VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 26 April 2014

KES PERTUKARAN GURU DISEBABKAN CAMPURTANGAN POLITIK DAN PENAFIAN HAK ASASI MANUSIA TERHADAP GURU SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


1. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik dan dinamik. Lantaran itu tidak wajar pendidikan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan melakukan pencabulan hak asasi manusia yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip yang termaktub bagi mana-mana bahagian, bab dan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Perintah-perintah Am, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh Atau Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan dan Garis Panduan Pertukaran Guru Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah sudah dijadikan “sampah” oleh pegawai-pegawai awam khususnya di kalangan pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan di Negeri Kelantan ekoran campurtangan politik yang sangat ketara dan membimbangkan.

3. Hal ini telah dibuktikan melalui surat Cadangan Penempatan/ Pertukaran Guru Sekolah Rendah PPD Bachok 2013, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu, Kelantan (u.p.: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) disediakan oleh Haji Saupi Bin Majid?, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan (Rujukan Surat; PPDB 600-15/17(14)) dilampirkan bersama Senarai Pertukaran Guru Oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok Akibat Politik Selepas PRU 13 setebal 12 muka surat yang menyenaraikan 10 senarai nama individu guru yang telah ditukarkan, 12 orang Senarai Cadangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Bertukar Ke Luar Daerah PPD Bachok, 13 orang Senarai Cadangan Guru j-QAF Bertukar Ke Luar Daerah PPD Bachok, 3 orang Senarai Cadangan Guru j-QAF (Sekolah Rendah) Bertukar Ke Luar Negeri Kelantan PPD Bachok, 20 orang Cadangan Pertukaran Guru Rendah Dalam Daerah Tahun 2013 PPD Bachok, Manakala bagi Sekolah Menengah pula seramai 14 orang Cadangan Pertukaran Dalam Daerah, 25 orang Cadangan Pertukaran Dalam Negeri/ Antara PPD dan 12 orang Cadangan Pertukaran Antara Negeri. Iaitu seramai 99 nama orang guru yang telah menjadi mangsa dan akan dimangsakan.

4. Guru merupakan seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Tambahan pula mereka adalah individu yang banyak mengorbankan diri, tenaga, masa dan usaha demi mendidik dan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Tidak wajar mereka diganggu dengan apa-apa sahaja intimidasi atau percubaan terhadap ugutan seperti pertukaran, dibuang kerja, diganggu emosi, ancaman kekerasan dan seumpamanya.

5. Keadaan ini sangat memalukan dunia pendidikan negara dan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia yang kononya dikenali sebagai Hub-Pendidikan Antarabangsa dengan diperkelankan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi merealisasikan perubahan dalam pendidikan. Perubahan yang diinginkan hanyalah omong-omong kosong sahaja, kalaulah guru diperlakukan sebegini rupa seolah-olah “binatang ternakan” yang dijadikan hamba abdi oleh pihak-pihak tertentu.

6. Lantaran itu, saya menggesa kepada SUHAKAM supaya menyiasat aduan yang telah dikemukakan oleh 4 orang mangsa pertukaran guru dari parlimen yang saya wakili Bachok. Mereka datang ke Pejabat SUHAKAM hari ini dan dipastikan perbuatan jahat ini dihentikan segera dengan menarik balik pertukaran tersebut serta menyiasat individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai pegawai awam yang diberikuasa melakukan penafian hak asasi manusia guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana Perkara 132(1)(h), Perlembagaan Persekutuan serta Artikel 21.(1) Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. (2) Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.

7. Memo aduan berbukti kami kepada SUHAKAM hari ni diterima oleh En James Nayagam Pesuruhjaya SUHAKAM di Tingkat 13 Menara TH Perdana Kuala Lumpur. Semoga pendedahan ini akan membangkitkan semangat mangsa yang lain untuk tampil bersuara dan membela hak mereka.

Y.B. Ahmad Marzuk Shaary Ahli Parlimen Bachok

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.