VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 28 December 2013

Edisi Kantoi: Propaganda Guling Kerajaan


Gambar seorang lelaki yang di siarkan polis mengenai "himpunan guling kerajaan" tidak pernah muncul di mana-mana media maya dan tiba-tiba ianya muncul di saku pasukan PDRM. 

Setelah di amati dan bukanlah menuduh, agak jelas tahi lalat di sebelah pipi kanan polis yang pegang gambar ini, sama dengan gambar poster tahi lalat lelaki berlilit kepada kuning itu. anda lihatlah sendiri untuk bukti. 

Siapakah sebenarnya yang membuat tema HIMPUNAN GULING KERAJAAN? anda huraikan sendiri.. 

Adakah ini tahi lalat beliau sendiri?

Pakat-Pakat Kalih Desak Kerajaan PR Pulau Pinang Prihatin Dengan Perniaga Melayu Persisir Pantai

PARA peniaga yang merayu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mereka tidak diusir.
PARA peniaga yang merayu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mereka tidak diusir.
"TOLONG, jangan usir kami, " demikian rayuan tujuh peniaga Melayu di Pesiaran Bayan Indah, Daerah Timur Laut,kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah menerima arahan dari Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut supaya mengosongkan premis perniagaan mereka pada 31 Disember 2013.

Apa Polis Buat? Warga Asing Tidak Halalkan Duit Yang Polis Ambil



Nurkilan nie ditulis dalam sebuah tandas awam..

Ni merupakan kes yang biasa kita lihat dan kita dengar..

Tak cukup ka dengan gaji polis yang sedia ada..

Aku yakin tak semua polis ada perangai macam nie.. Ada yang betul2 baguih.. Ada yang macam harrey lagi..

Cara penulisan warga asing nie macam dah lama duduk di Malaysia.. Indon mungkin..

Banyak lagi kes yang kita selalu dengar yang di buat oleh sesetengah Polis..

Cerita nie aku cedok dari sebuah blog..

Cerita polis cuai ni dah lama dah. Kereta peronda hilang, gari hilang, pistol hilang dan entah apa-apa lagi yang hilang. Ni tak termasuk salah laku polis yang lain lagi.

- Kes polis rogol orang dalam lokap.

- Kes polis tembak rambang sampai ada kematian.

- Kes polis makan rasuah.

- Kes polis jadi samseng pukul orang.

- Kes polis kaki pau.

- Kes polis kaki buli.

- Kes polis jadi alat samseng Umno.

- Kes polis jadi benteng politik Umno.

- Kes polis rampas dadah pastu jual dadah.

- Kes polis jadi benteng jentolak untuk rombak masjid, kedai dan rumah.

Blablablablablablabla............. Pukul Orang Awam..

Kalau dia tak mengaku pun, orang ramai dah tau. Semua KPN dan menteri KDN tinduk kepada kehendak BN dan bukannya Perlembagaan Persekutuan.

Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013

Kenyataan Media
27 Disember 2013

Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013

Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.

Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;

1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai 'himpunan guling kerajaan' sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

2. Menuntut pihak kerajaan;
Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat. 
3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.

4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.

5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan 'check point' adalah seperti berikut;
-Sogo
-Masjid Jamek
-Pasar Seni (CM)

6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga 'check point' bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan 'check point' bertemu di Dataran DBKL.

7. Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.

Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.

Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.

Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.

Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat.

Sekian,

Gabungan Gerakan3112-TURUN

*Kenyataan bersama Gerakan3112-TURUN

Friday 27 December 2013

Penghasut Berjaya Hasut Penyokong Pakatan Rakyat Mengundi BN Pada PRU 13 TETAPI Kecewa Apabila Najib Menyusahkan Rakyat

Tahniah atas kejayaan beliau kerana berjaya menghasut penykong tegar Pakatan Rakyat.. Tapi sekarang terpaksa menangung malu kerana tindakan dia yang lepas sehinggakan dia sendiri pon menyesal.. 

Terkilan dan tak dapat menjawab apa persoalan yang di ajukan mungkin dia akan mendapat penyakit kemurungan.. 

Sekarang.. 
Aku cuba selami hati seorang Ahli umno yang merasai terbebannya dengan kos sara hidup yang meningkat.. 

Paling terima kasih kerana Najib berjaya memimpin BN hingga menang majoriti mudah pada PRU yang lepas. Maknanya, nak tunggu kemenangan tu pun, para penyokong BN berpeluh dahi dan ketiak jugala melihat, satu demi satu kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang.

Kemudian BN pun menang dan menubuhkan kerajaan..

Selepas menang, kami penyokong kerajaan merasa nikmat kehidupan yang sediakala dan serupa macam biasa. Kami bersyukur, kerana Malaysia masih aman dan mampu untuk kami mencari rezeki.

Lepas menang saja, Kerajaan BN sudah naikkan harga gula dan minyak petrol. Bila minyak petrol naik, maka berlumba-lumbalah barang keperluan lain juga telah naik. Sedikit sebanyak kenaikkan ini dirasai oleh rakyat. Janji pemantauan harga barang pula, hanya hangat-hangat tahi ayam. Hanya hebat pada mula, selepas sebulan, penguatkuasa pun dah tak nampak batang hidung.

Selepas minyak dan gula, rakyat Malaysia diberitahu bahawa minyak masak, tepung, tarif elektrik, tol dan beberapa lagi barangan keperluan lain akan naik tahun hadapan. Paling terbaru, ialah kadar tambang LRT dan Monorel pun akan di naikkan juga. Pehh.. memang hebat dan tersusun strategi kenaikkan harga barang yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Disamping itu, cukai GST akan diperkenalkan, GST tu bagus, cuma perlaksanaan GST juga akan mengakibatkan sedikit inflasi, akibat daripada inflasi tersebut, kemungkinan besar harga barangan keperluan yang lain juga akan naik 3-4%. Ehh.. Naik lagi?

Bermakna tahun 2014 nanti, hampir semua barang keperluan, tol, tarif letrik, tambang LRT dan monorel akan naik. Agaknya cukup ke kenaikkan itu saja? Rasanya macam tak cukup lagi tu. Rakyat Malaysia kan kaya! Boleh naik lagi apa yang patut.

Cuma PRU ke 14 nanti, get readylah kita menjadi pembangkang. Bila semua harga dah naik, sudah tentu rakyat Malaysia suruh Najib turun pulak nanti kann. Asyik naik saja, bila nak turun, betui?

Tahniah Johor.. Hari Jumaat Terakhir Penjawat Awam Berkeja


Pada November, 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Akhirnya Kantoi!!! Perlaku Yang Menyebar Berita Palsu Bukit Aman di BOM


Polis semalam menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Menyokong Turun ke Dataran Merdeka


Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim pernah mencuit perhatian para peserta himpunan aman Black 505 dengan dua buah lagi Tamil.

Beliau mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk ‘Umno curi’ dan ‘Rosmah buka pintu’.

Dalam kenyataan yang disiarkan KeadilanDaily sebelum ini, beliau dalam satu himpunan aman berlangsung di jalan masuk bangunan Parlimen anjuran Jihad for Justice pada jam 8 pagi, 24 Jun lalu.

Menurutnya, himpunan berkenaan diadakan bersama 15 NGO lain untuk membuka mata kerajaan BN agar menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menghentikan kejadian kekerasan anggota polis terhadap orang awam.

Kali ini Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim menyokong tindakan rakyat turun ke dataran merdeka.. Tahniah Datuk.

Thursday 26 December 2013

Pusat Hiburan di Kedah Masa Zaman Arwah Ustaz Azizan Haram dan Masa Mukhriz Halal Ibarat Cendawan Tumbuh Selepas Hujan


Aku mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah semasa pemerintahan PAS KEDAH iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Siapa Sangka Sebenarnya Kupasan Positif Dr. Muhaya Untuk Najib Razak Dan Rosmah Mansur

Surat terbuka seorang lagi anak muda kepada kerajaan.

Saya antara beribu-ribu peminat Prof Dr Muhaya Mohamad. Minatnya saya terhadap kata-kata positif beliau hingga membuatkan saya sering memuat turun ceramah-ceramah beliau untuk didengar kala waktu senggang.

Hari ini, membaca laporan mengenai respons beliau terhadap solusi keluar dari bebanan hidup membuatkan saya tersenyum sendiri. Tidak dapat dinafikan, inilah nasihat terbaik yang ingin saya dedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor.

Surat Terbuka: 'Saya nak berdebate dengan Dr. Muhaya'

Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama – sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.

Keluhan Polis Preman (SB) Semasa Flash Mob Bantahan Kenaikan Harga Barang Tempoh Hari


Pada ahad lepas ada sebuah flashmob yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan(ngo) di hadapan sogo menandakan protes bagi kenaikan harga barang.

Aku yang haritu datang dengan berpakaian biasa yang tidak menunjukkan apa-apa sokongan malah tidak menegur rakan-rakan NGO yang aku kenali kerna ingin melihat 'majlis' tersebut dari luar sebagai 'orang biasa'.

Saifuddin Abdullah Tanya Mana Aku Janji Najib Kepada Rakyat



Dato Saifuddin mengingatkan UMNO-BN tentang manifesto BN yang berjanji tak akan naikkan harga petrol,elektrik dan tol.

Waktu PRU13 dahulu, BN buat pertama kali melancarkan Aku janji- bukan manifesto.

Aku janji tersebut menurut PM Najib adalah 'janji yang akan dilaksanakan' bukan manifesto yang sekadar janji pilihanraya. 

Mana janji itu? 

Ayuh orang umno, Turut serta bantah kenaikan menggila ini, semua terkesan, orang umno, pas,pkr,dap,psm,mic,mca, prm.

Ayuh semua rakyat turun di Dataran Merdeka nyatakan protes kita dengan nyata dan jelas!

TUJUAN KITA BANGUN NAK BANGKITKAN AMARAH RAKYAT, BUKAN NAK GULINGKAN KERAJAAN!!!

Keprihatinan Kerajaan Selangor Yang Tidak Mungkin Menjadi Bualan Di Kaca TV Kerajaan


Keprihatinan Kerajaan Selangor menyediakan subsidi tambang bas sekolah dialu-alukan, terutamanya menjelang tahun keperitan rakyat pada 2014 akibat pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan BN.bas sekolah

Dengan pemberian subsidi bas sekolah sebanyak RM 300 bagi setiap pelajar, bebanan ibu bapa yang kini semakin terhimpit membesarkan anak-anak dapat dikurangkan.

Wednesday 25 December 2013

Veteran Umno: Peserta himpunan TURUN buta sejarah


JERANTUT - Individu yang akan menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini bukan sahaja dianggap penderhaka kepada negara, malah buta sejarah.

Veteran Umno, Abdul Manaf Abdul Kadir, 78, berkata, beliau sangat sedih apabila mengetahui ada pihak sanggup berbuat demikian.

Harga Ais Kiub dan Ais Bata Naik.. Apa Kaitan Dengan TOL, Elektrik, Minyak, Gula dan GST?



Selamat pagi pembaca Blog Pakat-Pakat Kalih. Pagi ni aku nak share berita baik buat semua. Hadiah tahun baru yang ke berapa pon aku dah lost count.

Tuesday 24 December 2013

Calender Memperingati Rakyat Malaysia Tentang Kenaikan Harga Barang dan Perkhidmatan.. Mohon Cetak dan Edar

Untuk elak daripada rakyat Malaysia lupa dan nanyok dek kerana pemberian yang akan membutakan mata dan memekakkan telingan tentang isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan si susuli dengan GST 6%.. Satu cadangan yang bernas dari Sahabat kita.. Cetak dan edarkan calendar seperti ini.. Lumrahnya manusia akan terlupa samada secara automatik atauppon secara manual.. Dengan isu dan umpan terbaru.. 

Reaksi penyokong Barang Naik bila dapat tahu permohonan BR1M sudah dibuka. Seronok betul!


Umpan sudah datang.. Sekarang seluruh rakyat Malaysia Bising.. Dengan apa yang akan terjadi pada tahun 2014 nanti.. Kenaikan itu dan ini.. Tetapi selepas nie akan semakin senyap sunyi disebabkan umpan baik untuk menutup mulut Rakyat.. Rakyat akan lupa sehingga 2018 (PRU 14)..

Guru KAFA Terengganu di BERHENTIKAN Kerja Kerana Tidak Mendapat Sokongan JKKK


Dari maklumat yg disebar pro-UMNO, guru2 KAFA ditamatkan kontrak sebab mulai tahun depan semua guru j-qaf diserap sebagai guru pai dan kafa untuk menjayakn program Ulul Albab. ALASAN.. Tapi dari maklumat sumber lain, kuat mengatakan guru2 ini ditamatkan perkhidmatannya kerana MENYOKONG Pakatan Rakyat khususnya PAS. Apa nih?! Kebanyakan guru2 KAFA ini adalah mereka yg menjadi jentera PAS semasa PRU13 lepas. Banyak rungutan dan luahan dari acc facebook mereka yang terlibat. Malah page Ustaz Azhar Idrus sendiri dah tunjuk komen komen dari mereka yang terlibat seluruh negeri Terengganu. Tak kurang juga komen pro-UMNO yang semangnya bodoh dan kurang ajar yang langsung xde simpati pada mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.