VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 23 April 2019

Tudia! Ringkasan Perbelanjaan dari Laporan Audit 1MDB


Tudia !!!

Patutlah kerajaan penyamun dulu letakkan laporan audit 1MDB dibawah OSA..

Nasib baiklah BN kalah PRU14, dan Kerajaan PH telah "declassified" laporan audit 1MDB.. (Tiada lg di bawah OSA)

Ringkasan perbelanjaan dari laporan audit 1MDB..

Penerima utama dari penyelewengan dana 1MDB adalah :-

1. Jho Low (RM11.1 bilion)
2. Najib Razak a.k.a Penyamun (RM4.2 billon) 3. Riza Aziz - (RM952 juta)

Jumlah keseluruhan adalah RM16.3b 

Admin mengharapkan individu² terlibat dalam melindungi dan mengelirukan orang awam harus dibawa ke muka pengadilan.. 

Mereka adalah :-

1. Bekas AG Apandi Ali
2. Bekas KPN Khalid Abu Bakar 
3. Bekas Ketua & Timb Pengarah SPRM
4. Bekas CEO KWAP
5. Bekas Ketua Setiausaha Negara
6. Bekas KSU Perbendaharaan
7. Beberapa bekas Ahli PAC
8. Bekas² Menteri & Timb Menteri Kabinet
9. Menteri² Besar dan Ketua² Menteri 
10. Ketua² Bahagian UMNO 

Dengan laporan audit 1MDB yg telah declassified ni.. mereka yg terlibat mungkin boleh siap sedia utk jadi lebih terkenal sbg orang yg melindungi rasuah.. 

Rujukan dari m/s 46 Laporan Audit 1MDB yg telah declassified!

Sunday, 21 April 2019

Sang Bangsawan dan Lelalat - MSO




SANG BANGSAWAN DAN LELALAT

Mungkin ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada Najib kini.  Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui.   Najib dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat. 

Laungan "bossku,  malu apa",  juga akan bergema.  Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi.  Najib hanya sang jalak yang kalah sabung kerebehan sayap saja. 

Namun bagi mereka yang memahami dan reti dengan budaya Melayu tidak pun terasa apa-apa dengan Najib itu.  Fenomena dilalui Najib itu biasa dalam dunia orang Melayu. Bila sudah jatuh, dia akan dibantu dan disimpati tanpa menyelidiki apa sebab musabnya. Orang Melayu malas menyelidik dan suka kepada sesuatu yang glamour. Sikap ini menyebabkan orang Melayu selalu keliru. 

Segala tuduhan jenayah dilupakan.  Lebih ironis lagi tuduhan itu akan dipasak sebagai fitnah.  Fitnah,  bodek dan bohong ialah hidangan lazat kehidupan orang Melayu. Para ustaz juga ikut nembaptis Najib. 

Dari sudut lain pula kenapa Najib dihurungi kerana selama ini kakinya tidak cemar. Tidak pernah memijak selut dan car,  dia tidak pernah duduk dibangku dan makan diwarong sompek. Najib nun jauh di kota raya dan tinggi di awan biru. 

Selama dia jadi PM  rakyat dihalang bukan untuk bersalam hatta untuk melihatnya.  Jadi apabila sudah tidak ada kawat duri mengelilingi, maka rakyat yang selama ini kompunan untuk melihatnya mengambil peluang terbuka. 

Rupa dan ketampan Najib berbibir lipstik merah sebagai anak bangsawan dipuja dan dimanjakan juga jadi tarikan.  Bagi orang Melayu kehadiran anak raja atau orang besar merupakan salah satu bahan hiburan. Justeru Najib ini adalah sebahagian badut buat mereka.

Demikian naif dan rendahnya jiwa kehambaan orang Melayu. Selagi sikap ini wujud dalam jiwa Melayu selama itulah mereka akan terus menjadi lalat dan langau, keliru dan kabur mengenali mana intan dan kaca di hadapan mata. Trims.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.