PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.
Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.
“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.
PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali.
Peluang yang di idamkan oleh pemuda PAS memberi peluang kepada UMNO mengatur strategi yang bijak untuk mendapatkan Parlimen Permatang Pauh. Sekalung tahniah kepada minat pemuda PAS.