VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 31 October 2014

Kenaikan Tambang Bas Ekspress : Jangan Tambah Derita Rakyat



Siaran Umum
31 Oktober 2014

Kenaikan Tambang Bas Ekspress : Rejim Putrajaya Jangan Tambah Derita Rakyat

Kerajaan Pemerintah seringkali menggunakan alasan bahawa rasionalisasi subsidi bahan bakar Petroleum akan memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. Penjimatan yang terhasil ekoran daripada rasionalisasi itu akan digunakan untuk menambahbaik pengangkutan awam.

Namun, hari ini segala kata-kata itu terbukti meleset setelah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan cadangan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30%. Hal ini ekoran daripada kesulitan operator bas ekspress yang menanggung beban peningkatan kos operasi kerana kenaikan harga bahan bakar diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berulang kali menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi ini akan memunculkan kesan rantaian terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Namun, Kerajaan Pemerintah yang pekak dan buta ini tidak mampu melihat dan mendengar rintihan hati rakyat kebanyakan.

Semasa rejim Abdullah Badawi menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter juga menggunakan alasan yang sama. Namun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada 2011 mendedahkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta. Pemerkasaan yang diingini tidak berlaku tetapi kerugian yang membesar pula yang berlaku.

Kegagalan rejim Putrajaya mengurustadbir hasil negara ini dengan baik telah menyebabkan ketidakmampuan negara untuk mengekalkan pemberian subsidi bahan bakar petroleum. Putrajaya sepatutnya tidak meneruskan hasrat merasionalisasikan subsidi bahan bakar sebaliknya membuat penilaian terhadap pelaburan-pelaburan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terus mencipta kerugian besar.

Sebagai contoh 1MDB yang mencatatkan kerugian hampir RM35 billion merupakan antara siri kegagalan Putrajaya yang akhirnya mengempiskan kantung perbendaharaan negara. Keputusan pelaburan yang merugikan perlu dihentikan segera. Putrajaya tidak sepatutnya mengheret rakyat menanggung beban ketidakmampuan rejim ini untuk memerintah.

SAMM mendesak Putrajaya untuk menilai semula cadangan kenaikan 30% ini. Kenaikan ini adalah terlalu tinggi dalam keadaan rakyat bergelut dengan tekanan kenaikan kos sara hidup. Apa pilihan lagi yang ada pada rakyat sekiranya tambang bas ekspress ini juga dinaikkan dengan drastik? Hendak memandu sendiri bebanan kos minyak dan tol menjadi perkiraan, hendak naik bas ekspress juga tambang sudah menjadi begitu mahal.

Sehubungan itu juga, SAMM menegaskan agar Putrajaya tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan dalam membuat keputusan yang menjejaskan kualiti hidup rakyat. Cukuplah dengan kesilapan bodoh membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan dalam perbelanjaan negara, menubuhkan GLC yang hanya tahu mencipta kerugian dan juga merasionalisasikan subsidi. Janganlah ditambah derita rakyat ini lagi.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, 29 October 2014

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014, SIMBOL PENYATUAN SEMANGAT KESUKANAN



Kenyataan Media
29 Oktober 2014

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014, SIMBOL PENYATUAN SEMANGAT KESUKANAN

Sekalung tahniah buat Pahang FA (Tok Gajah) dan Pasukan JDT (Harimau Selatan) kerana kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2014. Kedua-dua pasukan telah berusaha keras melalui liku-liku getir sehingga berjaya melayakkan diri ke pentas akhir yang dijadual berlangsung pada 1 November di Stadium Bukit Jalil.

KEBANGKITAN SEMULA KEGEMILANGAN BOLASEPAK DOMESTIK

Mengimbau kembali era kemahsyuran bolasepak negara di zaman 60an hingga awal 90an, dapat dilihat fenomena setiap perlawanan dalam liga Malaysia dipenuhi oleh penyokong pasukan masing-masing. Puluhan ribu membanjiri stadium walaupun hanya perlawanan liga.

Di pertengahan 90an pula, ia sedikit merosot apabila beberapa pemain mula terpalit dengan gejala rasuah yang menghancurkan bolasepak tempatan. Ia menyebabkan sambutan orang ramai semakin berkurangan malah arena bolasepak luar negara pula yang menjadi perhatian seperti liga inggeris dan sebagainya.

Namun hari ini walaupun rekod pasukan kebangsaan agak terumbang-ambing, tetapi liga kebangsaan khususnya Piala Malaysia memperlihatkan sambutan yang memberangsangkan. Liga bolasepak yang berkualiti mampu melahirkan pemain yang hebat untuk mewakili negara. Ini yang harus diterapkan dan SAMM menggesa supaya format liga dikekalkan dan tidak diubah sewenangnya.

SAMM juga bersetuju dengan beberapa usaha revolusi dan mereformasikan persatuan bolasepak contoh seperti TRW (Kelantan) dan JDT (JohorFc ) demi kemajuan bolasepak liga domestik. Malah, FAM juga patut direvolusikan dari sebuah persatuan kepada sebuah badan korporat yang profesional dan berdaya saing.

ELAK BUDAYA SAMSENG BOLASEPAK MENULAR

Adalah amat mengecewakan di kalangan sesetengah peminat apabila timbulnya budaya samseng atau juga dikenali sebagai "HOOLIGANISMA" di kalangan peminat bolasepak negara. Budaya hooliganisma ini sudah lama mencemar arena bolasepak Eropah sehingga ada yang meragut nyawa. 

SAMM Pahang dan SAMM Johor mengharapkan pihak berwajib seperti FAM dan PDRM dapat menangani serta membendung gejala ini daripada berulang kembali di pentas final nanti. FAM juga perlu mengekang cara pembahagian tiket perlawanan agar lebih adil dan saksama.

SAMM juga menyeru mana-mana peminat sama ada dari Pahang atau Johor supaya tidak membawa semangat kenegerian yang melampau, tetapi jadikan ia semangat kesukanan antara kita. Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan. Jadikan perlawanan ini sebagai satu simbol penyatuan, bukan perbalahan.

Perlu diingat dalam saingan liga yang semakin kompetitif saat ini, pemain sudah mula berhijrah dan mewakili kelab dan negeri yang bukan kelahiran asal mereka. Oleh yang demikian sama ada pasukan Kelantan, Felda Pahang, JDT, Selangor atau Kedah sekalipun yang harus kita pandang adalah mereka-mereka ini membawa semangat negara Malaysia.  

Sokongan kita sebagai peminat akan menyuntik semangat atas satu harapan bolasepak Malaysia kembali gah semula ke pentas antarabangsa. Bolasepak adalah medium penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia, jangan cemari hak rakyat ini dengan ketegangan antara dua negeri yang bertanding di perlawanan akhir.

Hogoh Pahang Hogoh / LuaskanKuasaMu

Kenyataan bersama

Amirul Syazwan
Penyelaras
SAMM PAHANG

Dan

Hadzril Ridzal
Penyelaras
SAMM JOHOR

Tuesday, 28 October 2014

Gambaran Suasana 3 Lokasi Berbeza Malam Sebelum Perbicaraan Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim










Azmin Ali berada di MBSJ.. saya sempat hadir dan perdengarkan Ucapan beliau.. secara terangab sempat menghentam UMNO habis-habisan selain mengukir ikrar untok bekerja demi Rakyat Selangor..

dan paling 'asyik' bilamana dia bertegas isu Sampah dan kesusahan warga Selangor.. sekian laporan saya..

(1) Kediaman Datuk Sri.. suasana tenang - penyampaian ceramah oleh saorg Ustaz (xtahu nama) selain dari bercerita akhlak dan keperibadian Rasulullah, ada juga ingatan dan pesanan beliau terhadap DSAI agar senantiasa Istiqomah dan Kuat!

Peristiwa meruntun jiwa den - Tatkala bercucuran air mata DS Wan Azizah apabila DSAI berpesan kepada beliau supaya "Tabahlah!"

(2) UM - Kehadiran dianggarkan lingkungan 5K dengan berlaku sedikit ketegangan bilamana terdapat kejadian Tolakan pagar UM yg bertutup.. Media Massa (lidah UMNO) dok citer saolah ianya adalah Rempuhan, sedangkan tidak - Partipisasi Anak Muda dan Pelajar serta laungan Reformasi dan Student Power mengisi ruang langit Dewan DTC... Dan boleh dikatakan DSAi memfokuskan ucapan perihal "Akademi yg lebih Demokratik" - selain pesanan beliau kpd Anak Muda untok terus mencorakkan negara.. turut hadir - YB N.Izzah dan DS Wan Azizah, YB Raff, YB Shamsul, Sdr Suhaizan Kayat, Sdr CB serta gengsi penggerak Anak Muda.. termasuk sdr Safwan Anang..

(3) Stadium 3k - Suasana agak biasa, kehadiran org ramai tidak pun memenuhi ruang legar stadium.. disinilah kebanyakan AMK berhimpun turut serta memberi ceramah adalah MB Selangor Baru...
Punyai slot tayangan Reformasi98..
speech DSAI:- (mungkin amanat teraher) - Beliau tidak risau kerana Impak perkumpulan Anak Muda yg bakal mencorakkan Negara (refleksi Himpunan UM) - meminta agar sakalian Rakyat agar terus kuat melawan pemerintahan yg condong..

sekian jerk!

Sumber dari Sahabat

Monday, 27 October 2014

Kuarantin Peserta Acara Marathon Bagi Mengelak Penularan Wabak EbolaDi Pulau Pinang



Kenyataan Media
27 Oktober 2014

Kuarantin Peserta Acara Marathon Bagi Mengelak Penularan Wabak Ebola 

Dunia dikejutkan dengan virus Ebola iaitu sejenis penyakit demam berdarah. Penyakit epedemik yang masih tiada sebarang vaksin dan penawar boleh membawa maut, kini menular di beberapa buah negara luar khususnya negara Afrika. 

Baru-baru ini Negara Malaysia telah dikejutkan dengan berita seorang penuntut warga negara Nigeria berusia 24 tahun, dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menunjukan tanda-tanda awal jangkitan Ebola.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesa Kementerian Kesihatan menjelaskan situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sekeliling tidak panik.

Dalam masa yang sama, Kerajaan negeri P.Pinang melalui Penang Tourism sedang dalam persiapan akhir menganjurkan satu acara larian tahunan antarabangsa iaitu Penang Bridge International Marathon 2014 yang akan berlangsung pada 16 November 2014. Acara marathon seperti ini amat mendapat perhatian dari warga afrika, termasuklah dari negara yang terbabit dengan wabak ebola.

Sehubungan itu SAMM menyarankan supaya Kementerian Kesihatan memperketatkan pengesanan dan kawalan pintu masuk antarabangsa untuk setiap peserta acara tersebut. Meletakkan mesin pengimbas suhu badan di pintu sempadan semata-mata adalah tidak mencukupi. Sebaliknya, pihak berwajib harus mengenakan saringan berkuarantin khususnya terhadap pelawat dan pelancong dari negara yang terkesan wabak ebola.

SAMM memandang serius terhadap tahap kesihatan peserta-peserta acara larian tahunan Penang Bridge International Marathon 2014 dan turut mengharap agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memasti tahap kesihatan peserta acara tersebut terjamin.

Penularan wabak ebola ke atas negara ini harus disekat secara serius, langkah pencegahan yang efektif amatlah dialu-alukan.

Sekian,

Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Manfaatkan Kompleks Perumahan Kerajaan Yang Terbiar



Siaran Umum
27 Oktober 2014

Manfaatkan Kompleks Perumahan Kerajaan Yang Terbiar

Pemikir Kaum Muda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengutuskan sepucuk surat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Johor berhubung keperluan untuk memanfaatkan semula kompleks-kompleks perumahan Kerajaan yang terbiar.

Dengan sedikit kerja-kerja membaikpulih lot rumah dan keperluan asas yang lain, kompleks perumahan ini dapat diguna sebagai rumah transit yang membolehkan anak-anak muda menyewa selama 2 tahun atau ditawarkan kepada mereka dengan menggunakan kaedah sewa-beli pada harga yang berpatutan.

Dengan mengambil contoh, kompleks perumahan Kerajaan Daerah Muar yang terletak di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar yang telah terbiar begitu lama, adalah amat menyedihkan kompleks perumahan yang mempunyai puluhan rumah tidak dapat memberi manfaat kepada warga yang memerlukan rumah.

Adalah amat merugikan jika kita telah mengeluarkan kos pembinaan projek perumahan Kerajaan tersebut dan kini akhirnya ia tidak lagi digunapakai. Sekurang-kurangnya Kerajaan akan dapat memungut sedikit hasil daripada sewa lot-lot rumah yang ada ini.

Selain itu juga, dengan perubahan status kompleks ini juga dapat menjimatkan sedikit kos untuk membina kompleks perumahan transit yang baru dan juga dapat menambah jumlah perumahan transit berbanding yang dirancangkan seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda untuk menduduki rumah jenis ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

P/S Gambar yang dilampirkan adalah kompleks perumahan Kerajaan Daerah Muar seperti yang dinyatakan dalam Siaran Umum diatas

Presiden Panglima Mendesak Ayahanda Seluruh Malaysia Turun Padang BASMI Isu Sosial Bersama


Kenyataan Media

Presiden PANGLIMA MALAYSIA sulaiman ibrahim/LemanRL menegur dan mendesak semua ayahanda dan ahli2 pertubuhan yg melaungkan slogan islam dan melayu harus turun padang memantau dan membasmi isu sosial bersama dengan pihak berkuasa bg membendung gelaja judi dan pelacuran diseluruh negara.

Isu judi dan pelacuran yg haram dalam haram ini bukan perkara baru tetapi ianya sudah berdekad menghancurkan anak2 muda islam terutama org melayu di negara ini.kita harus memandang serius perkara ini seandainya kita sayangkan islam dan generasi melayu untuk memajukan diri dalam negara ini.

Seandainya ngo2 yg melaungkan slogan islam dan melayu ini bertanggungjawab dan tegas dalam perjuangannya, kemungkinan sudah lama tauke2 besar yg berani bergiat aktif ini akan takut dan mungkin akan berkurangan.

Ngo2 yg kebanyakan terdiri daripada orang melayu jangan jadi pak turut dan tukang angguk seandainya isu ini berleluasa.kerana ia melibatkan masa depan anak2 muda melayu islam itu sendiri.

Tahun demi tahun, isu mesin judi slot dan pelacuran ini tumbuh seperti cendawan dimalaysia.PANGLIMA MALAYSIA berharap,Ngo2 ini tegas dan bertanggungjawab dalam melaungkan slogan yg disampaikan.

Sulaiman ibrahim/LemanRL
Presiden PANGLIMA MALAYSIA
Pertubuhan Angkatan Belia Belia Bersama Ulama

27 okt 2014
Kuala Lumpur

Suara Orang Kampung: Kerajaan Lemah Mengatasi Kejatuhan Harga Getah



Kenyataan media

tujuan protes harga getah ialah, menyuarakan ketidakpuasan hati kelemhan pentadbiran lembaga getah malaysia dan kerajaan malaysia dalam mengatasai masalah kejatuhan harga getah dunia.

mereka ( kerajaan malaysia )tidak cuba mencari pasaran baru untuk mengatasi masalah lambakan getah yg ada dimalaysia.penoreh getah begitu tertekan dengan kejatuhan harga getah yg begitu mendadak dan dalam masa yg sama kos taraf hidup rakyat meningkat dengan pemotongan subsidi minyak.

penoreh getah yg bergantung hidup dengan hanya menoreh sahaja merasakan kerajaan malaysia perlu membuat sesuatu untuk mengatasi masalah keruncingan ini.perhimpunan ini adalah hanya sebgai permulaan .ngo suara org kampung akan menyusun dengan lebih besar perhimpunan akan datang bg menunjukkan protes dimasa akan dtg seandainya kerajaan malaysia masih lagi tidak menghapuskan sistem org tengah yg menetapkan harga runcit getah.

kerajaan perlu mengambil alih semula pengurusan jual beli getah memandangkan pihak swasta mengaut keuntungan yg tinggi dan secara tidak langsung memerah tenaga rakyat miskin dibawah.

sulaiman ibrahim@leman raja lawak
pengerusi
Ngo Suara org kampung

Pentadbiran Universiti Malaya Perlu Berhenti Jadi Pengampu Rejim Penguasa



Siaran Umum
27 Oktober 2014

Pentadbiran Universiti Malaya Perlu Berhenti Jadi Pengampu Rejim Penguasa

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras arahan yang dikeluarkan oleh pentadbiran Universiti Malaya yang mengancam untuk mengambil tindakan keras terhadap pelajar yang menghadiri program Pidato Anwar Ibrahim. Ini menyerlahkan betapa teruknya IPT dicengkam secara songsang oleh rejim Penguasa.

2. Universiti Malaya sebagai universiti tertua dalam negara seharusnya mengamalkan kebebasan akademik dan meraikan kematangan para pelajar untuk mendengar pidato-pidato daripada tokoh politik merentasi sempadan parti supaya mereka dapat menilai dan memahami perjalanan politik tanahair.

3. Tindakan pentadbiran Universiti Malaya ini juga merupakan contoh paling klasik mengapa taraf universiti kita semakin merosot dan hilang daya saing di peringkat dunia. Ia bukanlah kerana mutu para siswazah kita tetapi sikap bebal pentadbiran universiti yang hanya tahu mengampu tuan-tuan politik Penguasa semata-mata. Tetapi, hilang idea untuk membentuk acuan siswazah yang berdaya saing.

4. Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga Pro-Canselor UM telah menitahkan mengenai kepentingan minda terbuka yang akan menyuburkan perasaan sabar dan toleransi untuk bersedia mendengar hujah yang berbeza betapa sekali tidak dipersetujui. Minda terbuka ini akan memberikan ruang untuk membolehkan lahir dan tumbuhnya idea baru, menyemarakkan budaya inovasi dan menyuburkan minda kreatif. Tetapi tindakan pentadbiran UM ini bertentangan dengan kehendak minda terbuka seperti yang dititahkan oleh Pro-Canselornya sendiri.

6. Pentadbiran Universiti Malaya juga seharusnya memahami bahawa usaha membina negara bangsa ini bukan bermaksud kita perlu menanam di dalam minda pelajar kita untuk hanya memihak kepada parti penguasa semata-mata tetapi sebaliknya turut mengakui kepelbagaian faham politik. Universiti seharusnya memainkan peranan penting bagi mengelakkan pelajar mewarisi iklim politik jumud dan ketaksuban melampau yang tidak dapat menerima kepelbagaian sudut pandang politik.

7. SAMM juga ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Presiden MPPUM yang sanggup berdepan dengan tindakan pihak pentadbiran universiti termasuklah disingkir dari pengajian. Ini membuktikan kehendak para pelajar Universiti Malaya yang ingin mengangkat kebebasan akademik dalam universiti tersebut.

8. Sehubungan itu, SAMM menyeru setiap pelajar Universiti Malaya untuk membanjiri Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya bagi menunjukkan solidariti membebaskan Universiti Malaya daripada cengkaman hegemoni songsang penguasa dan juga menolak sikap profesor-profesor kangkung yang melacurkan prinsip mereka dalam mendidik anak bangsa yang merdeka ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.