Gambar ini adalah program anjuran kelab kleptokrasi di Shah Alam bernama "Malu apa bossku". Dalam program ini sdra Najib beberapa kali sentuh isu caitrooper kendalian regime kleptokrasi yg terkait sebelum PRU14 dan situasinya selepas mereka kalah.
Apa sorotan yg Najib cakap... antaranya mengakui bahawa pahlawan2 cyber yang dibayar oleh pentadbirannya dahulu hanya "menghabiskan beras".
Program seperti Twitter Bot, Facebook Like Bot, blog saraf, akaun twitter & fb fake hanya untuk mengecai mengganggu penulisan kalian, caitropper JASA memasang sonar maya mengesan sapa penjawat awam yg menyokong PR ketika itu kemudian PH semata nak pindahkan cikgu2 semenanjung ke pendalaman Sabah Sarawak adalah mereka yg berbayar menggunakan wang rakyat.
Banyak yg dah tidak aktif selepas ketuanan kleptokrasi itu kalah di PRU14. Dan ada segelintir yg masih bertahan. Setiap anak muda yg berdaftar menjadi ahli umno baru akan dapat laptop & samsung A8 termasuklah data internet bulanan & harian.
Maka dari sinilah perkataan "Red Bean Army" di bina & di tujukan kononnya PH sebagai pembangkang ketika itu ada cybertroper berbayar. DAP menjadi sasaran utama menggunakan sentimen agama & perkauman bagi mempalitkan RBA ini di bawah kendalian DAP kunun utk berkuasa mengalahkan bangsa Melayu, kunun hapuskan raja2 & agama Islam dalam Malaysia.
Untuk mendapatkan peruntukan besar dari kantung negara, perkataan RBA ini di cipta oleh pihak caitrooper kleptokrasi sendiri mewajarkan sumbangan besar turun. Secara tidak langsung, ahli bahagian & jawatankuasa dapat laba apatah lagi untuk rekrut keahlian anak muda baru menyertai mana2 parti komponen kleptokrasi mereka.
Seterusnya bagi menyedapkan serta kewajaran peruntukan kewangan yg besar turun terutama kepada individu bernama Faisal sebagai ketua mereka, dalam program anjuran wanita umno baru pula yg berpakaian serba merah, mereka mendakwa untuk melawan RBA ini maka umno baru perlu wujudkan entiti di pihak mereka di panggil sebagai "Pasukan Semut Api".
GM dan rangkaian kami menyusup masuk di sebalik tabir seketika. Agak terperanjat bila masa pula RBA itu wujud sedangkan ramai di kalangan penulis karya kalangan PH pun tidak tahu.
Inilah sebabnya perkataan RBA itu wujud dan di kitar sehingga ke hari ini. Semuanya utk laba sumber kewangan, ada yg berbayar RM1.50 - RM3 untuk setiap posting ketika itu. Malah ada yg dapat RM3000 - RM6000 elaun setiap bulan caitrooper mereka. Apabila umno baru & bn kalah, program saraf caitrooper mereka pun turut tercarap sekali. ;)
Tambahan kekuatan kepada program caitrooper tersebut, mereka ada pusat printing media & pereka grafik. Setiap apa isu yg keluar, pusat printing mereka akan cetak bunting, banner, risalah sebaran. Pereka grafik pula berfungsi sbg penerusan program saraf mereka & memfitnah menggunakan gambar2 pimpinan PH ketika itu. Setiap hari feeds naik yg ada gambar pimpinan PH, GM kan kumpulkan & analisa apakah pereka grafik itu orang yg sama atau tidak. Setiap pereka ada seni grafiknya, di sini dapat mengenali empunya tangan pereka grafik tersebut. Haaa...ha!!! ;)
Bila dah tercarap, segalanya hilang. Maka, inilah sebabnya semalam dalam program di Shah Alam Najib mengatakan...
"Saya tak ada cybertrooper lagi, saya cakap terus terang cybertrooper dulu buat habiskan beras je, minta maaflah kalau ada cybertrooper dalam ni" -Najib.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.