VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 30 June 2026

JOM SERTAI PARTI BERSAMA MALAYSIA, BARISAN RAKYAT, SUARA MALAYSIA


BERSAMA

Barisan Rakyat, Suara Malaysia.


Kenapa Kancil?

Malaysia adalah sebuah negara bersaiz kecil tetapi berpotensi besar di persada dunia. Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara besar yang ada pengaruh dan tekanan. Malaysia perlu menjadi seperti kancil, yang pandai menggunakan akal dan bijaksana menangani konflik.

Kebijaksanaan Mengatasi Kekerasan

Kekuatan sinonim dengan kuasa. Lebih kuat, lebih berkuasa. Hukum rimba menjadikan yang kuat itu berkuasa, lalu menindas yang lebih kecil. Tetapi yang kecil itu lebih ramai di rimba. Jadilah seperti kancil. Walaupun kecil, kancil mengatasi kekuatan buaya melalui kebijaksanaan.

Bijak, Berani, Tangkas

Kancil adalah simbol potensi generasi masa depan. Rakyat dan anak muda yang bijak, berani dan tangkas akan melunturkan kuasa sang buaya yang telah lama berkuasa. Masa depan rakyat dan negara adalah di tangan kancil-kancil kecil dalam masyarakat, bukannya buaya-buaya yang leka menunggu habuan.


Friday, 12 July 2019

LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020


Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .

Insan ini pernah menggegarkan isu isu tempatan dalam Negara pada suatu masa dulu dan kini beralih arah kepada dunia perniagaan .Beliau jatuh bangun dalam perniagaan dan sentiasa cuba bangun dari kegagalan. 

Beliau juga membuka 'production House' bersama rakannya dan kini masih beroperasi di Puchong Permai bagi mengeluarkan drama dan akan datang mengeluarkan filem.

Menyedari perniagaan produksi agak lembab untuk mendapat pulangan, keuntungan dan lambat menjana kewangan ,beliau berusaha mencari peluang baru dalam membina karier perniagaan kosmetik ala moden.

Berbekalkan ilmu pengetahuan ramuan tradisional arwah ayahnya, beliau kini mencari peluang dengan mengeluarkan produk terbaru yang dimodenkan dan bakal dilancarkan pada penghujung oktober ini. 

Usahanya membuahkan hasil apabila , sebuah syarikat daripada jepun dan taiwan berminat untuk memborong produknya sebanyak 300,000 unit bagi mengembangkan pasaran disana, walaupon produk beliau masih lagi dalam proses pengeluaran. Perjanjian perniagaan dan kerjasama antara kedua2 syarikat akan ditandangi bersama pada pertengahan bulan Ogos ini 

Produk kegunaan khusus untuk lelaki yang dikeluarkan dengan berbentuk gel dan cream telah menarik minat ahli perniagaan jepun dan taiwan dan akan dijual keseluruh negara bermula awal bulan November 2019.

Penulis mengucapkan tahniah pada sdr leman kerana berani , tabah dan sabar dalam mengharungi liku liku kehidupan yang mencabar .Walaupon berhadapan dengan masalah modal,ekonomi dan kemelut hutang , beliau cuba untuk bangun membina kejayaan hidupnya.Semoga kejayaan beliau selepas ini melahirkan lagi jutawan menjelang 2020.

Monday, 3 June 2019

Sumbangan Khas Aidilfitri Kepada Penduduk Sik


Seperti biasa setiap tahun, 10 buah rumah keluarga paling daif akan terpilih oleh kami dari 300 penerima untuk memberikan sumbangan raya ...

10 keluarga yg terpilih ini akan diberikan sumbangan tanpa pengetahuan disaat mereka sedang tidur atau secara tiba tanpa pengetahuan jiran tetangga...selalunya yg dipilih adalah dari golongan daif yg bukan jenis berminta2 seperti mana yg telah ditetapkan oleh ajaran islam dimana " Hulurkanlah bantuan kpd golongan dari mereka yg bukan yg jenis berminta2 "..

Tahun lepas , pihak kami telah menyumbang kpd 10 buah keluarga yg paling daif di Sik dengan jumlah RM500 untuk sebuah keluarga....tahun ini terpaksa kami kurangkan oleh kerana kutipan dana berkurangan...

Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga anda yg menyumbang tahu kemana saluran yg betul untuk diberikan kepada golongan yg berhak..

Jangan menangis apabila kami uploadkan video2 setelah abis program..

Tuesday, 23 April 2019

Tudia! Ringkasan Perbelanjaan dari Laporan Audit 1MDB


Tudia !!!

Patutlah kerajaan penyamun dulu letakkan laporan audit 1MDB dibawah OSA..

Nasib baiklah BN kalah PRU14, dan Kerajaan PH telah "declassified" laporan audit 1MDB.. (Tiada lg di bawah OSA)

Ringkasan perbelanjaan dari laporan audit 1MDB..

Penerima utama dari penyelewengan dana 1MDB adalah :-

1. Jho Low (RM11.1 bilion)
2. Najib Razak a.k.a Penyamun (RM4.2 billon) 3. Riza Aziz - (RM952 juta)

Jumlah keseluruhan adalah RM16.3b 

Admin mengharapkan individu² terlibat dalam melindungi dan mengelirukan orang awam harus dibawa ke muka pengadilan.. 

Mereka adalah :-

1. Bekas AG Apandi Ali
2. Bekas KPN Khalid Abu Bakar 
3. Bekas Ketua & Timb Pengarah SPRM
4. Bekas CEO KWAP
5. Bekas Ketua Setiausaha Negara
6. Bekas KSU Perbendaharaan
7. Beberapa bekas Ahli PAC
8. Bekas² Menteri & Timb Menteri Kabinet
9. Menteri² Besar dan Ketua² Menteri 
10. Ketua² Bahagian UMNO 

Dengan laporan audit 1MDB yg telah declassified ni.. mereka yg terlibat mungkin boleh siap sedia utk jadi lebih terkenal sbg orang yg melindungi rasuah.. 

Rujukan dari m/s 46 Laporan Audit 1MDB yg telah declassified!

Sunday, 21 April 2019

Sang Bangsawan dan Lelalat - MSO




SANG BANGSAWAN DAN LELALAT

Mungkin ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada Najib kini.  Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui.   Najib dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat. 

Laungan "bossku,  malu apa",  juga akan bergema.  Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi.  Najib hanya sang jalak yang kalah sabung kerebehan sayap saja. 

Namun bagi mereka yang memahami dan reti dengan budaya Melayu tidak pun terasa apa-apa dengan Najib itu.  Fenomena dilalui Najib itu biasa dalam dunia orang Melayu. Bila sudah jatuh, dia akan dibantu dan disimpati tanpa menyelidiki apa sebab musabnya. Orang Melayu malas menyelidik dan suka kepada sesuatu yang glamour. Sikap ini menyebabkan orang Melayu selalu keliru. 

Segala tuduhan jenayah dilupakan.  Lebih ironis lagi tuduhan itu akan dipasak sebagai fitnah.  Fitnah,  bodek dan bohong ialah hidangan lazat kehidupan orang Melayu. Para ustaz juga ikut nembaptis Najib. 

Dari sudut lain pula kenapa Najib dihurungi kerana selama ini kakinya tidak cemar. Tidak pernah memijak selut dan car,  dia tidak pernah duduk dibangku dan makan diwarong sompek. Najib nun jauh di kota raya dan tinggi di awan biru. 

Selama dia jadi PM  rakyat dihalang bukan untuk bersalam hatta untuk melihatnya.  Jadi apabila sudah tidak ada kawat duri mengelilingi, maka rakyat yang selama ini kompunan untuk melihatnya mengambil peluang terbuka. 

Rupa dan ketampan Najib berbibir lipstik merah sebagai anak bangsawan dipuja dan dimanjakan juga jadi tarikan.  Bagi orang Melayu kehadiran anak raja atau orang besar merupakan salah satu bahan hiburan. Justeru Najib ini adalah sebahagian badut buat mereka.

Demikian naif dan rendahnya jiwa kehambaan orang Melayu. Selagi sikap ini wujud dalam jiwa Melayu selama itulah mereka akan terus menjadi lalat dan langau, keliru dan kabur mengenali mana intan dan kaca di hadapan mata. Trims.

Saturday, 20 April 2019

MODAL RUU AKTA 355 MULA DIMAINKAN SEMULA SETELAH HADI SENDIRI GAGAL


MODAL RUU AKTA 355 MULA DIMAINKAN SEMULA SETELAH HADI SENDIRI GAGAL  

Sewaktu awal2 dulu, Pas nak bawa usul RUU Akta 355, kita dah beritahu elok bincang lebih mendalam, elok bawa dalam 'select' komiti yg dianggotai oleh pakar2 dlm bidang undang2 Islam  untuk diperhalusi terlebih dahulu, sebelum dibawa ke Parlimen.

Tapi, lebai Hadi degil.  Mahu tunjuk hero kononnya, maka dibawa usul RUU Akta 355 melalui usul persendirian tanpa dibincangkan melalui AJK Pas pusat pun.  Ketua Penerangan Pas waktu itu, Mahfuz Omar pun tidak tahu menahu.  Waktu itu mahu hadapi PRU14, Pas mahu cari modal maka dijajanya bahawa RUU 355 itu seperti hukum Hudud.  Tidak sokong, mati boleh masuk jirat, kata seorang lebai sebelah utara.  

Umno pun ambil kesempatan di atas kebebalan Pas.  Menteri agama, Jamil Khir berjanji Umno akan sokong usul yg akan dibawa oleh Hadi itu.  Akhirnya, semua tahu apa yg berlaku di Parlimen.

Hadi baca usul, kemudian duduk.  Tidak mahu bahas tapi minta tangguh.  Sesi seterusnya, Hadi baca lagi, kemudian duduk.  Speaker tanya, mahu bahas atau tidak, Hadi minta tangguh.  Semua ahli Parlimen dari PH minta bahas segera, tapi Hadi buat tidak tahu saja.  Terpaksa Ahli2 Parlimen PH buat sidang Parlimen olok2 untuk membahaskan usul berkenaan bagi membuktikan bahawa Ahli2 Parlimen PH telah bersedia untuk membahaskan usul RUU Akta 355.  Lebai2 buat tidak tahu, asyik main telor sampai PRU14.  Dalam kempen dan khutbah mereka, lebai2 jaja fitnah kononnya usul RUU Akta 355 yg walaun percaya itu hukum Hudud telah ditolak oleh Dap, Amanah dan Keadilan.  Ini fitnah wajib hukumnya buat lebai demi menjaga kemaluan parti.

Sekarang, PH telah jadi kerajaan.  Tiba2 usul Hadi yg tidak laku dulu diminta kerajaan PH tanggung pula.  Drama apa lagi yg lebai mahu main sekarang ini?  Jangan sibuk pasal RUU Akta 355 selagi siang malam tidur satu kelabu dgn perompak kleptokrasi.  

WFAUZDIN NS

DARI MANA DAN KE MANA WANG DALAM AKAUN NAJIB DI AMBANK DIBELANJAKAN ???

"Walaupun ia akaun peribadi tapi tidaklah seperti akaun peribadi saya" -Najib Razak.

Kalau boleh bohong syarie buat apa nak bercakap jujur ?

DARI MANA DAN KE MANA WANG DALAM AKAUN NAJIB DI AMBANK DIBELANJAKAN ???

Senarai transaksi-transaksi (gambar) adalah berdasarkan bukti gambar cek yang telah ditunjuk di mahkamah. Pegawai² Bank Negara Malaysia (BNM), AmBank, malah orang yang bikin paip & tangki di rumah Najib semuanya telah dipanggil memberi keterangan.

Perlu ingat. Najib & peguamnya TIDAK MENAFIKAN LANGSUNG transaksi² ini (maksudnya betul lah apa yg dikatakan k'jaan sebelum ini).

Apa yg peguam Shafee persoal adalah sama ada Najib tahu atau tidak mengenai aktiviti2 yg berlaku dlm akaun banknya.

KALAU TAK TAHU...
KENAPA NAJIB TANDATANGANI & KELUARKAN CEK-CEK TERSEBUT ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.