Kenyataan umum
15 Jun 2016
Istihar sokong BN oleh orang yang kecewa
1. SAMM Selangor tidak pelik dengan perkembangan mengenai satu sidang media yang diadakan oleh sekumpulan yang kononnya ahli Amanah menyatakan sokongan kepada calon BN.
2. Mereka ini sebenarnya ialah bekas anggota PKR yang kecewa malah ada antara mereka sudahpun berpindah ke beberapa parti sebelum ini kerana kecewa tidak mendapat tempat.
3. Yahya Arbi yang hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas anggota PKR yang terlibat selaku "pegawai Jawatakuasa pemilihan parti 2014" yang penuh dengan penipuan yang mana beratus laporan penyelewengan telah dibakul-sampahkan. Malah laporan di kawasan dia bertugas terlibat penipuan juga banyak. Selepas pemilihan kononya dia kecewa kerana tidak mendapat habuan seperti dijanjikan telah masuk Amanah dan menjadi pengerusi penaja di Sungai Besar. Kemudian sekali lagi kecewa bila tidak mendapat tempat dalam Mesyuarat Agong Pemilihan yang pertama. Dia hanya berjaya menjadi pemeriksa kira - kira kawasan Sg Besar.
4. Begitu juga watak Sapigni Tulus yang menjadi jurucakap sidang media tersebut. Bukan pelik, Sapigni pernah terlibat menubuhkan sebuah NGO menjelang PRU ke 13 dan semasa kempen saat akhir NGO ini mengistiharkan diri menyokong BN dan angka 30 lebih itupun mereka hanya sebut yang mana jumlah sebenarnya mereka hanya ada seperti yang muncul di tv itu sahaja. Saya sangat kenal mereka ini kerana mereka sempat bergerak dalam PKR sungai besar yang mana saya antara pengasasnya.
5. Mood kempen bertambah baik, Amanah juga diterima baik. Memang banyak kekurangan khususnya berdepan dengan Umno yang punya kekuatan kerajaan pusat dan Pas yang punya exco, ahli majlis termasuk ketua-ketua kampung di bawah Kerajaan Selangor. Keadaan sebenarnya makin keliru apabila kehadiran MB Selangor dengan membawa sekali calon pas ke dalam kempen Amanah semalam cukup mengganggu mood kempen.
6. Kerana panik perkembangan Amanah mula diterima baik maka agen-agen perosak telah menggunakan taktik terdesak seperti kononnya ada ahli Amanah sokong calon BN dan kami juga menganggap usaha MB menjemput calon pas dalam program Amanah semalam ialah kerja sabotaj. Dalam ucapan calon pas semalam terang dikatakan dia hadir atas jemputan MB, malah MB secara sengaja memberitahu orang ramai dia sokong amanah namun doa calon Pas berjaya.
Inilah gambaran PRU akan datang jika semua masih tidak tegas membetulkan keadaan.
SAMM sejak dari sebelum penamaan sudah memulakan gerak kerja. Jentera kecil kami tanpa henti mendekati pengundi dalam perbagai cara. SAMM juga bekerja rapat dengan NGO tempatan seperti Per3 Sungai Besar dan lain lain dalam usaha mencari kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan. SAMM Sg Besar yang merupakan base utama SAMM Selangor sendiri punya jaringan aktivis pengundi parlimen Sg Besar yang cukup besar.
Sekian
Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia
posted from Bloggeroid