SPR dikritik kerana gagal mengambil tindakan terhadap mereka yang berdaftar dua kali sebagai pengundi.
Ia berikutan pendedahan kepada penemuan SPR terhadap 60 individu yang cuba berdaftar sebagai pengundi pos (polis/tentera) pada masa yang sama sebagai pengundi biasa.
Dalam pertemuannya dengan SPR, Pakar Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu jelas merupakan perlanggaran kepada Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
“Seksyen ini menyatakan sesiapa yang ‘diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih’ jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali,”
Paling mengecewakan, menurut Kian Ming, SPR enggan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang cuba memanipulasi daftar pemilih sambil merujuk kepada Appendik 1.