VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 28 November 2015

Totok UMNO: Nak Pertahankan Apa Lagi UMNO ini


Ini soal kos hidup... Kita ada sawah padi, tak cukup, kita import, harganya dua kali ganda dari harga negara jiran. Kita ada kawasan tanaman sayur..Kita boleh tutup mata sayur yang mengikut S.O.P boleh di makan dihantar ke negara jiran, kita makan sayur yang di baja disahkan ada beracun dan harganya mahal. Kita ada industri penangkapan laut dalam.. tetapi ikannya mendarat ditempat luar Malaysia.. Kita ada beribu nelayan.. nelayan masih miskin walau pun ada ikan yang di tangkap dan ikan dipasar mahal harganya. Kita ada kilang penapis gula.. Syarikat lain tidak dibenarkan membuat kilang penapis dan proses gula.. Maka harga gula berganda harganya dari harga dinegeri luar. Kita ada beribu ladang kelapa sawit, tapi harganya minyak makan lagi mahal dari negara yang beli dari kita. Aduhai Malaysia.. Nak pertahankan apa lagi UMNO ni.. Menteri yang kawal harga barangan makanan rakyat.. kerja pertama mesti dapat Dato Seri.. bukan nak bagi idea akan harga barangan bertambah turun. Inilah yang dinamakan Kapitalis Birokrat dan Kapitalis Komprodo.. jika dua sistem kapitalis tidak dipinda.. Panggil siapa pun untuk forum isu peningkatan kos hidup, hanya sekadar 'nyanyi' sahaja.. tak ada solusinya.

posted from Bloggeroid

Friday 27 November 2015

Pesan Muhyiddin: Jangan Dihiris Hati Orang Melayu


Saya berasa amat kesal dan dukacita dengan cara pemecatan YBhg Dato' Hamidah Osman daripada UMNO. Sebagai bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Exco Kerajaan Negeri Perak, beliau tentunya telah banyak berjasa kepada UMNO dan kerajaan.

Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Dato' Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana beliau menghadiri satu majlis bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan masih merupakan ahli UMNO.

Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas Presiden UMNO, yang turut dihadiri oleh ramai pemimpin dan ahli UMNO yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin? Jika ia adalah satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli UMNO yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah UMNO sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong.

Dato' Hamidah juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Justeru, adakah cara pemecatan Dato' Hamidah mematuhi kehendak Perlembagaan UMNO dan prinsip 'due process of law'? Saya tidak fikir pemecatan seseorang ahli boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli yang berkenaan membela diri.

Ada pihak yang berhujah MT boleh memecat seorang ahli tanpa perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin sepertimana yang berlaku dalam kes pemecatan keahlian YBhg Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mereka ini tidak tahu sejarah. Lembaga Disiplin hanya diwujudkan selepas Pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2000, iaitu dua tahun selepas Anwar dipecat daripada parti.

Selaku Pengerusi JK Pindaan Perlembagaan UMNO pada waktu itu, saya telah mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli yang tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan. Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan keatasnya.

Jika benar dakwaan Dato' Hamidah bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk membela diri, maka tindakan memecat beliau daripada parti adalah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan UMNO. Selain itu, pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau telah melakukan satu kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO.

Saya sedar sebagai Ahli MT, saya terikat dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh MT. Cuma adalah menjadi kewajipan saya untuk menyatakan pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang dilihat bercanggah dengan kehendak Perlembagaan parti.

Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.

Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, UMNO bukan parti milik mana-mana individu. UMNO adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

posted from Bloggeroid

Thursday 26 November 2015

Bekas Ahli Majlis Dari PAS Bakal Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang Kerana Menfitnah



26 NOV 2015

Merujuk kepada keratan muka depan dan mukasurat 13, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25hb Nov 2015. Didalam artikel  tersebut telah menerbitkan kenyataan daripada bekas ahli majlis MBPP iaitu Saudara Izuree Ibrahim. Dimana beliau secara jahat dan fitnah telah dilaporkan memaklumkan :

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan lesen premis perjudian. Dimana MBPP hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan dan Kementerian kewangan yang bertanggujawab mengeluarkan lesen perjudian.

MBPP menerima 120 permohonan lesen perjudian di Jalan Penang. Mengikut rekod jabatan tiada lansung permohonan Pusat Hiburan di Jalan Penang pada tahun 2014 dan memang tiada permohonan pusat perjudian akan diterima oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau mengeluarkan kenyataan dengan niat jahat atau (mala fide) bahawa ada bayaran diterima dari tauke judi oleh pimpinan kerajaan negeri.

Ahli Bandaraya Pulau Pinang bersengkongkol dalam kelulusan lesen perjudian. Dimana lagi sekali ditegaskan Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah memproses sebarang permohonan lesen perjudian.

Beliau telah dipecat dari jawatan ahli majlis MBPP kononnya kerana lantang mempersoalkan kelulusan mendadak lesen premis judi.

Beliau dengan niat jahat mendakwa memaklumkan kepada Datuk Bandar berkenaan isu penambahan kelulusan lesen perjudian tetapi tidak mendapat perhatian.

Setelah meneliti isu ini dan setelah mendapat maklumat lengkap dari Jabatan berkaitan dan mendapat nasihat dari Penasihat Undang-undang Kami Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menegaskan:

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengeluarkan menyataan yang berniat jahat (mala fide) dan tidak benar oleh Sdr Iszuree Ibrahim keatas ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu sendiri.

Mengesa Jabatan Undang-undang mengambil tindakkan menyaman beliau atas kenyataan yang berniat jahat dan secara terang memfitnah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Laporan Polis akan dibuat agar pihak berkuasa mengambil tindakkan keatas kenyataan beliau yang bersifat ‘fitnah jenayah’.

AHLI-AHLI MAJLIS

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

posted from Bloggeroid

Nurul Izzah Guna Firma Guaman Tun Daim Zainuddin Saman Khalid, Sabri Ismail


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung dakwaan beliau seorang pengkhianat selepas bergambar dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram.

Saman itu difailkan melalui peguamnya dari firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Melalui pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah selaku plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November menyatakan plaintif adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah pada 2013, merupakan fitnah dan berniat jahat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ismail Sabri melalui sidang media selepas satu majlis di Bera, Pahang yang menyatakan beliau seorang penderhaka kepada negara dan terlibat dalam keganasan adalah fitnah.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagin menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

AKAN MENYUSUL.

Wednesday 25 November 2015

Keadilan Anggap Isu 5 Adun Tidak Sokong Guan Eng Selesai


Kenyataan Media
25 November 2015

Selepas mendengar penjelasan daripada Ahli-ahli Dewan Undangan kita dari negeri Pulau Pinang, kita berpuas hati dengan penerangan dan keputusan yang diambil oleh lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa dalam Dewan itu bukan usul atau isu yang partisen. Isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan kepentingan rakyat.

Kita menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat. Malahan, kita berpendapat bahawa demokrasi yang sihat itu harus disemarakkan.

Perlu juga ditegaskan bahawa kita harus ada suatu perpisahan kuasa antara pengubal undang-undang (legislators) dan eksekutif.

Ingin kita tegaskan bahawa kita komited dengan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Pulau Pinang. ADUN-ADUN Keadilan menyokong kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang

Isu ini dianggap selesai.

YB Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN
Parti Keadilan Rakyat

posted from Bloggeroid

Tuesday 24 November 2015

Keadilan Pulau Pinang Mula Mengatur Langkah Tukar Timbalan Ketua Menteri 1 Hj Mohd Rashid Hasnon


KENYATAAN MEDIA

Semalam di dalam media telah dibangkitkan isu kononnya wujud satu usaha “coup” atau merampas jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang saya sandang oleh salah seorang ADUN KEADILAN Pulau Pinang.

Di sini saya ingin perjelaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bersama pimpinan dan ADUN-ADUN KEADILAN Pulau Pinang tetap bersatu di dalam usaha mengangkat agenda Reformasi dan perubahan yang menjadi harapan rakyat Pulau Pinang.

Saya dan KEADILAN Pulau Pinang percaya bahawa isu ini dan isu-isu yang berkait dengannya boleh diselesaikan dengan baik oleh pimpinan Pakatan Harapan di dalam semangat dan kerangka Dasar Bersama Pakatan Harapan.

YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

24 November 2015

posted from Bloggeroid

Sunday 22 November 2015

Hubungan Guan Eng Dengan ADUN Keadilan Pulau Pinang Mula Retak, Memberi Peluang Kepada PAS dan Umno


KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang amat kecewa terhadap tuduhan YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keadilan memihak kepada UMNO adalah tidak wajar.

Tuduhan tidak berasas ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang Ketua Kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2, 600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang- wenangnya menuduh ADUN KEADILAN memihak kepadaUMNO.

5 ADUN Keadilan yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati. Mereka juga bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN Keadilan adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP sepatutnya lebih memandang serious terhadap ADUN Tanjung Bungah dari Parti DAP yang terang - terangan menyokong usul tersebut sewaktu undian dijalankan dan memihak kepada UMNO yang menjadi pembangkang di dalam DUN Pulau Pinang sebelum membuat tuduhan melulu dengan melabel ADUN Keadilan memihak kepada UMNO.

Oleh yang demikian, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Lim Guan Eng menarik balik tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf atas ketelanjuran beliau membuat tuduhan melulu terhadap 5 ADUN Keadilan secara terbuka.

Sekian,

Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Pulau Pinang
22 Nov 15

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.