Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Friday, 26 September 2014
Wednesday, 24 September 2014
Pendedahan laporan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti (JK Khas) oleh Putrajaya ibarat makanan basi dengan pembungkusan baru
Kenyataan media ROYALTI.
Pendedahan laporan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti (JK Khas) oleh Putrajaya ibarat makanan basi dengan pembungkusan baru.
1. ROYALTI mengulangi pendirian menolak JK Khas yang diumumkan Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012, menjelang PRU (tekanan), sebagai kaedah penyelesaian tuntutan. ROYALTI tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian 9 Mei 1975.
2. JK Khas yang menjanjikan keputusan selepas 6 bulan kini memasuki lebih 2 tahun. Kini, diumumkan kerana tekanan PRK. Seperti diduga oleh majoriti rakyat, keputusan tetap sama. Yakni 3 batu nautika yang :
i. Tiada dalam perjanjian 9 Mei 1975.
ii. Tiada dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974.
iii. Yang ditafsirkan sebagai had kuasa keselamatan bawah undang-undang darurat. Bukan had kedaulatan hasil bumi wilayah laut negeri-negeri.
iv. Dibantah oleh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri. Orang yang masih hidup, yang menandatangani perjanjian itu sendiri.
v. Dibantah oleh Tun Saleh Abas. Orang yang masih hidup, yang merangka akta dan perjanjian itu sendiri.
vi. Had keselamatan 3 batu nautika yang sudah dimansuhkan melalui pemansuhan akta darurat 2011.
vii. Akta Wilayah Laut 2012 (Akta 750) yang tidak sah kerana tidak diluluskan di DUN dan mendapat perkenan Majlis Raja-raja (melibatkan sempadan negeri-negeri).
3. Laporan JK Khas yang bercanggah dengan amalan Perdana Menteri sendiri apabila :
i. Kecuali Kelantan, semua negeri pengeluar minyak (Terengganu, Sarawak dan Sabah) dibayar mengikut kiraan 5% (tidak kira apa pun istilahnya, bayaran tunai atau royalti); mempunyai telaga minyak lebih dari 3 batu nautika. Hanya Kelantan sahaja diberikan alasan 3 batu nautika.
ii. Telaga Bertam yang diumumkan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2012, TANPA melalui JK Khas adalah bukti 'cakap tak serupa bikin'. Soalannya adakah JK Khas berniat mempermain-mainkan rakyat dan kedaulatan negeri hanya kerana tekanan pilihanraya?
4. Pengumuman Telaga Bertam sejauh 160 km milik Pahang, oleh Perdana Menteri, adalah bukti alasan 3 batu nautika adalah palsu.
5. Pengumuman Perdana Menteri anggaran RM100 juta milik Pahang berdasarkan pengeluaran (17500 - 20000 tong sehari) adalah bukti istilah wang ehsan adalah rekaan. Faktanya, setiap pengeluaran harus didarap 5% seperti mana perjanjian.
6. Pengumuman penubuhan JK Khas menjelang pilihanraya dan pendedahan keputusan JK Khas juga menjelang pilihanraya adalah bukti kerajaan BN bertindak berdasarkan tekanan pilihanraya. Bukan berdasarkan keadilan, fakta dan perundangan. Rakyat diseru dan dirayu bangkit menjadikan pilihanraya esok sebagai referendum tuntutan maruah hasil bumi dan kemerdekaan wilayah laut Kelantan. Kenakan tekanan yang berterusan kepada kerajaan persekutuan.
"PRK N01 adalah maruah setiap anak Kelantan."
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Pengarah Operasi ROYALTI
24 September 2014
#N01R
Media Mana Yang Sahih Beritanya? Utusan Atau Sinar Harian
Azmin puji Abdul Khalid
Sinar Harian
KLANG - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memuji gerak kerja bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beliau berjanji untuk meneruskan dasar peduli rakyat seperti amalan sebelum ini.
“Saya terlibat secara langsung ketika pentadbiran Abdul Khalid dan beliau telah letakkan asas yang baik dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri.
“Sudah tentulah menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar-dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih, bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” katanya.
Mohamed Azmin dalam sidang media pertamanya selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Menteri Besar berkata, beliau akan mencorakkan pentadbiran negeri dengan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan yang berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menjamin pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.
Sementara itu, Mohamed Azmin turut menafikan akan wujudnya jawatan timbalan menteri besar.
“Tidak... setakat ini perkara itu tidak berbangkit,” katanya.
Ketika diminta mengulas berhubung kelangsungan Perjanjian Utama Air, Mohamed Azmin berkata, beliau tidak maklum perincian kandungan perjanjian.
“Perjanjian air kita tak tahu kandungan. Bagaimanapun kita akan adakan perbincangan dengan pihak berkuasa dan Setiausaha Kerajaan Negeri berikan taklimat terperinci untuk lihat semua perjanjian air.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin menegaskan pentadbiran kerajaan negeri akan berpandukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, bukannya dikawal oleh mana-mana pihak.
“Saya tidak dikawal parti mahupun mana-mana pihak,” katanya.
Ketika diminta mengulas berhubung penyertaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaku Exco, Mohamed Azmin berkata, penyertaan Wan Azizah dalam barisan Exco dibincangkan petang semalam.
“Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini (semalam) untuk melihat komposisi Exco PR dan Tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera, " katanya.
Azmin Kritik Khalid
Utusan
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan belang pada hari pertama beliau menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengkritik tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemecatan itu menimbulkan persoalan memandangkan ia dilakukan pada hari terakhir Abdul Khalid menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
"Sudah tentu ini menimbulkan persoalan mengapa pemecatan ini berlaku pada hari terakhir pentadbiran Abdul Khalid.
"Anwar telah memegang jawatan tersebut sejak enam tahun lalu, tiada isu apa pun. Mengapa beliau disingkirkan?" katanya dalam sidang akhbar di kediaman ibunya, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, dekat sini hari ini.
Azmin mengadakan kenduri kesyukuran di kediaman ibunya sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin dalam kenyataan malam tadi mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.
Sementara itu, di KLANG, ketika ditanya pemberita mengenai kedudukan barisan Exco baharu di bawah pentadbirannya, Azmin menjelaskan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PKR, DAP dan Pas pada petang ini mengenai komposisi jawatan itu mengikut parti-parti dalam pakatan pembangkang.
Katanya, beliau yakin keputusan penetapan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu dijangka dapat dicapai sebelum istiadat mengangkat sumpah yang dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah di sini pada Jumaat ini.
Pada masa sama, Azmin turut menyatakan bahawa tiada jawatan Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan di bawah pentadbirannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"Setakat ini perkara itu (jawatan Timbalan Menteri Besar) tidak berbangkit," ujarnya.
Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial
Kenyataan Media
24 September 2014
Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial
Telah tersebar secara meluas di laman sosial, sebuah klip footage berdurasi hampir 3 minit yang menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan penguasa DBKL ketika menjalankan tugas. Klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL merampas barang peniaga untuk tujuan disita hingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius cara yang sangat tidak beretika pihak DBKL menangani peniaga kecilan yang juga merupakan rakyat tempatan. Apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?
Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK). Hampir 80% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal.
Justeru, berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend rakyat Malaysia untuk menampung keperluan bulanan selain kerja tetap. Dalam masa sama, peluang untuk mendapat ruang perniagaan telah dimonopoli oleh golongan tertentu termasuklah warga asing. Ini yang berlaku dalam negara dan ia tidak dapat dikawal.
Sebagai contoh, wujud pasar kemboja, pasar vietnam di merata ceruk. Pusat perniagaan Chow Kit pula telah dikuasai warga asing manakala pusat perniagaan barang tiruan terbesar negara iaitu Petaling Street telah diiktiraf sejak sekian lama. Malah, Petaling Street dibangunkan dengan bumbung dan pintu gerbang yang menelan perbelanjaan besar serta mendapat layanan istimewa dari penguasa.
Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar 'wang perlindungan' maka perniagaan halal mereka diberkas?
Persoalan ini turut diluahkan oleh ramai pengguna laman sosial yang telah menonton klip tersebut. Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi bertindak kasar dengan warga tempatan. Ini bukan kes pertama DBKL bertindak buas dan tidak berperi kemanusiaan, banyak lagi gerai rakyat tempatan diroboh penguasa DBKL telah dilaporkan.
SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. Janganlah bertindak seperti zionis terhadap rakyat sendiri, malah zionis Israel tidak pernah menindas rakyatnya sendiri.
SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit 'on the spot' kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran.
Pokoknya, soal peniaga kecilan ini wajar diselesaikan cara yang berhemah dan tiada keperluan untuk bertindak kasar khususnya terhadap warga tempatan.
"Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan"
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tuesday, 23 September 2014
D7 Bukit Aman dan KDN Perlu Lebih Serius Perangi Sindiket Perdagangan Seks
Kenyataan Umum
23 September 2014
D7 Bukit Aman dan KDN Perlu Lebih Serius Perangi Sindiket Perdagangan Seks
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Wanita Muda menolak kenyataan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik yang mengatakan bahawa kegiatan perdagangan seks di Malaysia tidak sebesar mana.
Carian kami mendapati untuk tahun 2014 ini sahaja telah beberapa kali PDRM melakukan OPS NODA yang mensasarkan kepada pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang menawarkan khidmat GRO dan pekerja seks warganegara asing. Ramai yang telah ditahan kerana menyalahgunakan pas masuk ke Negara ini untuk
bekerja sebagai pekerja seks di pusat-pusat tersebut. Inilah menunjukkan penularan kegiatan perdagangan seks di dalam Negara ini.
Kewujudan laporan video "Trapped - The Underage Sex Industry in Malaysia" juga tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja oleh Bukit Aman. Seharusnya, D7 Bukit Aman mengambil langkah yang proaktif dan lebih serius dalam
memerangi sindiket perdagangan seks ini.
Kerana itulah, SAMM Segmentasi Wanita Muda melihat ada kewajaran Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat Tahun 2014 yang telah menurunkan Malaysia ke Tier 3 kerana tidak memenuhi standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia.
Tidak perlulah hanya tertumpu untuk menangkap GRO dan Pekerja Seks semata-mata sebaliknya ia perlu juga untuk mensasarkan kepada pihak yang merintis jalan memalsukan dokumen pengenalan diri dan penyalahgunaan pas
kemasukan ini dan individu-individu yang menyimpan mereka-mereka ini.
Adalah amat dikesali kerana Pengarah Cawangan D7 lebih berminat untuk bermain hujah mengenai definisi "industri seks" daripada bercakap mengenai langkah memeranginya. SAMM bersetuju bahawa memang benar seks bukanlah satu industry di Malaysia seperti di Thailand yang menghalalkan industry seks, namun ia juga bukanlah satu rahsia bahawa industry ini berkembang mekar secara bawah tanah.
Khidmat urutan istimewa ini bukan hanya terdapat di Bandar-bandar utama sahaja malah telah menular sehingga ke Bandar-bandar kecil. Lebih teruk lagi, ada juga pengusaha kedai makan yang menyediakan khidmat layanan
istimewa China-Doll ini di dalam sebuah lading seperti yang pernah dilaporkan oleh media.
SAMM Segmentasi Wanita Muda menyeru Kerajaan Persekutuan untuk lebih peka terhadap isu ini dan perlu segera memerangi sindiket pemerdagangan manusia terutamanya melibatkan aktiviti seks secara serius dan menyeluruh.
Bukan hanya setakat di permukaan sahaja, sebaliknya operasi ini perlu juga turun sehingga ke akar masalah ini. Jika tidak, aktiviti ini akan terus membarah dan mengakibatkan penularan penyakit sosial yang mengancam
pembangunan modal insan Negara.
Kegagalan untuk memerangi kegiatan ini secara komprehensif bukan sahaja akan mencalarkan imej negara di mata dunia, malah turut sama menghina maruah kaum wanita dengan menjadikan wanita sebagai bahan perdagangan dan
ekploitasi seks semata-mata tanpa ada iltizam serius untuk memeranginya.
Sekian,
Young Syefura Othman
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Monday, 22 September 2014
Kemelut Selangor Akan Berpanjangan Jika Lantikkan MB Tanpa Sokongan Ahli Dewan
Kenyataan Media
22 September 2014
Kemelut Selangor Akan Berpanjangan Jika Lantikkan MB Tanpa Sokongan Ahli Dewan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak sebarang usaha melobi diri sendiri untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar sepertimana dalam perkembangan mutakhir ini. Perlantikan Menteri Besar Selangor seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri hanya mempunyai satu jalan iaitu dengan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri.
Melobi diri sendiri untuk suatu jawatan disifatkan melanggar ruh perjuangan reformasi yang selama ini menjadi harapan rakyat melihat tanahair ini merubah menjadi sebuah negara lebih baik. Bagaimana sosok ini berdepan dengan rakyat sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar tidak bertauliah?
SAMM tidak mencampuri urusan siapa yang akan dinaikkan sebagai Menteri Besar Selangor asalkan ia mengikut lunas undang-undang. Namun SAMM tetap bertegas bahawa kemelut ini harus diselesaikan segera. SAMM menjangka sekiranya yang dilantik menjadi MB Selangor itu tidak mempunyai sokongan ahli dewan, maka Selangor akan terus bergolak dan rakyat bakal menjadi mangsa.
Sebagai penggerak anak muda yang cintakan tanahair, SAMM melihat keluhuran perlembagaan dan pendemokrasian negara akan punah jika perlantikan MB Selangor diluar nas undang-undang dijadikan 'precedent case'. Rukun Negara kini menjadi pertaruhan.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Ringkasan Sidang Media PRK Pengkalan Kubor
22/09/14. Isnin. Ringkasan sidang media.
1. R adalah NGO bebas. Dari awal PRK, membuat sidang media berasingan. Tetapi hari ini, meminjam platform PAS kerana kerjasama 'Poskad Referendum' tuntutan royalti yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.
2. Poskad Referendum akan diedarkan sebanyak 20k keping. Dengan bantuan petugas PAS. Pengundi berjumlah 23k orang. PRK yang tidak mengubah kerajaan negeri atau kerajaan pusat ini dirayu supaya dijadikan saluran referendum tuntutan oleh pengundi2. Ianya perlu diagihkan sepenuhnya sehingga tengah malam 25/09/14 (hari pengundian). Bagaimanapun, referendum ini akan diteruskan ke setiap DUN selepas PRK mengikut kemampuan dan kesesuaian.
3. Pihak ROYALTI mengulang penegasan menolak wang ehsan sebagai cara penyelesaian tuntutan. Jika mahu bagi percuma, silakan. Tetapi, jika sebagai penyelesaian tuntutan, kami tolak. ROYALTI jelas dan tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian 9 Mei 2014.
4. Pihak ROYALTI mengulangi penegasan menolak Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti (JK Khas) yang dibentuk Perdana Menteri sebagai cara penyelesaian. ROYALTI jelas dan tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian 9 Mei 2014.
5. ROYALTI mencabar Tan Sri Muhyiddin mendedahkan dokumen pengeluaran Petronas di wilayah laut Kelantan berbanding hasrat mendedahkan dokumen laporan JK Khas. Ianya lebih bermanfaat untuk diketahui rakyat Kelantan.
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Pengarah Pilihanraya ROYALTI
Jika “badan tidak dipilih” Memilih Ketua Kerajaan, Masa Depan Negara Akan Tidak Menentu
Kenyataan Umum
22September 2014
Jika “badan tidak dipilih” Memilih Ketua Kerajaan, Masa Depan Negara Akan Tidak Menentu
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh kenyataan Gabungan BERSIH bahawa sistem demokrasi berparlimen akan hancur khususnya jika kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor berakhir dengan mengenepikan pihak yang mempunyai majoriti (Adun).
Pengerusinya Marian Chin Abdullah dilaporkan dalam Malaysiakini berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.
SAMM yang juga bernaung di bawah Gabungan BERSIH berpendapat, undang-undang tubuh negeri harus dipatuhi oleh semua pihak. Jika 'rule of law' ini dilanggar atas kepentingan tertentu, negara akan menjadi kucar-kacir setelah perlembagaan dipinggirkan malah Rukun Negara yang diikrar menjadi pertaruhan.
Dikesempatan ini selaku mewakili aspirasi kelompok muda, memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majoriti.
Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah sendiri sama ada kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan feudalisma kerana kita akan dikenang sejarah seperti mana yang kita mahukan. Jangan sia siakan berbelas tahun sejarah perlawanan panjang.
Ya kita menjunjung Raja berpelembagaan tetapi kita sama sekali menolak feudalisma sempit yang mengikut membuta tuli.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Isu Doa, Barua dan Broker, Parti Islam Jenis Apa Ini?
Komen Dr MAZA
YB Saari Sungib saya kenali sebagai seorang muslim yang komited. Kuniyah (gelaran) beliau Abu 'Urwah merupakan jenama seorang yang berilmu dan berakhlak yang ramai ketahui sejak sekian lamanya. Hanya Allah yang Maha Tahu hakikat seseorang, saya serahkan hakikat sebenar kepadaNYA.
Pun begitu secara peribadi saya seorang rakyat biasa yang bukan aktivis parti politik berpendapat memang tidak sesuai tindakan beliau menyokong langkah yang dibuat oleh PKR dalam isu MB Selangor. Pada saya itu langkah songsang. Namun itu ijtihad politik beliau dan barangkali ada alasan beliau yang tersendiri.
Namun saya lebih tidak bersetuju sesiapa menuduh beliau mengambil rasuah untuk membuat sokongan itu. Saya yakin, itu bukan akhlak peribadi beliau.Tuduhan seperti itu apatahlagi dibuat di khalayak awam memerlukan bukti yang pasti kerana mencemarkan maruah seorang muslim yang sekian lama dikenali dengan susila yang baik.
Semoga Allah merahmati semua dan membaiki urusan umat ini.
Dr MAZA
Khalid Ibrahim ingkar arahan Parti, Kita sibuk pertahan kan.. Orang kita tidak wala' kepada presiden, kita lebel dia barua.. Apa punya hipokrit.
ROYALTI cabar dedah dokumen pengeluaran Petronas laut Kelantan
Kenyataan media ROYALTI.
Tarikh : 22/09/14
ROYALTI cabar dedah dokumen pengeluaran Petronas laut Kelantan.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (21/09/14) yang mahu mendedahkan dokumen laporan jawatankuasa khas (JK Khas) royalti minyak Kelantan.
Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) mengingatkan semula kepada Tan Sri, bahawa rakyat Kelantan melalui NGO-NGO telah menolak penubuhan JK Khas sejak ianya diumumkan lagi sebagai cara penyelesaian. Kami tekad dan tegas Petronas perlu bayar ikut perjanjian.
Kami juga mengulangi penegasan bahawasanya kami tidak mengiktiraf wang ehsan sebagai penyelesaian tuntutan royalti. Berapa banyak pun wang ehsan yang ditawarkan, perjuangan kami ialah perjanjian 9 Mei 1975 dan kedaulatan wilayah laut Kelantan dengan menolak Akta 750.
Dengan demikian itu, pendedahan dokumen laporan JK Khas tidak akan menyelesaikan apa-apa tuntutan dari kami. Malah kami mencabar, mesyuarat kabinet mendedahkan dokumen pengeluaran Petronas di perairan Kelantan. Sejak bila mengeluarkan hasil. Berapa jumlah pengeluaran. Berapa jumlah telaga dan seumpamanya.
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Pengarah Pilihanraya ROYALTI
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.