VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 13 October 2018

Adakah 'Menjual Parti' Sama Dengan Menjual Gula?


Jual Parti Sama Dengan Jual Gula?

Analogi Presiden Pas - kalau peruncit menjual gula, ia tak perlu bertanya dari mana pembeli gula itu mendapat wang.

Adakah 'menjual parti' sama dengan menjual gula?

Gula tidak hilang manis sekalipun dibeli dengan duit rompakan.

Prinsip dan hala tuju perjuangan parti rasanya boleh melencong dek termakan umpan. Apa tah lagi umpan parti lawan. Sama sahaja parti Islam atau bukan. Kalau termakan umpan, tentu tergadai dan berpusing hilang pedoman.

Itu bukan korupsi?

Lebih dahsyat lagi kalau yang diterima itu pun duit korupsi.

Jadi, usahlah Ustaz Hadi melalut kepada 'apa dia buat masa jadi exco' kerana saya tidak seburuk pandangan serong Ustaz Hadi pada saya. Jauh sama sekali.

Kalau terima, katakan terima.

Usah berdalih kononnya tak perlu usul periksa. Nampaknya, Ustaz Hadi mengaku Pas dah 'jual gula'.
Oh, Ustaz Hadi.

YB Husam Musa
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
12 Oktober 2018.

===
Pautan : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/siasat-juga-husam-1.890882

Friday, 12 October 2018

Pengundi Luar Port Dickson Anda Penentu Anwar Ibrahim PM ke-8


11,070 pengundi 'setakat' ini dikesan berada diluar .....

Merayu kepada semua pengundi Port Dickson dirayu pulanglah 13 Okt ini dan tunaikan tanggungjawab dan ambil peluang menyatakan sikap dalam PRK PD

#Anwar4PD
#melengkapperubahanrakyat

** Taiping dalam gambarajah Salah eja, sebenarnya Tampin

Thursday, 11 October 2018

SALAHKAH LANTIK AHLI POLITIK JADI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU)?



Ada mengatakan salah kerana ini melanggar manifesto pilihan raya. Tetapi bagi saya apa masalahnya jika mereka layak dan pelantikan mereka boleh memberikan kebaikan.

Yang salahnya ialah lantik ahli politik yang ada masalah integriti, dan lantik ahli politik memegang dua atau tiga jawatan. Atau dalam konteks universiti, lantik mereka yang menyekat kebebasan akademik.

Jika melantik Pengerusi LPU, saya fikir melantik bekas ahli akademik yang sekarang menjadi ahli politik tidak melanggar manifesto pilihan raya. Kita memberikan jawatan sesuai dengan kelayakannya. Kita perlukan sumbangan kepakaran orang seperti ini.

Saya yakin pelantikan bekas ahli akademik sebagai Pengerusi LPU adalah terbaik untuk pembangunan universiti. Malah inilah yang sepatutnya dipraktikkan kerana meletakkan orang yang sesuai di tempatnya.

~MAY

Kenapa Pembangkang Sanggup Ingkar Perintah Agung di PRK Port Dickson?


Telah dimuktamadkan oleh YDP Agong bahawa telah berkenan berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar.

Malah dalam surat pengampunan DSAI dari pihak istana kepada pihak penjara NYATA tertera "PERINTAH PENGAMPUNAN PENUH DAN PEMBEBASAN SERTA MERTA".

Ini bermaksud pengampunan tersebut menyatakan perintah pengampunan penuh & pengampunan bebas.

TETAPI KENAPA pembangkang terutamanya PAS yang paling lantang bertegas pertikai keputusan Agong itu dengan tegas menyatakan Anwar tak layak bertanding walaupun telah diberi pengampunan Agong ??!

Adakah ini taktik jijik kotor PAS untuk memastikan PAS boleh menang mudah di PRK Port Dickson nanti..?

Monday, 8 October 2018

Pengalaman Pintu Hotel di Ketuk Oleh Pegawai Jabatan Agama Islam




Gambar (Hiasan) Operasi Tangkap Khalwat

Rentetan dari kenyataan Dr Mujahid yg telah diputarbelitkan pihak media mengenai isu jenayah khalwat, ini cerita seorang sahabat..

Pengalaman saya sendiri ketika menginap di hotel di Seremban atas urusan kerja, pintu diketuk oleh jabatan agama. Dia check samada berpasangan atau tidak.

Saya bertanya dengan receptionist, mereka berkata malam ni ada operasi. Penguatkuasaan hanya lihat nama pada senarai receptionist.

Semua bilik yang dia sangsi dia akan ketuk.

Depan bilik saya ada sepasang suami isteri berpawatakan Ustaz. Dia pun terkena & dialah orang yang paling marah dengan penguatkuasaan kerana mengganggu privasi dia sekeluarga sehingga menakutkan isterinya.

Bila saya turun ke lobi hotel kelihatan beberapa pasangan ditahan yang masih disiasat status hubungan mereka (mungkin sah) tapi tak bawak sijil nikah. Yang perempuan menangis, yang lelaki ketakutan, sambil ditonton oleh orang disekeliling termasuk saya. Allahuakbar.. mengaibkan mereka.

Pengalaman kedua saya di Selatan tanah air pun sama, bilik sebelah saya diketuk oleh penguatkuasaan macam nak roboh pintu. Saya yang disebelah ketakutan, nak jenguk pun takut & menunggu bilik saya diketuk namun selamat.. mungkin mereka pergi ke bilik sasaran sahaja.

Inilah yang Dr. Mujahid cuba lakukan.
Bukan kerja Jabatan Agama ketuk setiap bilik yang ganggu ruang privasi manusia.

Apa yang Dr. MAZA cakapkan adalah betul, jelas & nyata.

Kenyataan Dr. Mujahid telah diputar oleh media masa yang boleh mendatangkan fitnah. Saya mendoakan beliau diberi kekuatan dalam berhadapan dengan segala fitnah & putarbelit ini.

Islam itu indah, bukan mengaibkan & menakutkan.

Wallahu'Alam..

~Azman Mohd Nasir

Kenyataan Mujahid Selari Dengan Kenyataan Allayarham Tuan Guru Nik Aziz


Kenyataan YB Dr Mujahid Yusoff Rawa Selari Dengan Kenyataan Allayarham Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Suatu Ketika Dahulu Tentang Cara Yg Di Syorkan Oleh Agama Islam Dalam Agenda Membendung Perlakuan Maksiat.!!!

MAKNANYA PARTI AMANAH LAH PARTI YG TERUSKAN AGENDA PARA PEMIMPIN PAS YG TERDAHULU, BUKANNYA PAS HAJI HADI BAWA SEKARANG NI.!!!

BUKTINYA PU SYED (Ustaz PAS) MENENTANG IDEA YB DR MUJAHID DAN ALLAYARHAM TGNA,KANN.!?

Kenyataan Diputar Belit, The Star Diberi Masa 24 Jam Mohon Maaf



Dalam Malaysia baharu, kita beri ruang sepenuhnya kepada kebebasan bersuara.

Namun tetap ada etika yang perlu diikuti untuk menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.

Selangor Menjadi Penentu Pemilihan Keadilan 2018 Buat Pasukan Reformasi 20 Tahun


TERKINI

RAFIZI DAHULUI AZMIN BUAT KALI PERTAMA

Rentetan empat kemenangan berturut-turut menyaksikan calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengatasi pencabarnya, Mohamed Azmin Ali buat kali pertama sejak pengundian dimulakan di Pulau Pinang.

Bermula dengan defisit 176 undi di Pulau Mutiara, Rafizi yang merupakan seorang penganggur kini mendahului Azmin, seorang menteri kanan persekutuan dengan majoriti tipis 88 undi.

Berdasarkan jumlah cabang pula, Rafizi jauh mengatasi Azmin dengan kelebihan 17 daripada 88 cabang yang selesai menjalankan pengundian setakat ini.

Kelantan menjadi negeri pertama membantu kemenangan empat negeri berturut-turut diikuti Terengganu pada 5 Oktober dengan banyak cabang yang selama ini dikuasai Azmin tumbang satu-persatu.

Menariknya, Cabang Bera di Pahang yang selama ini menjadi deposit tetap Azmin turut terpukul dengan asakan Rafizi membantu jurang undi dikecilkan lagi menjadi 92 undi sahaja setakat semalam.

Dan hari ini ternyata Wilayah Persekutuan kekal menjadi kekuatan sebenar Rafizi apabila jelas menguasai tujuh daripada 13 cabang apabila keputusan diumumkan.

Hanya Pulau Pinang dan Johor sahaja kini didahului Azmin manakala empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan kini Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Rafizi kini memperoleh 19,160 undi atau 50.1% dan menang di 51 dari 88 cabang sementara Azmin me19,112 undi atau 49.9% dan menang di 37 dari 88 cabang.

Menariknya, calon Ketua AMK Pusat turut bertukar tangan buat kali pertama hari ini apabila Akmal Nasir mendahului Afif Bahardin dengan jumlah undian 3963 berbalas 3922 undi.

Walaupun beberapa cabang tercetus sedikit pergaduhan dan sabotaj seperti di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak, ternyata ahli KEADILAN kini semakin matang dalam membuat keputusan.

Menjelang pemilihan Selangor fasa 1 pada 14 Oktober, strategi dijangka akan berubah bagi kem Rafizi untuk terus mendahului Azmin walaupun diakui agak sengit.

Namun berdasarkan kajian semasa, beberapa cabang dengan jumlah ahli yang ramai dijangka akan menjadi penentu sama ada Rafizi terus meninggalkan Azmin atau Azmin kembali mendahului Rafizi juga dengan perbezaan undi yang tipis.

Sunday, 7 October 2018

RAFIZI UCAP TERIMA KASIH KEPADA AHLI KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN


TERKINI

TERIMA KASIH ANGGOTA KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN, #REFORMASI20TAHUN MENDAHULUI

Saya terharu melihat kesungguhan semua anggota parti di seluruh negara yang turun beramai-ramai menyertai pemilihan kali ini. Sepanjang 3 hari lepas, ribuan anggota parti berjemur dalam panas untuk menyertai pesta demokrasi parti yang terbesar di Malaysia ini.

Saya terhutang budi kepada sahabat-sahabat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memberi undi dan memenangkan saya pada ini. Keputusan rasmi (tanpa undi ragu) menunjukkan saya menang dengan 2,934 undi, berbanding Saudara Azmin yang mendapat 2,794 undi (kelebihan 177 undi). Saya juga menang di 7 dari 13 cabang.

Setakat ini #Reformasi20Tahun menang di 4 dari 6 buah negeri dan telah meletakkan saya dan Saudara Akmal Nasir mendahului persaingan Timbalan Presiden dan Ketua AMK. Lebih ramai juga calon-calon #Reformasi20Tahun yang kini menduduki senarai 20 calon MPP.

Jumlah undi keseluruhan setakat 6 buah negeri (Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan) bagi Timbalan Presiden:

Rafizi – 19,160 undi atau 50.1% (menang di 51 dari 88 cabang)

Azmin – 19,112 undi atau 49.9% (menang di 37 dari 88 cabang)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, jentera dan anggota yang menyokong #Reformasi20Tahun sehingga ke peringkat ini.

Sama-sama kita usahakan supaya kita mendapat keputusan yang lebih baik minggu depan di cabang-cabang di Selangor.

Rafizi Ramli

Juara Pencetus Ummah Syed Bakri Desak Mujahid Letak Jawatan Jika Ada Maruah



Kenyataan Rasmi Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) Berkaitan Isu Tular Menghalang Pencegahan Maksiat Oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr. Mujahid Yusof

Berdasarkan perkara-perkara berikut:

i) Transkrip asal temubual YB Menteri dengan wartawan The Star bernama Zakiah Koya dalam bahasa Inggeris yang diperolehi daripada Setiausaha Akhbar Menteri
ii) Keratan akhbar The Star bertarikh 6 Oktober 2018
iii) Kenyataan-kenyataan akhbar pihak-pihak berkepentingan dalam masyarakat seperti para mufti dan peguam syar’ie
iv) Respon masyarakat awam di laman sosial
v) Penafian YB Menteri terhadap berita akhbar The Star melalui siaran TV al-Hijrah

Adalah dengan ini pihak ilmuan NUNJI mengesahkan bahawa frasa yang digunakan akhbar The Star “No more moral policing” (“Tiada lagi polis moral”), “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims' private lives” (“Tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam”) dan “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” (“Tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki”) yang telah menimbulkan fitnah dan salah faham masyarakat itu BUKANLAH frasa atau ayat yang digunakan sendiri oleh Datuk Dr Mujahid dalam temubual itu, tetapi hanyalah ayat-ayat yang ditafsirkan dan disimpulkan sendiri oleh pemberita The Star.

YB Menteri tidak menyatakan operasi mencegah maksiat harus dihentikan, sebaliknya YB Menteri menegaskan tentang perbezaan ruang individu dan ruang awam dari segi tindakan sebagai kerajaan.

YB Menteri juga menjelaskan persoalan wartawan sama ada di masa akan datang pencegah maksiat akan memecahkan pintu dan menangkap orang yang melakukan maksiat. Jawapan YB Menteri bahawa beliau akan menasihati (would advise) pihak berkuasa agensi di bawah pentadbirannya agar lebih rahmah dan berhikmah dengan tidak menceroboh ruang-ruang peribadi.

YB Menteri juga menyebutkan ada kes-kes penyalahgunaan kuasa yang memerlukan penambahbaikan dari segi prosedur. Dalam pada itu YB Menteri menegaskan kerajaan terikat (bound) dengan peruntukan undang-undang yang membezakan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri, tetapi akan menyediakan platform berbincangan dengan pengarah-pengarah jabatan hal ehwal agama negeri-negeri.

Setelah berlaku kerosakan akibat penyebaran berita tidak benar tentang kenyataan YB Menteri itu, sukalah NUNJI mengingatkan semua pihak dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujurat: 6)

Di sana juga terdapat hadis sahih yang bermaksud: “Sesiapa yang menjamin untukku anggota di antara dua kumisnya (iaitu menjaga mulut daripada berkata-kata perkara batil) dan menjamin untukku anggota di antara dua kakinya (iaitu menjaga kemaluan daripada maksiat zina dan seumpamanya), maka aku menjamin untuknya syurga” (Riwayat al-Bukhari)

Daripada ayat dan hadis di atas dapatlah kita fahami bahawa dosa akibat perbuatan mulut (dalam konteks hari ini termasuklah tular menerusi sebaran media sosial) adalah lebih dahsyat daripada dosa peribadi perlakuan zina dan seumpamanya. Pelaku dosa-dosa peribadi itu boleh bertaubat terus kepada Allah SWT dan Allah SWT sangat suka hambanya yang bertaubat dan kembali kepadaNya. Bagaimana pula dengan dosa akibat perbuatan mulut dan tangan yang menularkan perkara yang salah terhadap seseorang atau mana-mana pihak sehingga menyebabkan ramai umat Islam terjerumus melakukan dosa umpat, keji dan maki hamun terhadap pihak berkenaan?

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Memaki seorang muslim (tanpa hak) itu adalah kefasikan yang nyata dan membunuhnya pula adalah kufur” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bagaimanakah orang-orang yang telah melakukan dosa akibat penyebaran perkara salah tanpa usul periksa ini ingin memperbetulkan atau menarik balik semua maki hamun yang telah diluahkan?

Di sini kita lebih memahami mengapa Allah SWT mengarahkan kita berhati-hati dengan berita yang sampai kepada kita sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.

Ramai orang bimbang bala seperti Tsunami akan menimpa negara jika maksiat-maksiat seperti zina, khalwat, minum arak dan amalan LGBT berleluasa. Kita akui tentang kemurkaan Allah SWT terhadap dosa-dosa itu. Tetapi bagaimana pula dosa-dosa menyebarkan perkara salah sehingga menyebabkan sebahagian masyarakat menghukum, mencela dan memaki hamun sebahagian yang lain tanpa alasan yang dibenarkan syarak? Adakah Allah SWT tidak murka? Dan di manakah pencegah maksiat mulut dan jari yang mengongsikan berita-berita salah?

Justeru NUNJI menyeru sekalian umat Islam (khususnya asatizah dan orang awam yang tinggi semangat agamanya) dan masyarakat Malaysia amnya agar bertenang dan sabar apabila menerima sesuatu berita sehingga ternyata kedudukan sebenarnya. Sikap gelojoh ingin membuat ulasan dan menularkan ulasan-ulasan itu secepat mungkin bukanlah perkara yang baik, bahkan akan menjerumuskan kita ke lembah dosa-dosa besar kerana menzalimi pihak lain, memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruah kita akhirnya.

Semoga Allah SWT menunjukkan kita ke jalan yang lurus dan memelihara negara kita daripada musibah yang tidak mampu kita tanggung.

Gabungan Ilmuan NUNJI
7 Oktober 2018

Rafizi Ramli Perlu Berhati-hati, Pasukan Mahathir Menyatakan Sokongan Kepada Anwar Ibrahim


Dalam kehangatan isu tuduhan kem tertentu dalam PKR secara terbuka menyatakan Daim & Mahathir dan agen dalam PKR cuba sabotaj Anwar namun nampaknya dilapangan keadaan berbeza bukan sahaja Mahathir malah Daim dan jentera mereka sendiri turun sendiri ke Port Dickson membantu kemenangan Anwar Ibrahim.

Nampaknya sebagai pemerhati saya melihat ia satu premis bahaya buat kem Rafizi yang secara terbuka fokus gunakan isu Daim & Mahathir bagi meraih undi bagi dalam pemilihan dalaman parti berdepan kem Azmin Ali.

Sekadar melontar pandang.

Nota kaki : kehadiran Mahathir & kuncu - kuncunya dilihat sedikit dapat menggerakkan mood pengundi Melayu yang sejuk dan kurang respon terhadap kempen PRK

Maju Bersama KEADILAN! Undilah Calon No. 18 Lee Khai Loon Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP)





Maju Bersama KEADILAN! Politik adalah perjuangan untuk selesaikan masalah rakyat!

Mewarisi semangat reformasi, menghadapi cabaran masa depan dengan minda yang kreatif.

Parti KEADILAN Rakyat sedang memikul tanggungjawab pemerintah di mana perlu mengubah masalah yang disebabkan 61 tahun pemerintahan UMNO/BN. Masalah sosial yang semakin rumit juga perlu ditangani dengan baik.

KEADILAN perlu membuka platform untuk menggalakkan penyertaan di kalangan anggota yang terdiri daripada pelbagai kepakaran dan kemahiran. Hanya dengan merangkumi semua bakat serta kuasa rakyat di kalangan akar umbi, barulah parti boleh dibangunkan dan menjadi lebih kuat.

Maka, dengan rendah diri saya menawar diri untuk bertanding sebagai Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Saya mohon sokongan saudara-saudari untuk kita maju bersama KEADILAN serta melaksanakan agenda reformasi.

#MajuBersama Lee Khai Loon
#KEADILAN
#YBKhaiLoon4MPP
#CalonNo.18
#Pemilihan2018

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.