VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 31 January 2014

Adakah PRK Kajang Akan Bawa Kesenangan Atau Membodohkan Rakyat


Sebagaimana selalu, setiap kali ada pilihanraya kecil maka turunlah pelbagai jenis bantuan dan habuan untuk rakyat. Menteri dan timbalan menteri juga berebut-rebut turun membawa pelbagai jenis buah tangan dan gula-gula. Ketika pilihanraya kecil jugalah diketahui banyak orang miskin, orang susah, orang tidak berumah, orang kelaparan, hidup melarat, tiada bekalan letrik dan air bersih serta pelbagai kepincangan lain dalam masyarakat.

Semua golongan yang terpinggir ini dikunjungi dan diberi bantuan untuk menunjukkan baik hatinya kerajaan yang ada.

Seolah-olah ketika pilihanraya kecil sajalah kerajaan menjadi sangat prihatin dan baik hati. Semua masalah cuba diselesaikan, apa kesusahan pun cuba dibantu. Kadangkala bantuan diberi tanpa diminta dan ianya datang seperti rezeki yang tiba-tiba turun dari langit.

Itulah fenomena biasa setiap kali pilihanraya kecil di Malaysia ini. Kajang yang sedang hangat dengan isu adun letak jawatan juga tidak terkecuali, bahkan suasananya lebih membara daripada mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini.

Untuk mencapai semua matlamat yang berbeza-beza itu, menjelang hari pengundian nanti, bukan saja Najib Rosmah dan Muhyiddin akan menumpukan lebih banyak masa di Kajang, bahkan beberapa menteri dan timbalan menteri yang lain juga akan terus turun silih berganti membawa habuan dan buah tangan untuk pengundi di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.