VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 26 April 2014

KES PERTUKARAN GURU DISEBABKAN CAMPURTANGAN POLITIK DAN PENAFIAN HAK ASASI MANUSIA TERHADAP GURU SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


1. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik dan dinamik. Lantaran itu tidak wajar pendidikan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan melakukan pencabulan hak asasi manusia yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip yang termaktub bagi mana-mana bahagian, bab dan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Perintah-perintah Am, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan dan Garis Panduan Pertukaran Guru Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah sudah dijadikan “sampah” oleh pegawai-pegawai awam khususnya di kalangan pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan di Negeri Kelantan ekoran campurtangan politik yang sangat ketara dan membimbangkan.

3. Hal ini telah dibuktikan melalui surat Cadangan Penempatan/ Pertukaran Guru Sekolah Rendah PPD Bachok 2013, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu, Kelantan (u.p.: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) disediakan oleh Haji Saupi Bin Majid?, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan (Rujukan Surat; PPDB 600-15/17(14)) dilampirkan bersama Senarai Pertukaran Guru Oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok Akibat Politik Selepas PRU 13 setebal 12 muka surat yang menyenaraikan 10 senarai nama individu guru yang telah ditukarkan, 12 orang Senarai Cadangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Bertukar Ke Luar Daerah PPD Bachok, 13 orang Senarai Cadangan Guru j-QAF Bertukar Ke Luar Daerah PPD Bachok, 3 orang Senarai Cadangan Guru j-QAF (Sekolah Rendah) Bertukar Ke Luar Negeri Kelantan PPD Bachok, 20 orang Cadangan Pertukaran Guru Rendah Dalam Daerah Tahun 2013 PPD Bachok, Manakala bagi Sekolah Menengah pula seramai 14 orang Cadangan Pertukaran Dalam Daerah, 25 orang Cadangan Pertukaran Dalam Negeri/ Antara PPD dan 12 orang Cadangan Pertukaran Antara Negeri. Iaitu seramai 99 nama orang guru yang telah menjadi mangsa dan akan dimangsakan.

4. Guru merupakan seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Tambahan pula mereka adalah individu yang banyak mengorbankan diri, tenaga, masa dan usaha demi mendidik dan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Tidak wajar mereka diganggu dengan apa-apa sahaja intimidasi atau percubaan terhadap ugutan seperti pertukaran, dibuang kerja, diganggu emosi, ancaman kekerasan dan seumpamanya.

5. Keadaan ini sangat memalukan dunia pendidikan negara dan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia yang kononya dikenali sebagai Hub-Pendidikan Antarabangsa dengan diperkelankan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi merealisasikan perubahan dalam pendidikan. Perubahan yang diinginkan hanyalah omong-omong kosong sahaja, kalaulah guru diperlakukan sebegini rupa seolah-olah “binatang ternakan” yang dijadikan hamba abdi oleh pihak-pihak tertentu.

6. Lantaran itu, saya menggesa kepada SUHAKAM supaya menyiasat aduan yang telah dikemukakan oleh 4 orang mangsa pertukaran guru dari parlimen yang saya wakili Bachok. Mereka datang ke Pejabat SUHAKAM hari ini dan dipastikan perbuatan jahat ini dihentikan segera dengan menarik balik pertukaran tersebut serta menyiasat individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai pegawai awam yang diberikuasa melakukan penafian hak asasi manusia guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana Perkara 132(1)(h), Perlembagaan Persekutuan serta Artikel 21.(1) Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. (2) Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.

7. Memo aduan berbukti kami kepada SUHAKAM hari ni diterima oleh En James Nayagam Pesuruhjaya SUHAKAM di Tingkat 13 Menara TH Perdana Kuala Lumpur. Semoga pendedahan ini akan membangkitkan semangat mangsa yang lain untuk tampil bersuara dan membela hak mereka.

Y.B. Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Bachok

PEMILIHAN PKR: Benar Kata Orang Dalam PKR Masih Ada Darah Umno




Sumber Omakkau

Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. ..

Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.

Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.

Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ...

Don't play playlah kali ini.Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah .. Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah.

Friday, 25 April 2014

SAH: Pesawat Dirampas Mendarat di Bali


Sebuah pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali. 

Jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas. 
"Kami kini sedang cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun kami masih gagal berbuat demikian. 

"Pesawat kini di salah satu hujung landasan," katanya. - Sydney Morning Herald 

Berita Harian

PEMILIHAN PKR 2014: Taktik Kotor Jadi Senjata Kempen






Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.

Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.

Ini suatu fitnah yang disusun. Penafian telah segera diumumkan sendiri oleh YB Izzah dan Rafizi. Malah taktik kotor ini dikutuk oleh seluruh ahli dan pendokong parti. Diharapkan juga semua pihak khususnya media berperanan melaporkan perkara sebenar dengan jelas dan tanpa prejudis.

Tidak menolak kemungkinan, Pemilihan 2014 mula dicemar selepas wang ringgit dan 'makan hotel' tidak mampu membeli jiwa ahli-ahli parti keadilan yang layak mengundi. Barangkali mereka lupa bahawa parti ini jauh lebih baik dari parti rasuah Umno dan yang sewaktu dengannya.

Bagi kumpulan yang berdepan 'empayar' ini, tahniah diucapkan kerana mengamalkan pertembungan secara sihat. Yakin dan percaya bahawa kita tidak perlu 'modal' dan taktik kotor sebegini untuk bersaing dalam pemilihan keadilan, kerana kita jauh lebih baik dari gerombolan yang amalkan politik kelucahan.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pemerhati Tidak Rasmi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, 23 April 2014

PENANG PORT: Di Malaysia Tiada Melayu Lain, Selain Syed Mokhtar?


BONGKAR SAMPAI TERBURAI !!!! Putrajaya 'GADAI' pulak Penang Port kepada Syed Mokhtar???

Tanpa sebarang kenyataan umum (public announcement), perlabuhan Pulau Pinang telah diswastakan pada 23 November 2013. Penganugerahan kontrak kepada Seaport tanpa melalui tender terbuka secara kompetitif menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengamalkan apa yang disarankan berkaitan akauntabiliti dan melawan rasuah.

Kebelakangan ini, terlalu banyak aset negara diserahkan kepada seorang peniaga bernama Tan Sri Syed Mokhtar. Di antaranya adalah Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia, Bernas, Puspakom, Central Sugar Refinery dan banyak lagi. Hebat sangat ke Melayu sorang ni?? Dah xde Melayu lain ke??? Hutang keseluruhan Melayu sorang ni pun dah mencecah RM34.3billion.. Bank Negara Malaysia Malaysia bila nak collect??

DI M'SIA NI DAH TAKDA ORANG 'MELAYU' LAIN KA!!!!!!
Mengapa orang yg sama saja 'BALUN' projek2 mega & GLC di M'sia????

MH370: Luahan Hati Isteri Pramugara Yakin Suami Dan Penumpang Diculik Sebuah Kuasa Besar








Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI

BONGKAR: Rahsia Disebalik Ketakutan Bani Melayu-UMNO Terhadap Rafizi Ramli


Inilah yang ditakuti oleh BANI meLAYU-UMNO terhadap Rafizi Ramli sehinggakan kerajaan BN-Sarawak senaraihitamkan & menghalang beliau memasuki Sarawak kali kedua kerana keberanian beliau MEMBONGKAR SEGALA PENYELEWENGAN, KETIRISAN & RASUAH DI DALAM KERA-JAAN UMNO/BN!!!!

"Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini - atau hanya menyertai larian anti-rasuah - beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan. " - kata YB Rafizi Ramli

Berita penuh:
http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/

KANTOI: Disebalik Fitnah Anwar Ibrahim Anjur Tahlil Untuk Karpal Singh


Tiada 'tahlil' Karpal di rumah Anwar

PKR menafikan menganjurkan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Sigh di rumah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Penafian itu dibuat ekoran penyebaran meluas poster di Internet yang mempromosikan acara yang didakwa anjuran penyokong ketua pembangkang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Menjawab soalan di Twitter, Anwar (kiri) menyifatkannya sebagai “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.

Poster itu antaranya mengundang orang ramai ke acara dinamakan "Majlis Tahlil Syuhadah Karpal" pada waktu Maghrib esok di kediaman Anwar di Segambut, Kuala Lumpur.

Dalam versi lain yang turut diedar, acara itu dinamakan "Majlis Kesyukuran Mendian Karpal".

Kandungan lain maklumat dalam poster itu sama kedua-duanya, malah menggunakan reka bentuk serupa.

Ia turut memuatkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa.

Sementara itu AIC juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Menulis dalam Facebooknya, kumpulan itu sebaliknya menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

Tuesday, 22 April 2014

TIPU: Kerajaan Kata Barangan Asas Seperti Makanan dan Perkhidmatan Asas Akan Dikecualikan Dari Cukai GST?

TIPU! Walaupun 40 barangan asasi seperti beras dan tepunh dikecualikan dari Cukai GST, tetapi kebanyakan barangan lain seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, barangan keperluan seperti pakaian, perabot dan juga proces pengeluaran bagi barangan asas akan dikenakan

Cukai GST yang akan menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

CONTOH BERAS: Perkhidmatan dan Barangan yang diperlukan untuk hasilkan beras


Senarai 40 barangan dikecualikan GST tak termasuk bahan dan perkhidmatan yang di perlukan untuk hasilkan beras.

MAKA HARGA BERAS AKAN NAIK KERANA KOS PENGELUARAN NAIK.

BAYANGKAN JIKA SEMUA HARGA BARANGAN YANG KITA GUNA NAIK!!!

Hanya Kuasa RAKYAT Mampu Menghalang Cukai Yang Memiskinkan Rakyat!

Monday, 21 April 2014

HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.

SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.

Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.

Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.

Jika mengikut skrip regim ini mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat.

Kepada penguasa diharapkan jangan panik tak tentu hala. Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

Ambil contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini.

SAMM telah mengkerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama disamping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.


surat arahan rasmi Pemuda Pas

SAMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini. Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya.

Ayuh bersama 1 Mei himpunan terbesar rakyat di Kuala Lumpur.

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

KANTOI: Disebalik Gambar Memburukkan Himpunan 1 May


Kah.. Kah.. Kah.. Bodoh lagi membodohkan diri.. Macai siber umno terkantoi tercirit lagi..

Dari awal lagi gambar itu nampak sangat edit dari puak yang bodoh.. Dan ada yang percaya pon bodoh ya amat..

Ok mai nak ajar cara nak trace gambar supaya lepas nie tidak lah mudah di bodohkan oleh puak jumud umno ini..


Dalam posting Blue wave army ada menyiarkan berita ini..

Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..

Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!

Apa Isi Muatan Kargo MH370 Dan Kenapa Senarai Manifest Kargo Dan Penunpang Dipadamkan?


Sekali lagi pertanyaan ; apa isi muatan kargo MH370 dan kenapa senarai manifest kargo dan penumpang dipadamkan ?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu.

Sehingga kini tiadak ada sebarang yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah Perdana Menteri (Najib Razak) sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas maka muncul pula ayat 'pusing' berakhir tak berhenti terhempas.

Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan pertembungan permainan kuasa besar sebalik misteri kehilangan pesawat tersebut.

Media arus perdana cuba mengenepikan terdapat satu kajian pendapat oleh sebuah institut bebas mengenai majoriti rakyat Malaysia sendiri percaya kerajaan khususnya Najib dan sepupunya Hishamuddin tidak telus dalam mengendalikan isu MH370. Namun hasil kajian ini merupakan gambaran sebenar bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia. klik sini untuk baca lanjut hasil kajian.

Awal April lagi SAMM sudah menegaskan simpati kepada Najib yang tersepit dalam pertembungan politik kuasa besar yang akhirnya MH370 menjadi mangsa. SAMM juga mengingatkan Najib bahawa sesungguhnya dia tidak mampu berdepan sendirian dan dia lemah maka tampilah di depan rakyat untuk bercakap benar. klik sini untuk membaca lanjut mengenai Najib harus bercakap benar.

SAMM menulis kenyataan ini untuk sekali lagi menaikkan persoalan yang sedar berlegar seluruh dunia. Iaitu apa isi muatan kargo MH370 dan kenapa senarai manifest kargo serta senarai lengkap penumpang yang 'check in' dipadamkan dari sistem dan semua dokumen bercetak dirampas ?

Apa yang cuba diselindungkan ?

sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Mahkamah Malaysia "Double Standard" Antara Kes Khir Toyo Dan Anwar Ibrahim


Mahkamah tiada pendirian kerana menerima rayuan penangguhan peguam Muhammad Shafee Abdullah membabitkan kes bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo sejak 2009, namun menolak rayuan Karpal Singh berhubung kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penangguhan itu berlaku hanya kerana Shafee dikatakan menghadiri seminar di Jepun, sekaligus memperlihat sikap mahkamah yang 'double standard'.

"Kes Anwar tidak boleh ditangguhkan langsung walaupun mendiang Karpal ada urusan lain.

"Tapi kes Khir Toyo sejak 2009 mahkamah boleh menangguhkan dengan mudah atas alasan Shafie mempunyai urusan kepentingan negara.

"Keadaan ini menunjukkan mereka bukan badan yang bebas dan masih lagi dicengkam oleh pihak kerajaan.

"Jadi dimana keadilan untuk kita, dimana keadilan untuk kes Datuk Seri Anwar? katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Terdahulu, rayuan terakhir Mohamad Khir terhadap hukuman penjara 12 bulan yang sepatutnya didengar 15 April ini oleh Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain.

Mohamad Khir merayu terhadap hukuman itu atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Sebelum ini, mendiang Karpal mengemukakan rayuan penangguhan kes Fitnah II berikutan terdapat kes lain yang perlu diselesaikan pada 6 dan 7 Mac lalu.

Namun rayuan tersebut ditolak pihak mahkamah dan berkeras menetapkan pendengaran kes pada tarikh tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.