SAMM Pulau Pinang Jelajah Imarah Ramadan 1435H akan mendekatkan golongan belia dengan kegiatan sukarelawan, selain menyemarakkan penghayatan bulan mulia ini. Lokasi di Padang Ibu, Penanti (SPT) ini adalah yang ke-2 selepas Sungai Acheh (SPS) pada minggu lepas.
Program setiap hari sabtu bermula 5 Julai akan berakhir 19 Julai ini menyasarkan kumpulan asnaf yang memerlukan bantuan.
Konvoi berkereta ini akan menjelajah ke seluruh Seberang Perai bermula di Seberang Perai Selatan dan berakhir di Seberang Perai Utara pada 19 Julai ini.
Ia akan disertai oleh JKKK kawasan yang terlibat dan di bantu anak muda dari badan NGO SAMM Pulau Pinang.
Konvoi ini juga akan singgah di lokasi yang dikenal pasti untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan.
Golong sasar ialah asnaf seperti fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya serta warga emas.
Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan dan bersama-sama, kami amat mengalu-alukan.