Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Saturday, 27 December 2014
SURAT KEPADA NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR
SURAT KEPADA NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR.
Assalamualaikum Dato' Seri.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Seri.
Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh bandar sudah lumpuh. Air di mana- mana.
Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala Krai? Kalau belum, saya dah sedia link kat situ, klik je. Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.
Dato' dah makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye.
Saya dah makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga bantuan. Terima kasih rakyat Malaysia.
Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan. Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah apa mereka makan. Nak masuk pakai apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca.
Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?
Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari negara luar.Soalannya, di mana kemampuan itu?
Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini.
Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin dunia.
Ingat mamat ini? Shinzo Abe. Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana
tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni, dia main golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali
dengan dia ke?
Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan
Dato', percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak baik. Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set?
Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya ini.
1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat. Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat. Soalan paling besar.
Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang?
Adakah kerana Menteri Dalam Negeri, Hisyambudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara?
Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun tak seberapa di sana, alih-alih, gambar yang sama, nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.
Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad.
Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah untuk diisytiharkan DARURAT?
Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!
3)Luluskan geran bantuan bencana alam.
4)Cari salah orang.
Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi.
Soalannya.
Apa puncanya?
Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak?
Adakah sebab sistem perparitan?
Adakah sebab Global Warming?
Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB. Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir.
Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki ini bermain air.
Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat.
Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.
SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA.
Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral
Jom SHARE.
Post di Facebook. RT di Twitter. Cakap dengan kawan pasal surat ini.
Selagi surat ini tak sampai pada DS Najib, darurat tak akan diumumkan. Bantuan tak akan sampai.
Orang yang banyak duit, boleh derma pada mangsa banjir.
Orang tiada duit? SHARE surat ini bagaikan esok tidak akan tiba!!!
MOHON SEMUA PAKAT 2 SHARE YEA MOHON SESANGAT JANGAN LIKE AJE. MOHON SHARE!!!!
#PRAYFORPANTAITIMUR
Friday, 26 December 2014
Penswastaan Penebangan Balak Punca Banjir Teruk di Kelantan?
Oleh Aduka Taruna
Penyelesaian banjir oleh ulama untuk rakyat Kelantan. Tinggi Allah mempunyai lokasi.
Ops! Tidak mengapa. Kalau ulama tidak mengapa. Ini semua peribahasa, balaghah. Tak kena kafir. Rakyat lemas, balak bagi swasta tebang sana-sini dengan kelulusan alam sekitar (takda idea nak cari sumber ekonomi lain), projek Lojing jahanam, rampas tanah orang asal Gua Musang sampai mereka fail saman di mahkamah GM. Semua tak mengapa.
Banjir ini soal balaghah. Soal peribahasa. Mat rock kata Allah ada leher, duduk atas tinggi lagi dari bukit hukum kafir. Ulama kata ianya seni peribahasa. Balaghah. Otak paling pakiu.
Kelantan Menangis Disember 2014
Kefahaman situasi banjir Kelantan untuk NGO / Team bantuan dari luar.
Oleh : AdukaTaruna
1. Pasukan 4x4 yang membawa barangan ke Pusat Perpindahan, ada ramai. Tetapi bukan bermaksud ianya patut dihentikan. Kerana barangan seperti makanan akan menyusut. 4x4 hanya mampu sampai ke Pusat Perpindahan sahaja.
2. Paling kritikal ialah NGO / Team yang ada bot. Yang boleh akses ke bukit, rumah, kampung, pendalaman; di mana mangsa terperangkap. Ini paling genting. Hanya berharap pasukan bomba dan tentera yang terhad. Bertaburan text SMS wasap meminta bantuan pindah.
3. Hampir semua kawasan banjir, Kota dan Pekan tiada elektrik. Bermakna tiada jaminan untuk NGO / Team sendiri. Sila bawa bekalan petrol / diesel dan generator (Caj bateri gajet, etc) bagi kegunaan sendiri.
4. Kesemua pusat pengumpulan derma banjir oleh NGO / Team dipenuhi pakaian terpakai. Terima kasih dan perlu juga. Tetapi situasi sekarang ialah makanan dan peralatan wanita / bayi. Mohon lori2 bantuan ke Kelantan melebihkankan makanan untuk fasa ini. Fasa surut nanti baru pakaian sangat2 diperlukan.
5. NGO / Team bantuan ketika banjir lebih ramai berbanding NGO / Team bantuan selepas banjir. Sampah, selut, lumpur sangat2 membebankan mangsa yang letih emosi dan fizikal. Kami di Kelantan juga sangat merayu bantuan fasa yang ini nanti.
Kelantan menangis Disember 2014.
Thursday, 25 December 2014
Pulanglah Najib, Rakyat Perlukan Perdana Menteri Ketika Ini
Kenyataan Umum
25 Disember 2014
Pulanglah Najib, Rakyat Perlukan Perdana Menteri Ketika Ini
Ketika ini, negara sedang menghadapi ujian yang amat besar. Beberapa ketika sebelum ini, negara telah turut terheret dengan penurunan harga komoditi dan minyak. Kemudian, penurunan nilai Ringgit Malaysia dan kini bencana banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung.
Kesemua ujian ini sepatutnya memerlukan tumpuan dan fokus daripada seorang Perdana Menteri. Namun malang bagi Malaysia apabila Perdana Menteri memilih untuk bergembira menghayunkan kayu golf bersama Presiden Barrack Obama.
Kepada Najib, bagaimana anda boleh tersenyum gembira bermain golf di Hawaii ketika rakyat di sini resah, ketakutan dan huru hara memikirkan untung nasib menghadapi bencana banjir besar?
Adakah keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri adalah untuk memuaskan hati dan menjadi budak Amerika Syarikat yang baik? Tidak bolehkah Najib membatalkan jadual ke Amerika Syarikat dan memilih untuk berada bersama rakyat ketika ini.
Kebingungan rakyat yang melihat tindak tanduk sindrom penafian Putrajaya terhadap keadaan banjir di Kelantan yang semakin memburuk akhirnya telah terjawab. Rupanya Perdana Menteri kita tidak berada di dalam negara tetapi sedang bergembira bersama Presiden Barrack Obama.
Pendokong Barisan Nasional heboh tempohari sewaktu Kajang dilanda banjir kilat dengan memainkan gambar Wan Azizah dan keluarga bercuti di luar negara. Nah, kini ketua kamu yang juga seorang Perdana Menteri memilih untuk bersama Barrack Obama berbanding rakyat sendiri.
SAMM mendesak Najib untuk segera pulang ke Malaysia dan fokus menyelesaikan pelbagai masalah dalam negara ketika ini. Sudah cukuplah waktu berfoya-foya di luar negara. Ini bukan masanya untuk kamu menjelajah keluar negara lagi.
SAMM juga mengambil kesempatan untuk memberikan gelaran Bapa Foya-Foya kepada Najib Razak. Pulanglah Perdana Menteri Foya-Foya. Rakyat Malaysia memerlukan kamu sekarang ini.
Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
Wednesday, 24 December 2014
Kerajaan Persekutuan Perlu Luluskan Geran Bantu Kerajaan Kelantan, Terengganu Atasi Bencana Banjir
Kerajaan Persekutuan Perlu Luluskan Geran Bantu Kerajaan Kelantan, Terengganu Atasi Bencana Banjir
Hingga ke hari ini lebih 30,000 orang telah terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir yang menimpa negeri Kelantan dan Terengganu. Ini merupakan antara bencana banjir yang paling teruk pernah dialami, hingga buat pertama kali sejak beberapa tahun yang lalu Kota Baru sendiri dinaiki air hari ini.
Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.
Saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini.
Pada masa yang sama, saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin, bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini.
ANWAR IBRAHIM
24 Disember 2014
Panduan Komunikasi Mangsa Banjir Kritikal
Panduan Komunikasi Mangsa Banjir Kritikal.
Oleh : AdukaTaruna
1. Komunikasi dengan dunia luar (sahabat sanak saudara) sangat penting. Oleh itu jimatkan bateri HP anda. Off internet (on jika perlu sahaja). Gelapkan skrin, jangan terlalu ghairah ambil gambar dan sebagainya.
2. Komunikasi guna text lebih menjimatkan bateri berbanding perbualan.
3. Orang kawasan luar (sahabat saudara yang di luar kawasan banjir) harus elakkan berbual lama soal ayam itik atau awek sebelah rumah. Hanya make sure mangsa banjir ok sahaja. Mereka memerlukan privacy, rehat dan fokus.
4. Top up HP mangsa untuk membuatkan mereka kekal mampu menghubungi sesiapa jika kecemasan.
5. Bagi isyarat tidak mahu kepada pasukan penyelamat jika berasa diri masih selamat (tidak memerlukan bantuan). Ini menjimatkan masa penyelamat untuk mencari yang lebih kritikal.
6. Wisel / siul juga adalah alat komunikasi mudah dengar dan mudah kesan terutama dalam gelap.
7. Mat2 motor dan awek2 dan famili yang berlonggok di jalanan melihat / bermain air sangat mengganggu komunikasi jalan darat. Jalan jadi sesak. Mohon professional dan utamakan kepentingan mangsa kritikal.
Sebarkan untuk kepentingan bersama.
Umaat Islam Perlu Bersatu Mempertahankan Al-Qardawi
Umaat Islam Perlu Bersatu Mempertahankan Al-Qardawi.
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) Negeri Johor mengecam sekerasnya percubaan pihak yang menimbulkan kekeliruan terhadap Ulama terkenal, Dr Yusof Al-Qardawi dengan meletakkan beliau dalam senarai di kehendaki Interpol.
"Al Qardawi merupakan antara tokoh ulama yang ke depan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa. Pandangan beliau didengari dan keilmuan beliau dipercayai Umaat Islam.Tuduhan melabel tokoh ulama itu sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.
Malaysia juga pernah menobatkan Al-Qardawi sebagai tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 sebagai pengiktirafan di atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat Antarabangsa.
NoorSaiful Amri
(Pengerusi PANGLIMA Johor)
Sebelum Dan Selepas Kantoi Antara Cadbury Dan Kak Jat
PERASAN TAK ANDA.. Cadbury Malaysia sedang bertungkus-lumus kerap siar iklan Cadbury utk tepis tanggapan buruk terhadap coklat mereka... Ha! Ha! Ha!
Masa belum terkantoi 'babi' guna pompuan cantik mkn coklat.. bila dah terkantoi 'babi' guna pak aji n ciri2 islamik mkn coklat.. NAK PUJUK rakyat suruh beli & mkn Cadbury ler tu..
Sama macam kak jat tak?
Tuesday, 23 December 2014
RESAH IBU BAPA DENGAN PT3
Tulisan Santai
23 Disember 2014
RESAH IBU BAPA DENGAN PT3
Saya mempunyai anak yang berada di tingkatan dua tahun hadapan. Muhammad Adam Aiman. Agak awal untuk saya resah dengan apa yang terjadi dengan keputusan PT3 tahun ini. Namun, ia akan sangat bermasalah jika saya buat tidak endah tentang hal ini.
Melihat pada keputusan PT3 tahun ini, saya rasa trend menjadikan tikus makmal terhadap anak berulang kembali. Walaupun ia adalah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan penambahbaikan sistem pendidikan kita yang jelas tidak ke mana, ia menyuntik rasa bimbang yang besar di hati ibu bapa.
Sepuluh tahun lepas, kerajaan telah cuba mempraktikkan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Ia dicetuskan oleh Mahathir. Walau menerima banyak teguran dan hentaman, Mahathir tetap Mahathir. Beliau meneruskan juga percubaan itu. Akhirnya ia ternyata gagal.
Di bawah menteri pendidikan yang baru, PBS di perkenalkan. Sistem yang baru ini menjadi seolah sistem serba tak menjadi. Sekejap kena buat begitu, sekejap kena buat begini. Akhirnya ia diteruskan juga dalam keadaan tempang dan tiada daya.
PBS juga yang memperkenalkan PT3. Ketempangannya mula dirasai apabila pada peringkat awalnya tiada peperiksaan untuk tingkatan tiga. Akhirnya, dengan tidak semena-mena PT3 di umumkan.
Kita ni sedang bermain apa? Sistem pendidikan bukan sejenis permainan untuk mendapatkan keuntungan. Bukan perkara remeh dan kecil. Kerajaan harus sedar tentang perkara itu.
Saya menyeru, duduk dan berbincang dengan sepenuh jujur, berakal dan ketepikan keuntungan demi masa depan pendidikan negara. Kita perlukan sesuatu yang jelas dan nyata demi menjadikan negara kita bergerak di landasan yang betul.
Saya harap, anak saya akan berjaya dan saya yakin itu harapan semua ibu bapa. Saya juga tidak mahu anak saya gagal kerana itu semua harapan ibu bapa yang ada.
Saya harap anda semua mengerti. Anak saya dilahirkan ke dunia untuk satu sistem yang betul dan jelas, bukan menjadi tikus percubaan pihak berkepentingan.
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.