Aku mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah semasa pemerintahan PAS KEDAH iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.
Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?
Sebelum Mukhriz dan Umno Kedah mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, boleh dikatakan hampir setiap corong media dan di atas pentas-pentas politik di seluruh negeri Jelapang Padi ini.
Dan salah satu topik atau isu yang sememangnya sangat gemar diputar oleh “radio karat umno” itu ialah isu pusat hiburan yang kononnya wajib ditutup kerana premis-premis tersebut menjual arak kepada para pelanggannya.
Kata Umno, arak itu haram dalam Islam dan sebuah negeri Islam tidak patut memiliki pusat hiburan yang menghidang arak kepada rakyat Kedah.
Dengan semangat berapi-api mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan PAS ketika itu, umno berjanji akan menutup semua premis arak di seluruh Kedah.
Memang betul arak itu diharamkan kepada umat Islam dan kerajaan PAS sebelum ini membuka ruang kepada para pengusaha pusat hiburan untuk menjual arak di premis perniagaan mereka dan sepatutnya hanya golongan bukan Islam saja yang dibenarkan membelinya.
Namun umno tidak peduli semua itu. Umno tetap menuduh kerajaan PAS sebagai “thoghut”, “kufur” dan tidak Islamik kerana memberi lesen perniagaan kepada pusat-pusat hiburan yang menjual arak. Padahal, ketika itu pusat hiburan sangat sedikit dan boleh dikira dengan jari!
Tapi selepas umno mengambil alih Kedah, lain pula ceritanya. Bukan saja memberikan lesen-lesen pusat hiburan baru, malah pusat hiburan baru wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Dulu kata nak tutup, tapi bila berkuasa umno Kedah biar pula buka lebih banyak pusat-pusat hiburan berasaskan arak? “Islamik”nya..!!!
Nak dijadikan cerita, makin banyak pusat hiburan yang tumbuh di Kedah dan ia sememangnya membuat umno Kedah panik dan tak tahu bagaimana hendak mengawal kebanjiran pusat-pusat hiburan tersebut.
Mungkin inilah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara seagamanya. Allah bayar “cash” di dunia terlebih dahulu sementara menunggu perhitungan terakhir di hari kiamat kelak.
Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, hari ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh aku kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.
Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Aku katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.
No comments:
Post a Comment