VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 23 December 2014

RESAH IBU BAPA DENGAN PT3


Tulisan Santai
23 Disember 2014

RESAH IBU BAPA DENGAN PT3

Saya mempunyai anak yang berada di tingkatan dua tahun hadapan. Muhammad Adam Aiman. Agak awal untuk saya resah dengan apa yang terjadi dengan keputusan PT3 tahun ini. Namun, ia akan sangat bermasalah jika saya buat tidak endah tentang hal ini.

Melihat pada keputusan PT3 tahun ini, saya rasa trend menjadikan tikus makmal terhadap anak berulang kembali. Walaupun ia adalah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan penambahbaikan sistem pendidikan kita yang jelas tidak ke mana, ia menyuntik rasa bimbang yang besar di hati ibu bapa.

Sepuluh tahun lepas, kerajaan telah cuba mempraktikkan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Ia dicetuskan oleh Mahathir. Walau menerima banyak teguran dan hentaman, Mahathir tetap Mahathir. Beliau meneruskan juga percubaan itu. Akhirnya ia ternyata gagal.

Di bawah menteri pendidikan yang baru, PBS di perkenalkan. Sistem yang baru ini menjadi seolah sistem serba tak menjadi. Sekejap kena buat begitu, sekejap kena buat begini. Akhirnya ia diteruskan juga dalam keadaan tempang dan tiada daya.

PBS juga yang memperkenalkan PT3. Ketempangannya mula dirasai apabila pada peringkat awalnya tiada peperiksaan untuk tingkatan tiga. Akhirnya, dengan tidak semena-mena PT3 di umumkan.

Kita ni sedang bermain apa? Sistem pendidikan bukan sejenis permainan untuk mendapatkan keuntungan. Bukan perkara remeh dan kecil. Kerajaan harus sedar tentang perkara itu.

Saya menyeru, duduk dan berbincang dengan sepenuh jujur, berakal dan ketepikan keuntungan demi masa depan pendidikan negara. Kita perlukan sesuatu yang jelas dan nyata demi menjadikan negara kita bergerak di landasan yang betul.

Saya harap, anak saya akan berjaya dan saya yakin itu harapan semua ibu bapa. Saya juga tidak mahu anak saya gagal kerana itu semua harapan ibu bapa yang ada.

Saya harap anda semua mengerti. Anak saya dilahirkan ke dunia untuk satu sistem yang betul dan jelas, bukan menjadi tikus percubaan pihak berkepentingan.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.