Benar bahawa tiada lagi pemerintah yang bagi bantuan kewangan sebanyak RM650 kepada rakyatnya dalam dunia ini (mengikut Bajet 2014), tetapi cuba tengok pada pandangan yang berlainan.
Kau cakap bantuan BR1M dapat menolong rakyat walaupun terdapat kenaikan harga gula, tol, petrol atau apa-apa sahaja. Tetapi cuba bayangkan, kau haruslah menanggung RM200-300 lebih banyak perbelanjaan seharian setiap bulan. Bantuan BR1M tu dapat tolong berapa lama? 2bulan? 3bulan? Berapakah lama mereka akan memberikan BR1M tu? Sekali setahun? Macam mana rakyat akan hidup dalam bulan-bulan yang seterusnya?
Kau cakap hutang negara yang mencecah 700billion, itu kesalahan siapa? Orang Cina? Penduduk yang memecahbelahkan perpaduan rakyat boleh dianggap sebagai penderhaka negara. Adakah kau seorang penderhaka negara?
Kau cakap rasuah beratus billion setiap tahun dibuat oleh pakatan dan cina dap. Bukti? Saya pun boleh cakap rasuah tu dibuat oleh kau. Ditanggung generasi seterusnya? Maukah anak-anak dan generasi seterusnya kau hidup dalam sengsara? Hutang negara tidak sahaja ditanggung oleh orang Cina tetapi oleh semua penduduk Malaysia!
Generasi kau perlu pandang pada BR1M dan bantuan gula dan beras yang dijual pada pilihanraya kecil pada harga rm1? Berapakah lamanya pilihanraya kecil akan diadakan? 5tahun sekali? Berapakah bilangan beras dan gula yang harus kau beli untuk meneruskan kehidupan dalam 5 tahun tu? 1ton? 5ton? Beli dan tidur dengannya?
Kau cakap tanah di Johor dijual ke cina. Apakah kesalahannya? Melayu, India tak pernah menjalankan perniagaan tanah? Cubalah tengok FELDA yang ditubuhkan dalam seluruh negara kita, tak cukup tanah ke?
Kau cakap orang Melayu akan hidup di atas pokok. Benarlah kalau terdapat lebih banyak orang yang berfikiran seperti kamu dan yang tidak mementingkan pembangunan sahsiah diri, keluarga dan negara.
Berikut merupakan Sajak “Bangkitlah”,
“Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit
Bangkitlah
Jangan sesal nanti
Madu buni yang kekeringan isi laut kekosongan
Dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
apa esok yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Bangkitlah
Matahari belum lagi rembang
Dan burung-burung belum lagi menjamah awan!”
Sila insaf sebelum terlambat. Saya percaya kau berfikiran lebih matang daripada seorang yang berumur 17 tahun seperti saya. Sila merancangkan masa hadapan kau, keluarga kau dan juga generasi muda kau. Terima Kasih.