Kenyataan Media
17 Mei 2016
Warkah Anwar Gagal Jadi Pedoman Buat Kartel Azmin
1. Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Rakyat akhirnya dijelaskan tanpa berselindung melaui warkah lapan muka surat yang ditulis oleh Anwar dari penjara. Jika surat tersebut dihayati, mesej yang paling jelas ialah semua pimpinan parti harus meninggalkan deklarasi 'dokumen Dr M' dan menumpukan sepenuhnya agenda reformasi.
2. Surat Anwar juga telah dibacakan sepenuhnya oleh YB Nurul Izzah dalam mesyuarat biro politik pada hari Rabu yang lalu (11 Mei 2016) , didengar dan disaksikan oleh semua pimpinan parti yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
3. Kedegilan dan sifat bongkak Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden parti berada di puncaknya apabila Azmin tetap meneruskan kerjasama dengan Mahathir tanpa mempedulikan pedoman yang diturunkan oleh Ketua Umum. Program Deklarasi Rakyat tetap berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, malah dengan jumlah dana yang besar dibelanjakan mobilisasi ahli parti bagi menyambut Mahahtir.
4. Jelas Azmin bukan lagi secara terangan melanggar presiden parti, kini secara terangan melanggar nasihat penting ketua umum. Sebelum ini juga pegawai Azmin dalam kerajaan Selangor sendiri iaitu Hasmi Hashim telah menghina Anwar kononnya Anwar lebih cenderung berbaik dengan DAP berbanding parti sendiri.
5. Malah Shamsul Iskandar selaku naib presiden parti juga telah menipu di media apabila menafikan surat Anwar. Apakah tujuan Shamsul itu untuk memastikan deklarasi elitis terus diberi nyawa oleh Parti Keadilan? Apakah Shamsul ingin menutup kebenaran bahawa Anwar tidak pernah menyokong deklarasi tersebut?
6. DS Anwar bertegas supaya pimpinan menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Anwar juga menyeru supaya agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi. Namun apa yang dilakukan oleh Azmin dan kartelnya begitu mencabar kewibawaan dan maruah parti.
7. Azmin terus menjadi punca masalah parti, dalaman dan luaran. Dalam pentadbiran negeri Selangor pula, Azmin terpalit pelbagai skandal demi skandal lantas merosakkan nama parti dan membantut agenda reformasi yang dilaungkan.
8. Saya juga pernah mengajukan laporan kepada jawatankuasa displin terhadap Azmin ketika dia menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan untuk menyerang Presiden parti hanya kerana tidak terpilih menjadi MB ketika itu. Malah Azmin ketika itu mengumpul 13 ahli parlimen dan memanggil sidang media di de Palma Hotel, seolah-olah satu ugutan kepada parti dan kemudian bertindak lebih biadap mengadakan sidang media di ibu pejabat parti dengan terang terang menfitnah presiden mengamalkan nepotisma dan kronisma.
9. Sesuatu perlu dilakukan sebelum terlambat, Azmin harus diberi hukuman setimpalnya.
Sekian,
Faizal Ab Rahman
Anggota parti nombor P130001536
Mantan Ketua AMK Balik Pulau
Email: faizal9883@yahoo.com
posted from Bloggeroid