VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 26 May 2018

Berita Gembira, Bayaran BRIM Sebelum Aidilfitri



Bayaran BR1M Diberi Sebelum Aidilfitri

Kerajaan Pakatan Harapan (PH), akan menyampaikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), sebelum sambutan Aidilfitri bulan depan.

Ia dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam twitternya.

Katanya, BR1M turut akan diberikan nama lain dan perincian termasuk jumlah bayaran dijangka diumumkan minggu depan.

Rujukan: https://twitter.com/guanenglim/status/1000281754962350080?s=20

posted from Bloggeroid

Tahniah, 60% Daripada 10 Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Telah Dikotakan


Secara jujur, rata-rata pejuang dan pengundi Pakatan Harapan (PH) tidak ambil kisah atas Manifesto, Janji-Janji yang ditaburkan kepada pengundi, ini kerana kebanyakan pengundi PH sebelum melangkah ke pusat mengundi telah tanam niat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak dan mahukan Malaysia yang lebih baik. Jika 10 Jani dan 60 janji lain dapat dilaksanakan oleh Kerajaan PH dalam masa 100 Hari dan 1,000 hari itu adalah bonus kepada kami.

Yang banyak bising pasai manifesto kerajaan ni bukannya yang memberi undi dan menyokong, mereka mengkritik dalam keadaan 'berkaca mata hitam' sejak awal lagi.

Bayangkan bagaimana mereka menilai, mengkritik, menghukum kerajaan yang baru berusia 17 hari. Bukannya 17 bulan dan bukannya 17 tahun. Akan tetapi hampir 60% janji telah pun dikotakan oleh pimpinan Pakatan Harapan. Alhamdulillah, semoga perlaksanaan dan pengurusan berjalan lancar.

Hatta bila kita lihat cara mereka mengulas, terbukti mereka tak baca pun manifesto Pakatan Harapan secara terperinci. Secara terperinci bagaimana Pakatan Harapan menjelaskan kaedah dan jangka masa untuk melaksanakannya.

Ada pun ucapan-ucapan pimpinan politik tentang jangka masa perlaksanaannya, kenyataan mereka itu bukanlah mustahil dan tidak benar tetapi Pakatan Harapan mengambil aspek yang menyeluruh untuk menentukan jangka masa perlaksanaannya. Dan itulah yang ditegaskan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Dalam banyak-banyak janji, Pakatan Harapan telah menetapkan 10 janji utama yang akan dilaksanakan dalam 100 hari. Beri peluang untuk kerajaan yang baharu ini buktikan!

posted from Bloggeroid

Ini Jawapannya. Isu Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif?



"Anwar dah jadi Rosmah guna jet peribadi ke?" tanya UMNO dan walaun

Ini jawapan buat macai-macai pembangkang UMNO dan walaun. Harap pembaca bantu sebarkan:

Beza Najib/Rosmah dengan Wan Azizah/Anwar adalah Rosmah menyalahgunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi. Sebagai contoh, shopping & melancong ke luar negara.

Gambar & tuduhan mengenai Anwar menaiki jet pula, merupakan gambar Wan Azizah dalam kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, diiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim (selaku pasangannya) menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan.

Model Dassault Falcon 900 M37-01 yang digunakan Wan Azizah & Anwar bukan jet peribadi. Ia salah sebuah jet dalam inventori Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang digunapakai untuk urusan-urusan rasmi ketua-ketua kerajaan.
(Rujuk gambar pertama, di bahagian atas sebelah kiri tangga. Itu lambang TUDM. Di bahagian atas sebelah kanan tangga pula jata kerajaan Malaysia)

Bezakan antara urusan peribadi (dalam kes Rosmah) dengan urusan rasmi kerajaan (dalam kes Anwar).

Pakatan tak kritik Najib gunakan aset kerajaan untuk pertemuan rasmi bersama ketua-ketua kerajaan negara lain. Pakatan tak kritik Najib guna aset kerajaan untuk urusan rasmi dalam negara. Yang dikritik, penyalahgunaan aset untuk keluarga Najib melancong & shopping. Itu urusan peribadi, bukan urusan rasmi kerajaan.

Buat pembangkang UMNO dan PAS jadilah pembangkang yang hujah secara ilmiah, bukan pembangang.


Puan.. saya sokong pas. Tapi bab ni saya rasa DS Azizah tak bersalah.. di pergi kelantan atas urusan rasmi sebagai timbalan PM.. selaku perempuan, dia perlu mahram menemani.. DS Anwar adalah suami dia.. so, dia layak naik sekali... maaf kalau salah, sekadar pandangan saya...
Nota: saya sokong puan menegur kerajaan PH, tapi biarlah menegur kena cara (berakal bukan berdendam).. bukan main hentam saja.. dah lebih kurang macam Anina Langkawi ja statement puan..

*Komen-komen dari FB

posted from Bloggeroid

Friday, 25 May 2018

Mari Belajar Kira-Kira Hutang Negara Melebihi 1 Trilion


NAJIB TINGGAL HUTANG UNTUK RAKYAT RM1,087.3 TRILION

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sahkan: jumlah keseluruhan hutang, liabiliti dan komitmen kerajaan Malaysia adalah RM1.087 trilion setakat 31 Disember 2017.

posted from Bloggeroid

KENAPA KAMI TIDAK MEMILIH DATO SERI NAJIB RAZAK!



///Sumber dipetik dari FB Malaysia30///

Kenape perlu hormat dia?
Ini bukan pasal hormat menghormati bai..
Dia pecat orang sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua orang yang tegur dia termasuk menteri..hakim..peguam..sprm dan polis. Dia gantikan dengan orang yang menyokong semua kesalahan yang dia dah buat..

Dia suruh bini Tun M datang ke balai dan soal siasat berjam jam..dia pecat tukang masak Tun..dia tarik balik pengiring Tun..dia tarik balik kesemua bodyguard Tun..dia buang nama Tun dalam pengajaran sejarah disekolah..dia gunakan murid2 sekolah untuk tunjuk sokongan pada dia..dia juga gunakan budak2 tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah dan sumbangan..

Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yang Tun bina..dia gajikan beribu orang supaya kutuk Tun dan pembangkang tiap2 hari dimedia sosial..dia tak gunakan duit dia untuk bayar gaji kesemua pejuang sibernya..dia buat majlis dan paksa artis sokong dia dan bukan Tun..

Dia tarik balik hak dan keistimewaan yang seorang Tun berhak dapat dan ini sudah pun termaktub tapi dia main langgar semuanya..dia buat polis macam anjing belaan..dia melanggar undang undang sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun..dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya untuk memburukkan Tun..disemua majlis dia perli dan kutuk Tun..

Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yang tak undi dia..dia gunakan agama untuk meraih simpati ketika di Mekah..dia putar belit kisah nabi saw dan agamawan tak berani tegur..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dalam majlis..dia gunakan media untuk membutakan rakyat dan menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun membantah kecuali puak puak pembangkang dimedia sosial..

Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb..dia arahkan supaya mereka yang kritik dia disoal siasat dan dihukum serta merta seolah olah komen itu lebih berat dari kes bunuh..dia buat akta berita palsu untuk melindungi dia dengan denda setengah juta dan penjara 10 tahun...

Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah macam hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah..dia buat cukai GST untuk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada tahun 2039..dia hapuskan subsidi minyak dan lain2 bantuan pada rakyat dengan alasan subsidi dan bantuan itu satu pembaziran..

Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yang sindir dia..dia nak penjarakan orang hanya kerana belon..saya ulangi..belon..dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus..dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos..ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..

Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun dan berbulan kerana sardin dan nutella..dia penjarakan Anwar bertahun tahun kerana fitnah liwat dan kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa dan raya beliau tak bersama keluarganya..dia kutuk Tun bila Tun berdamai dengan Anwar..dia tak faham dah banyak musibat dia dah bawa pada negara..dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara..rakyat dan ekonomi..dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yang dia dah buat itu bala..

Dia ingat hutang negara yang banyak itu tidak melibatkan rakyat dan menaikkan kos sara hidup dan dia berhak menerima balasan diatas segalanya..dia telah melampaui batas dan mencabar kesabaran orang tua yang menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yang polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa..dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..

Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun..dia ada lebih dari 1 rumah dan ada kondominum di Pavilion..dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta..dia kena terima itu semua proses dalam siasatan..dia pun bodo melantun lantun bila simpan terlalu banyak harta karun kat dalam rumah dan dia ada 9 peti besi..saya ulangi..9 peti besi..

Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta didalam rumahnya dan dia ada mesin kira duit tapi dia takde mesin cop duit..dia punya bini ada 284 kotak handbag dan ada handbag yang harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dengan kolam renang..dia punya anak ada wang tunai 537 ribu dalam rumahnya dan itu setengah juta ringgit malaysia..dia anak beranak simpan duit tunai dalam jumlah yang banyak dirumah dan bukan dalam bank untuk elak dikesan pihak berkuasa..

Dia punya harta yang cukup banyak dan jumlahnya tak masuk akal..dia tetap ada jasa pada negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yang dia buat tak banyak sebab musibat yang dia buat lagi banyak..dia dah tinggalkan hutang yang dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tidak pernah melebihi 300 billion..dia dah gila sebenarnya.

Dia nak dimaafkan atau tidak itu terpulang pada individu.....tapi tidak kami yang berjuang siang malam memenangkan PH, tiap2 hari kena mengadap maki hamun cytro barua umno.

Via wassap group

✅ • Like • Follow • Share • Malaysia30

posted from Bloggeroid

Sunday, 20 May 2018

Politik Matang atau Pembaziran? Hilang Setengah Juta Wang Deposit


Gara-gara terlalu yakin sombong bongkak nak menang dengan SIMPLE MAJORITY ??!

Akibatnya 89 peratus jumlah kerusi parlimen yg dipertandingkan KALAH.

Lebih setengah juta ringgit HANGUS HILANG DEPOSIT..

Inilah #PolitikMatang

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.