VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 18 April 2015

Profesor Sokong Tindakan Mahathir Serang Najib Razak


TERBEBANKAH NEGARA DENGAN HUTANG 1MDB?

Bercakap di di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut. 

Beliau juga menyatakan 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014. Aset ini adalah pelaburan kerajaan jangka panjuang menyebabkan 1MDB gagal menjana aliran tunai yang menjadikannya tidak mampan. 

Membaca berita ini, maka saya tertanya: Apa salahnya apabila Tun Dr. Mahathir bertanyakan kerajaan mengapa hutang 1MDB tinggi dan di manakah wang dari Cayman Island yang dibawa keluar itu disimpan?

Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih. Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini Menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

DI akhir analisisnya, saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah.

Mohammad Agus Yusoff

Thursday 16 April 2015

Che Det Tidak Percaya Sumpah Najib Razak


Kata Kelab Che Det

Hehe sekali lagi bekas org pkr bersuara.... berapa kali nak ulang..tiada siapa tuduh sesiapa...yg ada cuma pertanyaan "siapa yg arah?" Tu kira tuduh ke??? Hahaha

Kalau siasat benda tu kan mudah tak lah perlu dok jawab berbelit belit hingga terbelit tengkok sendiri....

Hehe.... alahaiii

Pro-Mahathir Marah Permainan Jijik TV3


Permainan jijik TV3 menemubual 'rakyat' negeri Johor yang konon lebih mahukan Rumah berbanding Jambatan bengkok tidak ubah seperti kenyataan menteri yang mendabik dada mengumumkan penurunan harga kereta selepas perlaksanaan ‪#‎GST ‬tanpa melihat pada perubahan harga barang keperluan asas.

Tahniah,kerana anda menanamkan kejelekan rakyat dengan lebih dahsyat dengan tindakan anda.

Wednesday 15 April 2015

Sekarang Ada Ugutan Terhadap Sesiapa Yang Tidak Menyatakan Sokongan Kepada Najib


1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.

6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.

7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.

8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.

Kenapa GST Huru-Hara?



1. GST ialah konsep percukaian yang SANGAT BAIK dan ia bukannya cukai yang kejam seperti sesetengah orang berkata.

2. Namun, perlaksanaan, pemahaman dan penguatkuasaan perlu berjalan secara baik dan seiring.

3. Pertama sekali PERLAKSANAAN. Kita semua tahu GST adalah penggantian kepada cukai sedia ada iaitu SST.

4. SST ni sebenarnya cukai yang zalim. Sebab kita tahu ke berapa cukai? Tahu ke pemborong kenakan cukai double? Kerajaan pun tak tahu kalau dia tipu pun.

5. Namun perlaksanaan nya kena kaji, bila namanya diganti cukai maka sepatutnya diganti cukai bukan ditambah cukai. SST ada 4%,5%,6%,10%,20%.

6. Pendapat saya dah dicadangkan sebelum ini, sepatutnya beberapa bulan sebelum gst sebagai contoh, April 2015, Pada Januari 2015 semua pengilang pengedar dan rangkaian yang dikenakan SST dihapuskan.

7. Semua sistem GST dalam masa 4 bulan dipasang dan dalam latihan. Dengan ini harga barang akan turun tak?

8. YA! Ia semua harga barang akan turun! Dan apabila tanggal 1 April, ianya hanya ditambah 6%, kat sini pun kita dah tahu harga turun atau tidak?!

9. Kedua ialah sepatutnya apa sahaja melibatkan makanan TIDAK sepatutnya dikenakan GST. Yang menjadi huru hara ni apabila GST dikenakan kepada makanan terutama makanan terproses sebab rantaiannya panjang.

10. Ini antara yang saya nampak dari segi perlaksanaan. Seterusnya, kita bercakap mengenai pemahaman rakyat.

11. Percaya lah sehingga kini ketua bahagian pun tak faham apa tu GST. Pemahaman GST perlu menyeluruh dan tak perlu pemahaman secara detail cukuplah pemahaman asas, sama ada di media massa mahupun realiti.

12. Bagi penguatkuasaan pula, setiap kawasan hotspot perlu diadakan pusat aduan gst dan setiap parlimen perlu diadakan pusat pemantauan yang terdiri daripada skuad pemantau harga.

13. Saya bersetuju untuk diadakan mahkamah gst di setiap negeri. Jadi apabila semua ini berjalan seiring, rakyat akan faham dan tidak bising mengenai GST.

14. Oh ya, jangan ada lagi keputusan flip flop itu menambahkan HURU-HARA!!!

Siapa Yang Bagi Peluru Pada Pembangkang? Tun Mahathir atau Najib Razak


Siapa Yang Bagi Peluru Pada Pembangkang? Tun M atau DSN?

Betul ke kritikan Tun M ibarat memberi peluru kepada pembangkang? Jom kita semak balik segala fakta dengan bertanyakan kepada diri kita soalan soalan berikut. 

1. Siapa yang MANSUHKAN Akta ISA sehingga meningkat nya kadar jenayah dan pembangkang semakin berani memainkan isu isu sensitif di negara ini?

2. Siapa yang JANJI pada pembangkang untuk menghapuskan Akta Hasutan?.

3. Siapa yang LANTIK individu pro pembangkang, majlis peguam liberal dan LGBT dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional untuk merangka draf undang undang Akta Keharmonian Nasional bagi mengantikan Akta Hasutan?

4. Siapa yang GUBAL Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memberi ruang dan peluang untuk pembangkang berdemonstrasi di jalanraya?

5. Siapa yang MENANDATANGANI Penyelesaian 10 Perkara yang membenarkan penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Melayu?.

6. Siapa yang MELAKSANAKAN konsep 1 Malaysia sehingga mengabaikan Dasar Ekonomi Baru dan bumiputera?

7. Siapa yang MENUBUHKAN 1MDB?

8. Anak siapa yang BELI rumah RM300 juta di Amerika dan berbelanja RM300 juta lagi untuk membuat filem?

9. Di bawah pentadbiran siapakah kos sara hidup semakin meningkat?.

10. Di bawah pentadbiran siapakah orang Melayu semakin tersisih dan tidak mampu memiliki hartanah terutama di bandar bandar?.

11. Dasar ekonomi siapakah yang menyebabkan semakin ramai anak Melayu menganggur?

12. Isteri siapakah yang mengembara ke seluruh dunia dengan mengunakan jet kerajaan ketika negara di landa musibah banjir?

13. Isteri siapa kah yang tanpa segan silu memberitahu rakyat jelata jumlah yang di belanjakan nya hanya untuk mewarnakan rambut?

14. Di bawah pemerintahan siapakah yang menjadikan pembangkang semakin kuat dengan menguasai sebegitu banyak kerusi Parlimen?

Kalau kita tak ada jawapan bagi soalan soalan di atas mungkin kita boleh rujuk kepada Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri di Umno di bahagian masing masing. Mungkin dia orang ada jawapan nya. Kalau tak tak kan lah dia orang beriya iya menjulang DSN.

Warkah Buat Pemimpin UMNO


Assalamualaikum PEMIMPIN UMNO...

Ini pandangan peribadi saya.

1. Rakyat bukan tak sokong UMNO. Rakyat mcm kami ni amat sayang dan menaruh harapan penuh kpd parti pusaka ini utk terus menerajui negara. 

2. Yg kami persoalkan ialah pendekatan UMNO sekarang. Bila ditegur sikit bukan main melenting lagi org UMNO marah2 dan jadi begitu defensif. Isu yg dipersoalkan terus tenggelam.UMNO is in denial.

3. Kalo UMNO benar2 dapat merasai 'denyut dan nadi rakyat' maka jawab lah kpd rakyat. Bukan kpd org UMNO sendiri kerana rakyat lah yg akan mengundi nanti dan tentukan kedudukan UMNO kelak.

4. Rakyat sekarang mempunyai persepsi yg sangat negatif terhadap kepimpinan DSN.

5. Mereka menganggap peranan TM hanyalah sbg mesengger yg berjaya membawa mesej mereka terus ke lubok hati sanubari UMNO. Kalo tak UMNO sikit pun tak kesah apa org kata kat dia.

6. Percaya lah - kami pengundi tegar UMNO ni bukan mahu mengubah kerajaan. Kami hanya mahu kerajaan sedia ada ni berubah.Berubah kpd sebuah kerajaan yg dapat memberi keyakinan penoh kpd kami rakyat biasa. Buat masa ini faktor keyakinan (confidence level) ni amat tipis.

7.UMNO kini berdepan dgn bahana persepsi negatif yg boleh menjahanamkan peluangnya pada PRU-14 nanti. Masih ada masa utk UMNO berbuat sesuatu utk memenangi hati dan minda rakyat yg kini amat gusar. Buatlah tindakan yg drastik walau pun agak perit utk UMNO melaksanakannya.

8. Elemen2 yg menjuruskan ke arah wujudnya persepsi negatif ini sebenarnya berkisar kpd cara kepimpinan DSN dan isterinya Rosmah Mansur. 

9. Mungkin kebanyakkannya hanya tomahan. Tetapi perlakuan dan tindakan DSN dan isterinya itu tidak langsung boleh meredakan persepsi negatif ini. Peka lah kpd pandangan rakyat. Bukan isteri PM.

10. Adil kah UMNO kecundang hanya kerana rakyat sangat menyampah dgn isteri PM..? 
Kalo UMNO kata ini semua tak betul dan hanya tomahan Pembangkang jadi apakah yg UMNO perlu lakukan agar persepsi ini dibetulkan?

11. UMNO kena buat soul-searching. Lihat ke dalam dgn ihklas.....Tengok kat mana ada kudis dan pekong yg menghanyirkan UMNO sekarang.Kikis dan ubatilah mulai sekarang. Kalau perlu potonglah bahagian2 yg busuk itu agar ianya tidak merebak penuh seluruh badan yg boleh membunoh UMNO itu sendiri.Bahayanya tidak terkata.

12. Kalau sayangkan UMNO buatlah sesuatu yg drastik mulai sekarang utk selamatkan parti warisan ini. Jgn hanya akur membabi buta kpd seorang ketua yg berpontensi menjahanamkan parti ini. Saya rasa DSN tidak lagi mampu menghindarkan imej negatif yg ada padanya sekarang.

13. Ketahui lah saya dan kawan2 merasa sangat meluat melihat kuncu2 dlm UMNO yg sekarang terlompat-lompat kata mereka sokong penoh kepimpinan PM.

14.You can win this battle but youre going to lose the war.Memanglah semua org UMNO perlu sokong ketuanya...tapi lihat lah 'the big picture'.

15. UMNO patutnya sekarang sudah turun padang dapatkan sokongan padu rakyat utk hadapi PRU14. Bukannya aktif di saat2 akhir dgn menaburp tabur wang nak mancing undi mcm PRU yg lepas. Dorang ambil wang tapi tak ngundi UMNO pun.

16. Lawan lah dan betulkan persepsi yg sangat2 negatif ini terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Masih ada masa.

17. Jawablah isu2 ini.
- Rosmah
- Isu2 yg ditimbulkan oleh TM (Jawapan PM dlm tv tidak meyakinkan)
- Persepsi Tahap rasuah dan kronisma yg tinggi.
- Najib terlalu manjakan Cina yg terang2 akan undi DAP.
- Kerajaan terlalu banyak bercakap dpd buat kerja.
- Kerajaan kelihatan lemah dan terlalu berkompromi dlm banyak hal.
- Kerajaan boros berbelanja.
- Rosmah (mewah sangat time kawinkan anak)
- Rosmah (mewah bergaya jenama yg mahal2 yg dipersoalkan mana datangnya duit dia)
- Rosmah.(kelihatan ranggi dan sombong)

18. Bagi saya kerajaan sudah pun kalah terok dlm aspek persepsi ini kerana jentera yg menjaga dan memelihara imej kerajaaan telah gagal berfungsi.The Govt is losing badly on the social media.

19. Saya bimbang kuasa yg sedikit yg kita ada sekarang akan terus terhakis kerana kita leka dan gagal tangani isu2 ini dgn bijaksana.

20. Do something pls. Masih ada masa. I love this country.
Thank you..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.