VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 7 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0?


Tulisan Umum
7 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 ?

Secara peribadi, saya amat menyokong desakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat 2.0 tidak disertai oleh parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir yang bergelar ulama diberi peluang dan amanat yang akhirnya disia-siakan? Sedangkan pilihanraya umum ke-13 telah mengajar kita erti sebuah pengkhianatan. Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam PRU akan datang?

PRU-13 dianggap sebuah peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat. Ketika di suatu pihak penuh dengan kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk hak penyiaran 100%, dan ketika di sebuah pihak lagi bertungkus-lumus bergolok gadai bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana Presideng parti itu sanggup menuduh calon Pakatan Rakyat lain sebagai penjual pil kuda, penyembah karl marx dan pendokong ajaran komunisma, tuduhan bak howitzer yang menembak tanpa sasaran yang mengena. Tuduhan tanpa sebarang bukti ini dilakukan secara terbuka beberapa hari selepas tempoh kempen berjalan hanya kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi penting. 

Secara langsung dan tidak langsung, tindakkan gopoh Presideng parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat, pada ketika 'keyakinan dan kepercayaan' itu berada pada tahap keperluan paling optimum sekali. Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang general mengarahkan pengeboman dibeberapa lokasi 'kem askar sendiri' yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan perkara yang sama tidak akan berulang? Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa oleh PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui kemenangan BN (Najib) adalah di atas demokrasi yang adil. Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar Pakatan Rakyat, maka PKR dan DAP lah yang harus keluar Pakatan Rakyat meninggalkan PAS. Akhirnya PAS boleh tanding di semua kerusi kerana selama ini memang mereka sering akui semua kerusi asalnya mereka yang tanding.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini dipilih dari selambak pilihan yang ada. Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah. 

Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa, Vellfire, Range Rover, Cheyenne, dengan nombor plat super star. Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, katanya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabi kah? 

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Jika mahu bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan, boleh saja dengan syarat buang sahaja nama islam, maka tidak zuhud pun orang tidak berkata apa. 

Saya tidak terkejut bilamana DS Anwar bersuara dari penjara mencadangkan Pakatan Rakyat 2.0 disertai oleh PAS. Ini kerana saya sudah selidik bahwa parti oppurtunis ini akan bergesel semula dengan PAS apabila musim pilihanraya menghampiri. Bergesel untuk mendapatkan konsensus supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru menentang parti pemerintah. Hasrat supaya PAS berada dalam PR 2.0 ini bukan dari Anwar semata, tetapi ianya jelas dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana mereka mengaku berjuang atas nama islam, dan nama partinya pun islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual. 

Ingin sahaja saya imbas semula pengalaman dalam PRU-13 lalu untuk dijadikan pedoman demi PRU akan datang, melihat bagaimana Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS ketika itu dikalahkan oleh sabotaj dalaman. Begitu juga dengan Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa lagi heavy weight PAS yang sengaja dibiarkan kalah demi kepentingan tertentu yang saya faham - menyekat golongan progressif PAS.

Bayangkan, sesama jemaah dalam PAS yang ketika itu berperang dengan UMNO pun mereka boleh lakukan khianat. Inikan pula sesama Pakatan Rakyat. Saya percaya andai PAS berada dalam PR 2.0 dan walaupun setelah bersetuju konsep satu lawan satu, mereka tergamak memberitahu ahli mereka agar kalahkan semua calon AMANAH, calon PKR dan DAP dalam PRU akan datang, akhirnya presideng mereka menjadi ketua pembangkang dan termasuklah menjadi pembangkang juga di Kelantan dan Selangor.

Malah lebih parah jika PAS ditakdirkan memperolehi jumlah kerusi yang menjadi kuasa penentu sesebuah kerajaan, tidak mustahil kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi regim penindas, kerana kita tahu betapa bencinya PAS terhadap DAP (hanya kerana prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan)

Masihkah kalian mahu 'mereka' berada dalam Pakatan Rakyat 2.0? Padahal penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 itu adalah kerana kerakusan 'mereka' sendiri. Di mana logiknya?

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger

posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. selain dr itu mb Kelantan buat projek perumahan anak2 bernilai rm2 juta...

    ingat tak adun pas yg guna ap beli Porsche Cayman? vellfire? mini cooper? elysion? rover?

    Ahli Parlimen Sungai Siput, Jeyakumar yang berfahaman sosialis memilih menjual AP kenderaan yang dimilikinya sebagai Ahli Parlimen untuk membina sebuah jambatan bagi kemudahan penduduk, malah terus menggunakan Volvo lama sebagai kenderaan seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB

      Delete
  2. Kesihan PKR pARTI YG PENTINGKAN JAWATAN sahaja,PKR mana pentingkan ahli-ahlinya, mereka bernasib baik menang pilihanraya kerana ISSUE-ISSUE negara dan undi cina.Kali ini jika PKR masih berdegil dan tidak mahu dengar kehendak majority,silap-silap PKR pun ingkup.Kenapa takut sangat nak terajang PAS....kenapa????

    ReplyDelete
  3. Sebab undi org melayu lah bros.. korang mampu harapkan undi cina je.. as simple as that..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tak payah terajang.. PAS tetap akan tuntut kembali kerusi2 PKR yg dipinjamkan dulu.. harap2 PR 2.0 boleh berkompromi kerusi2 antara mereka tanpa melibatkan PAS..

    ReplyDelete
  7. PAS sekarang sangat berbeza dengan PAS dahulu. PAS dahulu tidak terkenal. Namun bila dikenali ramai yang jatuh hati. Ramai yang memuji. Ramai juga yang sanggup berkorban kerananya. PAS sekarang sudah terlalu kotor. Taik berselepet. Bau kencing pun sangat hancing. Merosakkan suasana dan majlis kalau ia hadir. Tak hairan ramai yang meninggalkan nya. Eloklah PAS kembali kepada zaman 50an dan 60an. Aman sikit negara ini!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.