VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 9 July 2015

"Caretaker Government" Adalah Bukan Kerajaan Perpaduan


Kenyataan Media
9 Julai 2015

"Caretaker Government" Adalah Bukan Kerajaan Perpaduan

1. Isu Najib dan WSJ telah mendedahkan BN menggunakan dana melampau yang mengatasi jumlah perbelanjaan yang dibenarkan dalam pilihanraya. Maka pilihanraya umum 13 (PRU-13) adalah tidak sah. Justeru kerajaan pemerintah yang ada hari ini adalah kerajaan haram.

2. Krisis hari ini bukan persoalan individu semata-mata tapi keabsahan sebuah kerajaan. Bukan saja Najib tetapi Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Tengku Razaleigh dan semua pihak BN menang secara haram kerana guna dana awam dengan jumlah berlebihan dari yang dibenarkan. Kerana itulah, satu pilihanraya umum perlu dibuat segera bagi membolehkan mandat dipulangkan kepada rakyat untuk memilih tampuk pemerintahan negara.

3. Di atas sebab ini juga, SAMM semasa pertemuan NGO dah Ahli Parlimen di Parlimen tempoh hari mencadangkan satu "caretaker government" atau kerajaan peralihan yang merangkumi semua wakil daripada parti politik dibentuk untuk tujuan ini. 

4. Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ini bukanlah seperti Kerajaan Perpaduan sebaliknya kerajaan untuk memastikan urusan pentadbiran negara terus berjalan sambil memastikan pilihanraya yang bersih dan adil dapat dilakukan dan memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba menghapuskan bukti penyelewengan sekiranya berlakunya perubahan rejim pemerintah.

5. Caretaker Government (Kerajaan Peralihan) adalah bersifat sementara sehingga satu kerajaan baru dibentuk. Ini juga adalah bertujuan untuk mengeluarkan negara daripada krisis pentadbiran dan politik yang tenat sekarang ini. Manakala Kerajaan Perpaduang pula adalah gabungan politik yang melibatkan gabungan parti untuk terus memerintah (menjarah?) negara ini. 

6. Justeru itu, SAMM merakamkan tahniah buat Naib Presiden PKR Nurul Izzah kerana telah menyambut baik cadangan SAMM dengan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan PRU-13.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, 5 July 2015

Disebabkan Kegagalan Menguruskan Ekonomi, Rakyat Dilarang Balik Kampung


Jangan Balik Kampung? !

Ada pihak mencadangkan agar rakyat jangan balik kampung di musim perayaan ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Katanya, mengapa sikap kita tidak berubah masih terus mahu balik kampung sedangkan keadaan ekonomi berubah. Kenaikan harga barang dan tol dijadikan asas cadangan ini.

Ulasan saya (Dr.Maza); 
Saya rasa pencadang berkenaan gagal melihat nilai kekeluargaan dan keinsanan dalam kehidupan ini. Balik kampung bukan satu gaya hidup bagi rakyat negara ini tetapi ia adalah hubungan kekeluargaan khususnya antara anak dan ibu bapa. Apabila kita melihat kesemua perkara dari sudut ringgit dan sen, maka kesimpulan kesimpulan sebegitu mungkin muncul. Apa erti wang ringgit tanpa hubungan insani ataupun keluarga. Apakah dalam usaha membela 'kenaikan harga dan tol' disebabkan cara urus ekonomi yang kurang berjaya di peringkat atasan, kita ingin korbankan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam hidup kita?! Apakah kita sanggup mendengar kisah ibubapa kesedihan anak-anak tidak pulang berhari raya di kampung atas alasan 'tol mahal ibu'.
Elok pihak berkenaan beri cadangan yang lain.

Umno Johor Mengganas Seperti Orang Hilang Akal di Bulan Ramadan




Catatan Mordi Bimol

Serangan UMNO ke atas program anjuran DAP "Kopitiam Talk" di DUN Permas, Johor sebentar tadi...iaitu kawasan Menteri Besar Johor.

Pengalaman pertama bagi saya...diserang pihak parti lawan yg betul2 biadap dan tidak bertamadun. Keadaan yang tidak pernah dilihat di Sarawak...dan TIDAK AKAN DILIHAT di Sarawak. Orang2 UMNO, tidak kira lelaki dan perempuan...mengganas seperti orang hilang akal.

Gelas dan mangkuk dilontar ke arah kami, meja dan kerusi dihambur, kata2 kesat dilontarkan...isyarat tangan yang lucah...keadaan yang sangat tegang!

Diugut dan dipaksa untuk meninggalkan kopitiam tersebut...namun keadaan yang kecoh diluar agak membahayakan. Dengan bantuan pihak polis, kami selamat beredar meninggalkan tempat berkenaan. Walaupun berlaku sedikit keganasan dan serangan ke atas pemimpin DAP.

Thank God we are safe...

Gambar2 ini saya ambil ketika berada di dalam kereta...1

Kisah bermula dari sini:

Rosmah! Kalau Tidak Mampu Pakai Kasut, Jangan Pakai!!!


Bagi saya, jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya, itu tidaklah ganjil. Apatahlagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk. Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati. Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya. Itu tidak wajar dan tiada simpati. Mungkin juga biadap.

Demikianlah juga keadaan rakyat. Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajarlah hulur simpati. Kenaikan harga barang, GST, kehilangan itu dan ini menjadikan rakyat tertekan dan perlu diselamatkan. Janganlah kata 'rakyat manja' ataupun 'jika mahal, jangan beli' ataupun 'jika nak jimat, jangan balik kampung' ataupun apa-apa 'ayat biadap untuk rakyat'. Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.