Keprihatinan Kerajaan Selangor menyediakan subsidi tambang bas sekolah dialu-alukan, terutamanya menjelang tahun keperitan rakyat pada 2014 akibat pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan BN.bas sekolah
Dengan pemberian subsidi bas sekolah sebanyak RM 300 bagi setiap pelajar, bebanan ibu bapa yang kini semakin terhimpit membesarkan anak-anak dapat dikurangkan.
Pendapatan yang ada memang tidak cukup dalam keadaan ekonomi sekarang, apalagi bagi menghadapi pelbagai kenaikan pada tahun hadapan.
Bantuan Kerajaan Negeri memang sangat dihargai terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah ini di tambah dengan pelbagai isu kenaikan barang dan perkhidmatan yang diumumkan Kerajaan BN termasuk desas desus kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus.
Inisiatif Kerajaan Negeri ini bertepatan dengan konsep kerajaan yang mendahulukan rakyat.
Inilah tugas sesebuah kerajaan, iaitu untuk menolong rakyat yang susah, bukan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment