Kenyataan media Pakatan Harapan Negeri Perak.
Pakatan Harapan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam dan sebulat suara membuat keputusan seperti berikut : -
1. Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat.
2. Pakatan Harapan mengesyorkan antara 2 kerusi yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sungai Besar & Kuala Kangsar, Pakatan akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS utk bertanding di kerusi yang lain. Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan utk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut.
3. Semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihanraya parti masing-masing utk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding samada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.
4. Sebagai persiapan menghadapi PRK pada 18/6/16, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh Ketua pembangkang dewan undangan negeri Perak, YB Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin dan anggota jawatankuasa tersebut termasuk Ahli parlimen Lumut, YB Laksamana Imran(PKR) dan ADUN Tronoh YB Yong Choo Kiong(DAP).
Sekian, terima kasih.
Pakatan Harapan Negeri Perak
Tarikh : 14/5/2016
Pendirian PH Perak amat menarik, bagi mempastikan pertandingan satu lawan satu. Apa pun, Mesyuarat Amanah Nasional pagi esok akan membuat pertimbangan secara mendalam.
posted from Bloggeroid