VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 17 September 2018

Suspek Kes Rasuah Dalam Pemilihan Keadilan 2018 Bukan Dari Team Rafizi Ramli




Tersebar poster kaitkan suspek kes suapan dengan baju yang tertulis Invoke suatu perkara yang amat dikesalkan.

Bukan setakat pengguna akaun Facebook biasa malah sudah berjangkit kepada bekas calon yang tidak sehaluan dengan Rafizi Ramli. Kononnya dengan mengaitkan baju semata-mata sudah jatuh hukum sedangkan baju tersebut orang biasa yang tidak berparti pun membelinya.

Bila diminta isytihar harta macam-macam alasan diberi tapi tak juga lakukan bagi menunjukkan ketelusan kepada rakyat.

Adakah suspek berkenaan merupakan kakitangan Invoke? Jawapannya tentulah sama sekali tidak kerana suspek di Kedah sedangkan semua kakitangan Invoke kini hanya berada di Kuala Lumpur.

Sejak Jun lepas kesemua kakitangan sepenuh masa dan separuh masa di luar Kuala Lumpur telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Adakah mereka mewakili Invoke selepas bulan berkenaan? Jawapannya tentulah tidak.

Rasuah tanpa kompromi tak kira siapa pun atau dari pihak mana pun. Berhentilah menyebarkan fitnah kerana tulisan anda akan dipertanggungjawabkan kelak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.