VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 21 September 2018

NAJWAN TERDESAK, KOMITED BERSAMA AKMAL & PASUKAN #REFORMASIMUDA


KENYATAAN MEDIA #REFORMASIMUDA
20 September 2018

NAJWAN TERDESAK, KOMITED BERSAMA AKMAL & PASUKAN #REFORMASIMUDA

Berhubung dengan pengumuman senarai calon pasukan yang oleh Sdr. Najwan Halimi pada hari ini, kami mewakili pasukan #ReformasiMuda, kami berasa kesal dan terkejut dengan perkara ini.

Komited dan komitmen kami dalam pasukan #ReformasiMuda mendokong dan menyokong YB Akmal Nasir sebagai calon Ketua AMK Malaysia dan pasangannya Sdr. Raymond Ahuar sebagai calon Timbalan Ketua AMK dan juga rakan-rakan lain dalam pasukan #ReformasiMuda.

Ingin juga kami tegaskan bahawa tidak sesekali kami akan menyokong Sdr. Najwan Halimi yang terang-terangan menyokong YB Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden.

Kami mendesak Sdr. Najwan Halimi tidak mempergunakan nama-nama calon dari pasukan #ReformasiMuda untuk kepentingan politik peribadi dan seolah-olah Sdr. Najwan terdesak dan tiada hala tuju dalam persaingan Ketua AMK Malaysia.

Sekian.

Yang benar,

Sdr. Thiban A/L Subramanian
Calon Naib Ketua AMK Pusat No. 1

Sdr. Muhammad Arif Mukhtar
Calon Exco AMK Pusat No. 7

Sdr. Mohd Umry Abdul Khoisl
Calon Exco AMK Pusat No. 11

Sdr. Shariful Azmir Hj Mustafa
Calon Exco AMK Pusat No. 27

Sdr. Pravin A/L Murali
Calon Exco AMK Pusat No. 34

Sdr. Muhammad Alif Asyraf
Calon Exco AMK Pusat No. 36

Sdri. Wong Chai Yi
Calon Exco AMK Pusat No. 38

YB Nor Azam Karap
Calom Exco AMK Pusat No. 42

Sdr. Mohammad Razeef Rakimin
Calon Exco AMK Pusat No. 43

Sdr. Fahmi Zainol
Calon Exco AMK Pusat No. 45

#ReformasiMuda
#Reformasi20Tahun

Thursday, 20 September 2018

PERTAMINA LUBRICANTS TELAH MASUK KE PASARAN MALAYSIA


Kami adalah pengedar tunggal negara bagi Pertamina pelincir di Malaysia. Syarikat telah dilantik oleh PT Pertamina Lubricants, Syarikat pelincir Negara Indonesia sebagai Pengedar Negara Malaysia mereka.

Sebagai Pengedar tunggal, kami membawa komprehensif yang merangkumi semua segmen pasaran yang merangkumi kerendaan berat (diesel), kereta, motosikal dan pasaran industri minyak pelincir.

Kami membekalkan pelbagai produk untuk semua aplikasi iaitu minyak enjin Diesel, minyak hidraulik, minyak transmisi, industri minyak Gear, Greases, minyak Marin industri, produk khusus serta penumpang dan motosikal minyak pelbagai gred dan spesifikasi untuk memenuhi keperluan pasaran automotif.

Pembungkusan yang ditawarkan ada seperti 1 Liter, 4 Liter, 5 Liter, 18 Liter (Pile), 209 Liter (Drum) yang di import terus dari PT Pertamina Lubricants di Indonesia. 

Produk yang kami tawarkan kepada ada adalah seperti di bawah:

Untuk harga bagi minyak enjin Kereta dan Motorsikal Seperti dibawah

Jenis minyak enjin yang mendapat pemintaan tinggi:
1. Fastron Techno SAE 10W-40 API SN - FULLY SYNTHETIC
2. Prima Xtreme Min SAE 10W-30 API SL - SEMI SYNTHETIC
3. Mesran Super Min SAE 20W-50 API SG/CD - MINERAL
4. Meditran E 40 CF-40 (Diesel) - MINERAL


5. Enduro 4T Racing 10W-40 JASO MA2 API SL - SYNTHETIC PERFORMANCE
6. Enduro 4T Min 20W-50 JASO MA SJ 

7. Pertamina Mesrania 2T 


Untuk anda lebih memahami mengenai produk. Boleh layari laman web PERTAMINA LUBRICANTS

Jom Like Page Penang Pertamina Lubricants

Jom Beli di Shopee kami 
1. https://shopee.com.my/azizsamm_bm 
2. https://shopee.com.my/abdulwafiabdrahman

www.pertaminalubricants.com
Hubungi Saya: 013-6360780
Abdul Aziz Abd Rahman

Monday, 17 September 2018

Suspek Kes Rasuah Dalam Pemilihan Keadilan 2018 Bukan Dari Team Rafizi Ramli




Tersebar poster kaitkan suspek kes suapan dengan baju yang tertulis Invoke suatu perkara yang amat dikesalkan.

Bukan setakat pengguna akaun Facebook biasa malah sudah berjangkit kepada bekas calon yang tidak sehaluan dengan Rafizi Ramli. Kononnya dengan mengaitkan baju semata-mata sudah jatuh hukum sedangkan baju tersebut orang biasa yang tidak berparti pun membelinya.

Bila diminta isytihar harta macam-macam alasan diberi tapi tak juga lakukan bagi menunjukkan ketelusan kepada rakyat.

Adakah suspek berkenaan merupakan kakitangan Invoke? Jawapannya tentulah sama sekali tidak kerana suspek di Kedah sedangkan semua kakitangan Invoke kini hanya berada di Kuala Lumpur.

Sejak Jun lepas kesemua kakitangan sepenuh masa dan separuh masa di luar Kuala Lumpur telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Adakah mereka mewakili Invoke selepas bulan berkenaan? Jawapannya tentulah tidak.

Rasuah tanpa kompromi tak kira siapa pun atau dari pihak mana pun. Berhentilah menyebarkan fitnah kerana tulisan anda akan dipertanggungjawabkan kelak.

Sunday, 16 September 2018

Permilihan Keadilan 2018, Kedah Terpalit Dengan Skandal Rasuah



Inilah wajah-wajah perosak parti KEADILAN yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah semalam.

Mereka berdua direman selama ENAM HARI bagi membantu siasatan berhubung suapan RM20 ribu bagi memastikan nama calon yang bertanding jawatan dalam pemilihan parti dikekalkan.

Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ahli parti yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa termasuk geng pintu belakang.

Syabas SPRM kerana tegas dan pantas bertindak bagi memelihara imej parti dari dirosakkan pemimpin yang gemar menggunakan pintu belakang.

Pemilihan Keadilan 2018, Pimpinan Gusar Kebangkitan Anwar Ibrahim




Punya risau laa puak-puak yang tak mau DS Anwar Ibrahim naik.

- Sorang kata tak berhak umum
- Sorang kata tak buat mesyuarat
- Sorang kata buat lepas pemilihan
- Sorang kata membazir
- Sorang kata tak boleh menang

Astaghfirullah... Mengucap panjang aku. Semua yang kata ni bukan umno. Tapi pimpinan dalam Keadilan.... Letiiiihhh..

Sebahagian dari perenggan akhir "Warkah Dari Penjara" oleh DS Anwar Ibrahim :-

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang, jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudara ku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu. Semoga perjuangan diberkati. Amin...

Status : Syed Shah Syed Osman
Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156628941922512&id=647962511

e-Voting Permilihan Keadilan 2018, Bagaimana Anda Akan Mengundi?


Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi 'e-voting' bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.

Pengundian bagi peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sebelum ini dijadual pada 14 Sept hingga 13 Okt depan dijadual semula pada 22 Sept hingga 28 Okt.

Ia akan bermula dengan Kedah dan Pulau Pinang pada 22 Sept; diikuti Perak dan
Perlis pada 23 Sept; Negeri Sembilan dan Melaka (29 Sept); Johor (30 Sept); Kelantan dan Terengganu (5 Okt); Pahang (6 Okt); Wilayah Persekutuan (7 Okt); Selangor (13, 14 dan 21 Okt); Sarawak (20 Okt) dan Sabah pada 27 dan 28 Okt.


Undill Lah Pasukan Reformasi Muda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.