VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 19 October 2015

Komen: FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN


Anonymous has left a new comment on your post "Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Pende...": 

FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN

Tak tahu apa masalah mereka, ada juga bunyi-bunyi sumbang mengatakan PAS dah tak ada kerja lain, asyik berhimpun sahaja. Lebih baik tumpu kerja untuk menang pilihanraya, atau bantu mangsa banjir, lebih berfaedah kata mereka.

Pertama, kami PAS adalah sebuah gerakan 'Islam'. Islam pula agama yang sarat dengan perhimpunan. Setiap hari di peringkat kelompok komuniti, disarankan berkumpul 5 kali sehari di masjid pada waktu solat. Seminggu sekali di peringkat mukim atau kampung, diwajibkan ke masjid pada solat Jumaat. Setahun sekali di peringkat antarabangsa, menjadi rukun Islam umat Islam berkumpul di Tanah Haram Mekah.

Maka jangan hairan kalau PAS sangat sinonim dengan perhimpunan, kerana roh Islam sangat kiat di dalam jemaah PAS.

Kedua, perhimpunan dari seluruh Malaysia akan memperkuatkan silaturrahim sesama ahli. Inilah masa kebanyakan ahli yang bergiat di peringkat cawangan atau kawasan berkenalan dengan saudara jemaah dari tempat lain. Dari pertemuan, jabat salam, bertanya khabar dan bermesraan akan membuahkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah elemen ultra penting dalam sebuah organisasi apatah lagi dalam sebuah gerakan Islam. Kerana itulah baginda Nabi memulakan penubuhan negara Madinah dengan persaudaraan Aus-Khazraj Muhajirin-Ansar. 

Ketiga, perhimpunan akan membentuk sebuah kesatuan fikrah antara pucuk pimpinan hingga ke peringkat yang paling rendah. Ini berlaku dengan ucapan-ucapan pimpinan. Mereka akan menjelaskan segala macam isu dan kekusutan yang timbul dek mainan media dan musuh. Maklumat yang tepat dan first hand akan diterima semua sebagai bekal membentengi anasir buruk yang cuba menembus.

Maka hilanglah segala prasangka buruk. Keraguan bertukar keyakinan dan kebencian bertukar kasih sayang. Baginda SAW juga sering mengumpulkan para sahabat untuk berpidato sekiranya timbul sebarang isu di kalangan mereka. Ini sunnah yang tak wajar gerakan Islam pinggirkan

Keempat, perhimpunan akan membangkitkan semangat ahli untuk terus berjuang. PAS tidak menyediakan gaji. PAS tidak menjanjikan jawatan. Nak datang perhimpunan pun dengan duit belanja sendiri. Sampai di Stadium nanti ada pula tabung derma yang menanti. Tetapi dengan berhimpunnya orang-orang yang memiliki iman di hati, iman-iman itu akan bertaut lalu berbuahlah sebuah kemanisan iman. Kemanisan ini akan membuat ibadat jadi lazat, dakwah jadi indah dan jihad jadi kegemaran orang beriman.

Lebih-lebih lagi seandainya kita dapat mendengar laporan prestasi Islam tempat-tempat lain. Apabila ada yang melaporkan peningkatan Islam di Sabah Sarawak, keyakinan tambah kerusi Johor, jaminan tawan kerusi Melaka, keahlian bertambah begitu pesat, memang meremang bulu roma. Kami di tempat lain tambah semangat semakin ghairah untuk berlumba-luma meningkatkan prestasi atas dasar Fastabiqul Khairat.

Kelima, kehadiran kami khususnya di negeri Serambi Mekah untuk memberi semangat kepada orang Kelantan. Dewasa ini mula kedengaran riuh rendah media mengapikan kenyataan segelintir bekas pimpinan PAS menyerang pentadbiran Kelantan. Sebagaimana riuhnya perosak dalaman PAS hingga jatuhnya kerajaan Kedah, kini seolah mahu Kelantan pula jatuh.

60,000 kami mungkin tidak mampu mengganti seorang Tok Guru Nik Aziz, namun kami berusaha untuk menyatakan kami seluruh Malaysia sentiasa bersama kerajaan Islam Kelantan. Mereka yang cuba berniat buruk terhadap Kelantan bukan berhadapan dengan pimpinan PAS Kelantan sahaja, tapi dengan seluruh jentera PAS di Malaysia!

Keenam, kami berhimpun tidak bermakna kami tinggal segala kerja lain. Dalam masa yang sama, kami di pengkalan masing-masing meneruskan agenda politik, tarbiah dan dakwah. Contohnya di Terengganu, beberapa hari lepas saya baru sahaja selesai menguruskan retreat NGO-NGO Terengganu. Waktu yang sama Penerangan Negeri turut menganjur majlis Penerangan isu-isu semasa buat jentera PAS. Mesyuarat dan Usrah berjalan seperti biasa. Culaan dan daftar pemilih sentiasa berjalan. Ziarah dan mendekati masyarakat di lapangan sentiasa berlaku. Semalam baru sahaja wakil kita menziarahi balu bekas YB yang ditembak mati.

Itu hanya sebahagian yang saya tahu. Setiap cawangan, kawasan dan negeri ada peranannya, apatah lagi di peringkat pusat. Kalau saya nyatakan setiap gerakerja PAS, nescaya hanglah segala telefon pintar sebelum habis scroll semuanya.

Cukuplah beberapa jawapan ini dari saya untuk menjawab riuh rendah pengkritik. Siapa mahu tambah lagi, dipersilakan di ruangan komen. Siapa yang masih tidak berpuashati, sukacitanya anda dijemput untuk hadir melihat dan merasai sendiri apa yang kami selama ini 'rasa'!

(Alang Ibn Shukrimun) 

posted from Bloggeroid

Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Penderitaan Rakyat?


Kenyataan Media
19 Oktober 2015

Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Penderitaan Rakyat?

Menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran samada di dalam stadium mahupun di atas jalanraya dengan tujuan dan tuntutan tertentu adalah fenomena biasa. Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), himpunan yang dianjurkan wajar memberi kelebihan dan signifikasi yang positif kepada umum khususnya rakyat marhein.

Himpunan membantah GST, himpunan bantah kenaikan harga tol dan himpunan protes harga petrol naik adalah contoh himpunan yang bertujuan meringankan beban rakyat. Manakala himpunan membantah ISA, membantah penipuan pilihanraya pula adalah contoh himpunan yang menuntut hak demokrasi. Semua himpunan yang mempunyai tujuan ini adalah demi rakyat dan wajar dibanggakan.

Baru-baru ini kita dapat saksikan satu himpunan besar yang memenuhi sebuah stadium dengan tujuan menunjuk kekuatan. Dikhabarkan ratusan bas disewa untuk membawa penyokong hadir ke lokasi himpunan. SAMM ingin bertanya apakah tujuan himpunan dianjurkan selain daripada menunjuk kekuatan? Perlukah himpunan begini dianjur ketika rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dilihat terjerumus pelbagai permasalahan?

SAMM agak terkejut dengan kenyataan YB Husam Musa beberapa hari sebelum himpunan berlangsung. Beliau membangkitkan banyak persoalan termasuklah soal jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencecah RM 14.6 juta hingga September 2015.  YIK ialah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab di Kelantan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh YB Husam termasuk gaji guru telah dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi sepatutnya malah bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014. Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21  jenis potongan caruman yang tertunggak.

Kerajaan negeri Kelantan yang selama ini dicanang sebagai sebuah kerajaan Islam haruslah bersikap amanah dalam mentadbir sebuah negeri. Pemotongan gaji yang telah dilakukan oleh YIK tetapi tidak dibayar kepada agensi yang dicarum adalah satu perbuatan yang tidak jujur malah ia menyusahkan banyak pihak.

Dalam masa yang sama menurut Husam, pembaziran turut berlaku apabila banyak lawatan luar negara yang melibatkan exco kerajaan negeri termasuklah lawatan ke Indonesia, Russia dan Afrika Selatan. Malah dilaporkan Exco kerajaan negeri telah membuat sumbangan yang besar dalam himpunan terdahulu di Pasir Putih dengan belanja mencecah ratusan ribu ringgit. 

Hari ini SAMM pula ingin bertanya, berapakah jumlah perbelanjaan untuk perhimpunan Fastaqim? Tidakkah himpunan ini menelan belanja jutaan ringgit? 

SAMM memandang serius akan pembaziran ini kerana ia cukup kontradik dengan apa yang berlaku dan secara langsung melibatkan nasib rakyat khususnya di negeri Kelantan. Dimaklumkan juga bahawa mangsa bah kuning hampir setahun yang lalu masih tinggal dalam khemah dan rumah sementara yang sangat daif. Kini musim tengkujuh kembali, hujan lebat akan mula berterusan. Apakah nasib mereka ketika kalian semua berhimpun dan berpesta ular?

SAMM juga sedang merangka untuk membuat lawatan ke lokasi saki-baki mangsa banjir di Kelantan. Selain menyampaikan sedikit bantuan, SAMM juga ingin memantau keadaan sekeliling dan persediaan menghadapi musim banjir yang baru.

Akhir sekali, SAMM ingin nasihatkan berhimpun memerah keringat kehadiran orang ramai itu biarlah demi sesuatu yang bermanfaat. Jika sekadar ingin menunjuk kekuatan, ambil lah iktibar dari himpunan hijau yang juga hasilnya memenuhi Stadium Darul Aman di Kedah, nampak seolah-olah kuat dan ramai tetapi akhirnya kerajaan Pas Kedah tumbang dalam PRU-13. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Sunday 18 October 2015

Antara Bah Kuning dan Himpunan Hijau (H60K)




Jika Mangsa Banjir di Kelantan tahun lepas, PAS ambil pendekatan dgn menghimpunkan ahli seluruh negara seramai 60,000 orang di Stadium sambil mengutip sumbangan derma ahli dan bergerak bersama-sama dengan unit amal bagi membantu Mangsa Banjir rasanya tidak ada lagi Mangsa Banjir yang terpaksa duduk di dalam kemah hingga ke hari ini..

Mengapa ketika Kelantan ditimpa Bah Kuning tahun lepas tidak diadakan perhimpunan besar2an di Stadium seluruh negara? Bukankah setiap negeri dlm negara kita mempunyai Stadium? Malah setiap daerah dalam negara kita juga mempunyai Stadium.. mengapa tidak dihimpunkan ahli PAS bagi mengutip sumbangan dan derma?

Mengapa tidak disediakan BAS sebanyak 500 buah utk mengangkut ahli PAS turun ke Kelantan bagi membantu mangsa Banjir tahun lepas?

Hakikatnya:

PAS akan turun beramai2 berjumpa rakyat hanyalah utk meraih undi.. lepas itu kerja mereka hanyalah buat kutipan sumbangan yg dinamakan sebagai Infaq Fisabilillah dalam setiap ceramah mereka untuk dimasukan ke dalam tabung parti bagi membiayaai perjalanan parti serta membayar gaji dan elaun para pimpinan parti..

Maka tinggallah mangsa banjir dalam kedhoifan dan dalam kemah2 seperti Kaum Badwi padang pasir setelah undi mereka ditagih atas nama Fisabilillah dan Hududullah..

Ijtihadnya:

Membantu mangsa banjir dan rakyat yg dhoif bukanlah Jihad Fisabilillah tetapi membantu bagi menampung organisasi parti dan membayar gaji serta elaun pimpinan PAS adalah Jihad Fisabilillah yg paling utama.

Teuku Zacharyah

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.