VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 10 November 2018

Tablet e-Undi Pemilihan Keadilan dicerobohi Perisian Prey


KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI (JPP) PARTI KEADILAN RAKYAT
10 Nov 2018 (5:45 ptg)

Dimaklumkan bahawa Unit Sistem & IT JPP pada jam 2:00 petang tadi telah dapat mengesan sistem e-undi di Pusat Pemilihan di Julau gagal berfungsi seperti biasa. Semasa melakukan pemeriksaan, didapati 10 unit tablet e-undi yang digunakan pada waktu itu telah dicerobohi perisian *Prey Anti-Theft*.

Laporan dihantar bagi mendapatkan maklum balas Pasukan Keselamatan Siber JPP di Petaling Jaya. Maklumat yang diterima menyebut bahawa perisian ini digunakan untuk memadam aplikasi e-undi dalam tablet, mencuri data, mengubah kata laluan dan mengawal tablet menggunakan komputer dari jarak jauh.

Unit Sistem & IT JPP mengambil beberapa langkah segera bagi mengatasi masalah ini dengan menukar mod undian kepada offline, mematikan privelage *Device Administrator* dan membuat Uninstall applikasi *Prey Anti-Theft* daripada *Application Manager*.

Disebabkan situasi ini, JPP menggantung keputusan bagi Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses. JPP juga sedang menyiasat sama ada serangan siber seperti ini juga berlaku di tempat lain yang turut mengadakan pemilihan pada hari ini.

Siasatan awal mendapati applikasi tersebut telah dipasang secara fizikal pada tablet rasmi JPP yang diperuntukkan bagi Cabang Julau pada tarikh 10/11/2018 (Sabtu) sekitar jam 4.00pagi.

Sekian

Dato’ Rashid Din
Pengerusi JPP
Parti Keadilan Rakyat

Thursday, 8 November 2018

Kenapa Ada Pihak Cuba Membeli YB Larry Sng Calon Ketua Cabang Julau?


Fakta Keanggotaan Julau

Hakikatnya menurut kenyataan rasmi KEADILAN melalui Sdr. Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi KEADILAN bertarikh 8 November 2018), selepas permohonan keanggotaan pada 26 Jun 2018, proses bantahan keanggotaan bermula sehingga 17 Julai 2018.

Bermula 26 Jun sehingga 17 Julai 2018, tiada bantahan rasmi yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Isunya mudah, Azmin dan kartel-kartel gemadaknya tidak dapat membeli YB Larry Sng (Calon Ketua Cabang Julau) dengan wang dan sogokan jawatan untuk memberi sokongan kepada kartel.

Disebabkan itu, mereka baru terhegeh-hegeh nak mencipta permainan persespi berkenaan keanggotaan. Itu permainan biasa kartel.

Jikalau keanggotaan Julau tidak sah, mengapa insan-insan kartel seperti Shamsul Iskandar (layak ke dia dapat Dato’ Seri wahai Adly Zahari?), Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua terhegeh-hegeh berkali-kali memujuk YB Larry Sng untuk menyokong mereka.

Malah calon Ketua AMK Pusat, Afif Bahardin tidak henti-henti call Larry dan mengugut untuk putus kawan kerana hal ini (childish).

Terimalah hakikat bahawa Kartel tidak dapat menyogok YB Larry Sng dengan wang & kuasa mereka.

Kita mesti tolak Azmin & kartel gemadaknya yang menjadikan KEADILAN parti rasuah dan korup.

p/s: Geli tengok Azmin, kepala rasuah dalam KEADILAN berkata "Tolak Politik Wang " semalam. Jijik dan meloyakan.

Pemerhati Politik
Langkawi, Kedah
8 November 2018

Kenyataan asal : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209639681747090&id=1780351278

Mengenai Keanggotaan di Cabang Julau dan Pemilihan KEADILAN


KENYATAAN MEDIA

Mengenai Keanggotaan di Cabang Julau dan Pemilihan KEADILAN

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN malam tadi telah membincangkan beberapa perkara berkait pemilihan parti, termasuk isu keanggotaan di Cabang Julau. Biro Politik KEADILAN dimaklum oleh Setiausaha Agung KEADILAN bahawa semua permohonan keanggotaan baharu hanya dimasukkan ke dalam pangkalan data keanggotaan selepas ia diluluskan Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagi tujuan pemilihan parti, tarikh akhir penerimaan permohonan keanggotaan baharu ialah 26hb Jun 2018. Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa jumlah besar permohonan keanggotaan baharu bagi Cabang Julau telah diterima ibu pejabat KEADILAN pada 12hb Jun 2018.

Selepas 26hb Jun, senarai akhir permohonan keanggotaan baharu telah diluluskan dalam satu mesyuarat khas MPP. Senarai tersebut kemudiannya diserah kepada setiap Cabang untuk semakan dan bantahan, yang tamat pada 17hb Julai 2018. Sehingga tarikh tersebut, ibu pejabat KEADILAN tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak terhadap permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau.

Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta ini, dan memandangkan tiada pelanggaran proses dalam kes ini, Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau adalah sah.

Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah memaklumkan bahawa Cabang-Cabang berikut akan mengadakan pemilihan parti pada tarikh-tarikh berikut:

(Rujuk grafik)

Biro Politik KEADILAN juga telah mengarahkan Lembaga Disiplin parti untuk segera menyiasat semua insiden kekacauan dan gangguan yang berlaku sewaktu proses pemilihan berjalan. Mereka yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang melanggar disiplin parti akan dikenakan tindakan tegas.

Pada masa yang sama, semua anggota yang telah dipecat atau digantung keanggotaan sebelum ini adalah ditegah sekeras-kerasnya dari terlibat dalam proses pemilihan parti termasuk berkempen untuk mana-mana pihak.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

8hb November 2018

Tuesday, 6 November 2018

PERBEZAAN UNDI 2,600: PERSAINGAN TERBUKA LUAS, CABANG-CABANG PENSIANGAN, KENINGAU DAN SARAWAK BELUM MENGUNDI


Keputusan pemilihan di Sabah hujung minggu lalu tidak termasuk keputusan di cabang-cabang Pensiangan, Keningau dan Tawau yang ditangguhkan.

Pemilihan di Keningau tergendala apabila calon Kartel (pemangku Ketua Cabang) memilih satu dewan kecil di sebelah rumah beliau yang hanya boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa. Kawasan itu juga tidak mempunyai liputan telefon, apatah lagi liputan internet. Tujuannya jelas iaitu untuk menghalang pengundi calon lawan yang menyokong saya daripada mengundi.

Sabtu lepas, dianggarkan lebih dari 1,000 orang pengundi saya tidak dibenarkan mengundi di Keningau.

Keadaan yang sama berulang di Pensiangan. Sejak dari jam 8 pagi lagi, kehadiran telah mencecah ribuan dan menjelang tengahari, resit keanggotaan yang dikeluarkan (lengkap dengan nombor keanggotaan) telah mencecah sekitar 5,000 orang.

Malangnya, JPP hanya menyediakan 2 mesin kod QR kepada calon Raymond Ahuar yang membawa 5,000 orang pengundi; dan 2 lagi kepada lawannya yang hanya membawa sekitar 200 orang. Akibatnya, proses pengundian menjadi terlalu perlahan.

Sekitar jam 12 tengahari, liputan internet Celcom hilang. Semakan dengan Celcom menunjukkan talian gentian di stesen mereka di situ telah dipotong. Kes ini kini menjadi kes polis.

Sekali lagi proses undian di Pensiangan tergendala. Akibatnya, menjelang jam 5 petang, ada sekitar 3,000 orang yang berada di dalam kawasan dewan mengundi tetapi beratur berasak-asak untuk masuk mengundi.

Akibatnya, pengundian di Pensiangan juga tidak dapat diteruskan, seperti yang berlaku di Keningau sehari sebelum itu.

Kedua-dua cabang ini dianggarkan boleh memberi margin kemenangan mencecah 3,000 kepada saya, jika pengundian dibenarkan berjalan baik dan tidak disabotaj dengan pelbagai masalah (dewan seperti reban ayam, tiada internet, mesin kod QR dan tablet yang tidak mencukupi dan lain-lain).

Sebab itu, saya memohon supaya pendokong #Reformasi20Tahun yang telah berusaha sebaik mungkin setakat ini, untuk tidak gundah gulana walaupun digembar-gemburkan seolah-olah kita telah kalah di Sabah.

Sebenarnya, setakat keputusan rasmi setakat ini, saingan kita hanya mendahului di Sabah dengan kelebihan undi 1,611 sahaja. Tetapi kelebihan undi ini tidak termasuk cabang-cabang utama kita iaitu Pensiangan dan Keningau.

Kehadiran di Pensiangan dan Keningau pada hujung minggu yang lepas menunjukkan kemampuan pasukan kita menggerakkan sekurang-kurangnya 4,000 orang di kedua-dua cabang ini.

Oleh itu, saya menyeru supaya JPP dengan segera mengumumkan pengundian di cabang-cabang yang keputusannya digantung: Pensiangan, Keningau dan Tawau.

Saya juga mengingatkan JPP supaya tidak lagi mengulangi kesilapan yang berlaku minggu lagu, iaitu:

- Memilih tempat mengundi tanpa talian telefon dan terlalu kecil yang tidak masuk akal dengan jumlah pengundi yang ramai
- Tidak menyediakan mesin kod QR dan tablet yang mencukupi sedangkan JPP tahu cabang seperti Pensiangan sentiasa mengeluarkan ribuan anggota setiap pemilihan

Saya juga yakin cabang-cabang di Sarawak akan memberi saingan yang baik dan membantu #Reformasi20Tahun merapatkan jurang.

Saya menyeru supaya tiada tangan-tangan ghaib yang cuba menekan cabang-cabang besar yang bersama dengan #Reformasi20Tahun, seperti Cabang Julau.

Kita hanya ketinggalan 2,600+ undi setelah 185 cabang mengundi di seluruh negara.

Dengan undi dari Pensiangan, Keningau, Julau dan cabang-cabang lain, saya yakin kita berupaya menamatkan musim pemilihan kali ini dengan bergaya, asalkan JPP melaksanakan tugasnya dengan memastikan pengundian di cabang-cabang yang besar ini berjalan dengan lancar.

Rafizi Ramli

Ahli Parlimen Tampin Sila Singkirkan Orang-orang UMNO Dalam Organisasi


Ahli Parlimen Tampin P135 YB Dr Hasan Bahrom sila buang orang-orang UMNO segara dalam organisasi YB. Kami dah buang UMNO yang nak kutip sampah-sampah UMNO ni balik apa masalah??

Jangan sampai kami terus menerus menyerang kepimpinan YB dan alasan YB tidak tahu adalah alasan dangkal yang tidak masuk akal.

Jangan YB terlupa, bekas Ahli Parlimen Tampin lama yang telah ditolak rakyat pada PRU14 dulu disebabkan tidak cakna dan ambil tahu masalah rakyat dan urustadbir yang lemah serta salah lapor dan di selindungi oleh pegawai-pegawainya.

Jangan bila nak dekat PRU15 nanti baru YB terhegeh-hegeh turun padang nak ambil tahu segala masalah!

Tak guna nampak hebat di Dewan Parlimen tetapi tempat sendiri kelam kabut dan tidak terjaga.

Sarawak Rekod Belanjawan Terbesar, Kenapa Tidak Kelantan, Terengganu?


Hari ini Sarawak mencipta sejarah apabila mencatat rekod belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Sarawak. Untuk Bajet 2019 kali ini sejumlah RM11.914 Billion dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak menggunakan dana sendiri. Sebagai rakyat Sarawak apa pandangan anda tentang bajet kali ini? Adakah anda berpuas hati atau pun tidak?

Kredit: Jiwa Bakti

#BajetSarawak2019

Monday, 5 November 2018

Menghargai Kesetiaan dan Kejujuran Rakan-Rakan AMK Sabah


[TERIMA KASIH]

Kami ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga rakan-rakan anggota AMK Sabah yang setia bersama kami sehingga keakhir proses pengundian pusingan di Sabah.

Kesetiaan dan kejujuran rakan-rakan AMK Sabah yang mendokong amat-amat dihargai walaupun ada diantara 'rakan-rakan' yang berpaling tadah di saat akhir. Itu lumrah dalam politik.

Walau bagaimana pun, kami masih optimis dengan peluang kami dengan Pemilihan ini. Disamping proses Pemilihan di beberapa cabang di Sabah masih tertangguh yang kami yakin akan memberi sokongan kuat kepada kami.

Proses Pemilihan akan beralih ke Bumi Kenyalang, Sarawak pada minggu hadapan dan juga cabang-cabang yang tertangguh; Kuala Selangor (Selangor), Melaka, Jelebu (Negeri Sembilan), Keningau & Pensiangan (Sabah).

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong, mendokong dan yang mendoakan kami!

#Reformasi20Tahun
#ReformasiMuda

Sunday, 4 November 2018

Wilayah Muafakat di Keningau Mirip Pemilihan Keadilan di Ampang



Info dari Keningau
'Dewan' pemilihan yang kecil (tak ni dewan ka apa), sedangkan ramai ahli disitu. Lebih sedih ramai penyokong kita tak dapat mengundi.

Asal ada 'wilayah muafakat' ni memang macam ni ka?

Reformasi Muda

Rafizi Ramli Menerima Rawatan di Hospital Keningau



RAFIZI KINI DI HOSPITAL KENINGAU

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kini berada di Hospital Keningau setelah membuat laporan polis di Balai Polis Keningau sebentar tadi.

Beliau membuat pemeriksaan doktor di unit pesakit luar setelah kejadian memukul kepala Rafizi dari belakang jam 4 petang tadi.

Pegawai polis mengiringi beliau mendapatkan rawatan bagi menjamin keselamatan beliau semasa berada di bandar ini.

Sama-samalah kita doakan kesihatan dan keselamatan beliau sepanjang kempen pemilihan parti yang diteruskan esok di Sabah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.