VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 1 February 2014

Letak Lee Chong Wei Sebagai Calon DUN Kajang, BN Hilang Populariti


Kenapa BN cadangkan LCW sebagai calon PRK Kajang?

Aku rasa dengan meletakan LCW bertanding lawan Anwar Ibrahim menampakan BN sudah hilang populariti untuk menarik dan meraih undi kepada BN..

BN hanya menumpang populariti Chong Wei.. Dengan meletakan pemain number badminton terbaik kelahiran Berapit ini..

Dalam laporan Malaysia Kini
Pemain badminton dunia Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui cadangan agar beliau menukar haluan ke arena politik, lapor Utusan Online.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu.

Lee juga dilapor juga menolak memberikan sebarang komen tentang kesediaannya bertanding di kawasan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Beliau dilaporkan menulis di laman mikro Twitternya, Lee "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang. -MK

Adakah pemilihan Lee Chong Wei atas desakan Rosmah?

Gambar Anwar Ibrahim Bersama Penyokong Setia Selangor


Petang ini bersama TS Khalid dalam program santai dengan penyokong setia pasukan bolasepak Selangor

Hi-Tea bersama Anwar Ibrahim dan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Sabtu
3 PTG

KEDIAMAN RASMI MB SELANGOR

PENCERAHAN: Dimana Salah dan Silapnya PRK DUN Kajang?


PRK DUN KAJANG: WAJARKAH?

Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?

Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?

Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.

Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.

Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.

Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.

AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal.

Aku tambah sikit.. Kalau lah rasa PRK bazir wang rakyat seeloknya BN dan Bebas tidak meletakan calon.. Selamat duit PRK..

DOSA UMNO MENJAUHKAN NON-MUSLIM DARI ISLAM


Fitnah ke Atas Pemuda PAS P.Pinang Berikutan Sebaran Gambar Non Muslim Bertudung Berseluar Pendek.

Assakamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Program COMEY TAK SAYA?...adalah rentetan daripada program Jom Tutup Aurat yg pernah dijalankan sebelum ini...tetapi untuk langkah dakwah yang lebih segar..maka kita terus mencuba suatu yang baharu dengan pakaikan tudung untuk "langkah percubaan"...Mengapa tudung? Kerana biasanya kita tahu wanita biasa menutup kakinya tetapi susah menutup kepalanya..maka kita sediakan tudung untuk program COMEY TAK SAYA?

Oleh yang demikian, program CTS adalah usaha untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada para wanita tentang pemakaian tudung muslimah yang dianjurkan Islam dengan diedarkan risalah pemakaian muslimah yang betul mengikut syariat...sasarannya bukan sahaja muslimah bahkan 'percubaan' kepada non muslimah sekaligus menolak pandangan serong masyarakat Non Muslim terhadap pemakaian hijab seperti yang berlaku disebuah sekolah jenis kebangsaan Cina baru2 ini...

Hasilnya dari program berkenaan..ramai masyarakat non muslim terutama dari masyarakat Tiong Hua dan India berminat untuk mencuba pemakaian tudung ini...mmg tidak dinafikan kehadiran masyarakat non muslim dengan pakaian seluar pendek dan sebagainya...tetapi kami menganggapnya mereka sebagai mad'u kami yang ingin mengetahui...hasilnya, mereka menunjukkan minat mereka terhadap pemakaian tudung ini dan maklumbalas dari mereka adalah positif...

Maka...jangan sampai kita menjadi penyebab dengan gambar yang kita tidak tahu asal usul programnya menyebabkan masyarakat non muslim terus menjauhkan diri dr mengenali Islam...

Saya tertarik dengan kata2 seorang sahabat Ust. Wan Rafaie Bendahari DPPNPP...dengan sebab kita tidak pernah mendekati mereka (non-muslim)..muka2 yang comel ini dihumban ke dalam neraka dengan kelalaian umat Islam itu sendiri...

Siiru ala barakatillah.

Ust Razib
Pengerusi Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam
Dewan Pemuda PAS P.Pinang.

Sokong Penuh Pencalonan Anwar Ibrahim Calon DUN Kajang


Kenyataan Umum SAMM Zon Muar 31 Januari 2014

Sokongan Penuh Pencalonan Anwar Ibrahim Sebagai Calon DUN Kajang dan Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya

Dalam dunia politik Demokrasi Berparlimen, situasi kekosongan kerusi legislatif sama ada di peringkat Parlimen atau di Dewan Negeri bukanlah sesuatu yang tidak normal. Malah, jika kita bicara dalam konteks politik tanahair pun terdapat beberapa peristiwa pengosongan kerusi legislatif dengan bersandarkan kepada alasan strategi taktikal percaturan sesebuah gabungan parti-parti politik.

SAMM Muar menghormati pandangan dan komentar dari teman-teman seluruh Johor atas nama kebebasan menzahirkan pandangan dan juga dalam masa yang sama ingin turut mengambil bahagian dalam menyatakan pandangan.

Hakikat dan sejarah politik menentang rejim Pemerintah dalam negara ini mempunyai banyak kisah dan penuh warna-warni. Dan kerana itulah, SAMM Muar memilih untuk tidak segera memberikan komentar. Situasi yang berlaku di Selangor tampak tidak jauh berbeda dengan tahun-tahun akhir pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Pertembungan dan percakaran beberapa fraksi dengan kepimpinan eksekutif negeri akhirnya telah mengakibatkan rakyat Kedah mengambil keputusan untuk meninggalkan koalisasi Pakatan Rakyat.

Maka, SAMM Muar sebagai sebuah gerakan anak muda yang sudah muak dengan pentadbiran rejim Pemerintah Barisan Nasional dapat memahami justifikasi tindakan tidak popular Anwar Ibrahim dalam isu DUN Kajang. Adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi rakyat Selangor sekiranya beliau tidak datang dengan tindakan radikal seperti ini dan hanya berdiam diri melihat pentadbiran cemerlang dan mesra rakyat di Selangor ketika ini musnah dalam Pilihanraya Umum ke 14 akan datang ekoran daripada percakaran fraksi-fraksi yang tidak berkesudahan.

Hakikat yang perlu difahami oleh semua pendokong-pendokong gerakan menentang BN adalah Selangor merupakan paksi atau tunjang utama Pakatan Rakyat maka ia wajib dipertahankan daripada sebarang ancaman dan tindakan parasit-parasit yang berselindung atas nama rakyat.

Barisan Nasional juga tidak patut angkuh kononnya tindakan ini sebagai satu tindakan tidak demokratik. Bagaimana kamu boleh mengungkapkan perkataan tidak demokratik walhal kamu sebelum ini melakukan sesuatu yang lebih buruk di Perak? Tindakan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim ini lebih elok apabila menyerahkan semula hak rakyat Kajang untuk membuat pilihan mereka bukan dengan memaksa mereka menerima sahaja tindakan atau keputusan yang diambil oleh koalisasi politik.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar sebagai sebuah gerakan anak muda Muar dengan jiwa yang besar menyokong penuh pencalonan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bagi pilihanraya kecil DUN Kajang. SAMM Muar juga turut menyokong penuh perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Kajang.

SAMM Muar dan sekutu juga berikrar dan bersedia menggerakkan jentera kami ke Kajang bagi membantu mempertahankan DUN Kajang seperti mana kami beraksi dalam kempen #Hizwan4Muar dalam pilihanraya umum yang lalu. Rakyat Kajang harus berbangga kerana mereka mempunyai peluang untuk mendapat khidmat seorang negarawan yang bukan sahaja diakui oleh dunia politik tempatan malahan masyarakat antarabangsa.

Ahmad Anwar Asyraf Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar (SAMM Muar)

Tel : 018-2864256 Email : samm.muar@gmail.com

Maharaja Lawak Mega Final di Kajang


Adakah akan ada skrip drama yang sama akan berulang?

Jambu baru untuk Anwar Ibrahim..
China Doll baru akan di import..
Sumpah lahnat sana sini..
Angkat sumpah depan kaabah..
Interview mangsa liwat Anwar..

Semua ini adalah mainan drama lama dari musuh politik Anwar Ibrahim..

Tujuan mereka untuk membunuh semangat Anwar Ibrahim..

Sudah banyak drama maharaja lawak mega mereka telah buat dari tahun 1998 lagi..

Adakah kita akan di bodohkan sekali lagi dengan momok kan yang sama?

Friday 31 January 2014

Adakah PRK Kajang Akan Bawa Kesenangan Atau Membodohkan Rakyat


Sebagaimana selalu, setiap kali ada pilihanraya kecil maka turunlah pelbagai jenis bantuan dan habuan untuk rakyat. Menteri dan timbalan menteri juga berebut-rebut turun membawa pelbagai jenis buah tangan dan gula-gula. Ketika pilihanraya kecil jugalah diketahui banyak orang miskin, orang susah, orang tidak berumah, orang kelaparan, hidup melarat, tiada bekalan letrik dan air bersih serta pelbagai kepincangan lain dalam masyarakat.

Semua golongan yang terpinggir ini dikunjungi dan diberi bantuan untuk menunjukkan baik hatinya kerajaan yang ada.

Seolah-olah ketika pilihanraya kecil sajalah kerajaan menjadi sangat prihatin dan baik hati. Semua masalah cuba diselesaikan, apa kesusahan pun cuba dibantu. Kadangkala bantuan diberi tanpa diminta dan ianya datang seperti rezeki yang tiba-tiba turun dari langit.

Itulah fenomena biasa setiap kali pilihanraya kecil di Malaysia ini. Kajang yang sedang hangat dengan isu adun letak jawatan juga tidak terkecuali, bahkan suasananya lebih membara daripada mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini.

Untuk mencapai semua matlamat yang berbeza-beza itu, menjelang hari pengundian nanti, bukan saja Najib Rosmah dan Muhyiddin akan menumpukan lebih banyak masa di Kajang, bahkan beberapa menteri dan timbalan menteri yang lain juga akan terus turun silih berganti membawa habuan dan buah tangan untuk pengundi di kawasan itu.

Noh Omar Harus Terima Cabaran 10 Hari Khalid Samad Kalau Tidak Mahu di Gelar Bacul




Cabaran 10 hari untuk noh omar tunjuk hero kepada ponyokongnya.. Tak usah lagi berdegar-degar lagak seperti hero dan membodohkan penyokong sendiri..

Noh omar dan penyokongnya perlu sedar yang mendesak pembatalan debat isu kalimah Allah dari rakan-rakan umnonya sendiri.. Bukan CEO sinar sahaja nak tarik break last minute kalau tak da desakan dari mereka..

Usah buat drama dan mainkan wayang yang lama.. Jika takut rakyat tahu akan hal yang sebenarnya..

Debat ini bagus untuk pencerahan kepada rakyat yang tengah keliru dengan isu ini.. Media umno menuduh orang kristian sahaja meletakan kalimah Allah dalam bible.. Akan tetapi pihak kristian mendakwa kerajaan telah meluluskan penggunaan kalimah Allah.. Dalam masa yang sama Pakatan Rakyat turut terkena tempias ini..

Dalam debat ini aku cadangkan moderetor yang hebat perlu ada di tengah2 antara noh dan khalid samad..

ISU PRK KAJANG: Bersedia Untuk Tolak PKR


PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman  di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.

Program Kumpul Tandatangan Bantah Astro di UpTown Bandar Perda Hari Sabtu


Tujuan program ini menggesa kerajaan supaya membenarkan lebih daripada satu siaran berbayar beroperasi di negara ini untuk memberi pilihan kepada pelanggan, selain menjana persaingan sihat.

Jika dibandingkan dengan negara lain, India mempunyai enam operator televisyen berbayar sama seperti di Indonesia, manakala Australia mempunyai tiga operator.

Harganya juga jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. Monopoli ASTRO ternyata hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat, apatah lagi perkhidmatannya sangat tidak memuaskan.

BR1M: Dengan RM1.80 Setiap Hari Adakah Kita Senang di BODOHKAN?


Jangan bagi ikan kepada orang yang lapar... tapi berilah joran dan ajar orang yang lapar itu memancing... agar dia mampu menangkap ikan sendiri dan tak kelaparan lagi - pepatah lama.

Malaysia ada banyak khazanah negara yang boleh dikongsi dengan rakyat, tapi ada sesetengah pemimpin mengutamakan kepentingan peribadi,sehingga kan membuatkan rakyat terpaksa menanggung hutang yang menimbun, lepas tu bagi brim untuk menyedapkan hati rakyat.. Bijak betui cara pemimpin malaysia urus ekonomi negara? tapi bijak lagi pengundi yang mengundi depa.. tahniah dan terima kasih..(hanya sindiran untuk orang yang makan cili)

Macam-macam komen ada yang aku baca... Ada yang mengutuk itu dan ini... Sebab BRIM saja dah lupa barang itu dan ini naik harga... Come on la brader.. Baik tak dapat BR1M tapi harga barang turun... Dari dok cakap syukurlah dapat BRIM dari tak dapat langsung...

Kalau keluarga tu ada 5 org RM1.80 tu bahagi 5 jadi maka nya tak sampai 40 sen seorang.. Gembira jadi rakyat Malaysia?

Dengan umpan RM1.80 sen.. BN berjaya bodoh-bodohkan rakyat?

Thursday 30 January 2014

KANTOI FITNAH! Macai Umno Cuba Fitnah Orang PAS Dan Bodoh-bodohkan Melayu Pulau Pinang


Dari mesej yang kami terima;

"Assalamualaikum Sahabat yang dihormati. Tolong lah post gambar ni sebelum semua orang salah faham dan difitnah
Gambar ni real, tapi situasi sebenarnya dimana 2 orang perempuan ni adalah orang cina pulau pinang.

Mereka berkempen untuk cuba memakai tudung.

Seblom gambr ni menimbulkan fitnah , saya minta jasa tuan tolong perbetulkan. Sekian"

Afiq KLtown adalah macai umno abadi.. Tak hairanlah perangai dia macam nie..

UMNO dah mula memecahbelahkan orang di Pulau Pinang, apa ni sanggup nak mainkan agama. sudah-sudah lah gaduh pasal politik yang tak tentu hala ni. taubat la sebelum terlambat.

Cina pakai seluar pendek ni biasa, tapi wanita islam yang pakai seluar pendek luar biasa..

PANAS! Kenaikan Harga Insurans Kereta, Motosikal dan Bas



Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih.. Najib Razak..

Pencapaian terbaik Najib Razak hanya menurunkan harga kankung sahaja.. Macai umno harus berbangga..

Kesan dari kenaikan harga insurans Kereta, Motosikal dan Bas pada 14 february 2014.. Adakah harga tambang akan naik lagi?

Insurans itu bagus.. Tapi kenapa perlu dinaikan? Kerena harga barangan naik?

Penjelasan Isu Parkir Kereta Antara Rakyat Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran

KENYATAAN AKHBAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) PADA 28 JANUARI 2014

SISTEM LETAK KERETA BAHARU, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

1 Kenyataan akhbar ini adalah berikutan dari sidang akhbar yang telah dibuat pada 16 Januari 2014 yang telah mengumumkan bahawa orangramai tidak perlu mempamerkan kupon letak kereta (Sistem Kupon) sehingga masalah kekurangan stok dapat diatasi oleh syarikat pengurus letak kereta.

2 Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan ini mengumumkan bahawa penangguhan mempamerkan kupon letak kereta dilanjutkan lagi sehingga 14 Februari 2014. Ini bermakna mulai 15 Februari 2014 orangramai hendaklah membayar caj letak kereta dengan mempamerkan kupon masing masing.

3 Kupon boleh diperolehi dari 335 penjual kupon seperti yang disenaraikan di lamanweb Majlis Perbandaran Pulau Pinang

4 Majlis akan meneruskan pemantauan keatas stok kupon yang telah di pesan oleh Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd dari syarikat percetakan. Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd dikehendaki membayar sewa bulanan kepada Majlis, setiap bulan.

5 Berikutan dari itu ingin di tegaskan sekali lagi kepada penjual kupon untuk tidak mengenakan bayaran melebihi dari yang telah ditetapkan oleh Majlis. Penjual kupon yang tidak mengikut kadar yang ditetapkan akan diberikan amaran dan boleh ditamatkan perkhidmatan dari menjual kupon.

Kupon dijual dengan harga RM4.00 untuk buku (40 sen x 10 keping) dan RM6.00 untuk buku (40 sen x 5 keping dan 80sen x 5 keping).
Orangramai diharap tidak membeli kupon yang dijual dengan harga melebihi dari harga yang telah ditetapkan.

6 Bagi mereka yang memiliki stiker bulanan mereka boleh meletak kenderaan sehingga 28 Februari 2014 dengan menggunakan stiker bulan Januari 2014. Mereka hanya perlu mendapatkan stiker bulanan baru mulai Mac 2014.

7 Majlis Perbandaran Pulau Pinang ingin memberi peringatan kepada orangramai untuk tidak membuat bayaran letak kereta kepada atendan letak kereta haram, ini kerana melalui sistem kupon , orangramai hanya perlu mempamerkan kupon dan tidak berurusan dengan atendan letak kereta haram

8 SILA AMBIL PERHATIAN, mulai 15 Februari 2014 penguatkuasaan akan diambil ke atas mereka yang tidak mempamerkan kupon letak kereta dan selain dari itu penguatkuasaan ke atas kesalahan meletak kereta luar petak, meletak atas siar kaki awam dan lain lain yang berkaitan adalah diteruskan.

9 Nombor Telefon aduan adalah seperti berikut:-

(a) Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd :
042281192/ 042613350/ 0124982270
(b) Majlis Perbandaran Pulau Pinang :
042613650/ 042610181/ 0125721749

Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Korporat
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

Kempen Boikot Barangan Cina DAP GAGAL Apabila Najib Razak Berbelanja di Econsave


Najib Razak merasa sendiri pengalaman membeli belah sambil ditemani media... bodyguard.. pembodek.. dan selepas itu membuat kenyataan media "saya dah merasai kesusahan rakyat"


Bukan ka ada macai yang boikot Econsave sebab pemiliknya sokong/orang DAP... Dengan kempen mereka Boikot Barangan Cina DAP.. hehe... Econsave salah satu syarikat yang tersenarai dalam senarai syarikat yang perlu mereka boikot.. Last-last yang lawaknya ketua mereka Najib Razak beli belah kat sini..

Najib Razak di cabar Hidup seperti rakyat. Terima gaji RM1.5k sebulan. Tolak rumah. Kreta. Bil api air. Nak tengok Najib Razak boleh tak hidup untuk sebulan? Macam mana dia rasa boleh ka tak nak hidup? Dengan Rosmah lagi..

Seorang PM kenela jadikan dirinya seorang Negarawan..

Bukan seorang ahli politik murahan!

PANAS! Rakyat di Sekat Untuk Berilmu di Kuantan


Majlis Perbandaran Kuantan menganggu program buku jalanan..

Apakah salah program berilmu macam ni?

Elok pergi kacau manusia2 yang buat maksiat secara terbuka.. Aduhai.

Apabila rakyat kurang ilmu senang di bodohkan..

Wednesday 29 January 2014

Aktiviti SAMM Sepanjang Bulan February


SAMM dalam kerangka roadshow seluruh negara pada bulan ini bagi mendapat tandatangan dan sokongan bantah astro beserta menghimpunkan komrad2 baru dan sedia ada bagi menjalinkan ikatan cinta, kasih sayang dan air mata keluarga besar SAMM.

Justeru, bagi komrad sebelom ini yg tidak dihubungi sejuta kemaafan admin ucapkan disebabkan kesibukan hampir semua penyelaras di atas komitment2 lain yg digalas bersama.

Untuk Roadshow itu jadual adalah seperti berikut:

1. Penang | 1hb Feb | 9mlm - 12tghmlm | Uptown Bandar Perda

2. Selangor | 9hb Feb | 9.30pg-12.30tghari | Pasar Tani Shah Alam

3. Kedah | 1hb Feb 2ptg-4ptg | Menara Alor star | Himpunan Santai Raider Bersama Chegu Bard dan Barisan Peguam

4. Johor | 8-9 hb Feb | 8mlm - 2pg | Bazar Karat JB

5. Terengganu | 8hb Feb | Futsal Anak Muda ( Kg Buntut, Kuala Berang) 8pg - 6 ptg , Pasar Kuala Berang 8pg - 11pg |

Lain-lain negeri akan diberitahu kendian. sebarkan pada semua

Isu PRK Dun Kajang: Nik Aziz Muak Dengan Media Umno



Kenyataan Nik Aziz

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Tuntut Keadilan Buat Jururawat Seluruh Malaysia

Terlalu banyak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat2 seluruh Malaysia. Ada yang telah pun mengadu pada saya melalui suami mereka.

Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama..

Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.

Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:
1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.
2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja)
3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.
4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?
5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.
6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.

Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka.


Saya kat sini nak tekankan isu Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.

Kita bermula dengan focus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM..

Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda..

Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit lah masalah jururawat ini ..

Lama dah mereka tak selesa dengan pakaian macam nie sebab banyak saja mata liar mencuci mata..

Tuesday 28 January 2014

KANTOI! KANDUNGAN GULA DALAM PEK BUNGKUSAN TIDAK CUKUP 1 KILO


Gula sekilo yang tak berapa nak sekilo.
Dulu sekilo sekarang dah turun, kenapa tak puji kerajaan?

Ha ha ha ha ha...

Harga sekilo gula pasir selepas Najib Razak umumkan ditarik sepenuhnya subsidi oleh Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan beliau pada pembetangan Bajet 2014 tahun lalu ialah RM2.84sen sekilo.

Sekarang apa bila rakyat mula sedar di tipu.. Kandungan gula sekilo tidak mengcukupi 1kilo..

Harga semakin hari semakin meningkat.. Tak kan kandungan gula pon mula berkurang..

Adakah ini satu mekanisma kerjaan untuk menjaga kesihatan rakyat malaysia..

Jelas rakyat telah ditipu mentah-mentah oleh kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Monday 27 January 2014

Rumah Chegu Bard dan Edy Noor di Serbu Polis Berkaitan Himpunan TURUN Dataran Merdeka


Protes Turun Dataran Merdeka: Rumah Chegubard dan Edy Noor Diserbu

Sekitar jam 8 malam, rumah Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan di Setia Alam dan rumah Pengasas SAMM, che'GuBard di Bukit Chedang telah didatangi pihak polis dari IPK Kuala Lumpur bagi tujuan menghantar sapina. Pihak polis hadir dengan kekuatan lebih kurang 10 anggota dengan tiga kenderaan polis hampir serentak di kedua-dua rumah pimpinan SAMM.

Menjadi persoalan, mengapa begitu ramai anggota polis yang diguna untuk menghantar sapina? Lebih 20 anggota polis untuk hantar sapina di dua lokasi adalah pembaziran sumber tenaga, sepatutnya boleh mengekang lebih banyak jenayah malam ini.

che'GuBard dan Edy Noor yang berada di rumah masing-masing menerima sapina tersebut, telah diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 29 Januari 2014 pada jam 8 pagi bagi menjawab pertuduhan kononnya telah menganjurkan sebuah himpunan di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Menurut sapina yang dikemukakan, ia bersangkutan perlanggaran seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, kesalahan seksyen 9(5) dibaca bersama seksyen 34 kanun kesiksaan.

SAMM sekali lagi menegaskan bahawa himpunan protes Turun pada malam ambang tahun baru adalah anjuran rakyat yang terkesan dengan kenaikan berangkai kos sara hidup, mengapa ini sukar difahami?

Perhimpunan pada malam tersebut juga berlangsung dengan aman, tidak seperti yang digambarkan secara melampau oleh pihak polis kononnya ada kerajaan yang bakal terguling, kononnya terdapat bom tangan. SAMM minggu lalu telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis KL yang menabur tomahan dan telah mendesak supaya PDRM mendedahkan hasil siasatan 'himpunan guling kerajaan' tetapi sehingga hari ini pihak polis masih berdiam diri.

Justeru itu, che'GuBard dan Edy Noor juga telah menyatakan kesediaan untuk hadir perbicaraan Rabu ini di Mahkamah Jalan Duta. Pengamal media dijemput hadir bagi membuat liputan.

Rakyat yang menyokong penurunan kos sara hidup juga diminta untuk terus bersama dalam perjuangan membebaskan tanahair ini dari segala bentuk penindasan.

Sekian

Isamuddin Sanusi
Pengarah Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PANAS! Apabila Anak Muda Bersuara Soal Politik Pakatan Rakyat




"Buat yg belum tahu, jentera dalaman BN telah lancar kempen ARS di Selangor iaitu Agenda Rampas Selangor menuju Pru-14. Maka sekiranya Pakatan masih leka, mimpi BN akan menjadi nyata.

Perbalahan dalaman perlu diselesai segera sebelum rakyat dan anak muda seperti kami mula naik menyampah dengan karenah politikus yg dungu. Kalau perkara ni masih berpanjangan, BN tak payah kerja kuat pun dah boleh rampas Selangor.

Tolonglah jangan buat satu negeri ni macam lu punya parti yang punya. Selangor bukan milik mutlak PKR semata, Penang bukan milik DAP sepenuhnya, Kelantan bukan milik Pas selamanya, ianya berdasarkan kesepakatan bersama.

Anak muda memang dah tak percaya kat BN tapi jangan bagi modal free kat regim ni! "

Safwan Anang

Orang Melayu Panas Hati Dengan Tindakan Perkauman Guan Eng Terhadap Orang Melayu Kubang Semang














Cina Guan Eng terkenal dengan sifat rasis mengikut fahaman mazhab umno..

Ternyata fahaman mazhab umno tidak boleh pakai sama sekali yang sering kali terkenal dengan parti perkauman itu.

Turut kelihatan dalam majlis ini Salleh Man adun Permatang Pasir..

Kita yang mempunyai akal fikiran boleh menilai sendiri adakah ini satu tindakan rasis dari pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Berita yang di laporkan Harian Metro

Kegembiraan seorang ibu dijangka melahirkan bayinya hari ini terbantut selepas rumah didiami bersama suami, madu dan 13 anak di Kampung Kubang Semang di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran jam 8.25 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku hanya selepas lima minit ibu berkenaan menjejakkan kaki ke rumah sewanya itu untuk mengambil pakaian dan barang keperluan sebelum bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan bayinya.

Kebakaran itu turut menyebabkan tiga lagi keluarga menyewa rumah berkenaan tinggal sehelai sepinggan selepas hangus dijilat api marak dengan pantas menyebabkan penghuninya gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Ketika kejadian Syarifah Mohd Taib, 41, baru pulang dari klinik kesihatan berhampiran selepas selesai memeriksa kandungannya kini sudah berusia lebih sembilan bulan dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.


PENGHUNI rumah memeriksa rumah yang terbakar di Kampung Kubang Semang, semalam.

Katanya, ketika itu dia dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan anak.

Noh Omar Batal Debat Jadi Bahan Jenaka Rakyat Malaysia


Berdegar-degar perjuang kalimah Allah tapi bila ajak berdebat boleh pulak berdolak dalih.. Awat takut ka kalau rakyat faham siapa yang sebenarnya benarkan kalimah Allah di gunakan dalam bible..

Sendiri ajak debat, sendiri batal debat.. Bacoi sungguh..

PANAS! ISU ROBOH SURAU DI PULAU PINANG


Roboh surau tak tepat, nasihat YDP MPSP kepada media

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Walaupun Jawatankuasa Surau Taman Penaga Permai sendiri bersetuju untuk memindah 'shed' surau berkenaan yang dikenalpasti memasuki kawasan tanah tadika, bangunan tadika tersebut juga akan dibelakangkan dari kedudukan asal sebagaimana didapati dalam Pelan Kebenaran Merancang.

Respons Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif itu sekaligus menolak laporan tidak tepat yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian pada 17 Januari lepas.

"Kita (MPSP) mengambil 'situasi menang-menang' pada saya, MPSP tidak roboh surau itu sebagaimana dilaporkan Sinar Harian dan Berita Harian.

"Elok dapat maklum balas kedua-kedua pihak sebelum siar satu-satu berita," nasihat Maimunah tengah hari tadi pada satu sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan beberapa Ahli Majlis antaranya Tan Cheong Heng, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media sejurus selesai mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Sebelum itu, Maimunah berkata, Pelan Kebenaran Merancang Taman Penaga Permai yang diluluskan MPSP antara lain mensyaratkan pemaju menyediakan tapak serta membina surau dan tadika di atas sebidang tanah yang saling bersebelahan.

Difahamkan, MPSP telahpun meluluskan pelan bangunan surau dan pelan bangunan tadika secara serentak.

Pun begitu, pemaju hanya siap memajukan bangunan surau tersebut, yang telahpun digunakan oleh komuniti umat Islam setempat.

Pemaju tidak dapat menyerahkan bangunan tadika itu kepada MPSP, ekoran projek pembangunan fasa akhir tersebut tidak dapat diteruskan.

Ini kerana, 'shed' atau bumbung julur surau yang dibina oleh jawatankuasa surau berkenaan berada di dalam tapak yang sepatutnya dibina bangunan tadika.

Justeru, Maimunah pada 9 Januari lepas memanggil pengerusi jawatankuasa surau, Khairul Anuar Abdul Rahman, wakil pemaju, wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta Jabatan Teknikal MPSP untuk berbincang isu berbangkit tersebut.

Hasil perbincangan itu, antaranya, semua pihak bersetuju untuk mengubah 'shed' tersebut, bukan merobohkan Surau Taman Penaga Permai seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.

Panas! Debat Kalimah ALLAH, Sinar Tarik "Hand Break" Last Minit Selepas di Gertak Perkasa




Semalam laporan FMT Perkasa mahu Sinar Harian membatalkan debat.

Ibrahim Ali kata untuk kebaikan Islam, tidak perlu debat antara mereka mengenai isu kalimah Allah daripada aspek undang-undang.

Tambah dia lagi debat  ini akan banyak mudaratnya dan keburukan kepada Islam.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu menambah memang terbukti dengan langkah itu bahawa ahli politik dan akal fikiran tiada kena mengena dengn satu sama lain.

“Terus terang debat yang ingin dibuat itu menghina mahkamah, kerana kes ini masih dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibincang atau diulas oleh mana-,mana pihak,” katanya.

Ibrahim berkata siapa yang menjadi penasihat kepada mereka berdua ini manakala akhbar Sinar Harian seperti biasa mendapat keuntungan dan perhatian lebih utama daripada Islam.

"Fikirlah sebelum banyak lagi kekeliruan sesama Islam dan bukan Islam bertepuk tangan,” katanya lagi yang menghantar sms dari Mekah.

Kenapa Brahim Ali Takut?

Laporan Sinar
Debat kalimah ALLAH dibatalkan

SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014) terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.

Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.

Sinar takut dengan ugutan Perkasa?
Ajak sekali alim ulamak jadi moderator atau penegur..

Jawab! Siapa Tokoh Melayu Yang Boleh Kita Ikut? Tanya Ungku Aziz


Pada masa kini, tiada ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh.

Ini adalah luahan hati Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid yang berpendapat seorang tokoh itu harus garang dan bersemangat.

“Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut?Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

“Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

“Pemimpin seperti Sir Winston Churchill, beliau tak suka kompromi. Pemimpin seperti Churchill berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?” tanya Ungku Aziz dalam satu wawancara yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Ungku Aziz berkata isu perpaduan dan perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, malah, ia juga berlaku antara Melayu kota dan Melayu desa, Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS dan PKR serta antara orang Melayu yang muda dengan tua.

***
Melayu Kota dengan Internet
Melayu Desa dengan TV3

Melayu Umno dengan Utusan
Melayu PAS, PKR & DAP dengan Harakah, Suara Keadilan & Roket Kini

Melayu Muda Berani Berubah
Melayu Tua Masih dengan Perjuangan yang Lama

Sunday 26 January 2014

Kesian Himpunan TURUN 2.0 Tidak Mendapat Sambutan Seperti Anjuran Perkasa/Umno













Himpunan geng umno di tempat yang sama



Alhamdulilah himpunan hari ini berjalan lancar.. Tiada prvokasi, tiada pertumpahan darah..

‘Himpunan Turun 2.0’ pada hari ini 26hb Januari 2014 mulai jam 2.00 ptg di Tapak Parkir Sunway Business Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Himpunan yang bermula jam 2 petang ini bagi membantah kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain menolak isu perkauman.

Ini isu ekonomi, kemiskinan rakyat dan membantah kenaikan harga barang. Tak ada kena mengena dengan isu perkauman.

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin, Chegu Bard dan Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.