VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 13 May 2014

Ulasan Mengenai Situasi Krisis di Terengganu


Berikut adalah antara ulasan mengenai situasi di Terengganu

Kedudukan kerusi - BN 15, PR 15 dan Bebas 2.

Jika Sekarang BN 14, PR15 dan Bebas 3.. Macam mana pulak?

Kerajaan Terengganu kini kerajaan minoriti. Kerusi yang dipegang adalah kurang daripada majoriti kerusi dalam DUN. Kekuatan kerajaan BN Terengganu sudah telur di hujung tanduk.

ADUN Bebas tidak perlu masuk PR. Hanya perlu nyatakan bahawa mereka tidak menyokong MB.

Sekiranya usul undi tidak percaya dibuat dalam Dewan dan Menteri Besar baru tewas dengan PR + Bebas, maka dia punya 2 pilihan.

Pilihan pertama adalah dengan memohon kepada DYMM Sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Pilihan kedua adalah untuk meletakkan jawatannya bersama-sama dengan ahli EXCO.

Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

Menurut kes Nizar v Zambry, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB itu boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN, tidak semestinya melalui undi tidak percaya.

Juga menurut kes Nizar v Zambry, sekiranya MB dan EXCO tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, maka kedudukan mereka dianggap sebagai kosong dan mereka tidak lagi menjadi MB dan EXCO.

Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN.

Dan juga mereka sentiasa punya risiko untuk tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN.Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang havok, havok.

ADUN Seberang Takir,Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.