanpa diapungkan tender.

16.5.2014-Najib melawat TNB.

Kesan penyerahan projek ini pd TNB ialah YTL akan untung besar melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA) dgn TNB.

TNB akan terus tertekan menampung cost PPA yang tinggi utk dibayar pd YTL.

Akhirnya TNB akan naikkan tariff atau rugi spt apa yg berlaku pd MAS dan rakyat akan menyalahkan TNB sebab rakyat tidak faham apa yg berlaku.

Masih ingakan total blackout 1993 yang menyebabkan IPP ujud? Cara operasinya adalah sama...

So apa untung pada rakyat dengan keujudan IPP nih sedangkan TNB mampu jana dan bekalkan lektrik jauh lebih murah?

Admin : share seramai mungkin untuk sebarkan supaya kita semua tahu kenapa bil lektrik kita terpaksa dinaikkan.

Kisah Sebenar Disebalik "BIKINI" Dyana Sofya Calon DAP Teluk Intan


Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengutuk pengguna internet dan laman sosial yang berkongsi gambar seorang wanita berbikini dengan mendakwa wanita dalam gambar itu adalah dirinya.

Wanita berusia 27 tahun itu menafikan tuduhan itu pada Khamis dengan berkata dia bukan wanita dalam gambar tersebut.

Kemudian, terdapat pengguna laman sosial yang mempertahankan Dyana dan menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah gambar pelakon Filipina Pauleen Luna.



Gambar-gambar itu mula tersebar tidak lama selepas khabar angin timbul yang Dyana mungkin diturunkan sebagai calon pada pilihan raya di Teluk Intan.

Dyana bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui tentang pencalonan itu dan tidak tahu sama ada akan bertanding bagi kerusi itu.

"Saya kecewa ada manusia akan bertindak sedemikian untuk mencemarkan imej saya atas sebab-sebab politik selepas khabar angin saya bertanding tersebar. Tetapi saya menerimanya dengan menganggap bahawa orang yang baik akan sentiasa menjadi mangsa. Saya berada dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Dyana juga menerima panggilan kesat dan SMS selepas gambar-gambar yang didakwa sebagai gambarnya tersebar di internet.

Dia menggesa mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini supaya lebih menghormati wanita.

Pilihan raya kecil Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei berikutan kematian Ahli Parlimen Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei.

Seah memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013, dengan 27,399 undi untuk menewaskan Mah Siew Kong dari BN (20,086) dan calon Bebas K. Moralingam (279).

***Macai tidak pernah insaf dengan tindakan kerja fitnah sedangkan mereka sudah ketandusan modal..

Wednesday 14 May 2014

Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Satu Kemalangan




Assalamualaikum dan salam hormat,

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.

Sekian terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Tuesday 13 May 2014

Ini Hanya "Sandiwara Cinta" Mad Said Dan Kawan-Kawannya Kepada Najib Razak


Itu sebab aku pernah kata politik Malaysia ( khususnya politik Melayu) sentiasa panas. Tak kira dari mana pihak atau kumpulan mana pun , sentiasa bergelora. Kadang-kadang gelora itu secara berasingan , kadang-kadang berlaku secara serentak.

Biasanya gelora itu berlaku semasa kerana disebabkan adanya pemilihan dalam parti . PKR, DAP dan PAS yang Islamist pun tak terlepas dari bahana ini.

Waktu ini yang sedang bergasak ialah PKR . Sebabnya mereka dalam proses pilihanraya parti.

Dengan apa yang berlaku ( mungkin diluar jangkaan) di Trengganu , sekurang-kurangnya PKR boleh tersenyum kerana mereka tidak bersendirian bergolak. Ada kawan iaitu umno yang turut sama bergolak. Jadi, media tidaklah menumpukan kepada PKR sahaja. 

Apa pun apakah akal bos2 di utusan dengan perkembangan di Trengganu. Apakah mereka akan letakkan dimuka depan peergolakkan di Trengganu ? Apakah mereka akan temuramah sekor dua untuk menghentam Ahmad Said ?

Seronok juga lihat perkembangan baru di Terengganu. Tapi janganlah mengharapkan sangat perkembangan ini benar-benar akan menggegarkan suasana politik umno khususnya di Trengganu.

INI SEKADAR ACAH MAK ENON oleh Ahmad Said dan penyokong2nya.

PERCAYALAH DALAM SEHARI DUA INI MENCICIT LAH DIA ORANG MASUK SEMULA DALAM KADANG UMNO.  

Kita semua tahu dalam umno kalau dah ada tempat...dah dapat kedudukan...dah dapat kuasa INCOME dah main juta-juta . Berani sungguh ke mereka nak gertak Najib ?

Najib campak sarang kerangga berbondong-bondonglah mereka datang melutut depan Najib mohon belas kesian supaya jangan diapa-apakan.

Semua orang tahu orang-orang umno ni pelahap wang ringgit. So Najib campak projek yang nilainya MILLION-MILLION, berlumba-lumba mereka datang memungut projek-projek itu nanti.

PAS Jangan suka sangat boleh dapat Terengganu.. Sat lagi mad said buat U-TURN kempunan pulak..

Iqbal

KRISIS TERENGGANU: Seramai 6 Orang YB Keluar UMNO


Maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Trg..
1.YB Dato seri ahmad said Bekas MB Trg Bn
Dun kijal
2. YB Ghazali
Dun Ajil
3. YB Dato Mat jidin Dun permasuri
4. YB ir Rosli
Dun kemasik
5. YB Nawi
Dun Hulu Besut
6. YB Dun Bukit Besi
Pembubaran Dun dan PKN bagi n.Trg di jangka akan diadakan dlm masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Trg mendapat perkenan dari Tuanku sultan Trg untuk membuburkan Dun ekoran 6 org YB dari Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas..Kedudukan Terkini Dun Bagi N.Trg..PAS/ PKR 15 Kerusi Dun..UMNO 11 Kerusi Dun,. BEBAS 6 Kerusi Dun jumlah Keseluruhan 32 Kerusi Dun..

Krisis Terengganu, PAS Adakan Mesyuarat Khas Pagi Ini


Pas Terengganu adakan mesyuarat khas pagi ini

Ekoran konflik yang melanda Terengganu, Pas negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.

Ulasan Mengenai Situasi Krisis di Terengganu


Berikut adalah antara ulasan mengenai situasi di Terengganu

Kedudukan kerusi - BN 15, PR 15 dan Bebas 2.

Jika Sekarang BN 14, PR15 dan Bebas 3.. Macam mana pulak?

Kerajaan Terengganu kini kerajaan minoriti. Kerusi yang dipegang adalah kurang daripada majoriti kerusi dalam DUN. Kekuatan kerajaan BN Terengganu sudah telur di hujung tanduk.

ADUN Bebas tidak perlu masuk PR. Hanya perlu nyatakan bahawa mereka tidak menyokong MB.

Sekiranya usul undi tidak percaya dibuat dalam Dewan dan Menteri Besar baru tewas dengan PR + Bebas, maka dia punya 2 pilihan.

Pilihan pertama adalah dengan memohon kepada DYMM Sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Pilihan kedua adalah untuk meletakkan jawatannya bersama-sama dengan ahli EXCO.

Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

Menurut kes Nizar v Zambry, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB itu boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN, tidak semestinya melalui undi tidak percaya.

Juga menurut kes Nizar v Zambry, sekiranya MB dan EXCO tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, maka kedudukan mereka dianggap sebagai kosong dan mereka tidak lagi menjadi MB dan EXCO.

Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN.

Dan juga mereka sentiasa punya risiko untuk tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN.Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang havok, havok.

ADUN Seberang Takir,Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

TERKINI: Pakatan Rakyat Mendahului di DUN Terengganu


[TERKINI] #‎KrisisTerengganu : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Kedudukan terkini kerusi DUN Terengganu: BN-14 PAS-14 PKR-1 Bebas-3

TERKINI: Kisah Sebenar Disebalik Mad Said Letak Jawatan Yang Ramai Rakyat Terengganu Tidak Tahu


Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?

"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.

Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.

Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,

"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".

Relaks.. Politik Merajuk! Najib Belum Bagi Hulur Habuan Untuk Mad Said.. Kalau dapat pasti Mad Said U-Turn/Bebas mesra UMNO

Kedudukan Kerusi DUN Sekarang 15-15 Membimbangkan UMNO Terengganu



Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Saat-saat yang kita nantikan telah tiba..

Ayuh bersiap sedialah ANDA SEMUA..

Kedudukan kerusi DUN Terengganu antara PR & BN skrg adalah 15-15..

Bermakna sesuatu yang 'mengejutkan' akan berlaku tak lama lagi..

Adakah sejarah bakal dicipta di Malaysia, MB HANYA SATU MALAM???

Relaks.. Bila najib turun setel.. Politik merajuk mad said akan tamat selepas najib uloq habuan buat mad said..

UMNO REBAH: Rakan Karib Mad Said Turut Keluar Parti


Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Monday 12 May 2014

Runtuhnya Akhlak Remaja Zaman Sekarang


Budak2 sekarang ni Macam Da Melampau...

LIHAT sendri di bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haa.. apa komen anda selaku ibu bapa?? runtuhnya akhlak remaja zaman sekarang ni, dengan patung pun sanggup nak beromen. Astagafirullah! 

diharap ibubapa sentiasa berhati-hati dengan tingkaHlaku anak-anak zaman sekarang ni, dengan kepesatan teknologi IT kini, remaja kini semakin terdedah dengan pelbagai pengaruh dan gejala yang tidak sihat menerusi internet. Dapat dilihat ia hanya bentuk gurauan , tapi tidak semestinya tidak boleh menimbulkan rasa untuk mencuba . 


PSST : JAGA MAKANAN ANAK , DARI SEGI SUMBER DUIT ITU DAPAT DAN APA JENIS MAKANAN .
            insyaAllah , semoga dijauhkan .

Bunuh Diri di Bangunan UMNO Pulau Pinang




Hari ini 12/05/2014 di Pulau Pinang pada jam lebih kurang 10.20 pagi satu kes bunuh diri.

Seorang wanita berbangsa cina terjun di Bagunan UMNO Pulau Pinang

Info BloodBrother

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.